PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, September 30, 2011

('',)

Assalamualaikum...maaf lama tidak meng'update blog ini..byk yg nak diceritakan tapi aku masih belum ada kekuatan untuk menulis..

Monday, September 26, 2011

Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011

ENTRI MELEKAT


Thursday, September 15, 2011

Lembutkan hati beliau...

Assalamualaikum...xtau nak mula cerita camner..nnt satu hal lak aku nk fikirkan tajuk yg sesuai...pagi2 lagi aku dah mula risau dan bimbang...alahai!

"Ya ALLAH Ya Tuhanku...KAU lembutkanlah hati org berkenaan Ya ALLAH..aku berharap beliau tidak mengulangi kejadian-kejadian lalu"

Aku masih ingat dan masih segar dlm ingatan semua kejadian-kejadian tersebut..tetiba rasa mcm nk pasang CCTV lak kt workstation aku ni...

1. selipar di potong
2. kasut di cabut tapak
3. blazer di koyak
4. semua gambar dlm PC telah di delete
5. hp aku masuk virus
6. kete kwn aku kena pancit..

Bila nampak org berkenaan aku mula rasa tak selesa, seram dan risau..mmg xde bukti yang kukuh untuk menuduh org berkenaan tp hati kecilku kuat menyatakan beliau lah orangnya...

"Ya ALLAH, jauhkan aku drp org  munafik, lembutkan hati mereka Ya ALLAH..KAU lah yg Maha Mengetahui"

Ada sesiapa yg boleh bg nasihat tak?pasni mungkin setiap hari aku akan jumpa org berkenaan..by the way..thanks ke Emme yang sudi carikan doa pelembut hati utk aku..ko seorang kwn yg memahami..thanks alot..terharu kejap..hihihi...


Wednesday, September 14, 2011

Raya-Pindah-KUD

Assalamualaikum...suasana baru..ofis baru..ermmm...agak busy dalam sebulan ni..1st week of September adalah minggu utk balik beraya di kampung...2nd week of lak ialah waktu-waktu kritikal utk kemas barang-barang ofis..walaupun sebelum balik raya hari tu dah kemas-kemas tp al-maklum ler BPE ni barang sgt byk..file-file pun leh cecah 10k kot...aduhai..mmg byk..tp aku agak bernasib baik sbb file Unit SDSI xbyk sgt..sebab tahun lepas unit aku dah stand alone bukan lagi bergabung dgn Unit Penyelarasan..hari Jumaat last week..the whole day adalah waktu utk punggah brg BPE ke Presint 4..opsss..lupa nk mention..ini ialah perpindahan kali ke-2 dalam 5thn aku dengan KKLW ni..

Pada tahun 2009, drp Kompleks D ke MIECC dan last Jumaat drp MIECC ke Presint 4..bangunan KKLW sendiri dan bukan lagi menumpang/sewa bangunan org lain...susah jugak perpindahan kali ni sebb ofis baru ni agak sempit..kalau di MIECC tu sebesar-besar ofis sampai ada ruang untuk bersukan..hihihi..ruang untuk main dart jer...tp kt sini..nk gantung papan dart pun xde tempat..pantry pun muat peti ais dan sinki shj...xde lagi ruang untuk makan...Bukan nk komplen ataupun mengadu..tp byk benda yg agak tidak puas hati..tp nak buat camner..buat masa sekarang ni kena sesuaikan diri dulu dan hopefully tidak byk masalah di masa akan dtg...

Minggu ni lak ialah minggu utk berkemas-kemas balik barang-barang di ofis baru..penat sgt bila kena angkat-angkat brg ni..Next week lak ialah minggu KUD 2011..sgt berharap KUD tahun ni akan lebih berjaya drp tahun lepas..Jadual aku dah penuh until 25 September...

So kpd insan yang yg duk paksa aku kuar tu sila la fhm..bukan sombong tp aku sgt letih..badan pun sakit-sakit..baru je sihat drp demam so xnak la aku gunakan masa yg ada tu utk benda yang tak berfaedah...aku nak rehat...!!


My Family..

Assalamualaikum...
Dah lama aku nak post entri ni..namun drp sehari ke sehari..ada jer keje nak dibuat..aktiviti mengemas ofis..aktiviti memanik, aktiviti membeli brg2..ermmm....mcm2 hal..nak kuar dgn kwn2 dan nak gi open house pun tak sempat..kalau ada sikit masa yang terluang tu jela masa untuk aku rehatkan badan..

Ini ialah gambar family aku untuk raya tahun ni..


Family kakak aku xde sebab tahun ni turn dia beraya di rumah mertua dia..pakaian tahun ni di'sponsor oleh adik aku yg paling rendang dlm gambar ni..hihihi...tema tahun ni ialah gold..kain baju mak aku tu tempah khas batik lukis dgn warna coklat gold tp bila siap jadi mcm color pink lak...so dah lari skit dgn warna tema..

Kalau dilihat dlm gambar tu..adik-adik aku semuanya tinggi-tinggi..terutamanya yang 4 org tu..aduhai!ikut gen mak aku..kalau ikut abah aku..rendah la skit...hihihi...nasib baik aku bukan yg paling rendah!

Raya tahun ni biasa dan sederhana shj..1st day raya..best la gi umah makcik-makcik aku..pastu raya ke-2 aku dah demam hingga la balik ke sini..so drp raya ke-2 tu dah xde nak gi mana-mana dah...Disebabkan asyik terperuk di rumah shj..so aku abiskan masa dgn menjahit manik di baju..hihii..sempat la siap manikkan 2psg baju mak aku dan sepasang baju raya aku tu..buat yg simple-simple shj supaya tak nampak kosong sgt..



Friday, September 9, 2011

Cara Penyediaan 3 Layer Tea

Assalamualaikum..
Disebabkan my BFF Emme yg comey tu sibuk duk menyediakan 3 layer tea kat blog dia..hari ni aku akan buat tutorial camner nk sediakan 3 layer tea F&N

Eh! Ada yang xtau minuman apa 3 layer tea ni??Korang tengok ler sendiri gambor ni..

Nampak sedap kan air ni...hihihi...mmg sgt sedap...aku bukannya penggemar susu pekat tp penyediaan 3 layer tea ni menyebabkan aku suka minum air ni..xbyk kedai yg menyediakan minuman ni..kalau ada pun 1 gelas berharga RM3.50..itupun kebanyakkannya dijual di kedai mamak..

A few tips yang aku nk bgtau ialah:
1. teh kosong yg paling atas tu kena sejuk dan pekat
2. MESTI menggunakan susu Isian Sejat F&N yg ada gambar kari ayam..susu lain tak xjadi
3. Ais kena byk dan penuh gelas
4. Guna gelas yg transparent mcm kat gambar di atas supaya senang nk bajet byk mana kandungan gula nipah, susu dan teh
5. MESTI menggunakan guna nipah yg dikeluarkan oleh F&N..
6. Kena kacau smpai sebati sebelum minum..

Wallaweiii...sgt sedap ni..!

Opss..lupa nk bgtau..gula nipah F&N ni baunya sgt wangi tp tiada di pasaran..kalau nk buat gula sendiri dgn menggunakan gula kabung atau gula melaka..rasanya tak menjadi sgt, lagipun gula kabung/melaka yg dicairkan akan cepat keras nnt..

So kalau nk beli gula nipah ni sila ke Karnival Usahawan Desa (KUD) 2011 anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 21 - 25 September 2011 nnt..


Thursday, September 8, 2011

Aku bila sakit...

Assalamualaikum...hihihi..lama betul aku tak update any ceritas kan..hahaha...mmg xde mood walaupun dalam kepala otak ni idea ada untuk menulis..sebenarnya drp raya ke-2 hingga ke hari ni aku masih belum sihat sepenuhnya..tapi alhamdulillah hari ni rasa bertenaga sikit..

Kepala otak mcm jem dan blur jer..bwk kete macam mamai bila dah terkena demam selsema ni..suara pun sengau ala-ala penyanyi rock tak bertauliah jer..mmg xpandai nyanyi pun..hihihi...lepas selsema dah OK masalah sakit kepala lak melanda..sebabnya gigi bongsu nk tumbuh..kesannya mmg sakit hingga naik ke kepala..nk hantuk kepala kt dinding pun ada...first time aku rasa camni...patut ler ramai org ckp nk tumbuh gigi bongsu ni mmg sangat sakit..seperti biasa aku akan malas ke klinik sebab aku mmg alergik ubat...

Paling best ialah hari selasa lepas sakitnya bagai nk pecah kepala ni..last2 aku mintak half day dan balik umah..telan ubat sakit gigi sebijik...hambik sebijik..bangun tido rasa mulut ni membengkak, muka dan kepala gatal-gatal dan leher dah kemerah-merahan...aduhai..tensen melanda..dan penyelesaiannya ialah..aku duk sejam dlm bilik air..mandi sampai rasa kebah gatal2 dan kemerahan yang timbul kt muka..

Aku sgt susah hati bila sakit..sebab tu aku kena betul-betul amalkan gaya hidup yg sihat..sebab bila sakit aku xleh nk makan ubat macam org lain..hospital pun xde kemajuan teknologi lagi nak check pesakit yang alegik ubat ni...

Lain-lain cerita ialah..ofis aku sibuk mengemas sebab nk pindah esk...hari ni mover dah datang untuk packing  dan wrapping barang-barang..monday next week PC lak akan dihantar..so next week akan start dengan ofis dan workstation yang baru...

Itu shj untuk hari ni...daaaaaaaa....



Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Assalamualaikum....masih belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua kawan-kawan di alam maya ni..


Bila dah balik kampung mmg xsempat nk membelek internet..ada je keje yang nak dibuat..hihihi..apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua..mohon ampun dan maaf kalau ada tersilap kata atau terkasar bahasa..Maaf Zahir dan Batin!

Popular Posts