PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, April 1, 2011

Lawatan Kerja Dato' Hasan Malek

Assalamualaikum..
Sebelum ni aku pernah mention pasal aku ke taiping/selama, perak sebab keje kan..ini adalah kali ke-2 aku ke tempat projek berkenaan..so the particular psl lawatan tersebut ialah seperti berikut: (org gomen menulis)haha..

Lawatan: Projek Kraftangan Berasaskan Daun dan Kayu Getah 
Tempat: Kampung Garok, Selama, Perak
VVIP : Dato' Hasan Malek, Timbalan Menteri KKLW
Tarikh: 27 Mac 2011 (Ahad)
Jam: 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Pada hari berkenaan, kul 4 pagi aku bangun tido, kul 5pagi bertolak drp Putrajaya, singgah di RnR Rawang utk solat subuh dan kul 8pagi singgah di RnR Bukit Gantang untuk minum pagi..tiba di Selama jam 9.30 pagi..pada kul 10pagi, Dato' Hasan tiba dan abis majlis pada kul 12 tengahari..kul 2.00 bertolak balik dan tiba di Putrajaya pada pukul 6.00 petang..inilah first time 'keje giler' sepanjang aku berkhidmat dlm gomen ni..aku rasa mcm sgt letih dan penatnya..

Jom layan gambar lak


Program Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKLW


Ketibaan Dato' Hasan


Bersalaman dengan orang kampung


Antara penduduk kampung yang hadir..meriah!


Ucapan 


Sesi melihat demo


Lawatan ke tempat 'rendaman' daun getah


Seronok sgt Dato' Hasan bertanya tu..

Antara produk yang dihasilkan..

Jambangan Bunga
bunga-bungaan 
Di beg, kotak dan juga bunga telur
Bunga dalam frame
Bunga Tekap
Bunga Dinding
Tutup saji


Wednesday, March 30, 2011

Salam Takziah

Assalamualaikum..pagi ni agak mengantuk skit..maybe disebabkan hari ujan so mood pun sejuk-sejuk beku jer ni..mata nk pejam jer..hahaha..

Ok..xnak melalut panjang mcm semlm..just nk ucapkan salam takziah kepada family incik MSA kerana pemergiaan pakcik beliau semlm..semoga arwah Ayah Uda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah..!

Dalam masa 2tahun, tiga orang ahli keluarga incik MSA meninggal disebabkan sakit yg sama iaitu Hepatitis B atau penyakit hati..last minit dapat tau dan ditahap kritikal..end of 2009 pakcik incik MSA meninggal then Feb 2010 arwah mak MSA meninggal dan semlm seorg lagi pakcik beliau meninggalkan dunia ni..

Walau apa pun yg terjadi hidup harus diteruskan..aku tau ini antara dugaan besar yang menimpa keluarga MSA iaitu kehilangan orang tersayang..but kita harus tabah dan redha dgn pemergian itu..ALLAH lebih sayangkan mereka..so doakan yg terbaik dan semoga mereka berada di kalangan orang yg beriman! 



Tuesday, March 29, 2011

Kenapa aku marah dan stress??

Assalamualaikum...hari selasa..ermmm...nape bukan hari jumaat??uwawawawa..nk cuti!..mood tak stabil ni..penat, sakit kepala, mengantuk dan stress..drp last week mmg aku sgt byk keje yg nak diuruskan..ditambah lak kene ke taiping/selama,perak untuk lawatan projek..ditambah beban dengan hal bdk umh aku yg giler dan mental tu..

Cerita dan gambar ke taiping/selama, perak akan diupdate soon k..petang ni lak ada meeting...so kalau dah settle semua documentation utk meeting ada la sikit ruang untuk aku upload dan update blog ni nnt k..

Next lak citer bdk umh aku ni..honestly it was the first time sepanjang aku duk hampir 5thn kt umah tu terjadi benda2 yang sgt menjengkel dan menyakitkan hati ni...bdk2 baru (3org) ni masuk pada bulan 2, keje swasta dgn gaji yg besau, umur 24-26 thn..baru hampir 2bulan duk umh tu macam2 hal terjadi..kwn2 sebelum ni pindah pun sebab berpindah tempat keje dan ada yg berkawin..bukannya kes tak suka duk kt situ..tuan umh aku tu sgt baik..semua masalah boleh disettle bila bgtau dia..xpernah la aku jumpa tuan umh yg sgt bertimbang rasa seperti dia..lagipun tuan umh tu mmg sekampung dgn aku dan selalu dtg umh aku bila aku balik kg..

Kes yg telah terjadi..gril kt umh aku tu rosak, kunci dia dah longgar so selalu akan terkunci sendiri,,aku dah letakkan tape supaya kunci tak tersangkut tp kalau dh hari2 buka tutup, tape mcm terlonggar skit dan kunci tu akan jatuh..ms nk tutup gril dia akan tersangkut..secara comman sense dan logik, nk masuk tu tekan la skit tape kunci gril tu then baru tarik gril supaya gril tu tak tersangkut..tp diorg ni aku dah bgtau..still lagi duk hempas2 gril tu setiap kali nk masuk umh..mcm dh nk tersangkut gril besi tu..dah la gril ditutup kuat, pintu pun sama..dihempas jugak..aku selalu terkejut..nk gugur jantung rasanya..kalau rosak, sape nk ganti??ingat murah ke nk beli gril pintu tu??

Next kes lak, barang kt umh byk yg rosak..kettle elektrik aku rosak, wayar extension pun rosak smpai tercabut plugnya, periuk aku berlubang, washing machine kwn aku tertanggal tempat nk tekan-tekan menu machine tu, pintu peti ais dihempas-hempas nk terbalik bagai, almari ditutup dgn kaki..giler ganas tahap gaban budak2 ni..aku menyaksikan semua tu dgn mata aku sendiri...dah ditegur dan dinasihat dgn cara elok..bermasam muka dan tak bertegur sapa lak jadinya...

Seterusnya..one day aku balik keje nk membasuh, wayar washing machine tu akan disambung ke toilet sbb umh aku xckup paip utk kegunaan membasuh...so ms nk sambung wayar ke paip tu aku ternampak sisa najis di atas lantai di tepi sekeliling mangkuk, tandas umh aku tandas cangkung..mengelupur aku kt situ..nk muntah, nk marah, nk lempang org..masa tu mmg api la kuar daripada kepala aku ni...perasaan marah tu lebih byk menguasai berbanding dgn rasa nk muntah td...huh..dgn pantas aku taip sms yg berbunyi lebih kurang begini kpd semua ahli umh aku " kpd yg berkenaan, balik umh tlg bersihkan sisa najis anda, xde org kt umh ni yg nk bersihkan, tlg jaga kebersihan, sblum keluar tgk la dulu mangkuk tu dan basuh sisa anda, tqvm"..dh siap membasuh dan jemur baju, aku terus ke umh makcik aku bermlm kt sana..aku xleh nk hadap muka2 diorg kt umh tu..aku takut nnt aku sound diorg tanpa kawalan..so better tenangkan diri dulu..lagipun masa tu nenek dan atuk aku ada kt umh makcik aku so leh la melawat diorg sekali..

2hari aku menunggu toilet tu dibasuh tp sekor pun tak buat..kalau xnak mengaku xper..at least ambik inisiatif basuh la kan...kalau dah xnak org lain nampak, time org xde gi keje ke..time org tak balik keje lagi, tgh mlm2 buta ke..basuh laa....lastly aku jugak yg basuh..hampir sejam aku alirkan air hingga tanggal semua sisa tu..tuang clorox, tuang dynamo...memberus la aku dgn keadaan marah dan stress...lepas dah bersih pandai lak guna toilet tu...mau tak aku geram nk lempang sekor-sekor manusia tu...nk ke lelaki buat bini dgn pempuan camni??

Kes lain ialah dh byk kali aku nasihatkan supaya jimat elektrik, aku xnk nnt eletrik byk, pastu kena tambah duit utk membayarnya..tp dh byk kali bgtau pun still sama jugak perangainya..aku selalunya tido awal..bdk 3org tu tido lambat..bila aku tersedar kul 2-3 pagi semua lampu tak ditutup, kt dapur, ruang tamu, bilik air..manusianya xde..apa fungsi lampu tu dibuka kalau orangnya xde??pernah sekali aku terbangun kul 2.30pagi nk ke toilet..lampu semua menyala..xtau sape panaskan tomyam atas dapur, dh hampir kering..Ya ALLAH..Time tu aku mengucap..nk pecah dada aku nk marah..buatnya tomyam tu kering..meletup terbakar camner??tak ke mati rentung semua org...giler laa..aku terus sms bgtau hal tu...aku xnk ckp sbb aku tau aku akan marah nnt..boleh tak sekor manusia tu ckp "alamak nasib baik tak tertido"..geramnya aku bila terdengar..

Keadaan kat dapur..xpayah la nk ckp..plastik smpah merata-rata..pinggang mangkuk tunggang-langgang, lantai berpasir, baju sidai merata-rata..aku la bibik kt umh tu, balik keje susun pinggang, sapu lantai..bakul sampah lak mmg aku xsuka berkongsi sbb aku tau smpai mati pun asyik aku je yg akan membuang smpah tu..gaji 3manusia tu 3-4ribu sebulan tp 1bakul smpah pun xleh nk beli..aku nk tgk selama mana diorg guna plastik letak atas lantai tu..nampaknya smpai skrg iaitu hampir 2 bulan..ok tak?

Alhamdulillah..sekor manusia semlm sms aku mmg dh lama tak berckp dh bgtau dia nk pindah end of this month..aku bersyukur dan 2 lagi tu end of next month..the best part is sekor tu pepandai je carik org ganti dia duk bilik dia..padahal semlm siap suh aku carikan org..mmg ckp loklak betul..kejap itu..kejap ini..aku ni pantang betul org camtu..aku iklan bilik tu kejap je dah ada org kol dan book..bukan payah pun nk carik org...nak tau nape dia suddenly nk pindah??hahaha..sebabnya aku tegur dia bwk kuar almari baju letak ruang tamu..padahal aku dh bgtau almari tu kwn aku bg dia guna..boleh lak dia kata kwn aku nk dtg ambik balik..bila masa aku ckp??pepandai jer...then ada lak sekor jadi tukang hasut...gitu ler jadinya..aku mmg menunggu je dia kuar, kalau aku zalim dah lama aku halau...bukannya aku tak berani nk buat...!

Kadang-kadang aku terfikir..adakah aku yg cerewet dlm segala hal dlm rumah tu??aku dh bgtau semuanya..aku bg kongsi guna peralatan aku dlm umh tu..aku dah bg sewa tempat tinggal..ms memula nk masuk dulu bukan main merayu nk duduk..tp bila dah duduk..sekor pun tak hargai..sekor pun xde rasa tanggungjwb..dulu kekuatan aku sorg housemate aku tu..last week dia dah ke sabah..then nasib baik adik aku lak menggantikannya..skrg ni aku balik sbb ada adik aku..

Byk lagi kes yg terjadi..aku dah xlarat nk recall dlm memori aku ni..letih dan menyakitkan hati..Aku berharap bila diorg dh pindah..budak baru xde buat hal camtu..dalam 2bulan ni aku asyik nk marah dan stress jer..hari-hari tepon org BPH mintak cepatkan permohonan kuaters...xtahan laa..pasni byr mahal pun xper laa..asalkan aku tak dibeban dgn kerenah manusia pengotor dan tak de rasa tanggungjwb ni...sekali aku dh benci kt org tu..smpai bila2 pun aku benci k...



Saturday, March 26, 2011

Kembar Siam Tak Seiras...

Assalamualaikum..
Just for your info, kt department aku ni ada lebih kurang 35 orang..so boleh dikatakan ramai jugak la kan..so yang perempuan ni kalau dtg ofis mcm2 fesyen boleh dilihat..tetapi yang menjadi kebiasaan orang gomen ni ialah berbaju kurung..

Yang paling menariknya ialah..kami semua rumah yg berlaianan..sometimes leh lak pakai baju yang hampir sama..nak kata kami semua buat dan beli kain bersama..mmg xde..tp itulah yang dikatakan serasi bersama..sampaikan baju yang dipakai pun hampir sama..hihi

Jom lihat gambar kembar siam tapi tak seiras, lain mak dan lain bapak ni..huhuhu..


Kak Zana dan Kak Esah yang memakai color hijau..dah macam pokok bergerak dah ni..haha..


Pinky gegirl..me and aainaa..tudung sama tu..!


Kak Zana dan Amina yang baju dan tudung yang lebih kurang sama kan..


Me dan Kak Esah..mcm mak dgn anak ni..hihi..sedondon gitu!


Friday, March 25, 2011

Magnolia Sherbet : Orange

Assalamualaikum..
Sebelum ni, aku ada citer tentang ice-cream Magnolia Sherbet perasa laici kan..so kali ni nk tunjuk kt kawan-kawan yg masih belum mencuba mkn ice-cream ni..


Sherbet perasa orange


Color pun orange yer..


Nampak tak ketulan buah orange tu..rasanya mcm twister tu ler..best sgt..boleh la saper2 yg nk cuba rasa ice-cream ni..honestly susah nk dpt stok..kalau jumpa tu baik grab cepat2 dan beli byk2..hihihi..


Wednesday, March 23, 2011

Header Blog Hippo..

Assalamualaikum..
Dah beberapa hari tidak meng'post entri baru..mesti ramai yg tertunggu-tunggu berita yang aku nak sampaikan..last week dan this week agak bz skit..kenduri kawin yang aku hadir last weekend pun xsempat nk update..

This weekend lak sibuk dgn lawatan kerja Timbalan Menteri KKLW ke projek daun kayu getah di Selama, Perak, hari ahad nnt aku akan berkampung di sana..ermmm...penat..penat..penat!nnt cerita berkenaan akan diupadate kemudian k..

Ada sedikit perubahan pada blog aku ni..aku letak header skit..aku bukannya ada masa sgt nk touch-up lebih-lebih..tp ini je yg mampu dibuat..


Oklah kan..drp xde header langsung..haha..

Monday, March 21, 2011

Blog Pilihan

Assalamualaikum..
Hari ni aku dpt berita baik drp Blog Sensasi..kali ke-2..yg first dulu ketika aku menang tempat ke-6 pengomen terbanyak..manakala kali ni lak blog ~Memori Hidupku~ blog aku ler tu..terpilih untuk disiarkan selama seminggu di ruangan sticky mode Blog Sensasi..wahhhh...gumbiranya..bukan semua orang berpeluang camtu kan..


Walaupun aku dipilih minggu ke-6, namun usaha Blog Sensasi untuk mempromosikan blog aku amat dihargai..semoga usaha Blog Sensasi beroleh manfaat yang sepatutnya..

Sesiapa yang nk berkunjung ke Blog Sensasi boleh clik SINI..


Saturday, March 19, 2011

Secret Admire

Assalamualaikum..Teringat waktu di UiTM Dungun dulu berkenaan game 'SA'..iaitu game Secret Admire..kt hostel ada main game ni..pastu dlm cos pun ada..1batch main..

Kalau di hostel..SA terdiri drp pelbagai golongan..senior dan junior drp pelbagai cos..ada bdk business study, accountancy, computer sciences, hotel management, science secretary dan mcm-mcm lagi..kitaorg main untuk 1 wing..iaitu ada la dlm 15 bilik..1bilik ada 4org..so total = 60orang..pastu kitaorg akan sediakan kotak..kotak tu lak letak kt depan bilik aku..al-maklum ler waktu tu bilik SP007 (anak-anak bond) betul2 berada di tengah2 wing..pastu setiap hari ada je barang dan surat dlm kotak tu..seronok bila dpt hadiah or makanan drp SA masing-masing.. hahaha.. setelah tempoh bermain abis..kitaorg akan mengadakan jamuan mkn dan reveal la sape SA setiap orang dan bertukar-tukar hadiah..sgt seronok bila dpt tau coz time dpt surat SA tu la, mcm2 tulis asalkan org tak dpt agak atau teka sape kita..SA aku dulu aku dh xingat..tp org yg SA kt aku lak ialah kakak senior Accountancy..hari2 dpt makanan dan coklat..suka beb!..hari2 tggu surat dia..dh mcm bercinta lak...hihi..kitaorg sgt baik til kakak tu graduate..dia hadiahkan aku bantal berbentuk cili merah dan juga sekor anak panda..masih ada lagi smpai sekarang (kt kampung)..pastu kitaorg lost contact..zaman-zaman dulu xde hp dan fb ni..

Pastu SA dlm cos DCS lak..cmpur lelaki dan perempuan..1cos= lebih kurang 70org, ada 3kelas..setiap minggu bila kelas dlm dewan kuliah je kotak SA akan penuh..org yg meng'SA aku tu lelaki..so mmg xdela nk anta2 surat or makanan sgt..dlm kelas pun xpernah berckp..but waktu tu aku mcm dh agak dah sape SA aku tu..based on gaya penulisan dan cara dia tgk aku...hahaha..after dah reveal..mmg betul sangkaan aku tu...tp kitaorg xdela berckp pun after reveal..maybe sbb dia segan dan aku pun tak berminat..opppsss...bkn xnak berkwn..tp aku tgk dia pendiam..so nothing yg nak dicakapkan..lagipun dia came from kelas yg berlainan drp aku walaupun 1cos...

Then the best part ialah..aku ada meng'SA'kan diri aku/minat kt seseorng..dia mmg drp cos sama dgn aku..1 negeri dgn aku..tp dia kena dissmiss masa part 3 kot..(xingat sgt)....yang aku ingat ..aku suka sgt tgk dia especially pada hari rabu sbb dia pakai uniform..aku tau dia ada ramai peminat..dan dh ada awek ms tu..bila ada kesempatan aku hanya melihat dia drp jauh..sometimes aku ada juga antarkan kek or makanan dan bunga untuk dia..dgn mengunakan nama samaran "Selipar Jepun, Bunga Jingga"..rasanya til now dia mmg xtau..hahaha...

After si dia tu dh xde kt UiTM..aku ada sorang abg angkat..yup..he's so cute dan pemalu..aku suka sgt tgk dia..hahaha..kesian abg aku tu..selalu kena ikut kemahuan aku waktu tu..walaupun dia dah ada awek tp selalunya mmg dia xsuka jumpa awek dia tu..tempat pertemuan kami lak biasanya depan Koop dewan mkn tu..terasa rindu kt Abg Rimau..lepas dia dah graduate kitaorg lost contact...masing-masing membawa haluan yg berbeza..

Masa study dulu ialah waktu yg paling best..til now bila dah keje, masing2 ada kehidupan yg berlainan..aku dah xde SA kt saper2..it was 1st and last..takut kecewa kot..hahaha...

Nota: ada saper2 SA kt aku tak????Sila revealkan diri anda...sy sudi berkwn..huhu


Friday, March 18, 2011

Follower ke-500

Assalamualaikum...
Sebenarnya dh lama nk buat entri ni..akhirnya berkesempatan juga..hihi..aku mmg dh berniat sempena hari lahir aku yg bakal menjelma bulan depan untuk bg something utk follower yg ke-500 ..alhamdulillah akhirnya follower tu muncul..hihihi.. 


Ini dia follower yg bertuah tu..cik Silah yg sgt gemar mkn tembikai susu..hihi..sgt cute header cik Silah ni..


Mohon cik Silah emel details yer spt nama penuh, alamat dah juga no hp..ada hadiah suprise utk anda..terima kasih yer..

Emel: rosemawar@gmail.com

Insyaallah..kalau ada kesempatan, maybe followers lain pun akan diberi peluang untuk terima hadiah suprise drp aku nnt..


Thursday, March 17, 2011

Sempurna..

Assalamualaikum...sy suka dengan kata-kata ni..

Tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki... Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita.

any komen??


Popular Posts