PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, December 31, 2012

Summary 2012

Assalamualaikum...

Hari terakhir bekerja di tahun 2012...ermmm...byk suka duka di tahun ni...namun..2012 ialah tahun yang dirasakan paling baik dalam hidup sy..

1. Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..Hadiah RM1k..aku beli rantai kaki...hihihi
2. Lulus exam Undang-undang KPSL N27...
3. 6 kali travel by plane tahun ni..dan 2x ke Langkawi..seronok jalan-jalan sambil keje!
4. Berat naik : drp 38kg and now maintain 44kg..1 more kg untuk berat ideal...huhu
5. Wishlist untuk beli hp Samsung dan mesin basuh tercapai...best..best!
6. Aku bahagia....
7. Rezeki yang tak pernah putus..terima kasih ALLAH di atas segala kurniaan MU ini..!!

Tahun 2013 ini...aku tidak mengharapkan apa-apa..hanya inginkan sebuah kebahagiaan di samping orang-orang tersayang shj...tapi wishlist nak beli TV Sony 42" 3D tetap dalam angan-angan...hahaha...

Nota Kaki : Buang perangai buruk yg ada di tahun 2012... selamat datang 2013!!



Friday, December 28, 2012

Apa Khabar Orang Kampung..

Assalamualaikum..

Jom..petang ni kita ramai-ramai saksikan rancangan Apa Khabar Orang Kampung yer..kul 6.00 petang di TV3..


Program usahasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Media Prima Berhad diteruskan lagi menerusi Program ’Apa Khabar Orang Kampung’.

Program berdurasi 30 minit ini bakal bersiaran selama 13 episod bermula 21 Disember 2012, Jumaat jam 6.00 petang di TV3. Dihoskan oleh penyampai berita yang tidak asing, Azwaliza Azman, ’Apa Khabar Orang Kampung’ membawa penonton menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan.

Berlainan daripada ’Kampung Kita’, kali ini ’Apa Khabar Orang Kampung’ akan memaparkan segenap inisiatif projek fizikal, produk usahawan luar bandar, program pengupayaan modal insan, transformasi ekonomi luar bandar yang lebih bersepadu dan paparan informasi mengenai komitmen dan kejayaan KKLW dalam menyediakan infrastruktur asas luar bandar dan kemudahan lain demi memperkasa masyarakat luar bandar. 

Apa Khabar Orang Kampung’ juga bertujuan menjadi wadah perjuangan masyarakat luar bandar dengan memaparkan masyarakat luar bandar yang progresif, dinamik dan berpengetahuan IT, bukan lagi sekadar tempat untuk pesara menikmati ketenangan dan kedamaian kampung.


Tuesday, December 18, 2012

Jadual Pembayaran Gaji 2013

Assalamualaikum...

Hari gaji bagi orang gomen...suka..suka..suka...hihihi...dapat bonus kan...byk pulak hutang yang harus dilunaskan ni...pastu kembali kurang wang...huhuhu...bulan ni kena renew insurance dan roadtax kete...so xmerasa la duit bonus tu...redha jela ye...gini la nasib kalau pkai kete...

Jom kita tengok jadual gaji untuk tahun depan pulok...opcoz la..utk bonus dan planning yang harus dibuat..betul tak??hihihi...

Nota Kaki : duit bonus nk beli emas seketul...hihihi


Monday, December 17, 2012

Delete Gambar Dalam Picasa

Assalamualaikum...

Akhirnya aku berjaya men-delete gambar yang tidak diingini dalam blog ni...hihihi...drp pagi tadi duk explore camner aku nak mendelete gambar blogger dan seterusnya delete dalam hp...

Bila dah penat..xjugak jumpa cara-caranya...lastly aku bertanyakan pakar...iaitu Aainaa...hahaha...Aainaa suruh delete gambar blog daripada Picasa...ok....berjaya mendelete gambar di Picasa....tapi nape masih ada lagi dalam hp ni????

Alahai...gambar-gambar zaman dulu boleh bikin gaduh tau...disebabkan semua gambar dalam blog telah sync dgn hp...so sekali lagi aku explore hp yang canggih-manggih ni untuk men-sync Picasa punya akaun...dan..berkat kesabaran yang tinggi....dengan bangganya aku telah menjayakan diri aku untuk delete gambar-gambar berkenaan...puas hati rasanya....

Nota kaki : Sila nyah kau dalam hidupku....!!hahaha...

Friday, December 14, 2012

Showcase SDSI, MITC, Melaka

Homestay kami untuk 3 mlm..the part..pagi2 petik rambutan...the best eva okeh!
Suasana para pembeli dan usahawan di pavilion KKLW - usahawan kluster produk/perkhidmatan kesihatan
Semasa lawatan YB. Menteri MITI ke pavilion KKLW
Persembahan tarian Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey
Bertugas demi negara...fuyyoooo...!!

Thursday, December 13, 2012

Pagi ini..

Pemandangan pagi ni daripada umah sy...terkejut bila tengok kabus setebal ini...terasa mcm berada di Genting Highland pulak...hihihi

 

Wednesday, December 12, 2012

RedGlow Wordrobe

Assalamualaikum..

Semalam aku bercuti...cuti rehat setelah 4 hari berkampung di MITC, Melaka sempena Showcase SDSI..lagipun semalam aku harus memenuhi undangan Majlis Hi-Tea kawan aku, Arlina Rosli di RedGlow, Shah Alam..so better cuti la kan..

RedGlow semalam telah melancarkan turban dan jubah terbaru...selain tu ada jugak pertandingan make-up (MUA) dan pemilihan model terbaru RedGlow Wordrobe...mmg meriah..TV9 dan TV3 juga ada buat liputan..



 Hari ni tepat jam 12 tghari tadi kuar di Berita TV9...ermmm...xsempat aku nak tengok..susah nk tengok tv time ofis hour kan...


Gambar drp FB RedGlow

Jom kita ramai-ramai like page RedGlow dan kalau rajin sila ke blog kawan aku ni..Arlina Rosli...best gak baca blog beliau walaupun jarang-jarang di-update...huhuhu

Nota Kaki : iklan tidak berbayar...hihihi..peace!!


Wednesday, December 5, 2012

Showcase SDSI 2012

Assalamualaikum..

Sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk Seminar dan Pameran Antarabangsa OVOP 2012 di Bangkok, Thailand pada 14-17 Disember 2012 nnt..Insyaallah 4 orang usahawan akan dibawa ke sana..

Seterusnya esok aku akan ke MITC Melaka bagi Showcase SDSI, 7 - 9 Disember 2012...so semua di jemput memeriahkan showcase ni...nk jumpa aku leh berkunjung ke Pavilion KKLW yer...ada goodies tau...tapi make sure anda kenalkan diri anda...hihihi...




Tuesday, December 4, 2012

Hasil tuaian di MAHA

Assalamualaikum...

Aku suka makan buah kecuali...hihihi..durian...dah la skrh ni orang duk sibuk psl durian musang king laa...durian crepe laaa....aku xde heran langsung....hahaha...

Kereta aku pun dah berbau durian...hebat betul penangan durian skrg ni...lagi-lagi dkt MAHA 2012...musang king hanya RM9.00 sekilo dan ada offer RM9 utk makan durian sampai kenyang...mmg bukan dalam tentatif aku nak singgah membeli atau merasai kehebatan rasa musang king ni...hihihi..

Buah kegemaran aku...manggis...memula beli sekilo...sekali hadap jer...rasa mcm xckup jer..pastu beli lagi 3kg=RM10...buah baru dipetik..mmg sgt best...fresh dan manis...2 kali makan je 3kg tu...itupun rasa mcm nk lagi...hihihi

Pastu sempat beli Apolo honeydew ni...RM3 je sebijik..anggaran dalam 3kg lebih kot..mmg berat dan besar...buahnya sangat la manis...mmg berbaloi-baloi la beli...

Nota Kaki : Buah-buahan bagus utk kesihatan... 

Saturday, December 1, 2012

Penghuni baru..

Assalamualaikum..

Penghuni baru di umah aku..si pokok limau purut yg masih dlm poli bag..tggu ada masa nnt nk gi beli pasu dan transfer si beliau ke tmpat yg lebih luas skit..

Hari ni hari terakhir bertugas di MAHA 2012..xde apa pun yg smpat dibeli..beli si limau purut berharga RM9..beli jagung 15ketul =RM10 dan manggis 3kg=RM10..bila dh namanya bertugas mmg xde pegi mana pun..duk kaunter entertain org yg bertanyakan program usahawan KKLW jela..mmg xsempat nk jalan ke mana2 pun...

Popular Posts