PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, February 22, 2012

Rokok....

Assalamualaikum...seminggu ni agak stress di ofis...bukan sbb beban kerja tp stress kerana terpaksa menghidu asap rokok...

Ini yg buat aku suka gi outstation ni..biar penat keje luar lagi laa drp duk penat hidu asap rokok org ni...kalau diorg tu nak mampus mati tu mati la sorang2, jgn nak libatkan org lain lak...geram betul laa...hari-hari aku ni buat dosa duk sumpah seranah org tau...

Lagi kesian kat member-member yg duk peknen tu...diorg pun terpaksa hidu gak..lama-lama org yg hidu ni la mati dulu...nak komplen lebih-lebih pun xleh...CC pernah tegur sebelum ni tapi stil buat xendah gak sbb kepalanya org besar...pot lak baik punya kat bilik pgw..bagus betul. kan...kumpul ramai-ramai hidup rokok, sesambil sembang dan buka pintu luas-luas..bagus..bagus....

Kalau ditegur lebih-lebih kan nnt ckp kita ni bukan-bukan...xnak buat keje laa..umpat kita sana-sani...susah la nk keje dgn org camtu...pgw pun join sekali tu yg jadi susah tu..kalau ikut hati yg baik jahat mmg kami nk report jer kat pengurusan tp demi kepentingan bahagian..xnak nama bahagian naik lak kat mesyuarat pengurusan tertinggi...sape yg kena jwb..boss jugak..!!

Tolong la hormat org skit..terutamanya org2 peknen ni...letih laa duk hidu asap rokok ni...patut ler seminggu dtg ofis ni aku asyik sesak nafas jer..cari la pot lain..org lain pun merokok gak tp bukan dlm pejabat..weiiiiiii....!!bodo punya manusia......


Tuesday, February 21, 2012

Mimpi...

Assalamualaikum...dah 2 malam aku tidak dapat tido dgn lena...tido diganggu dgn mimpi yg bukan.-bukan..malam kelmarin tu aku xingat dah apa yang aku mimpikan tapi mimpi semlm aku masih ingat lagi..

Aku mimpi org masuk umah aku..dia ada kunci umah dan juga kunci pintu bilik..masa tu aku tengah tido..disebabkan terkejut aku terjaga...argghhh...masa tu kul 4 pagi..aduhai tetiba terdengar lak org berjalan ke sana ke mari...dalam hati aku ni.."besar sgt ke badan org tu smpaikan dia berjalan pun boleh dengar"...aduhai..terasa macam naik angin lak...ganggu org tido laa..

Kalau dulu mmg aku xpernah takut tinggal sorang-sorang tapi semenjak kejadian rompakan bersenjata di Fasa depan umah aku tu..aku mula ada perasaan takut...masa nak masuk umah aku mesti tengok sekeliling dan cpt2 kunci grill...hari ahad lepas aku mintak tlg seorg kawan utk pasangkan selak kat pintu umah..nasib la rosak pintu tu asalkan aku terasa selamat berada di rumah...pintu umh aku tu ada satu kunci jer..rasa mcm xpatut betul buat satu kunci jer...mmg senang org nak pecah masuk sbb xde back-up kunci kan...ermmm...umh kuaters camtu ler...

Lepas dah pasang kunci tu la aku start mimpi yg bukan-bukan tu..aduhai..kelam kabut betul otak aku ni..padahal sebelum tido dah macam-macam surah aku baca..namun tido tetap jugak diganggu..nampaknya pasni setiap malam kena baca Yassin lak kot...

Dulu aku pernah mimpi psl tsunami..3x dalam masa beberapa minggu..dlm tsunami tu aku terselamat dan xde tercedera apa-apa pun...kwn ofis aku kata kalau mimpi air itu tandanya rezeki murah..xtau la dimana kebenarannnya....

Mimpi hanya mainan tido....

Monday, February 20, 2012

Merlin..

Assalamualaikum..
Aku mmg peminat setia citer Merlin..Season 4 dah lama abis di tengok..aku ingatkan aku sorang jer minat citer-citer camni tp rupa-rupanya ada org lain lagi yg minat kat ofis aku ni...hihi so tugas dia ialah men-download citer Merlin dan aku tukang tengoknya...hahahaha


 Walaupun dah abis tgk hingga episod 13 tp setiap hari ahad aku tggu gak kt TV3 kul 10.00 malam..dan hari ni aku telah men-register diri aku utk masuk peraduan Merlin ni..xpernah-pernah aku masuk peraduan seumpama ni...hihihi...ini gara-gara Merlin punya pasal..


Asyik sgt layan Merlin..bukannya aku hingat nk kira brepa ekor naga comel yg kuar api kat kaca TV tu...hahahaha..main bantai jela brepa ekor pun..

Cepat ler tayang Merlin season 5 lak..dah tak sabar nak tgk ni..
 

Malam Gemilang KKLW 2011

Assalamualaikum...

Malam Gemilang KKLW 2011
18 Januari 2012 (Rabu)
Palace Of The Golden Horses

Ramai jugak yang dtg walaupun ini kali ke-2 buat di tempat yg sama..nasib baik tahun ni makanan OK berbanding tahun lepas..aku pegi sebabnya tempat tak jauh sgt drp Putrajaya..

Dato' KSU terima sijil bg laman web KKLW yg dpt 5star..hihi

Tema tahun ni ialah smart casual hitam dan putih

Antara aksi-aksi kami ler ni sementara menunggu makanan dihidangkan..

Sebelum balik bergambar dulu

En. Radin yg duk sebelah aku ni menang the best dress (lelaki)..macam tak percaya jer..

Antara artis yg membuat persembahan ialah Aishah dan Atilia..best betul suara diorg ni..

Oppsss..ini sy..entah sape yg ambik gambar sy secara candid ni..hihi..muka yg tiada sebarang make-up sbb tertinggal alatan make-up kat umah..

Banyak lagi gambar yg ada..tp xlarat la nk edit dan letak kat sini..nnt korang muak lak dgn muka aku..hahaha..

Hopefully tahun depan buat kat Hotel Pullman la pulak yer..huhuhu..


Thursday, February 16, 2012

Memanikkan Diri...

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada pegawai di Bahagian PSA iaitu Pn. Diniey..sy suka bila tgk baju ni sbb ianya colorful..hihihi..lagipun beliau mahukan corak crumble pearls..so tidak susah utk matchkan pearls dengan pelbagai color yg menarik..



Ini ialah baju mak  sy..

 Jom la semua cuci mata kat SINI..byk lagi gambar yg boleh ditengok...



Janji


Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka? 


Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !!! (sila lihat ayat 75-77 Surah At-Taubah sebagai contoh).

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.

Sumber :  http://tayibah.com/eIslam/Janji.html

Wednesday, February 15, 2012

Mood : Tengah Marah...

Assalamualaikum...hari ni aku betul-betul hangin...dah byk kali aku kena dgn manusia tersebut..xpayah nk bg harapan palsu kat org laa...aku duk harapkan ko tp ko jadi pengecut..kalau dah xleh nk byr hutang ckp laa..jgn kata nk bank-in mlm..esknya tghari..smpai ke pukul 5ptg ni aku masih xdpt pun duit tu...

Masa pinjam bukan main lagi berjanji..dah 2 tahun hutang tersebut..aku xkisah kalau ko xleh nk byr lagi tp..jgn nk berjanji...itu aku sgt pantang...bisa boleh buat aku mengamuk dan mencarut xtentu psl..dah lama perkataan-perkataan tak senonoh kuar drp mulut aku ni...eiiii...WTH laaa...

Buat si beliau..kalau terbaca blog aku ni aku mintak maaf byk-byk..jgn la jadi lelaki pengecut dan xmatang..kalau xleh nk bg duit tu cakap..jgn diamkan diri dan off handphone...aku sgt perlukan duit bkn nak ber-enjoy tapi nk byr byk benda....harap faham..aku pun ada perasaan jugak...

Kalau bercakap psl agama..hahaha...beliau la org yang tahu segala-galanya...tp tau tak org yang mungkir janji tu tergolong dlm golongan org MUNAFIK dan mungkiri janji adalah BERDOSA BESAR..xpayah nk bunuh org, berzina atau fitnah org la nk dpt DOSA BESAR...mungkir janji ni dikira dpt DOSA BESAR free-free laaa

Kali ni aku betul-betul serik..by the way..aku maafkan segala dosa-dosa yg telah dia buat kat aku..tapi ingatlah..hutang tu..arggghhhh...aku sgt perlukan duit skrg ni weiiii...!

Sekian..

Tuesday, February 14, 2012

Perempuan dan Lelaki Kena Tahu...

Assalamualaikum..suka dgn kata-kata kwn aku ni.. xtau la dia petik kata-kata ni daripada mana..namun yg pasti dia telah post kata-kata ni di fb dia semlm..aku menyokong 100% kenyataan ini..inilah yg dikatakan pengorbanan...


PEREMPUAN KENA TAHU seorang lelaki yang benar-benar MENCINTAI anda tidak akan membiarkan anda PERGI tidak kira bagaimana SUKAR keadaan sekalipun...

Dan..
LELAKI KENA TAHU seorang wanita yang benar-benar MENCINTAI anda akan marah anda untuk BANYAK perkara tetapi masih TERIMA anda seadanya walaupun anda telah MENYAKITI
hatinya.......
Hayatilah dan simpan dlm memori anda...
 

Monday, February 13, 2012

Majlis Penghargaan JK Kerja KUD 2011

Assalamualaikum...
Event : Majlis Penghargaan Jawatankuasa Kerja KUD 2011

 Majlisnya berlangsung tahun lepas lagi..hari ni baru ada skit mood dan masa utk edit gambar2 utk majlis ni..


Di dalam dewan
 Pendaftaran

 Persembahan artis..ada silap mata, cabutan bertuah dan macam-macam lagi..malas nk letak byk2 gambar kat sini

 Ucapan drp YB Menteri KKLW

 Boss ku itu..hihi dpt sijil penghargaan

Urusetia KUD yang ceria

Aksi kami..giler kamera!hahaha..

Friday, February 10, 2012

1st Entri utk Feb..

Assalamualaikum...hihihi..ramai yg tggu aku update blog yer...ok..bkn xnak menulis cuma masa yg tiada..asyik ada jer keje yang nak dibuat..bisnes menjahit macam biasa jer..xpernah xde tempahan..dlm tangan pun ada 11 pasang baju lagi yang harus dimanikkan..Alhamdulillah rezeki tak pernah putus..

Awal bulan Jan..8 hari di Awana Kijal Tganu..pastu CNY aku balik bercuti 10hari kat kampung..heaven..hahaha.. pastu dengan cuti hari wilayah..aku outstation ke Pahang utk lawatan pemantauan..cuti lak Maulidur Rasul dan Thaipusam dan aku out lagi ke Johor..semlm pepagi lagi ada meeting yg harus diurusetiakan...hihihi..begitu sibuk kan diri aku ni..

Then semlm lagi ler buat aku stress...niat dihati nak tukar myk hitam jer kete aku yg dah smpai kilometer tu...sesampai je bengkel kt bangi tu..si TJ buat hal lak xleh nak start..ini kes bateri hari tu ler..aduhai..alih-alih kena tukar bateri baru RM180..servis kete RM80 dan tukar filter RM35...melayang duitku yg dah sedikit ini..bajet tukar myk hitam hanya RM100 jer..tup-tup abis RM295....abis semua bajet utk bulan ni...so next week till gaji kena bwk bekal dtg keje yer...

Walaupun ada broadband kt umh..aku malas nk ber-online sgt..kalau dh online confirm aku tak menjahit baju customers aku yg berlambak tu....hahaha...kena tahan diri utk online atau tgk movie..

Itu sedikit sebanyak citer aku utk this week..nnt aku update gambar pegi Tganu, Dinner KKLW, lawatan ke Pahang dan Johor yer..see u then ...



Popular Posts