PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, October 10, 2012

WW: Anak buah ke-3

Assalamulaikum...


Rindu pada budak tecik omey-omey ni...hari ni birthday Iffah Insyirah..genap setahun..!!Moga membesar dgn baik dan menjadi anak yg solehah!


Tuesday, October 9, 2012

Aku tengah marah ni.....

 Assalamualaikum....

FYI, Aku gembira dengan kehidupan aku skrg...xperlu diusik atau dicuit lagi okeh...

Tapi emosi tetiba terganggu oleh sekor manusia ni...Ok...aku sgt geram ni....nak fren di fb..no way laa...kalau bini ko tu nak tau kehidupan aku??lets me tell u...

aku bahagia..
gaji aku lebih byk drp ko...
aku ada kerja tetap...gomen lagi tau
aku ada harta sendiri...ada gak kete drp ko xde apa-apa tu
dapat bonus raya..bulan Dis dan Jan nnt ada lagi bonus.
dpt pekerja cemerlang...hadiah cash money lagi..
dpt beli anything yg aku nak...beli kain RM300 pun tunjuk & byr je..ada aku kesah!

Opsss...tolong laa..keluarga bahagia di hari raya????wat the*%&$...baju melayu putih raya tu pun aku yg bagi laaa...sedar diri skit...mak ko sakit...mak ko meninggal..aku yg tolong bwk ko balik ke Sungai Siput tu...aku yg byr minyak..aku yang bayar tol....sedar diri skit....!!u are useless....

Nota Kaki : bukan nk menunjuk tp sakit hati punya pasal....bongok punya jantan!

Jeng..jeng..jeng..keputusan KPSL!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..akhirnya aku lulus KPSL...setelah 3x repeat paper undang-undang umum....hahaha....

Biasanya..dtg pagi-pagi dah dah check di website JPA...tapi pagi semalam lupa lak...ermmm...pastu dlm kul 10 pagi .tetiba tergerak hati nak check...ehhh...apsal lama sgt nk loading page JPA ni???alahai...hati dh dup-dap dup-dap dengan kencangnya.....tetiba kuar lak keputusan 2012....alamak...result dah kuar laa....nk click '2012'...lama pulak nk loading page ni.....bikin suspen laaa....Alhamdulillah...
 
Rupa-rupanya hari Jumaat lepas dah kuar keputusannya....so..dh boleh isi borang SPA 8i ler....hihihi...

Susah betul nak lulus KPSL ni yer...jom kita tgk sejarah aku ambik exam KPSL ni...hahaha....sebelum ni aku ada buat entri psl result KPSL aku ni...


Tahun 2009...first time ambik KPSL..xpernah tau pun camner nk jwb..xpernah tgk soalan..main bantai je gi exam..namun..yang penting aku fikir masa tu ialah..carik pengalaman..Alhamdulillah..hasil gorengan...lulus gak 1 paper...hihihi....
Tahun 2010...sekali lagi ambik ambik exam untuk 2 paper yang kantoi tu...hahaha...Alhamdulillah...lulus lagi 1 paper...tapi paper undang-undang masih gagal...xpe...tahun depan leh cuba lagi...

Dan..tahun 2010 lagi sekali...tanpa putus asa...aku gi repeat lagi ambik paper undang-undang tu..namun exam kali ni..aku langsung xconfident...aku pun xtau kenapa...aku resah ketika jwb exam..hanya 3 soalan shj yang sempat dijawab...lastly..resultnya ialah 'KANDAS'...hahaha

Cubaan pada tahun ni...ermmm...Alhamdulillah...exam pada julai lepas..aku dpt jwb dengan baik...ada rasa sedikit confident dan tenang ketika menjawab...

Next step ialah..mengisi borang..harap2 ada rezeki...mana tau kan...semuanya boleh asalkan kita rajin berusaha tanpa putus asa....

Nota kaki : xsuka berada di takuk yang sama...



Monday, October 8, 2012

Kata itu Doa...

Assalamualaikum...

Entri yang ringkas dan padat...emosi stabil!aku gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang dengan rezeki yang tak pernah putus...terima kasih ALLAH di atas rezekiMU..dan terima kasih ALLAH kerana tunjukkan aku jalan yang benar!

Peringatan mesra utk MSA:

Jangan bercakap atau menipu orang lain tentang diri-sendiri yang sakit...Insyaallah one day..ALLAH akan makbulkan kata-kata itu..kalau dah 40x cakap..itu dah jadi satu doa...doa yang mana..akan dikotakan...hanya tunggu dan lihat...sakit tu xtau bila akan tiba...esok ke..lusa ke...tahun depan ke atau 10 tahun lagi kan....entah-entah..sakit tu kena kat keturunan sndiri lak...xsiapa akan tau..hanya ALLAH Yang Mahu Adil dan Mengetahui....

Nota Kaki : sy sakit..saya xlayak untuk awk..(dlm hati: saya nk kawin dgn orang lain laa)


Friday, October 5, 2012

Hasad Dengki Adalah Haram


Assalamualaikum..
Riwayat:  Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Jangan dengki-mendengki, jangan tawar-menawar untuk mengelirukan orang lain, jangan benci-membenci, jangan pulau-memulau dan jangan kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah bersaudara dengan orang Islam yang lain. Tidak boleh menzalimi, merendah-rendah dan menghinanya. Takwa adalah di sini, Nabi mengisyarat tiga (3) kali. Cukup seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam. Setiap orang Islam ke atas orang Islam diharamkan darahnya, hartanya dan maruahnya (hak kemuliaannya).”
Huraian Hadith:
  1. Orang Islam tidak boleh bersifat dengki-mendengki, benci-membenci dan pulau memulau antara satu dengan lain.
  2. Orang Islam tidak boleh membuat spekulasi harga yang bertujuan menipu orang ramai dalam urusan perniagaan.
  3. Orang Islam berkewajipan menjaga kepentingan orang Islam yang lain.
  4. Hasad dengki adalah haram kerana seolah-oleh menentang ketentuan Allah SWT.
  5. Memulaukan saudara seagama dengan tidak bertegur sapa lebih daripada tiga (3) hari adalah haram kecuali kerana sebab-sebab yang diharuskan.
  6. Islam adalah agama yang sempurna merangkumi aqidah, syariah (muamalah dan ibadah) dan akhlak, tidak sempurna salah satunya tanpa yang lain, kesemuanya terkumpul dalam satu kalimat iaitu “takwa” yang tempatnya adalah jantung hati.
 والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

*Sumber rujukan: JAKIM

Thursday, October 4, 2012

SPED

Assalamualaikum...


Salam satu program yang ada di Bahagian Pengupayaan Ekonomi, KKLW...SPED (Skim Pembiayaan Ekonomi Desa) yang dihandle oleh Bank Rakyat dan SME Bank..unit yang sangat sibuk sepanjang tahun!

Sesiapa yang berminat leh pergi jumpa pegawai bank di Bank Rakyat dan SME Bank..Antara syarat-syarat SPED adalah :
- Perniagaan/perusahaan dimiliki dan dijalankan sepenuhnya oleh Bumiputera
- Usahawan menjalankan perniagaan sepenuh masa
- Premis perniagaan berasingan dengan premis kediaman
- Usahawan atau syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman bank /institusi kewangan serta lain-lain dana Kerajaan melebihi RM250 ribu. SPED boleh membiayai sekiranya pinjaman tersebut telah selesai dibayar sekurang-kurangnya 75%.
- Had umur peminjam tidak melebihi 60 tahun

Had Pembiayaan:
RM20 ribu - RM250 ribu - beroperasi kurang dari 3 tahun
RM250 ribu - RM500 ribu - beroperasi lebih dari 3 tahun

Kadar bayaran perkhidmatan adalah 5 % berasaskan baki pinjaman

Wednesday, October 3, 2012

Hitam Merah

Assalamualaikum...

Semalam punya baju...bila pakai baju ni..mesti sama dengan Mala (yg pakai spek tu)...ini kali ke-2 kami pakai baju yang sama...kelakar betul...mcm dh berjanji lak...padahal jauh umah masing-masing tu...dan Pn. Farah pun pakai baju merah hitam semalam...so kami telah jadi ahli koir secara tak sengaja..huhuhu..

Nota Kaki : kembar aku di ofis ni..




WW : Muhammad Harith Fitri

Assalamualaikum...

Kegemaran sy ialah menangis!!

Tuesday, October 2, 2012

Kelas Belajar Facial

Assalamualaikum...
Jom jadi jurukecantikan yg terampil... Siapa yg kerja dalam bidang kecantikan atau meminati bidang kecantikan boleh sertai kelas pendek di akademi RedGlow. Belajar facial, massage, guna machine dan macam2 lagi. 
 Jom! sms 017-2485566.

Batuk..

Assalamualaikum..

Selsema dah okey...tapi batuk lak melanda dengan jayanya...dah minum sesudu madu sebelum tido..Alhamdulillah..xde batuk langsung semasa tido...pagi tadi dah minum madu tapi...ermmm...masih batuk xhenti-henti..mungkin gak sebab pagi tadi mkn nasi goreng+sambal pedas..itu yang makin menjadi-jadi batuk ni kot...

Terasa gatal dan perit sgt tekak ni....aduhai..mmg sgt tidak selesa...kalu ada org call nk bertnyakan sesuatu..time tu ler..tekak ni gatal-gatal nk batuk...mmg menganggu konsentrasi betul laaa....aku lak jenis yg mmg xsuka mkn ubat batuk...eiiiii...sgt xsuka....rasanya hanya Woods jela yg aku leh telan....ubat batuk klinik...ohhh..tidak mungkin!!

Nota Kaki: cepat laa hilang batuk ni...xsukanya!!

Popular Posts