PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, March 13, 2012

Asmidar - Biar Sampai Ke Bintang

Assalamualaikum...sgt suka dgr lagu ni..berulang-ulang kali pun rasa xjemu...

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang

Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Balik kampung....

Assalamualaikum...hari ni merupakan hari pertama aku bekerja untuk minggu ni...hari yang ku rasa agak tidak tenang skit..pepagi dah diuji dgn pelbagai kerenah manusia yang mmg kita xtau apa matlamat dan tujuannya..bersabar jela wahai hatiku....dan sila berpra-sangka baik!

Ermmm....sabtu kul 2.00 pagi aku bergerak balik ke kampung..alhamdulillah setelah 6 jam perjalanan kami selamat smpai pada kul 8.00 pagi..sempat pegi umah kakak aku kejap..tgk budak tecik 5 bulan tu..rindunya dekat anak buah aku yg pipinya bam-bam tu...hihihi...

Tghari ingatkan nk pegi kenduri kawan aku, Mida..tp aku sakit kepala..ini akan terjadi kalau timing tido dah lari drp asal..last2 kul 2.00 petang gak la kuar drp umah..pegi beli hadiah dan terus pergi kenduri..gambar xcantik sebab kamera dengan jayanya telah terjatuh masa aku nak naik kete..hahaha

Selamat Pengantin Baru buat Mida dan Yoe..semoga kalian berbahagia hingga akhir hayat...dan dapat anak-anak yg comel....Bak kata Mida "ambik aura" byk-byk skit..moga-moga lepas ni giliran aku lak..hihihi...doakan yer kawan-kawan semua..

Sampai umah kul 6.30 petang..sebelum tu sempat singgah umah nenek aku untuk hantarkan kiriman drp makcik aku..terasa sungguh penat..sehari penuh dgn aktiviti..

Hari ahad lak..spt biasa aku jadi tukang masak jela...aku masak sup tulang dan daging goreng kunyit..sedapnya..hihihi...walaupun aku yg masak namun makan tetap tambah..sbb mcm dh lama rasanya xmakan sup tulang....ptg semalam sempat la menjahit kejap..keje yg mmg aku xleh nk tinggalkan walau ke mana aku pegi sekali pun...pastu pusing sekeliling umah..melihat pokok yang ditanam oleh abah..mcm2 ada di sekeliling umh..pokok limau, pisang, kunyit, lengkuas, kangkong, serai, cili padi, pisang, salak...segala jenis ada...itula untungnya duk kampung, tanah luas dan pelbagai boleh ditanam..xperlu nk beli kat kedai lagi...

Malamnya tu gerak balik ke Putrajaya pada jam 11.00 mlm lebih..ikut timing sepatutnya tiba jam 5.30 pagi..tetapi kul 6.00 pagi smpai di Putrajaya..itupun sbb dlm perjalanan terlalu byk dengan bas...susah jugak kalau dah ikut belakang bas ni bila nak naik bukit..pastu byk betul jalan yg berlubang..drive pun kena hati-hati..nak tido pun aku xlena..asyik brake utk elak drp terjun lubang..dan 3x berhenti..biasanya sekali jer berhenti utk isi minyak..hihihi..membebel pakcik disebelah aku sbb timing dia dah lari.....

Semalam pulak aku bercuti..tido yg xbetul dalam 3hari ni boleh buat aku sakit kepala..so semlm aku dpt tido dgn lena di umah...tanpa ada sebarang gangguan...hari ni masuk keje balik..bestnya kalau hari ni cuti lagi...hihihi...asyik nak cuti je..ingat ini gomen bapak ko punya ke??


Friday, March 9, 2012

Menahan Kemarahan

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat:  Riwayat Ibn Abi Dunya

Kategori:  Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain daripada keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.
Huraian Hadith:
  1. Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
  2. Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah S.A.W menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
  3. Imam al-Ghazali pula berkata: Kemarahan manusia itu bermacam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.
  4. Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Thursday, March 8, 2012

Hati bermunga-munga...

Assalamualaikum...syukur dgn kesihatan yg ALLAH berikan..syukur alhamdulillah dgn rezeki yg ada ini..

Syukur dengan hati berbunga-bunga cinta...hihihi..last week hati bermunga-munga sebab ada org puji aku..katanya aku ni baik mcm maknya...kembang semangkuk jugak la bila dipuji sedemikian..bukan senang nak dipuji camtu tau..seumur hidup itu la kali pertama dipuji oleh seorang lelaki dgn ayat sebegitu..dipuji pulak oleh lelaki yg sgt tidak romantika dan xbyk ckp pulak tu...hohohoho...

Bunga-bunga berkenaan masih lagi terasa sampai sekarang..patut la dia layan dan jaga aku baik...rupa-rupanya layanan baik aku terhadap dirinya selama ini sama seperti layanan baik mak beliau terhadap dirinya..hihihi..lucu betul abe Man-ja aku tu...

Hari ni pulak dgn berita gumbira psl kenaikan gaji..Alhamdulillah..walaupun kekal dgn SSM tp ianya tetap ada perubahan yg baik berbanding dgn SBPA ...bermunga-munga lagi..hihihi..lagi-lagi bila ada tunggakan gaji yg bakal diterima...ermm..byk diterima byk jugak perlu dibayar ni...

Tak sabar menunggu hari esk..hati bermunga-munga sbb nak balik kampung..hihihi...walaupun aku balik hanya weekend dan akan kepenatan yang melampau..namun demi kawan dan keluarga tersayang..dikorbankan skit masa dan tenaga..ianya sgt berbaloi..rindu pada mak abah, adik-adik dan anak-anak buah aku tu..hihihi

Alhamdulillah..aku akan jadi 'Mem' kalau balik dgn incik VJ beliau..tp aku akan jadi driver kalau bawak balik Cik TJ aku tu...so..kena cepat2 decide ni..nak penat aku ke atau incik beliau yg penat...hahaha...kalau ikutkan hati..kesian kpd beliau tu..8pg-5ptg keje..7mlm-7pg keje lagi..setiap hari camtu..jumaat lak kelas drp 7pg-11mlm..pastu kalu nk drive lagi balik kampung 5jam..mmg sgt penat...ermm...nnt diskus lagi laa dgn beliau tu!!

Namun yg pasti..hatiku bermunga-munga...hihihi

SSM dan SBPA

Aku pun sibuk nk tulis jugak kat sini...hahahaha..

PENGUMUMAN PM berkaitan Penjawat Awam (8 Mac 2012 - 10.45 pagi)
1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM yang ditambahbaik
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas Perkhidmatan Awam
3. Pelarasan Gaji SSM
... - 13% : Gred 1 - 54
- 9% : Gred Khas (JUSA)
- 8% : Turus 2 & 3
- 7% : Turus 1 & KSN
4. Struktur Gaji Matriks ditukar kepada Gaji Min - Maks dengan kenaikan gaji tahunan, Gred 1-54 (RM 80.00 - RM 320.00), JUSA (kekal sedia ada SSM)
5. COLA dinaikkan
- Kawasan B : RM 200.00 kepada RM 250.00
- Kawasan C : RM 100.00 kepada RM 150.00
6. BIPK, BIW, BIP & BISP - dikekalkan pelaksanaan
7. Penambahbaikan laluan kerjaya Guru-Guru berdasarkan Time Based sptmana diumumkan dalam Bajet 2012 dikekalkan.

Wednesday, March 7, 2012

Pisang Udang

Assalamualaikum...
Kwn-kwn kenal tak ini pisang apa?hihi..


Inilah pisang udang ...Secara jujurnya..aku xpernah pun tau, kenal dan nampak pisang ni..so jakun kan..hihihi..first time tengok pisang ni bila sorng ofismate drp Johor bwk ke pejabat utk dimkn beramai-ramai..apa lagi..benda pertama yang aku tanya ialah "ini pisang apa??"..hihihi dan yang keduanya..."oooo..patut ler colornya camtu..sgt unik kan..."

Ini lah perihal jakun aku..korang jgn gelak lak yer..hihihi...lama jugak duk belek-belek pisang ni..namun yang pasti aku xmakan pun pisang ni...hahahaha...aku rasa seram nk makan sbb saiznya yg besar dan ianya sgt unik serta colornya yg cantik..xsanggup nk makan beb..


Tuesday, March 6, 2012

Selamat Hari Lahir...

Assalamualaikum..
Daripada pagi tadi asyik sibuk je dengan keje..hihi..so ptg2 ni berkesempatan nak buat entri skit..sebenarnya hari ni merupakan hari istimewa buat...jeng..jeng..jeng...

Selamat Hari Lahir buat si beliau..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu
Saya doakan awk beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat..dibukakan pintu hati utk menerima saya seadanya...
Thanks coz sudi jadi penjaga saya yg baik..hihi

Maaf sebab semalam sy tetido..padahal dlm perancangan tepat jam 12 tgh malam sy nak jadi orang pertama yang wish..tapi boleh lak tertido dan xsedarkan diri...ermmm...patut ler semlm jam 12tgh malam tu awk call saya kan..call nak suh sy bwk resume ke atau nak suh sy wish???..hihihi..mmg sy lupa sgt2..sorry...!!

Dan kesibukan hari ni menambahkan rasa terkilan sy..sbb sy tak sempat nk beli hadiah or beli kek..kita postpone lain hari yer...nnt sy belanja awk makan kek tau...hihihi..tapi sebelum tu ambik kek ni dulu...


PA terjun...

Assalamualaikum...hari ni memulakan tugas dengan agak kelam-kabut sebab tak dijangka akan jadi penganti PA bos hari ni...termasuk hari ni...dah 2 hari PA bos cuti sebab anak beliau demam..

Baru ku tau rupanya jadi PA ni macam-macam hal ke buat..surat hilang laa...nk call org tu..org ni xleh gi meeting laa..rekod surat kuar masuk..aduhai..keje aku sekarang.. jaga Projek SDSI lagi senang..hihihi...

Pengalaman hari ni terpaksa tebalkan muka tepon satu kementerian lain utk mintak faks balik surat meeting..alaaa..bukan dia kenal aku pun dlm tepon kan..so buat2 muka tak malu jer..bila aku sebut psl meeting tu je..org berkenaan ckp meeting tunda ke tarikh lain..alhamdulillah..xpayah la aku ckp surat tu hilang..hihihi...

Tapi seronok gak kadang-kadang keje di luar bidang terjun tugas ni..nasib baik la bos xbyk songeh sgt walaupun pepagi tadi dah memekak mencarik aku...hahaha..sorry bos..terlupa hari ni kena bertugas jaga bos...dh nasib baik jugak pagi dan petang bos ada meeting..layan kan jela...

First time dalam 5 tahun keje ni aku kena jadi cikgu..hahaha..kena tulis semua meeting dan taklimat atas white board kt depan tu..kawan2 ofis ckp tulisan aku kecik...hihihi..padan la dgn badan tuan yang menulisnya..betul x?..itupun sbb bos dah bising suruh aku tulis..kalau tak..xnak aku tulis..tulisan sgt la buruk...hahahaha..betul ke buruk??comel apa kan...

Petang ni baru reda skit dgn keje..rasanya hari ni aku dah tawaf byk kali kt ofis ni utk distribute semua surat/memo kepada semua pegawai..penatnya rasa..insyaallah esk aku akan berada di meja aku kembali..wahhh...seronoknya duk kat tempat sendiri..namun yang pasti..hari ni xtau balik kul brepa..kena tggu bos abis meeting dulu baru leh balik...huhuhu...


Monday, March 5, 2012

Ais-Krim

Assalamualaikum..
Minggu lepas aku telah berjaya membuat adegan manja-manja nk makan eskem yang mahal tu...alaaaa..yg sokmo duk iklan kat TV..hahaha...adegan manja tersebut telah berjaya hinggakan org tersebut telah bermimpi belikan aku eskem tu...kalau dh sampai mimpi tu mmg kena beli la kan...akhirnya isnin lepas tercapai hasrat mimpi org tersebut dan kelakuan gediks aku telah berjaya...

Smpai Petronas Presint 16 jer..peti eskem aku carik dulu...hihihi...nasib baik ada perasa cappucino dan caremel rangup kat luarnya tu...bayar..dan masuk kete terus makan...alahai sedapnya..

Tinggal batang eskem jela...hihih..1 utk aku dan 1 lagi utk org yg banje tu..terima kasih kepada org yg banje dan terima kasih juga sbb rajin melayan kerenah gediks sy ni..hahaha

 Kalau kat umah..sy suka mkn eskem ni plus stoberi..mmg sgt sedap..1 mangkuk kecik ni sekali makan jer...perasa kegemaran ialah coklat

Di kala kesempitan pulak..eskem ni je yg mampu di beli...hahaha...eskem adalah agen penyembuh yg terbaik di waktu-waktu stress tau...kul 11 malam pun aku boleh je pulun eskem ni...tapi xdela smpai abis semangkuk ni..mau naik gula dlm badan...

Korang suka makan eskem tak??

Friday, March 2, 2012

Dunia Sebagai Tempat Berdagang

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat:  al-Bukhari

Kategori:  Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
Hendaklah kamu jadikan dunia ini seolah-olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. Ibnu Umar r.a. berkata, Jika kamu berada di waktu petang janganlah kamu tangguh di waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi janganlah kamu tangguh di waktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada dalam keadaan sihat, sebagai persediaan di waktu kamu sakit dan ketika kamu masih hidup sebagai bekalan ketika kamu mati.
Huraian Hadith:
  1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup di dunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
  2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
  3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Popular Posts