Assalamualaikum..
Selepas berhempas-pulas bagi menjayakan program kerjasama antara swasta dan kerajaan ni akhirnya sampai ke penghujung untuk 1st batch..bila jadi projek perintis ni..byk masalah yag timbul..namun telah dpt diselesaikan dengan jayanya..boleh lihat di entri sebelum ni pasal program ni..
Majlis Pelancaran Program Niaga Makan Minum F&N dan KKLW ni telah diadakan pada 11 Ogos 2011 (Khamis) yang lepas di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara bersekali dengan majlis berbuka puasa..
Alhamdulillah..11 peserta telah diberikan kemudahan untuk berniaga di bawah brand F&N..satu syarikat swasta yang sangat gah berdiri di Malaysia..harap-harap lepas ni diorg akan jadi perintis usahawan muda yang berjaya..
Kalau diorg ni xbagi aku makan free masa gi melawat gerai diorg nnt..siap ler!dah penat turun naik gi pahang dan johor..berpanas dan berhujan lagi utk diorg ni tau...hihihi...
Demo utk buat 3 layer tea..best betul 3 layer tea drp F&N ni..sugar palm tu berbau wangi dan rasa berlainan kalau kita pakai gula melaka yg biasa..sugar palm F&N ni tiada dijual di pasaran..so sesiapa yang nak minum tu boleh ke gerai budak-budak lulusan Institut Teh Tarik F&N ni...Insyaallah one day akan aku senaraikan di mana gerai mereka berada yer sbb sekarang ni belum dpt list alamat diaorg lagi..
Posing la kejap sementara menunggu majlis berbuka puasa..hihi..antara kawan-kawan ofis yang hadir..best gak semua makanan yg disediakan oleh pihak Sime Darby..
Nota Kaki : duit bonus gomen dah masuk hari ni..hihi...senyum lebar yer..!
nampak air sirap bandung, sedapnyeeeeee....slurp!!
ReplyDelete3 layer tea lagi sedap beb...
ReplyDeletewaaa...dapat makan free.. best2.. hehe
ReplyDelete