PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Ibu...Mak!

Assalamualaikum....

Masih tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu seluruh Malaysia terutamanya pembaca blog aku ni....dan buat bakal ibu pun...selamat hari ibu jugak....hihihihi....khas utk Emme...aku tau ko akan jadi ibu yang baik....
Ihsan pakcik google

 Tiada ungkapan yang haru diucapkan...hanyalah doa dan ucapan terima kasih buat kedua mak dan abah aku yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang...aku tau aku bukannya anak yang baik...hihihi...

Setiap hari adalah hari untuk mengingati ibu-bapa...so mmg tak de hari yg specific dan perlu diraikan...itu mmg dah mejadi sebahagian daripada life family aku....di kala kami semua berkumpul...itula hari istimewa utk seluruh family....semuanya akan diraikan....

Nota Hati : tetiba rasa tak sabar nk balik kampung jumpa mak dan abah.....



Traffic di Hari Ibu...

Assalamualaikum...Bersempena hari ibu beberapa hari lepas...mmg byk google search berkenaan hari ibu...sampaikan di blog hippo aku ni mencanak-canak org masuk...hihihi...mmg xsangka betul....

Biasanya UV aku xdela sebanyak org lain..purata pun dlm 50UV setiap hari...tapi tetiba sampai beratus UV tu mmg diluar jangkaan...sgt gembira dgn keadaan itu...


Terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog hippo aku yang tak seberapa ni...Alhamdulillah...walaupun duit dlm nuffnang tak meningkat pun...hihihi...tapi aku sangat-sangat hargai kedatangan kalian ke blog ni....sgt-sgt berterima kasih....



Monday, May 14, 2012

Aku Kalut Hari Ni.....

Assalamualaikum.....ok..pagi ni aku kalut...biasanya xdela mcm ni...gara-gara bwk buku Perintah Am dan Pekeliling yang berat amat sgt tu=3kg kot...rasa nk terseliuh lengan dan bahu....buku-buku tu kwn nak pinjam utk exam KPSL nnt..

Memula sekali..lengan baju aku tersangkut di pintu....pastu kunci kete terjatuh....lif tengah tunggu dengan orang sangat ramai di dalamnya...aduyai...sangat bernasib baik aku perasan kunci tu jatuh dan segera keluar drp lif utk kutip balik kunci tu....kalau tak mahu aku menangis mencari kunci kete tu kalau hilang....hihihihi....apa nak jadi dengan aku ni??ok...sekali lagi aku mengaku yang aku sangat kalut dengan beban yg dibawa dan juga handbag....xsempat nk punch kad kat basement...nasib baik sempat punch kat lobi....hanya beberapa minit je lagi nk kul 8.00 pagi...

Beli sarapan di cafe bawah sahaja...bwk jela buku-buku tu sekali harung sbb aku dah malas nk turun utk beli makanan...dah bermasalah..mana nk pegang buku-buku yang berat...nk pegang polistren makanan...dan nak carik wallet dalam handbag pulak....uwawawawawa....letak jela ke tepi sekejap makanan tu masa nak bayar....itupun masalah ke???ok...xde masalah masa nak bayar tapi bila nk letak balik baki duit ke dalam handbag...susahnya...sesambil berjalan sesambil letak duit baki..tangan kanan=handbag.....tgn kiri=mknan dan buku...biar jela orang sekeliling memandang pun....dah xpedulik dah....

Dah smpai pintu pejabat...dekat seminit aku duk depan pintu tu...sebab xjumpa pulak pas aku...padahal kat lobi tadi dah punch guna pas....dah selongkar handbag..akhirnya jumpa jugak...hihihi...ok lagi sekali aku kalut....

Bila sampai di meja...alhamdulillah...beban yg berat telah diletakkan di tepi...rasa lega sangat....sakitnya bahu dan lengan...dah lama xbawak benda-benda berat ni....last jumaat masa alihkan kotak-kotak file tu rasanya xdela berat sgt rasanya...kalau hari ni smpai rak baru...lagi 1 keje utk menyusun balik semua file-file....huhuhu...ok..xde keje...sila carik keje atau buat-buat sibuk yer....

Tengahari ni...TV3 nk datang utk temubual boss...utk rancangan Kampung Kita...ada 2 projek Unit SDSI iaitu projek di bawah unit aku akan dimasukkan dalam tv nnt....orang-orang kampung sangat bangga bila last week TV3 datang kat kampung diorang....aku pun tumpang bangga jugak....hihihihi.....

Ok..dah la aku melalut....nk gi bekfes pulak...perut dah lapar ni..ok bye..



Friday, May 11, 2012

2 Days Without Entries...

Assalamualaikum...2 hari tanpa sebarang entri...sibuk mengemas bilik file....tunggu entri seterusnya pada minggu depan tau...hihihi..


Wednesday, May 9, 2012

Cek Nuffnang telah tiba...

Assalamualaikum....balik kerja petang semalam..terdetik di hati nak singgah tengok post box...kot-kot ada bil eletrik dah sampai ke...ermm...tetiba ternampak surat ni...

Ehh..surat apa pulak ni???dah betul la nama aku....pastu tetiba je ternampak 'NUFFNANG SDN. BHD'...terus aku tersenyum riang....hihihi...wahhhhh...cek ku dah sampai...memang tidak dijangka...ingatkan dalam minggu depan sampai cek tu...rupanya awal pulak...aku cash out end of April..processing time pulak dalam masa sebulan and delivery within 2weeks kan....hihihi...so expectation utk dapat this week mmg xde langsung laa...

Buka surat ni...hihihi...amount tak banyak mcm orang lain..tapi terselit kepuasan dan bangga dengan diri sendiri...bukan senang nak dapat duit kalau bukan dengan usaha sendiri...orang lain tiap-tiap bulan leh cash-out Nuffnang kan...tapi aku...hahaha...dah 2tahun jadi nuffnangger baru leh cash-out...xpe...skit-skit lama-lama jadi bukit...asalkan kita ikhlas utk berblog demi kepuasan diri sendiri pun itu dah cukup okey ..tul tak?


Telah dimasukkan ke dalam bank tadi...hihihi...namun..satu perjanjian aku yang tak mungkin dilupakan..Insyaallah Emme..nnt aku belanja ko makan KFC tau...hihihi..lagipun dah lama tak jumpa ko...rindu pulak dengan mak mengandung ni...

Aku tak minta orang untuk click iklan Nuff di blog aku ni...tapi..aku ikhlas menengok iklan2 yang muncul di mana-mana blog yg telah aku lawati....By the way..terima kasih Nuffnang sebab menyediakan platform yg amat bagus utk bloggers carik duit sampingan...hihihi..

Nota Hati: Entah tahun bila pulak leh cash-out Churp-churp ni????


Monday, May 7, 2012

Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka

Assalamualaikum...cerita ni dah lama berlaku..namun aku nak bercerita jugak..pada 17 April 2012 yang lalu....adik laki yang ke-2 dapat interview di Akademi Laut Malaysia (ALAM)..dia memang minat kerja-kerja di laut ni...interview ni adalah khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Diploma in Nautical Studies dan Diploma in Marine Engineering...


 Selepas dah survey dan tanyakan jiran rumah aku..dia bagi map untuk ke ALAM ni...untuk trip kali ni..aku pergi bersama dengan adik pempuan dan adik ipar aku sekali...aku jadi 'mem' kat belakang...hahaha...kami memulakan perjalanan pada pukul 4.00 pagi...berpandukan arah sign-board jer..last-last pukul 6.00 pagi kami sampai di ALAM...solat subuh di surau yang berhadapan ALAM sahaja...

 Dalam pukul 7.00 lebih kami mula menuju ke dewan untuk registration..seronok betul tengok semua student kat ALAM ni yang berpakaian uniform putih..mmg smart dan the best thing ialah diorang semua berjalan dalam grouping....
 Di luar dewan...ini ialah adik aku yang ambik exam dan interview tu...lepas dengar taklimat baru aku tau rupa-rupanya nak study diploma kat ALAM ni kosnya ialah RM90ribu...alahai sangat-sangat mahal...patut la diorang ni kena ada sponsorship...antara sponsorship yang ada ialah MISC dan sebagainya.

Lepas registration..kena jawab exam dulu...daripada 60 orang yang dipanggil hanya 32 orang sahaja yang hadir...tetapi selepas keputusan exam diumumkan tengahari tu..hanya 14 orang sahaja yang tinggal untuk interview dengan pensyarah dan sponsorship MISC..ini termasuk adik aku...Alhamdulillah...payah jugak exam diorang ni...paper kena jawab iaitu Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris...yang datang pulak bukannya calang-calang...semuanya lulusan SPM 6A ke atas...pelbagai kaum pulak tu...persaingan yang sangat sengit..

 Ok...aku menyelit sekejap yer...hihihi...comey pulak sauh ni...tak de kat tempat lain..tanda kenangan dah sampai di ALAM ni...

 Sementara menunggu adik aku tu...kami sempat pergi ke Tanjung Bidara kejap...nasib baik adik aku yang rajin ni bawak bekal nuget dan keropok...boleh jugak mengunyah sesuatu

 Cantik jugak pemandangan di Tanjung Bidara ni...bila dah lama tak pergi pantai..rasa seronok pulak tengok laut..

 Makan tengahari di tepi laut...mmg seronok dan menyelerakan..di tambah-tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa...hihihi...pengalaman baru di tempat orang....

Pukul 4.00 petang..kami bergerak balik...sempat singgah untuk beli belacan dan juga cencalok utk kawan ofis...belacan bakar...hihihi....itu je yang sempat dibeli...

Sekarang ni adik aku masih menunggu panggilan ALAM...tak tau la ada rezeki ke tak...Insyaallah..untuk berita terbaru..dia dapat Matriks Teknikal di Pahang, 28 Mei nnt akan daftar....semalam dapat tau IPTA...dan adik aku berjaya dapat offer untuk Diploma Mechanical Engineering di UiTM. di Bukit Mertajam..xtau la camner..biar dia sendiri buat pilihan...
 


Bosan....

Assalamualaikum....tak tahu kenapa hari ni aku rasa sangat bosan....bosan yang teramat sangat...serba-serbi rasanya macam tak kena....lebih-lebih lagi rasa tak selesa bila tekak ni rasa perit dan pedih...

Antibiotik yang dapat kat klinik hari tu dah habis ditelan...ingatkan dah hilang sakit tekak ni..tetiba hari ni...sakit tu kembali...terasa sgt perit bila nak menelan air liur...air masak dah banyak diminum pagi ni...ermmm....apa yang nak dibuat lagi??minum air asam jawa ke??

Rasa bosan bila tiada kerja yang nak dibuat...ehhh...kerja ada tapi Monday Blues tu sangat kuat menguasai diri...pasal kerja tu....fail-fail tutup yang masih berbaki dan belum siap tu..harus dikerjakan...senarai kehadiran untuk mesyuarat esok pun belum siap lagi....untuk itu..kena call semua Agensi KKLW untuk confirmkan siapa yang akan hadir ke mesyuarat pagi esok...

Kalau kat rumah..bosan-bosan boleh jugak menjahit atau tengok TV atau main game....hihihi...ok the truth is kalau kat rumah aku memang tak sempat nak main game pun....menjahit dan menjahit...dan the best part ialah memasak....aku suka memasak kalau ada yang suka makan....tapi bila tinggal sorang-sorang ni...kalau terasa nak makan apa-apa jer...mesti tanpa fikir panjang aku akan masak sendiri dan makan....

Sabtu lepas aku masak kari ayam dan cicah dengan roti...ermmmm...memang sangat-sangat sedap...bekalan roti tak ada kat rumah... tapi...hanya dengan sms sahaja...ada orang yang akan datang hantar ke rumah....upahnya ialah bekalan kari ayam untuk dibawa balik ke rumah beliau...boleh???hihihi.....

Sedapnya....

Friday, May 4, 2012

Hari Jumaat...

Assalamualaikum...pagi ni aku bwk agar-agar cermin dan buah pisang berangan utk potluck ofis...setiap orang bwk menu masing-masing..ada yang bwk sayur, kari daging, sambal sardin, pajeri nenas, ayam goreng, sambal bilis dan mcm-mcm lagi la...sgt pelbagai lauk dan semuanya sedap-sedap...kaum laki lak ditugaskan buat air...hihihi...sekali-sekali makan ramai-ramai mmg seronok...

Tengahari ni aku tak gi mana-mana...bertapa kat meja sebab nk settlekan borang-borang yang perlu diisi...skrg ni tggu sijil dan surat utk disahkan sahaja oleh pegawai atasan aku..sblum kul 5 petang ni aku harus hantar kepada pihak berkenaan untuk di forwardkan ke jabatan lain..harap-harap LNPT aku cpt disahkan oleh pihak PSM.....

Gerak hati aku menyatakan aku harus bertindak...biarlah burn 6thn tempoh perkhidmatan dalam servis asalkan aku dapat benda yang lebih baik daripada sekarang ni....ini hanya permulaan dan insyaallah kalau ada peluang akan aku cuba lagi utk grab tanpa menoleh ke belakang ...

Kalau bukan diri sendiri yg mengubah cara hidup kita..xde sape lagi yang akan mengubahnya...perjalanan hidup ini pun kita yg merancang...jadi ke tak..ALLAH yang menentukannya ..so kita harus berusaha..dan tak boleh duk di takuk yang lama smpai bertahun-tahun.....

Harapan aku sgt besar kali ni...harap2 ada rezeki utk aku...Insyaallah...


Thursday, May 3, 2012

Exam oh Exam....

Assalamualaikum....kalau sehari xde post apa-apa entri rasanya mcm xleh nk duduk diam jer....hihihi

Dalam seminggu ni aku asyik berdebar tentang exam KPSL jer....1paper yg susah nk lulus ni..alahai..kenapa laaa??dah 3x ambik paper undang-undang2 ni...dah 2biji buku beli...ke atau nak suh aku beli buku sebijik lagi ni??

Ada jugak beberapa orang kawan daripada jabatan lain yang hanya sekali atau 2x ambik dah lulus...cemburu betul dgn diorang tu....kat sini lak aku xde geng nk ambik exam sama-sama..kalau ada geng tu leh la jugak nk study sama soalan tahun-tahun lepas...biasanya exam kpsl ni soalannya sama jer...cuma ditukarkan nama dan ayat skit-skit jer..

Sejujurnya aku bukan jenis orang yang hanya leh duk tggu time based utk naik ke jwtan lebih tinggi...ooohhh...xleh...xleh....xleh rasanya nak tggu 9tahun lagi utk naik ke N22...lama sgt....nk sambung belajar..rasanya otak ni dah tepu nk buat assignment dan nk baca buku-buku.....baca buku adalah ubat mujarab utk aku terlena dgn nyenyak...hahaha...

2minggu lagi nak exam....rasanya dah boleh start belek soalan-soalan tahun lepas ni...study skit..google skit utk dapatkan tips-tips yang berguna utk exam kan...hihihi...aku nak lulus tahun ni...xnak lagi ambik tahun depan...yes...aku mesti boleh laaa.....i will...

Wednesday, May 2, 2012

Ber-ISO

Assalamualaikum...hari ni dan esok akan berada di bilik komputer utk key-in segala maklumat berkaitan dengan MS ISO...daripada pagi sampai petang pulak tu...baru je berangan nak selesaikan susun semua file dalam bilik file yang tak jugak siap2 tu....berpeluh nk siapkan 2 aras rak file tu...ada 3 aras rak lagi yang harus diselesaikan...

Nampak gaya mcm hari Jumaat ni jugak la aku kena siapkan semua keje-keje tertangguh...ada skit keje filing Unit PKPD  - unit yang aku tanggung keje selama 3bulan sempena Aainaa yang cuti bersalin..hihihi...

Selamat ber-ISO la aku utk 2hari ni...ermmm....harap-harap next bengkel buat kat luar pejabat la pulak...best skit rasanya nk berkursus dan ber-ISO..

Popular Posts