Kursus2 berikut akan di adakan di Shah Alam.
1- Kursus Jurukecantikan
Sijil Kemahiran Malaysia
Mod : Sepenuh Masa
Durasi : 6 Bulan
Sasaran : Lepasan SPM, Berminat dgn kerja2 salon
2-Kursus Juruestetik
Sijil Kemahiran Malaysia
Mod : Sepenuh Masa
Durasi : 6 Bulan
Sasaran : Lepasan SPM, Berminat dgn kerja2 salon
3-Kursus Lanjutan Profesional(Solekan)
Sijil Pusat Bertauliah
Mod : Sepenuh Masa/Separuh Masa
Durasi : 50jam atau Sebulan
Sasaran: Jurundam atau yang berminat menjadi Juruandam, Lepasan SPM, Pemilik/Pekerja Butik Pengantin @ Butik Kecantikan, Penganggur.
Sila sms nama, IC, no telefon, alamat dan kursus pilihan ke 0123588999.
Website: RedGlow
Tuesday, December 21, 2010
Friday, December 17, 2010
Manik Lagi..
Assalamualaikum..
Tempahan Pn. Mini sebelum ni adalah diadaptasikanmcm novel lak drp baju saya yg ni ler..Pn. Mimi berkenan tgk jahitan di tangan saya..pd ms tu sy xjahit lagi di leher..so saya ambik keputusan membuat corak yg sama di baju Pn. Mimi..
Tempahan Pn. Mini sebelum ni adalah diadaptasikan
Ini adalah latest saya jahit kt lengan shj..di leher belum lagi..tggu bila ada masa dan kerajinan..sbb labuci dan batu dah abis..xsempat lagi nk ke kedai beli..insyaallah nnt kalau dah siap akan saya post entri di sini yer..
More picture..Selamat mencuci mata!
Thursday, December 16, 2010
F&N dan KKLW di Pahang- Inginkan Perniagaan Sendiri??
Assalamualaikum..
Entri before this saya ada bgtau psl saya ke Temerloh dan Kuantan kerana jaga booth KKLW untuk Program Kerjasama dengan F&N Dairies (M) Sdn. Bhd
Jom kita layan gambar yang telah disnap..korang kan suka tgk gambar2 ni..hihi
Banting yg digunakan oleh F&N "Kami Boleh Membantu"
Of coz ini ialah saya bersama rakan setugas, Ain di Hotel Bukit Bendera, Temerloh, Pahang
Ini lak bersama dengan rakan-rakan drp F&N dan juga drp Bank Rakyat
Bilik hotel kami ketika di MS Garden, Kuantan..cantikkan?byran pun cantik jugak..huhu
TV besau tu..sila ignore beg merah itu
Bilik air idaman saya ni ler..huhu exklusif!
Cermin kt bilik air pun besau..bilik air yg boleh main kejar-kejar..haha
Workstation di MS Garden
Kami berada di tengah-tengah, between F&N dan Bank Rakyat
Cik Rose..huhu
Bersama rakan-rakan setugas, Pn. Siti Aisyah dan Ain
F&N Dairies, Teh 3 Layer dan Teh Tarik
Teh 3 Layer
Di dalam dewan MS Garden, ramai gak yg hadir
Para peserta tengah bertanyakan soalan dan juga ambik borang penyertaan
Teh 3 Layer yang menjadi kegilaan org ramai, rasanya mmg sedap!
Kembung dengan air free drp F&N..haha
Next program this weekend di Muar dan Batu Pahat..sesiapa yang berminat yang join leh la check entri sebelum ni..
Wednesday, December 15, 2010
Kegemaran saya..
Assalamualaikum..
Siapa yang suka makan asam..of coz la saya..hihi
Hari ni saya nk bgtau asam kegemaran saya..iaitu buah mempelam a.k.a buah pauh/mangga
Uwaaaaaa...mmg boleh buat air liuq meleleh ni..
Jom kita tgk saya buat asam/jeruk mangga
Mangga yg paling best ialah mangga ni..ada org panggil mangga telur..tp sy panggil buah mangga kecik jer..hahaha..suka mangga ni sebab ianya sgt masam..
Memula sekali kupas kulit mangga..tp kalau xnak kupas pun xper..tp sy lebih suka kalau dikupas..Pastu potong kecil mengikut kesukaan masing-masing
Dah siap potong, letak gula dan sedikit garam mcm gambar di atas
Pastu letak kicap dan sedikit cuka..masukkan cili potong ikut kesukaan..saya biasanya letak 3 biji cili shj..sbb bila dh terendam lama-kelamaan cili tu akan jadi sgt pedas..
Gaul kesemua bahan2 campuran tadi dgn mangga
Jadilah camni..pastu boleh terus dimakan atau kalau nk sedap lagi simpan dlm peti ais kejap
Setelah beberapa jam disimpan dlm peti ais (kalau disimpan 1-2hari lagi sedap)..buah mangga td akan jadi camni..sedikit kecut, air mangga dah kuar dan rasanya sgt sedap..sy mmg penggila asam ni..
SELAMAT MENCUBA!
p/s:kalu dibuat niaga ni..ramai yg beli!
Tuesday, December 14, 2010
Tempahan Manik
Salam kepada semua..
Tempahan kali ini datang drp Ms.X..mintak maaf beliau yg hendakkan namanya dirahsiakan..hihi..
Baju kelawar yang hendak digunakan untuk gi dinner..so kena la shining-shining skit yer..
Masa yang di ambik adalah 4hari..
Kepada Ms. X, mohon maaf sbb sy tak sempat nk jahit manik kt bunga
| batu besar kehendak pelanggan |
| di lengan |
Monday, December 13, 2010
Mood hari ni..
Salam dan selamat pagi kepada semua..
7hari bekerja kerana ada program di Temerloh dan Kuantan dan kalau disambung 5hari lagi..mau pengsan dibuatnya..hari ni penatnya terasa diri ..rasa mcm nak tido jer..mood pun mcm xbest..kalau dtg dgn kete sendiri rasanya kejap lagi aku dh cabut balik umh..nasib xde kete hari ni..TJ telah dihantar ke rumah 'bapak' dia..huhu
Semlm bertolak drp Kuantan lebih kurang kul 5 ptg..dan sampai di Putrajaya dlm kul 8.45mlm...9.30mlm aku dh tido..cerita berkenaan 2hari tu akan ku post nnt yer..mmg xde mood ni..nk berckp dgn org pun aku malas..
Ada tuntutan keje yg harus dilaksanakan hari ni..kalau tak mmg aku dh cuti rehatkan diri di rumah..
Friday, December 10, 2010
Inginkan Perniagaan Sendiri??
Kami Boleh Membantu..Niaga, Makan, Minum F&N
Program Niaga Makan Minum adalah satu inisiatif murni unutk komuniti dibawakan oleh Institut Teh Tarik F&N dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Program ini merupakan salah satu usaha murni syarikat F&N memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat.
APA?
Jika anda sedang mencari peluang unutk berniaga, kami ada berita baik!Institut Teh Tarik F&N sedang mencari belia yang berminat unutk memiliki perniagaan makanan dan minuman sendiri.
YA!Kami akan menyediakan pembiayaan supaya anda boleh menjadi seorg usahawan.
SIAPA?
Anda boleh sertai program ini jika anda:
- Berumur 18 - 30thn
- Bumiputera warganegara Malaysia
- Mempunyai keinginan tinggi untuk memiliki perniagaan sendiri
- Berdaya keusahawanan
- Memiliki pemikiran positif
- Sedia menghadapi cabaran
MENGAPA?
Kerana kami akan memberikan bantuan sepenuhnya dalam langkah anda untuk menjadi usahawan perniagaan makanan dan minuman.
Anda akan mendapat:
- Pembiayaan/pinjaman unutk gerai atau kios mobil bergerak
- Latihan keusahawanan
- Latihan penghidangan makanan/minuman dan masakan
BILA DAN DI MANA?
Untuk mengetahui lebih lanjut, datanglah ke taklimat khas kami:
Pahang
Bendera Hill, Bukit Bendera Resort, Mentakab
11 Disember 2010 (Sabtu)
9.00 pagi - 12.00 tengahari (Sesi Pertama)
2.00 petang - 5.00 petang (Sesi Kedua)
MS 5 & MS6, Aras Mezzanine, MS Garden Hotel, Kuantan
12 Disember 2010 (Ahad)
9.00 pagi - 12.00 tengahari (Sesi Pertama)
2.00 petang - 5. 00 petang (Sesi Kedua)
Johor
Aman Room, Aras 3, Muar Traders Hotel, Muar
18 Disember 2010 (Sabtu)
9.00 pagi - 12.00 tengahari (Sesi Pertama)
2.00 petang - 5.00 petang (Sesi Kedua)
Diamond Room, Aras 2, The Katerina Hotel, Batu Pahat
19 Disember 2010 (Ahad)
9.00 pagi - 12.00 tengahari (Sesi Pertama)
2.00 petang - 5. 00 petang (Sesi Kedua)
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-7956 4949 atau layari www.InstitutTehTarik.com
JANGAN TERLEPAS PELUANG
MARI SERTAI KAMI!
p/s: aku bertugas untuk jaga booth KKLW di Pahang shj..ada kwn2 bloggers yg nk jumpa sy atau nk belanja sy mkn..sila ke hotel berkenaan yer..hihi..
Wednesday, December 8, 2010
Busy
Sangat lama rasanya tidak menjenguk dan meng'update hippo blog ni..
Last week PC ni pening-pening lalat xleh nk masuk windows
Pastu on Monday pun sama..buat perangai lagi
Semalam cuti Maal Hijrah dan hari ni baru berkesempatan utk update sikit
Isnin lepas masa on the way ke ofis..di awal pagi tu saya nampak pelangi..Mmg sangat cantik..
Saya rasa sape-sape yg drp Putrajaya menuju ke Serdang dan KL pasti nampak pelangi tu kan..
Subhanallah..indahnya ciptaan ILLAHI
Dah lama rasanya tak lihat keindahan pelangi..
Pastu..hari isnin juga saya sangat busy..
Uruskan pegawai dan usahawan yang akan ke Hanoi pada minggu depan..Penat otak rasanya duk kol orang sana sini..padahal bukan saya yg pegi pun..Itu ler keje saya bila akhir thn menjelma..Ini kali ke-4 saya uruskan pemergian diorg ke luar negara..
Hari ni follow-up barang2 usahawan utk pameran yang akan dihantar melalui kargo..Pastu nk prepare documentation utk meeting persediaan esk lak..
Uiikk...banyak keje nk buat ni..
Weekend ni ke Temerloh dan Kuantan lak..
Ada sesiapa yg boleh tumpangkan saya tido kt Kuantan hari sabtu ni?
Malas rasanya nk check-in kat MS Garden tu..
Keje kali ni berkaitan dengan taklimat Teh Tarik..saya jaga booth KKLW.. Nak tau lebih lanjut..nnt saya postkan advertisement psl ni yer..
Org keje gomen..SKT dah buat ke?saya belum buat lagi..huhu..
HRMIS kadang-kala sangat tidak menyenangkan hati..so duk la tangguh2 sampai sekarang
Opsss..xleh tulis panjang-panjang..ada lagi keje kena buat ni..
See u then guys..
Tata
Wednesday, December 1, 2010
Award drp Pn. Emme
Thanks kepada Pn. Emme yang sgt rajin bg aku award dan tukang komen kt blog aku ni..wehh..aku dh puji ko ni..belanja la aku mkn kt Carls Jr..hahahaha...aku tau aku mmg
Soalan yang perlu dijawab ialah:
6 artis/group/singer
.
.
1. Erra Fazira dia sgt cantik
2. Faizal Tahir bila dia SS sy xsuka..haha
3. Maher Zain lagu2nya besh
4. ST 12 artis Indon
5. Aizat lagunya yg bersahaja
6. 6ixth Sense Tanpa
10 orang yang layak ditag utk award ini ialah:
1. Aainaa
2. Kak Ayu
3. Aza
4. Arlina
5. Along Tapa
6. Cik Nuril
7. Kumanx
8. Diriku
9. Umar Cute
10. Kepada semua yg mengunjungi blog ni..blog korang mmg cantik!
Kuih Cik Mek Molek..
Aku sebenarnya first time buat kuih ni..biasanya mkn je yg mak aku buat..hihi..
Disebabkan aku telah menjadi suri rumah ketika balik kampung hari tu..so kena la sediakan juadah minum petang utk adik2 aku yg hanya pandai mentekedarah mkn tu..
Kalu balik kampung mmg xleh duk diam, pagi mmg mak akan sediakan bekfes, aku hanya mengemas, tghari aku masak, ptg aku juga sediakan minum ptg dan mlm giliran mak aku..family aku lak biasanya mkn mlm simple contohnya mihun/kue tiaw/mee goreng/sup shj..mmg xde mknan berat2..
Ok..jom kita tgk cara-cara masak cik mek molek ni..haha..
Keledek rebus (kupas kulitnya dan lenyek) + tepung + air garam + planta diuli sampai sebati..Tujuan masukkan planta tu supaya kuih jadi rangup dan garing..sy suka camtu!
Pastu buat bentuk macam ni..hihi
Then masukkan gula sikit
Jadilah bentuk-bentuk camni..mcm xcomel je ni??hihi
Pastu goreng ler..
Hasilnya..haha
Komen adik laki aku:sgt sedap hingga 4biji sekali mkn..dia benti mkn pun setelah ditegah oleh aku supaya mkn tu ingat kt org lain sekali..hahaha..
Byk kali cuba kuih ni area sini tp xde satu pun yg memenuhi citarasa..mmg buat sendiri lebih sedap!haha..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum...cerita ni dah lama berlaku..namun aku nak bercerita jugak..pada 17 April 2012 yang lalu....adik laki yang ke-2 dapat inte...
-
Assalamualaikum.. Disebabkan my BFF Emme yg comey tu sibuk duk menyediakan 3 layer tea kat blog dia..hari ni aku akan buat tutorial camner n...
-
Assalamualaikum.. Lama juga tak update untuk jahitan manik.. Kali ni sy jahit manik untuk kwn ofis, Kak Zana Baju kurung pahang kain batik i...
-
Assalamualaikum.. Dikesempatan ini..ceewaaahhh..macam raya lak yer..hahaha..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat omak tersayang yan...
-
Assalamualaikum..dah seminggu cerita tentang percutian aku last week tertangguh..hari ni baru ada mood unutk menulis psl kisah berkenaan.. ...
-
Assalamualaikum.. Dengan segala hormatnya menjemput semua kawan-kawan bloggers ke Majlis Aqiqah anakanda hamba pada ketetapan berikut: ...
-
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah : 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis....Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi as...
-
Assalamualaikum... hari ni ada pulak yang search kat blog aku ' cara bagi orang cepat byr hutang '...hihihi...kelakar betul.. Ka...
-
Tahun 2020 dan era millenium tak dapat dipisahkan. Mendebarkan! Apa yang bakal berlaku pada kehidupan anda di tahun 2020? Kalau 10 ata...
-
Assalamualaikum.. Tempahan memanik tahun ni boleh la tahan..cuma aku je tak ambik byk tempahan disebabkan sibuk dengan RBC..Alhamdulillah..r...


