PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, March 22, 2012

Kodomo Lion

Assalamualaikum...
Apa kes lak dengan tajuk pasal ubat gigi pulak ni yer???hihihi...kejadian yang sangat menarik untuk diingati...semalam aku dapat ubat gigi Kodomo Lion ni..kelakar betul..masa aku tgk ubat gigi ni..aku rasa mcm nak terguling-guling...


Betul la kata Ben Ashaari..lelaki ni lurus...hihihi..aku suruh beli ubat gigi Darlie yang kotaknya color pink..dibelinya ubat gigi ni..ingat aku ni kanak-kanak umur 3 tahun ke?alahai....mentang-mentang kotaknya color pink..dibeli pulak ubat gigi kanak-kanak ni..perasa epal pulak tu...hihihi...

Lelaki kalau suruh beli barang mcm ni laa...rasanya next time kena tulis sebijik-bijik dlm kertas.. jenama apa..brepa kuantiti nk beli, perasa apa..kalau tak rasanya..jadi camni laa...disuruh beli ubat gigi..dibelinya ubat gigi..betul la ubat gigi tapi ubat gigi kanak-kanak rebina...hahaha..padahal sorang kanak-kanak pun xde kat umah aku tu...

Bersabar jela..nak marah pun xleh..gelak golek-golek pun best jugak ni...buat lawak betul...by the way..thanks kepada si dia yang buat lawak ptg semlm..ia buat aku tersenyum hingga ke hari ni..pasti next time tgk ubat gigi Kodomo Lion aku akan ingat kenangan indah ini...hihihi...

Manik Memanik...

Assalamualaikum..

Tempahan seterusnya daripada Pn. Mimi..untuk pengetahuan semua..ada 7 helai lagi baju Pn. Mimi yang harus sy manikkan...mmg byk dan tak menang tangan untuk menerima tempahan..nasib baik Pn. Mimi memahami keadaan sy..hihihi

Corak yang dibuat adalah berdasarkan crumble pearls yg simple dan ringan..

Lebih banyak gambar lagi boleh ditengok...sila ke SINI tau..

Tuesday, March 20, 2012

Magnum Fashion Royale

Assalamualaikum...
Game kat fb kan macam-macam...namun, aku ni mmg xpernah la nk main game online ni..mmg sgt2 xreti nk bercucuk tanam macam org lain...hihihi..tapi baru-baru ni aku addicted dgn satu game ni...Magnum Fashion Royale..ini gara-gara sukakan aiskrim Magnum ..

Kalau korang nk join boleh click gambar ni..memula mestilah kena like page Magnum dulu yer..

Pastu baru leh start main..

Nnt tekan button stop untuk masuk mana-mana pintu..


Antara game yg ada ialah..susun color baju..susun gambar, cari perbezaan gambar..suai padan baju...senang je kan...tapi ianya based on timing yang diberi..untuk pengetahuan korang jugak..game ni hanya boleh dimain sekali sehari jer..dah abis hari ni..esk jela pulak try yer..

 Rasanya dh hampir seminggu kot aku duk main benda ni..hadiahnya..korang tgk la sendiri...hihihi...drp ranking beratus-ratus..skrg dah ranking 46..satu pencapaian yang bagus jugak tu..korang cuba la pulak...
 

Monday, March 19, 2012

Terima kasih Nuffnang...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..pagi ni buka je akaun nuffnang amaun dah mencecah RM100...hihihihi...suka..suka..sebab aku dah berniat..nk cash out bila ianya mencecah RM100...

Lama jugak nk tggu ckup RM100 ni...lagipun blog hippo aku ni xdela sefemes amous mcm org lain kan...dpt skit-skit camni pun dah bersyukur sgt..sape nk bg duit free kan...hihihi..Insyaallah akhir bulan ni akan aku cash out...skrg ni biarkan dulu..


 Skrg ni masih ada 3 lagi BE yg harus dijana...walaupun xbyk mana tp boleh la drp xde kan...bukan senang nk dapat BE...sometimes tu terpaksa tggu berbulan-bulan nk dpt 1 BE..tp bila dh dpt..hihihi...3-4 sekali dapat..seronok kan...

Terima kasih buat Nuffnang..

Friday, March 16, 2012

4th Putrajaya International Hot Air Balloon

Assalamualaikum..
Pesta belon panas Putrajaya datang lagi dan akan diadakan pada 15 - 18 Mac 2012 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya drp jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam..

 Aku yang duk di Putrajaya pun xtau ada belon panas ni..bila semlm nampak belon berterbangan baru ler tau yg ada pesta belon ni...hihihi...so la 'katak di bawah tempurung'...

Tahun lepas aku xpergi..yg aku ingat masa memula 1st year buat kt Putrajaya...bukan main excited lagi aku dan housemate pegi tgk..hihihi..sanggup naik bas..pastu tahun berikutnya xpergi pun..org bukan main lagi ramai...

 Gambar yang di ambil oleh pgw di ofis aku..cantik kan..semlm ada pelbagai bentuk hot balloon ni..ada bentuk kek 3 tingkat..peguin dan macam2 lagi laa..

Pagi ni lak ada lintas langsung org berterbangan di udara..hahaha..




Ini ialah harga bagi setiap org yang teringin nak naik belon panas tu..selain belon panas ada pelbagai lagi aktiviti yang boleh disertai..dan more info boleh ke SINI

Mati Dalam Iman

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
Hadith:
Dari Jabir (bin Abdullah ) r.a katanya dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat)menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.
Huraian Hadith:
  1. Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya.
  2. Memang tidak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada seseorang kecuali Allah yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.
  3. Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan diri kita mati di dalam keadaan beriman sedangkan Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mencapainya iaitu kita seharusnya melakukan perkara-perkara berikut :
  • Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya;
  • Berdoa kepada Allah untuk mematikan kita dalam Islam dan dalam keadaan beriman (husnul khotimah);
  • Bersyukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberi bahkan sesungguhnya nikmat yang terbesar yang kita miliki adalah nikmat Iman dan Islam; dan
  • Menanamkan perasaan takut sekiranya mati dalam keadaan suul khotimah (tidak baik).
Oleh itu, seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan memperkuat keimanan kita dengan menjauhi maksiat dan dosa kerana perkara tersebut akan melemahkan dan merendahkan nilai pegangan aqidah kita serta ditakuti nanti kita akan menghadapi saat sakratul maut yang payah.
 

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Thursday, March 15, 2012

Luahan hati..

Assalamualaikum...hihihi..entri aku sebelum ni tidak ditujukan kepada sape-sape..aku menulis atas apa yang aku rasa pada waktu dan ketika itu..tidak dipengaruhi oleh perasaan pun tp kalau ada yg terasa hati tu..mintak maaf banyak-banyak...

Dan..tetiba status di fb berbaur begini....

Berubah kerana MANUSIA, kita akan letih, kerana manusia tidak memerhatikan kita 24 jam.mereka juga tidak akan mampu menilai... perubahan kita dengan adil dan baik.. Berubah kerana ALLAH, kita akan bersemangat, kerana Allah SWT melihat kita sepanjang masa, saat dan detik.Dan Allah punya penilaian yang sangat adil, dan teramat detail.Jadi,berubahlah kerana Allah... (✿◠‿◠)

Adakah aku yg terasa atau org tersebut yg terasa??hihihi...aku xde rasa apa-apa pun..

Segala rasa hormat aku dh lama hilang..sejujurnya..dulu aku sgt kagum bila beliau bercakap pasal agama..tboleh menjadi bakal pemimpin yg baik..p nilai-nilai agama yg dicakapkan shj xckup..kalau tidak diamalkan....so kalau berbuih mulut sekalipun dia berckp...hahahaha...xpayah laa..hati aku dh kering dgn segala cakap-cakap manis berkenaan..

Aku mmg xpandai nk bg tazkirah ke atau ceramah agama..namun segala nilai-nilai Islam dan agama masih terpahat kukuh dlm jiwa aku...yg akan aku terus amalkan tanpa rasa ragu-ragu...kalau xpandai..masih boleh belajar dgn sape-sape pun kan....yg paling penting..amalkan nilai-nilai yg baik dlm kehidupan..Insyaallah ramai yang akan mendoakan kejayaan dan kebahagian kita..betul x?

Aku just anggap ianya dugaan dalam hidup yang harus dihadapi...mmg org xmelihat kesangsaraan dan kesusahan yang kita hadapi...tp kesabaran harus mengatasi segala-galanya..aku ikhlas berkawan tp kalau kwn dh buat macam-macam hal...no way man....hilang segala hormat selama ini...ckup-ckup la duk skodeng aku kat sini...nk baca pasal kisah hidup aku...fine..baca laa..aku xpernah nak marah pun...tp xperlu nak ambik berat yg melampau okey...sbb hal kehidupan beliau aku xpernah pun ambik tau pun...

Buat pengetahuan awk...sy gembira dgn kehidupan sy skrg..xramai kwn tp masih ada lagi kwn2 yg ikhlas ambik berat dan menjaga sy dengan baik...niat awk baik terhadap sy tp rasanya sy dah tak boleh nak hormat awk seperti dulu di atas segala perbuatan awk selama ini...ckup laa..sy ikhlas....kita hanya boleh berkawan..Insyaallah kalau ada rezeki dan jodoh sy akan berkawin dgn seorang yang mampu sy hormati dia sebagai suami...tak guna berkawin kalau ianya menyakitkan hati dan jiwa...!!

Aku mahu hidup bahagia dan gembira..!!

Nota: kalau nk baca blog ni..baca laa..tp xperlu la sibuk2 nk tanya aku detail lagi berkenaan semua entri2 aku yer..sekian,  terima kasih!

Cepat Berubah??

Assalamualaikum...xde topik yg hangat perlu diutarakan hari ni..pepagi ni ada Majlis Penyampaian Amanat oleh YB. Menteri KKLW..ermmm...seperti biasa jela majlis tersebut..ada nyanyi2..pastu ucapan dan penyampaian sijil...gitu jela aturcaranya...

Terbaca status kawan aku di fb hari psl manusia yg cepat berubah...mmg betul..aku sgt setuju dgn statement tersebut...kalau perubahan yg terjadi itu untuk kebaikan apa salahnya kan..kalau ianya ke arah keburukan baik kita hindarkan...

Dulu..aku seorg yg pemarah dan jenis xsabar..mmg itu aku akui..tp bila umur semakin meningkat..dan ada  pulak penasihat dan pengajar yg tak bertauliah mintak aku berubah...lama-lama aku berubah..kini aku bukan lagi seorg yg pemarah yang tak tentu psl...hahaha...dan boleh bersabar dgn segala benda yg dtg..Insyaallah aku akan cuba terus bertahan...

Alhamdulillah..setakat ni sikap dan perangai baik aku yg masih tidak berubah..kalau begitu layanan aku sblum ni..Insyaallah aku cuba untuk buat yg terbaik..tp kadang-kala ada sedikit kecatatan yg mmg xdpt nak dielakkan...tapi kita xtau la manusia lain yang menilainya kan..biar jela...asalkan aku tau diri aku tidak akan berubah ke arah yg tidak sepatutnya shj...

Mmg aku akui..aku serik dgn perangai manusia ni..manusia lain tak reti nak berubah...dh byk kali ckp pun sering buat perangai yg sama jer...ingat aku ni suka sgt ke bila dh byk kali terkena...serik beb...xsalah kalau berubah ke arah kebaikkan sbb perangai tu byk menyusahkan org laaa...

Kenapa berubah??Kadang-kala faktor manusia kita berubah..berubah sbb desakan orang tersayang...hihihi..mmg tak disangkal lagi..betul kan??yela...bila org tersayang asyik komplen je kita ni menyusahkan sana-sini..apa salahnya kita kurangkan perangai menyusahkan org lain tu kan...hihihi...

Aku lebih suka lelaki yg rela berubah drp lelaki yg ego yg xnak berubah langsung..laki gitu xpayah buat suami pun xper laaa...eiii..benci!!

Nota: aku nk berubah drp kurus kepada gemuk..boleh???hihihi...

ok bye...

Wednesday, March 14, 2012

Eiiii...geramnya!!

Assalamualaikum...hari ni ialah sesi luahan perasaan kat sini...ermm...ceritanya bermula bila ada status di komuniti kejiranan area umah aku yg letak status camni..
"kepada manusia yg duduk kat tingkat 16 blok A XXRXX yg mengadap futsal : oii..ko x reti ker..skrg dah pukul brp ko nk main ketuk2..dah kul 12 kot..agak2 ar..jgn sampai ada org naik ketuk kepala baru nk sedar..."
Bila dah komen sampai mencecah 134 komen..dah rumah aku pun dikaitkan dgn aksi ketuk-mengetuk tu..so mmg aku xleh nk duk diam laa...bukti xde...pastu nak tuduh org mcm-mcm..jiran umah sebelah naik angin sbb menghadap futsal ialah umah aku dan umah jiran...kitaorg ni xde keje pun nk ketuk2 dinding malam-malam buta laaa...

Rumah aku ni lagi laa...tukul pun xde..ada paku 2 ketul tu pun sbb that day aku suh org pasangkan selak pintu dan dia tinggalkan paku kat umh aku..lesung batu buat tumbuk bawang ada la..itupun masa nak menumbuk pun aku lapik 2-3 keping kain buat alas...xnak ada bunyi bising...

Masa memula duk dulu..mintak org dril umah pun waktu tghari..takut menganggu jiran atau umah2 lain nk tido...fikir 10x nk buat aksi ketuk-mengetuk ni...so aku agak rasa bengang gak la bila ada manusia tuduh org atas iaitu umah aku/umah jiran yg buat semua tu....lain kali siasat dulu...

Aku pun selalu jugak dengar bunyi-bunyi org berjalan ke sana ke mari..buka2 almari..tp semua tu aku buat xtau jela..kadang2 tu aku tegur gak laa..''apa la org atas ni..xde keje ke nak buat.''.pastu nnt 'benda' tu OK laa..benda2 mistik ni selalu terjadi kalau duk mana-mana flat atau apartment pun...so xperlu nk marah-marah atau tuduh org sebarangan kan...

Aku dh mintak org berkenaan emelkan detail psl kejadian ni..aku xmahu dituduh buat keje ketuk2 ni..so tggu jela jwpan drp dia nnt..kalau nk bersemuka dgn aku lagi bagus...bincang face-to-face drp duk post marah-marah di fb ni..jadilah manusia matang skit...!!

Aku ni selalu xde kat umah..sokmo gi outstation...last week drp jumaat-ahad aku balik kg...awal2 thn hari tu..gi Tganu 8hari laa..balik kampung 10hari laaa...gi Johor..gi Pahang..kalau hari keje pun kul 7.30 pagi kuar umah dan kul 6.00 petang smpai umah..kadang2 masak dan kadang2 tidak...hujung minggu pun aku duk menjahit kat umah diam-diam atau gi umah adik aku ataupun gi  umah makcik aku...so, mmg jarang terserempak dgn jiran tetangga..jiran xkenal aku dan aku sendiri pun xkenal jiran...hihihi...
 
Buat pengetahuan semua..sebagai pempuan..xkuasa la aku nk mengetuk sendiri dinding umah..terketuk tangan sendiri baru padan muka...hahaha...

He is belong to March...

Bulan March..menarik jugak untuk diketahui kan..hihihi..milik siapakah lahir pada bulan ni??jom kita tgk sape yag kena...hihihi

Ciri-ciri kasih sayang yang ada pada beliau itu...
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan ta npa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

Ciri-ciri personaliti dan sikap si beliau itu..
- Berpesonaliti menarik dan menawan...sgt setuju ni..tergoda ai..hahaha
- Mudah didampingi. mmg peramah pun...
- Sangat pemalu dan pemendam rasa..mmg sgt malu-malu kucing..
- Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati...ermm...setuju
- Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
- Suka pada kedamaian.
- Sangat peka pada orang lain.
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
- Tidak cepat marah dan sangat amanah. betul ni..
- Tahu membalas dan mengenang budi.
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
- Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
- Suka berangan-angan.
- Suka melancong.
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi...sgt betul ni...
- Kelam kabut dalam memilih pasangan.
- Suka dengan hiasan rumahtangga.
- Punya bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
- Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan..berselera ketika makan tu mmg betul..hihihi

Popular Posts