PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, July 7, 2010

Seminar Kecemerlangan

Last week pada hari Selasa, 29 Jun 2010..aku telah hadir utk 1 hari Seminar Kecemerlangan KKLW... Seminar ni anjuran kementerian aku.. Disebabkan tahun ni aku belum ada apa-apa kursus lagi..so terpaksa la hadir..lagipun dekat dan senang utk pegi balik..naik bas 50sen je drp umh..kalau naik kete mmg payah nk parking kt kompleks kerajaan tu..

Alhamdulillah..seminar tu berjalan lancar.. Antara penceramah yg datang ialah Ustaz Roslan Mohamed (pensyarah UM), Dr. Mohamad Ridhuan Tee Abdullah (pensyarah Uni. Pertahanan Malaysia) dan Dr. Robiah K. Hamzah (pakar motivasi)...Manakala moderator lak En. Nabil drp JAKIM.. para penceramah dan moderator ni selalu kuar kt TV1 utk rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam..

Tajuk yang yg dismpaikan oleh Ustaz Roslan adalah 'Kembali kepada Fitrah'..antara titipan yg sempat dikutip ialah fitrah bermaksud kembali kepada akidah yg betul dan benar..kembali mengabdikan diri kepada ALLAH Yang Maha Esa.. fitrah adalah suci dan bersih seperti bayi yg baru lahir..kita yg membentuk baik dan buruk seseorg itu..itulah fitrah manusia.. utk kembali kepada fitrah kita mestilah mempunyai keazaman yg tinggi dan usaha yang bersungguh..
.
Fitrah = Fikir, Ilmu, Tekad, Rawat, Amal, Hisab/Hitung
.
Tajuk seterusnya ialah 'Kerjaya:Ke Mana Hala Tujunya' disampaikan oleh Dr. Robiah, seorg pakar motivasi yg sgt bersemangat dan best.. ada je bahan yg boleh digelakkan..mmg fun la ceramah dia..smpai aku pun xsempat nk ambik note apa-apa pun.. bahan utk dibaca tetap ada so boleh la review kt umh kalau ada ms nnt..
.
Sesi petang lak adalah sesi forum di antara Dr. Ridhuan Tee dan Dr. Robiah..Tajuknya lak 'Pekerja Lelaki & Pekerja Wanita: Implikasi Kepada Kecemerlangan'..satu topik yg sgt hangat dan hangit..hihihi..masing-masing cuba untuk 'menang'..tapi ianya tetap best.. 4 perkara asas yg diperlukan utk menjadi pekerja cemerlang iaitu:
1) Modal Fizikal - tubuh badan yg sihat
2) Modal Mental - sihat minda dan berfikiran positif
3) Berprasangka baik - hindari hasad dengki
4) Ikhlas - jalankan tugas dgn ikhlas
.
Byk info dan ilmu yg telah aku perolehi drp seminar ini.. ianya bagus utk release tension dgn suasana lain..hari-hari dtg keje pun kadang-kadang bosan gak..bila tgk suasana lain..at least esknya dtg keje lebih bersemangat..huhuhu..
.
Aku sgt berharap dpt pegi kursus ke mana-mana dlm ms yg terdekat ni.. nk harapkan kursus yg dibg oleh kementerian sendiri mmg tak ckup..kalau ada pun nampaknya 'geng' je yg dpt pegi..tension aku dibuatnya...aku dh cuba utk mintak kursus dgn jabatan lain tp nampaknya setakat ni masih belum terpilih lagi..aku xnak LNPT aku kosong xde kursus...uwawawawawa... :-(

No comments:

Post a Comment

Popular Posts