PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, January 17, 2012

Majlis Persandingan Minn & Khairi

Assalamualaikum...
Event: Majlis Pernikahan dan Persandingan adik aku
Rosmini Mohammad dengan Mohd Khairi
Tempat : Pasir Mas, Kelantan
Tarikh : 24 November 2011 (Khamis)

Majlis pernikahan yang agak mengharu-birukan..majlis akad nikad akan dilangsungkan kul 8.30 mlm..kul 6.00 ptg dah terpaksa keluar drp umah sbb air dh naik paras paha..nasib baik masa tu lori dtg utk hantar khemah so tumpang naik lori utk pegi ke umh kakak aku..satu pengalaman yg best..!!

Rumah aku xbanjir pun tp jalan ke rumah aku..2 tempat yg digenangi air..jom layan gambar-gambar..

 Debaran pengantin lelaki

 Alhamdulillah dah siap akad nikah..

 Majlis persandingan di umah ..sebahagian drp keluarga..

 Selamat pengantin baru!

 Persandingan di rumah lelaki pada 26 Nov 2011

Sebelum bertolak balik

Aksi-aksi menarik di sekitar majlis..

 Sign..jgn tak sign!

 Sign kat sini adik oiii..

 Rombongan drp pengantin lelaki sebelum meredah air banjir..

 Nasib baik pengantin tak sanding dlm air banjir..

 Pengantin lelaki tgh tggu pengantin pempuan siap make-up sbb mak andam pun tiba sekali dgn rombongan pengantin lelaki

 Ketibaan rombongan pengantin lelaki

 Antara tetamu yg hadir

 Bertolak balik

Comel anak buah aku ni..pakai boot hijau dan baju ujan yg colorful..huhu

Moral of the story: jgn buat majlis pada musim tengkujuh...



Monday, January 16, 2012

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan

Riwayat: Riwayat Muslim

Kategori: Akidah

Hadith:

Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud:

Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.

Huraian Hadith:

  1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
  2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
  3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
  4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Sunday, January 8, 2012

Menghitung hari...

Assalamualaikum...bersiaran drp Awana Kijal Golf and Spa Resort, Terengganu...huhuhu...aku tengah menghitung hari ni..hari ni baru hari ke-3...terasa lambat betul masa berlalu...ada 5 hari lagi yang harus diharungi..

Selama 3thn dulu duk di Dungun..xpernah aku dtg kt Awana Kijal ni..oppsss..pernah sekali dtg dgn kwn2 sebilik masa belajar dulu dan tangkap gambar kt depan lobi Awana Kijal ni...hihihihi. tangkap shj yg mampu pd waktu tu..skrg ni 8hari 7malam aku kena bertapa di Awana Kijal ni...siapa sangka..hihihi..

Dengan hotel yang bertaraf byk bintang..hotel ni bagi aku diluar bajet aku ler..mahal jugak rupanya sampai RM300 lebih utk 1mlm....hahaha...bilik biasa2 shj..makanan mmg byk dan rasanya menu mana2 hotel pun lebih kurang sama shj...

Namun yang pasti, duk kt hotel kalau sehari dua mmg rasa best sbb mknan byk, xperlu nk kemas katil, ber-aircond..tapi bila dah masuk hari ke-3..mula la rasa muak dgn menu2 hotel yang sama...alahai..lambat betul masa berlalu..mula bermimpi tentang bantal dan tilam kt umah..

Rupa-rupa kawanku itu..hahaha...alaaa..bdk yg suka komen2 kt blog aku ni..Emme..ko selalu tunggu entri aku yer..entri aku biasa-biasa shj..tp best jugak kan...hahaha...kalau ada masa Insyaallah aku akan cuba untuk buat entri setiap hari..idea sentiasa ada..cuma masa yang sgt terhad..

Thursday, January 5, 2012

Saya bercuti lama....

Assalamualaikum...grey-hippo akan bercuti bekerja drp Awana Kijal Resort, Terengganu selama 8 hari ( 6 - 13 Januari 2012) bersempena Lab Penyelarasan Program Keusahawanan, Pemasaran Produk dan Modal Insan KKLW..

So kalau yg ternanti-nanti entri sy ni harap bersabar...hihihi...mcm la ramai sgt nk baca blog aku ni..tp xper..kalau ada masa..itu 'kalau' yer...rasanya mmg xde masa pun nk berblog nnt...jadual penuh drp pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam...

Kepenatan akan melanda...

Friday, December 30, 2011

Kasih Kepada Rasulullah S.A.W

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat: (At-Tabrani)
Kategori: Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya: Didiklah anak-anak kamu atas tiga (3) sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca Al-Quran.
Huraian Hadith:
(1   (1)  Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.
(2   (2)  Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah SAW dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda.
(3   (3)  Mengasihi Rasulullah SAW mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.
(4   (4)  Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah SAW iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
(5  (5)  Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

*Sumber rujukan: JAKIM

Thursday, December 29, 2011

Merah Ceria..

 Assalamualaikum...
Kembali aktif memanikkan diri..hihihi...bukannya tiada tempahan tapi sy yg busy memanjang..ditambah pulak dgn bisnes puding yang sedang diusahakan kecil-kecilan..

Baju ini ditempah oleh Pn. Mimi yang mana beliau tak kisah dgn corak dan bajet..so setelah fikir panjang, sy cuba untuk corak yang sy inspirasikan drp Sifu Syed Azmi yg sentiasa byk idea utk memanik...

Selama sebulan setengah untuk sy siapkan baju ni..hihihi..lama betul kan..byk masa dihabiskan utk kenduri adik sy baru-baru ni..
 Rantaian manik di sekeliling bunga di badan yang diminta oleh Pn. Mimi untuk menaikkan lagi seri baju..30gram manik putih telah digunakan..byk jugak ni..2 hari sy abiskan masa untuk menjahit part bunga ni..
 
Lagi banyak gambar boleh dilihat di SINI..

Wednesday, December 28, 2011

Program Makan Minum F&N di Johor

Assalamualaikum..
Lawatan Pemantauan Program Niaga Makan Minum F&N di Batu Pahat, Muar dan Tangkak, Johor pada 6 Oktober 2011 (Khamis)

1st lawatan di Batu Pahat, memula sesi perbincangan dengan isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh peserta...hasil jualan/pendapatan peserta sgt baik!

Signage yg telah disumbangkan oleh F&N..sgt menarik!

Peserta: Mohd Faidz bin Abdul Jalil
Alamat: Gerai MPBP, BP Walk, Jalan Rahmat, Batu Pahat, Johor
Waktu Perniagaan : 3.00 petang - 3.00 Pagi

Sesi perbincangan diadakan di Majlis Daerah Muar..perbincangan adalah berkenaan permasalah yang dihadapi oleh peserta dan cadangan penyelesaian harus diambil dengan segera.

Peserta-peserta yang terlibat

Peserta : Mohd Faizal bin Mohd Ismail
Alamat : Lot 7, Gerai Perhentian Bas/Teksi Bentayan (Muar/Pagoh), Jalan Salleh, Muar, Johor
Waktu perniagaan adalah drp pagi hingga petang

Peserta : Mohd Mukhainei bin Md. Kasim
Alamat : Lot 4, Gerai Medan Selera Perhentian Bas/Teksi bentayan (Muar/Pagoh), Jalan Salleh, Muar, Johor
Belum memulakan perniagaan

Di Tangkak...inilah satu-satunya peserta wanita yang terlibat..

Nama: Nurfadliyana binti Mahusin
Alamat : Gerai Penjaja Majlis Daerah Tangkak, Jalan Gambir 1, Bandar Baru Bukit Gambir, Tangkak, Johor
Waktu perniagaan adalah drp pagi hingga ptg..

Nota: The best menu dkt gerai2 diorg ni of course la 3 layer tea atau teh 3 lapis...mesti cuba kalau nampak gerai2 diorg ni tau..

Hari Ibu???

Assalamualaikum..terkejut....pelik...ajaib...tertanya-tanya...dan macam-macam yang bermain dalam kepala otak ni bila tengok kat kata kunci di nuffnang...nape la kata kunci 'hari ibu' ni byk sgt telah di google??padahal hari ibu dah lepas dan tahun depan pun lambat lagi...ermmm...
 apa kes ni??

Friday, December 23, 2011

Keputusan Ujian Darah

Assalamualaikum.....jumaat last week adalah tarikh untuk ambik keputusan ujian darah yg telah dibuat pada bulan 8..begitu lama terpaksa tggu keputusan tersebut kan..tp on that day, pagi tu..mmg aku berdebar giler laaa..sebab selama ni aku asyik mengelak jer bila adik aku nk buat blood test kt umah..hihihi

Bulan 8 tu adalah rutin yearly check-up utk tyroid..tp disebabkan oleh doktor yg baik..hihi aku mintak tlg check utk kolestrol dan juga gula dlm badan aku..risau jugak sbb family aku mmg ada keturunan kencing manis..ermmm...

Keputusannya ialah...Alhamdulillah doktor bgtau yg kandungan gula dan juga kolestrol aku berada di tahap yang normal..tapi sedikit bermasalah utk ujian tyroid..kata doktor ianya tidak stabil..so kena ambik darah lagi sekali untuk test....dah keputusannya pada bulan februari thn dpn..eiiii..kalau tak stabil lagi aku kena mkn ubat...xnakkkkkkkkkk!!

Disebabkan dah biasa sgt ambik darah..ermmm...xde pun perasaan takut lagi bila tgk jarum tu dicucuk di lengan...mmg dah kalih..tp nurse yg cucuk jarum hari tu ambik urat tepi...aduhhhh...mmg sakitnya sampai ke tulang..aku biasa ambik salur urat tengah...mmg lenguh dan berdenyut-denyut rasanya..xde tenaga nk pulas steering kete tp kuatkan juga semangat utk balik ke ofis...

Sebenarnya aku telah menolak MC utk hari berkenaan..biasanya kalau ambik darah mmg doktor akan bagi MC..tp aku hanya mintak time sleep jer kerana fikirkan boss nak meeting on monday..segala documentation belum siap ditag lagi...

Ermmm...after lunch, boss aku bgtau dia dah siapkan semuanya dan ada a few dokumen yg kena fotostat shj...hihihihi..terima kasih boss..!!jasamu amat dikenang...

Takut bila mengenangkan bulan Februari tahun depan untuk ambik keputusan darah lagi sekali..

Thursday, December 22, 2011

Wish List Tahun 2012

Assalamualaikum...tahun baru bakal menjelma tak lama lagi..sebelum ni aku xdela nk senaraikan apa benda yang aku nak beli tp tahun dpn kena nekad dan berusaha ke arah jalan yang lurus berkenaan...

My list:::

1. Simpan duit utk roadtax dan insurance kete - supaya tak jadi mcm tahun ni yg mana aku terpaksa guna duit bonus dan korek ASB untuk byr insurance dan roadtax kete..

2. Beli mesin basuh - walaupun mcm xsesuai bg aku yg duk sorang ni..baju bukan byk pun nk guna washing machine.."membazir air dan elektrik" kata adik aku tp for future better aku beli..so bakal laki aku ada ke?? boleh cuci kaki jer masuk umah..kena mintak duit hantaran tinggi la kalu camni..hahaha..

3. Beli katil - tamak skit sbb aku nk katil queen/king walaupun tido sorang2 jer...hahaha..duk umh sewa dulu bilik xmuat nk beli katil besau2..skrg tiba masanya sbb umh 3 bilik aku conquer sorang2..

4. Beli TV LCD sebijik - wahhh..boleh letak kt ruang tamu dan tv skrg boleh letak dlm bilik...pastu mula la aku duk bertapa dlm bilik jer...time mkn jer duk luar..!

5. Beli langsir baru - langsir dlm bilik2 skrg ni pinjaman drp mak aku..langsir color purple..langsir sliding door mmg dh beli sendiri color purple jugak...aku mmg peminat setia color purple..

6. Beli i-phone 4s atau samsung galaksi s2 - yg ni hanya berangan..kan bagus kalau ada org bg hadiah utk aku...hahahaha..

Semua wish list kt atas tu hanya perancangan..andai diriku anak org kaya...benda2 kt atas ini bukan lagi menjadi wish list..hahahaha..namun yg pasti membeli brg2 tu dgn hasil usaha dan titik peluh sendiri membuatkan kita lebih menghargainya..tahun 2012 kena kerja keras utk tambah pendapatan..insyaallah!

Azam tahun 2012????

Nota: hadiah hari jadi thn depan nk sejadah atau Al-Quran shj...boleh tak?

Popular Posts