Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.
Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.
Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.
IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.
Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!
Mother's Love
Thursday, January 23, 2014
Tuesday, December 17, 2013
Pindah rumah
Assalamualaikum...
Proses pindah rumah tidaklah begitu rumit...Asben yang pack semuanya..sampaikan semua pinggan mangkuk dan cawan xde untuk digunakan sepanjang minggu terakhir di rumah...hahaha..
Kotak-kotak yang disumbangkan oleh pakcik saya...lori datang seawal pagi pukul 6.30 pagi...proses perpindahan bermula kul 7.00 pagi dan lori bergerak pulang ke Pasir Mas pada kul 10.00 pagi.. Alhamdulillah kul 7.00 malam semua barang telah di bawa turun daripada lori...penuh barang-barang dalam lori 3tan tu..
Dah kosong dan disapu bersih sebelum pihak BPH datang check..seminggu sebelum tu, saya dan buat e-temujanji menerusi laman web BPH..proses checking pun berjalan lancer...semua bil api, air dan gas ditutup pada awl pagi-pagi 11/11/2013 dan temujanji dengan pegawai BPH hanya untuk serahkan kunci rumah dan resit penutupan akaun bil-bil shj.. Bila semua dah okey..dapat surat akaun keluar rumah dan perlu diserahkan kepada PSM dan resit asal deposit kepada Bahagian Kewangan BPH.
Berlari ke sana-sini juga la untuk settlekan proses pindah rumah ni..Alhamdulillah tiada masalah yang mengganggu sepanjang proses ni..
Saya mmg sgt merindui rumah ni...byk kenangan terpahat..dan saya sangat selesa tinggal di sini...siapa pulak yang akan tinggal disini nnt???hopefully next penghuni akan gembira seperti saya...2 tahun kenangan terindah!!daripada bujang...kawin dan mengandung!!
Wednesday, December 11, 2013
Surat Pertukaran....
Assalamualaikum...
Rentetan perjalanan saya telah bermula bila mendapat surat ni...sebenarnya saya telah dimaklumkan pada awal bulan Oktober tentang pertukaran ini dan dgn berat hati saya menerimanya dan memilih tarikh selepas raya haji untuk report duty di tempat baru...masa tu tiket flight raya haji dah beli utk pergi balik..
Demi keluarga tercinta...saya terima dengan redha..mungkin tempat saya lebih baik disamping suami tercinta..walaupun suami saya berada di KB dan saya akan berada di Gua Musang...xpela..at least hanya 2 jam atau 3 jam perjalanan sahaja untuk balik...kalau nk dibandingkan tempoh perjalanan daripada Putrajaya yang memakan masa lebih kurang 7jam berkereta dan 9 jam naik bas..mmg sakit badan...kos pun boleh dikurangkan lagi...
Sejak kawin..duit mmg byk diabiskan untuk perjalanan shj..setiap bulan keluarkan RM400 untuk tambang bas pergi balik shj...membazir lak rasanya kan..kalau drp Gua Musang tambang bas hnya RM35 shj utk pegi balik..bas pun 3x sehari..kalau rajin leh naik bas bulanan RM280 utk perjalanan setiap hari pergi balik GM-KB...hihi...tapi sy xdela nk buat begitu...maklum ler membawa seorg lagi...so mmg selamat balik hujung minggu shj...
Berbalik kepada pertukaran tadi...sy tangguhkan sehingga 31 Oktober..keje-keje di KKLW harus diserahkan kepada penganti saya...perlu ajar dia smpai faham...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...last job adalah ke Perak bersama pemenang-pemenang RBC 2013...sebak dan sedih bila fikir saya akan tinggalkan KKLW dan team RBC..namun itu realiti yang harus ditempuhi...lps ni saya akan bekerja di Agensi KKLW..
Saya mula lapor diri di JAKOA state Kelantan/Terengganu pada 6 Nov 2013 dan memulakan keje di GM pada 17 Nov 2013...Kelantan byk cuti 2 minggu tu..2 minggu di KB namun hakikatnya hanya 4 hari je kerja...hihihi...mmg best sbb everyday ada suami di sisi kan...
Nnt saya sambung lagi yer..cerita pasal lain lak..
Wassalam..
Tuesday, December 3, 2013
Tempat keje baru..
Assalamualaikum...
Cuaca gelap..ujan tak henti-henti..sejuk dan apabila dah siap sarapan..mata mula rasa mengantuk jer...best kalau dapat tido ni...siapa setuju??hihihi...
Perjalanan keje di daerah sgt berbeza dgn kementerian...di daerah bos bergred 32 shj..sy pulak sebagai ketua unit sokongan...tetiba rasa diri menjadi besar..kena sign itu ini..benda yg sgt sy tak suka buat..bila dh sign tu..tanggungjwb besar di atas bahu sy...susah nak menjawab nnt..
Di ofis sy..hanya sy shj dgn skim perkhidmatan N..yg lain-lain adalah S..mmg semua hal-hal pentadbiran dan sumber manusia sy jaga...cuti..kenderaan..aset dan inventori..surat dan memo....peti besi..petty cash..dan hal-hal kemanusiaan yang mmg tiada dlm SKT...hihi...
Sumber drp org pejabat : kain kapan pun kena cari bila ada yg meninggal...aiiyaaa!
Penghuni pejabat hanya 19 orang termasuk saya...dan hanya 2 org shj perempuan...at least sy ada kawan kan...then yang lain-lain 17 orang adalah lelaki...sgt sempoi keje dgn lelaki ni..harap-harap xde yg berperangai mcm pempuan pulak nnt..
Buat masa skrg..sy masih terbatas untuk keluar drp ofis..kalau ikut pengalaman keje selama 7 tahun lebih ni..mmg dah rasa xnak kuar-kuar atau outstation lagi...dah penat rasanya...namun di jabatan baru ni..nampaknya kena keluar outstation juga...ke pedalaman lebih jauh lagi..kampung-kampung orang asli yang xde jalan tar..mendaki bukit...alahai...camner la nnt...xsanggup rasanya!!
Wassalam...
Monday, December 2, 2013
I'm Back...
Assalamualaikum...
Rentetan perjalanan selepas kawin..akan diceritakan kelak..Nantikan cerita saya okey...
Wassalam..
Begitu lama saya menyepi..begitu lama tidak menulis..byk cerita yang ingin dikongsi bersama..Insyaallah kalau diberi peluang..ruang dan waktu..saya akan kembali aktif menulis untuk blog kesayangan saya ni...
Perkembangan terkini..saya bukan lagi orang Putrajaya..dah berpindah ke Gua Musang..walaupun pertukaran yang diminta adalah ke Kota Bharu..Alhamdulillah..kalau ada rezeki..Insyaallah bila-bila masa boleh tukar ke KB lak...
Wassalam..
Tuesday, August 27, 2013
Majlis Kesyukuran
Assalamualaikum..
Majlis Kesyukuran bagi pihak lelaki telah diadakan pada 1 Jun 2013 di Kota Bharu..jom tengok gambar..
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang datang...
Friday, August 23, 2013
My Wedding's Day
Assalamualaikum...
Hari ni agak free sikit utk menulis blog yang telah ditinggalkan bersawang ni...kesian kepada blog kesayangan saya ini..
Berikut ialah gambar persandingan saya pada 26 Mei 2013 (Ahad) untuk tatapan kawan bloggers semua...
Monday, July 29, 2013
Wednesday, July 10, 2013
Tuesday, July 9, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum...cerita ni dah lama berlaku..namun aku nak bercerita jugak..pada 17 April 2012 yang lalu....adik laki yang ke-2 dapat inte...
-
Assalamualaikum.. Disebabkan my BFF Emme yg comey tu sibuk duk menyediakan 3 layer tea kat blog dia..hari ni aku akan buat tutorial camner n...
-
Assalamualaikum.. Lama juga tak update untuk jahitan manik.. Kali ni sy jahit manik untuk kwn ofis, Kak Zana Baju kurung pahang kain batik i...
-
Assalamualaikum.. Dikesempatan ini..ceewaaahhh..macam raya lak yer..hahaha..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat omak tersayang yan...
-
Assalamualaikum..dah seminggu cerita tentang percutian aku last week tertangguh..hari ni baru ada mood unutk menulis psl kisah berkenaan.. ...
-
Assalamualaikum.. Dengan segala hormatnya menjemput semua kawan-kawan bloggers ke Majlis Aqiqah anakanda hamba pada ketetapan berikut: ...
-
Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah : 1. Duit banyak, tapi cepat jer habis....Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi as...
-
Assalamualaikum... hari ni ada pulak yang search kat blog aku ' cara bagi orang cepat byr hutang '...hihihi...kelakar betul.. Ka...
-
Tahun 2020 dan era millenium tak dapat dipisahkan. Mendebarkan! Apa yang bakal berlaku pada kehidupan anda di tahun 2020? Kalau 10 ata...
-
Assalamualaikum.. Tempahan memanik tahun ni boleh la tahan..cuma aku je tak ambik byk tempahan disebabkan sibuk dengan RBC..Alhamdulillah..r...



