PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, April 9, 2012

Tanda-tanda Sihir

Susah nak percaya tapi memang terjadi sampai ke hari ini,ada lagi segelintir manusia yang sanggup berbuat apa saja kerana dendam,kerana marah.Ada yang disihirkan sehingga meninggal dunia.Mungkin orang tu terlepas hukuman dunia tapi kena beringat Allah maha mengetahui segalanya.Kadang-kadang kita juga lupa jangan mudah menyakiti hati orang lain.Mungkin cara kita bercakap,perbuatan menimbulkan rasa dendam pada orang.Hati manusia sukar diduga kadang-kadang orang yang tidak disangka tu berdendam.Ada yang kena santau,ada yang diganggu makhluk halus ni.So aku nak kongsi antara tanda-tanda terkena sihir
 
-TANDA PADA WAKTU TIDUR
1.       Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusahpayah.
2.       Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3.       Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4.       Mimpi yang sangat menyeramkan.
5.       Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta,ular, singa, serigala atau tikus.
6.       Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7.       Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8.       Berperasaan sedih pada saat tidur.
9.       Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10.   Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11.   Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yangmengerikan.
12.   Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
13.   Bermimpi melihat hantu. 

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
1.       Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2.       Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3.       Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4.       Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubati

No comments:

Post a Comment

Popular Posts