PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, October 31, 2011

Lelaki-lelaki itu....

Assalamualaikum...semlm sebelum tido..terfikir idea nk buat untuk entri ni..nk menaip semlm terasa mcm dah malas nk on lappy..so buat entri tu ptg ni..

Aku mempunyai 3 pilihan lelaki yang mana aku rasa semuanya buat aku menyampah..maaf la kali ni rasanya entri yang agak tidak bersopan kot skit..sakit hati punya pasal...

1. Si dia yang dah berputus asa tu..mcm la dia tau bila dia nak mati..ajal maut di tangan ALLAH..setiap penyakit tu ada ubatnya kalau kita berusaha dan tidak berputus asa..dah penat dah aku bg nasihat tp langsung xdengar ckp..fikir dia jer yang betul..ingat aku ni tunggul kayu ke??xde perasaan??dah 2thn couple laa..disebabkan penyakit tu si dia down dan dah xnak pedulik aku lagi..

2. Mamat yang dah 3 tahun aku kenal..baru 3 bulan ada awek..hahaha..muda 6 thn drp aku..tapi yang menyampahnya nak jadikan aku bini no-2..ada hati tu..hari-hari bgtau aku camtu..ckup 40x kali nnt menjadi katanya..harap2 mulut dia tak masin..aku ni pempuan..tau la hati pempuan camner..bakal madu aku tu...ceh..bakal madu konon...!dia mmg la bagi kebenaran tp aku ni yg xnak..sbb aku ni 'tamak haloba' dan 'giler kuasa'..xnak berkongsi kasih dengan org..ada fhm ker?

3. Sorg lagi lelaki yang tak gentleman langsung rasanya..ini lah masalah org negeri aku ni..ermmm...5 tahun muda drp aku..dia xkisah dgn siapa pun jodoh dia..aku dah 'sound' awal-awal lagi..kalau nak main-main baik carik pempuan lain..dia nakkan aku tp jgn terlalu berharap dgn dia sebab dia xde duit..bengong ke bodoh???aku pun xleh nk describe apa jenis org camtu..

Aku ni dah la setia bagai nak rak...ada keje..ada duit sendiri..aku harta sendiri..tp sekor manusia pun dia atas ni tak fhm-fhm..maybe aku kena ckp tamil atau mandarin kot baru diorg ni fhm...aku tidak memilih apa jua jenis pekerjaan mereka..asalkan cukup makan minum..syg dan dpt menjaga aku dengan baik..itupun dah memadai..tolong la fhm weiii....


Saturday, October 29, 2011

Stacy – Kisah Dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa

Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

* aku sgt sukakan lagu ni..mcm kena jer dgn jiwa!

Friday, October 28, 2011

I need to rest..!

Assalamualaikum...terasa diri sgt lemau hari ni..lesu dan keletihan..xde mood langsung nak buat keje..i need to rest..bestnya kalau dapat pergi bercuti kat mana-mana terutamanya pegi Cameron Highland..saper nk belanja bwk aku ke sana??hihihihi...

Selasa lepas ke Pontian, Johor utk selesaikan kes peserta Program Makan Minum F&N dan juga lawat Projek Madu Lebah kt Benut..mcm2 masalah yg harus diselesaikan..Rabu cuti raya deepavali..tp aku sibuk bersihkan umah lama kt Flat Hijau tu..tuan umah nak dtg utk renovation umah..

Pastu semlm lak ke Sibu, Sarawak...Projek Kraftangan Kayu kt Sg. Meradong..bagaikan itik berckp dgn peserta..diaorg ckp Iban..kami sepatah haram pun xfhm..ermmm...setiap kali outstation..pergi tanah xcerah lagi..balik hari dh mlm..siang hari berjemur panas..mana la badan tak penat...

Hari ni mmg berangan-angan nk cuti..tapi bila fikirkan bulan depan aku nk cuti adik aku berkawin selama seminggu..hihihi..so jgn membazir cuti yang ada 16hari tu...harap-harap esk dpt bercuti dengan aman..aku nk rest secukupnya...


Lelaki ini...

Assalamualaikum..
Di saat dan ketika ini, aku sgt rindukan lelaki ini..
Rindukan keletah dan gurau senda beliau..
Rindukan senyuman beliau..
Rindukan lawak 'bodoh' beliau..
Rindukan segala-galanya tentang beliau..

Begitu byk dugaan dan rintangan yg kami tempuhi bersama..
Thn lepas arwah emaknya meninggal..
Thn ni, arwah abahnya pula meninggal..
Dan..
Dugaan ALLAH yang paling berat..
Beliau disahkan sakit mcm arwah maknya..

Skrg ni tiada lagi panggilan manja..
Tiada lagi gurau senda..
Tiada lagi panggilan 'tambing atau kambing'..
Yang ada cuma keseriusan dan kesenyapan..
Semua perancangan masa depan lenyap begitu shj..

3 tahun kenal dan 2 tahun menyulam kasih..
Akhirnya beliau putus asa dengan dugaan kali ni..
Apa yang harus ku buat??
Berserah??
Redha??

Bukan senang utk aku kumpul kekuatan utk taip entri ni..
Berhabuk dlm draf tggu utk di'publish'
Air mata jatuh satu per satu..
Ya ALLAH Kau tabahkanlah hatiku..tabahkan hati MSA
Kau lah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Penyayang..
Pasti ada hikmah disebalik dugaanMU kali ni..
Aku pasrah....

Thursday, October 20, 2011

KUD 2011 catat aliran tunai RM1.44j

PUTRAJAYA 19 Okt. - Pencapaian Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD 2011) yang berlangsung bulan lalu menunjukkan potensi memberangsangkan apabila mencatatkan aliran jualan tunai sebanyak RM1.44 juta melebihi sasaran awal RM1 juta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, KUD 2011 yang berjaya mengumpul 490 usahawan itu juga mencatatkan pertambahan tempahan perniagaan iaitu sebanyak RM3.59 juta dan 1,215 transaksi padanan perniagaan.

Menurutnya, jualan tertinggi berjumlah RM27,000 iaitu daripada syarikat MY Batik Beranang yang membekalkan batik dalam tempoh lima hari karnival.

"Karnival yang berlangsung di Laman 1Malaysia Presint 2, Putrajaya itu bukan sahaja menampilkan produk keluaran usahawan temapatan tetapi juga membantu mereka mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

"Pengusaha yang dipilih terdiri daripada usahawan bimbingan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan mereka mempamer dan menjual empat kategori utama produk iaitu makanan, kraf tangan, herba dan perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada jawatankuasa KUD 2011 kementeriannya di sini hari ini.

Karnival lima hari yang berlangsung di Laman 1Malaysia Presint 2 itu bukan sahaja menjadi pentas kepada usahawan menampilkan produk keluaran mereka tetapi juga sebagai platform mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

Menurut Mohd. Shafie, pihaknya yakin KUD yang dianjurkan pada masa akan datang mampu menyemarakkan semangat usahawan terutama mereka yang berada di luar bandar untuk meningkatkan daya saing, produktiviti dan kualiti pengeluaran sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
Sementara itu, kata beliau, bagi menyemarakkan lagi KUD akan datang, beberapa penambahbaikan akan dilakukan terutama mengenai jumlah bilangan gerai pameran.

"Jumlah gerai terlalu banyak dan perlu dikaji semula untuk mengurangkan persaingan antara usahawan yang terlibat. Lokasi penganjuran juga akan diubah ke tempat yang lebih strategik sekali gus memberi impak besar kepada usahawan khususnya dari segi jualan, tempahan dan jaringan perniagaan.

"Kualiti kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas dan bekalan air juga akan ditingkatkan demi keselesaan pengunjung selain memantapkan aktiviti hebahan dan promosi khususnya program pemadanan perniagaan," katanya.

Sumber : Utusan

Thursday, October 13, 2011

Program Makan Minum F&N di Pahang..

Assalamualaikum...
Minggu lepas pada hari Selasa, 4 Oktober 2011 aku sempat ke Pahang..seperti biasa tugas membantu membuat pemantauan bagi Program Makan Minum F&N iaitu satu program kerjasama antara kerajaan dan swasta..


Bertolak drp Putrajaya pada pukul 7.00 pagi..singgah di R&R Temerloh sekejap untuk breakfast then meneruskan perjalanan ke Kuantan.


Antara menu utama yang dijual oleh peserta program ini ialah Nasi Lemak, 3 Layer Tea dan Teh Tarik..so kepada semua rakan-rakan bloggers..sila ke gerai-gerai usahawan muda ni untuk merasai kesedapan makanan mereka..kalau xberpuas hati nnt leh komen kat sini..hihihi...

Peserta : En. Mohamad Fadillah bin Ismail@Ali
Alamat: Gerai Mikro Mara, Jalan IM2, Bandar Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang
Waktu perniagaan adalah drp 6.30 pagi - 12.00 tengahari..Insyaallah dlm perancangan akan gerai beliau akan dibuka hingga 12.00 tengah malam..
Komen: xsempat rasa nasi lemak sbb dah abis..3 layer tea best!

Peserta : En. Mohd Khairul Anuar bin Mustafa
Alamat: Kawasan Penjaja, Taman Perumahan PKS, Batu Hitam, Kuantan, Pahang
Waktu Perniagaan adalah drp pukul 7.00 pagi - 6.00 petang..
Komen: Nasi lemak beliau mmg sedap!hihihi

Peserta : En. Wan Saiful Azlan bin Wan Endut
Alamat : Gerai Penjaja MPK, Jalan Dato' Abdullah, Taman Gelora, Kuantan, Pahang
Komen: belum memulakan operasi lagi

Peserta : En. Mohd Hafizuddin bin Mat Saat dan En. Mohd Zubir bin Mohd Nor
Alamat : Zon Timur 1 (Kawasan Beserah - Kemaman), Kuantan, Pahang
Komen: Van akan bergerak pada waktu-waktu tertentu di kawasan Beserah - Kemaman

Gambar kenangan - dijemput semua ke van Hadeef's Makan Corner

Seterusnya perjalanan kami diteruskan ke Temerloh.

 Peserta: En. Syarul Azri bi Bahari
Alamat: Gerai Mikro MARA, Jalan Tengku Ismail, Temerloh, Pahang
Waktu operasi adalah drp pukul 6.30 pagi - 3.00 petang
Komen: Kami sampai kul 5.00 petang..gerai dh tutup..hihihi..

Seronok jugak buat pemantauan ni..kul 7.00 mlm bertolak balik ke Putrajaya..Next tempat nk pegi pantau peserta adalah di Johor.

Wednesday, October 12, 2011

Baju Mak Saya...

Assalamualaikum..
Bila balik kg jer mesti ada nada-nada bising mak sy yg menyuruh sy untuk menjahit baju dia..eiiii..kata mak sy "Asyik duk jahit baju org jer..jahit la baju mak sekali"...errmm..nada berkenaan buat sy serba salah sebabnya setiap kali balik kg sy mesti bwk balik baju customers yang patut sy jahit..bila dh menjahit baju mak sy..maknanya time line utk hantar baju customers sy akan lari skit..

Disebabkan xnak menghampakan permintaan mak sy..so 2 hari sebelum raya..sy pulun jahit baju mak sy ni..dalam sibuk2 tolong mak sy kat kedai..Alhamdulillah siap ler sehelai..boleh dibuat pakai utk raya..


Baju batik yg ditempah khas..huhu..


Demam yang melanda diri sy pada raya ke-2 menyebabkan sy xleh nk berjalan ke mana-mana..so nak hilangkan bosan sy menjahit ler pulak baju mak sy ni..siap dlm masa 2 hari..ringkas dan cantik jugak..sesuai la utk org tua..xleh nk bling-bling sgt..nnt abah sy marah!hihihi...

Lebih byk manik di SINI..


Friday, October 7, 2011

Larangan Memohon Mati..

Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.
Huraian Hadith:
Pengajaran hadith:
(1    (1) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan    menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah menyifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
(2   (2) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
(3   (3)Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.
Wallahu a’lam.  

Popular Posts