PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, June 2, 2010

Daun & Kayu Getah

Lawatan Pemantauan Projek Daun dan Kayu Getah
Tempat: Kg. Garok, Selama, Perak
Tarikh: 30-31 Mei 2010 (Ahad-Isnin)
Pelawat: Cik Ros dan bos, Pn. Nik Sufiah

Bertolak kul 2.00 petang dari rumah (Presint 9, Putrajaya) dengan driver office, Abg Khai... Jemput Pn. Nik di Presint 8 dan bertolak ke Taiping..Alhamdulillah perjalanan amat lancar dan sampai di bandar Taiping pada kul 5.00 petang...Pastu check-in di Hotel Panorama..hotel 2 bintang tp keadaan bilik sgt baik..harga pun hanya RM92 utk 1 mlm..(syukur leh claim..hihihi..)

Pukul 8 mlm kuar nk cari makan..pusing-pusing kt bdr taiping..rupanya susah gak nk cr kedai mkn Melayu..kedai mkn Cina sgt byk..terpaksa kuar skit dr bdr dan terjumpa kedai tom yam kt tepi jalan..nasib baik kedai tu sedap masakannya dan harga pun sgt murah..mkn 3org hnya RM17.. (Pn. Nik belanja..terima kasih yer puan..) berbaloi kan berbanding mkn kt Putrajaya..

Keesokkan harinya, Isnin..pagi kul 8 dh kuar cari kedai makan utk bekfes..terjumpa kantin kt Pejabat Daerah Taiping..hihi..leh la..utk alas perut..nasi goreng yg aku ambik tidak memenuhi citarasa..tp mkn la jugak.. (lagi sekali Pn. Nik belanja..) utk 3org mkn hanya RM10...

Then terus ke Pejabat RISDA Taiping, tggu En. Sharul, pegawai yg in-charge projek tersebut dan sorng pegawai pemantau negeri Perak..lebih kurang kul 10pg bergerak ke Selama..perjalanan mengambil ms selama 45minit..terpaksa mengharungi jalan yg berliku, berbukit dan hutan..lama gak duk dlm kete smpai dlm hati aku berkata 'bila la nk smpai ni?'..Akhirnya..alhamdulillah sampai gak ke Pusat Kraftangan Daun dan Kayu Getak, Kg. GArok, Selama, Perak...

Ramai betul makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang menyambut kedatangan kami..hehehehe.. meriah betul..semuanya baik-baik belaka..jom layan gambar yg sempat aku snap utk tatapan semua...

Antara produk yang dihasilkan:
Bunga telur

Bunga Meja

Bunga Hiasan

Frame gambar

Bunga Hiasan

Bunga Meja


Proses sebelum menjadi daun bunga:




Daun direndam dgn air biasa selama beberapa minggu..Alahai baunya..sangat la tidak menyenangkan..sgt busuk..bau getah..itula yg aku rs aku xleh nk buat..lps dh rendam, barula daun tersebut di buang klorofil/daun hijau tu supaya yg ada hanyalah urat daun shj..kemudian daun tersebut direndam dgn klorox supaya urat menjadi keputihan..tujuannya agar senang nk color nnt..



Keadaan makcik2 berkumpul utk sama-sama membuat kraftangan




Sesi taklimat

Para usahanita kraftangan

Para usahawan kayu getah

Selepas menjamu selera dgn masakan kampung oleh para makcik, kami bergerak balik lebih kurang kul 1.30 tengahari...sampai di Putrajaya lebih kurang kul 6 petang..satu perjalanan yg agak lama kerana ujan lebat dan sempat gak singgah di R&R Tapah..beli buah jambu batu..hihihi..

Next lawatan adalah pada 30 June 2010 di Pontian, Johor.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts