PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, April 18, 2011

Monday Blues...

Assalamualaikum..monday blues..huhu..xtau nak buat apa hari ni..keje apa yang patut dibuat??ermmmm...masih blurr dengan mood bercuti..

Sebenarnya benda yang nk dibuat pagi ni ialah nk transfer gambar drp kamera tu PC..yg jadi masalah ialah kabel USB aku hilang...mmg dh byk kali aku recall otak aku ni..kt mana la aku letak kabel tu?rasanya dlm beg laptop incik dell aku tu dulu...bila ditanya incik MSA dia kata xde..aduhai..ini dh sah-sah taukeh kedai baiki laptop aku tu dah songlap... benci laaa.. sbb kalau nk beli lagi..mmg susah....lagipun itu kabel original sony...uwawawawawa...tidak suka!Nampaknya aku kena gi survey brepa rege kabel tu...kalau murah leh la beli tp rasanya original mmg mahal...tidak sanggup! beg kamera sony yg original tu pun aku masih fikir 100x nk beli walaupun sgt sukakan beg kamera tu...

Tapi kalau xnak beli..camner nk transfer gambar2??ini incik MSA punya pasal laaa......

Disebabkan monday blues gak la..seorang mamat despatch pagi ni aku marah (bagi pihak aainaa)..hihi..drp last week aainaa menunggu parcel tu..lastly hari ni baru sampai....mmg xleh pakai la kurier servis tu...rasanya ini kali ke-2 aainaa kena dgn kurier servis ni..alasan yg diberi ialah kt sini nk masuk kena byr parking..huh!alasan yg tak boleh diterima..dh mmg tugas dia kena antar parcel org so, kena byr parking atau tak dia kena gak buat..nnt claim la kt company dia..apa susah!RM1 pun berkira ke?xfikir parcel org tu urgent atau tak?tetiba emo bg pihak org lain..huhu...

Rasanya hari ni nk buat filing laaa....rajinkan diri supaya tak bosan sbb aainaa xde hari ni..hihi




Saturday, April 16, 2011

Bunga Daisy..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni pun datangnya drp return customer..mmg agak lama untuk siapkan baju ni..kesnya sbb nk siapkan baju Puan Mimi dulu..entri sebelum ni..hihi..

Sy mohon maaf pada Ms. X sbb lama sgt terpaksa menunggu lama..hihi..baju pertama telah delivered last week..masa untuk menjahit just 2hari shj sbb hanya di tangan shj..




Lebih byk gambar di SINI..



Friday, April 15, 2011

Kalong Greenway, Pulau Ketam

Assalamualaikum..dah seminggu cerita tentang percutian aku last week tertangguh..hari ni baru ada mood unutk menulis psl kisah berkenaan..

Plan nk ke Pulau Ketam dah lama dibuat..sejak thn lepas lagi..so disebabkan aku beria-ria sgt nk pegi..incik MSA telah memohon cuti pada 8-10 April..kekononnya cuti tersebut untuk gi tgk F1 kt SIC..haha..last-last minit xdapat tiket so terpaksa ler dia ikut kemahuan aku yang nk pergi ke Pulau Ketam..huhu..

Jumaat, 8 April..(hari jadi aku tu)..huhu..pepagi bangun dan kemas baju..pastu 10.30 pagi aku dah smpai kt Bkt Tinggi..ambik incik MSA kt kedai..pastu terus ke Gaint Port Klang untuk beli makanan spt megi, jajan, coklat dan udang untuk umpan memancing...disebabkan Pulau Ketam adalah perkampungan Cina, so kami decide nk mkn dulu, isi perut kenyang-kenyang before grk ke Pulau Ketam..fyi, kami akan ke Kalong Greenway yg berada di tengah-tengah laut untuk memancing..incik MSA yg memancing...aku nk relax-relax sambil hirup udara segar..


Disebabkan kami bernasib baik..pihak GW ada nk antar org kt jeti Port Klang, so kami xperlu naik feri ke Pulau Ketam..kami naik speed bot GW dgn tambang sebanyak RM10 seorang.. kalau naik feri ke Pulau Ketam tambang adalah RM7 seorg dan terpaksa lak naik bot lagi sekali ke Kalong GW..


Naik speed bot ambik masa lebih kurang 20minit untuk smpai..baju keselamatan disediakan..that day lak laut cantik dan cuaca pun ok..mmg rasa selamat naik speed bot..kalau cuaca xelok mmg pihak GW tidak menyediakan perkhidmatan speed bot..terpaksa la naik feri ke Pulau Ketam..RM130 kalau nk sewa speed bot ini drp jeti Port Klang ke Kalong GW..


Tiba di Kalong GW lebih kurang kul 12.30 tengahari..terus check in..sorang dikenakan bayaran RM60..nasib kami lagi sekali baik sebab ms tiba tu hanya 3org pemancing shj yg ada..itupun diaorg akan check-out kul 4petang..pastu 2org kwn incik MSA tiba pd petang tu..so hanya kami ber-4 shj di kalong tersebut dan ditemani oleh Apek yg manjadi 'jaga' di kalong ni..bilik mmg byk kosong..rasa mcm best la jugak sebab kami conquer..incik MSA duk bersama dgn kwnnya dan aku duk bilik sorang..bilik besar utk 4orang tp aku duk sorang..huhuhu...best jugak!


Ini ialah rupa Kalong GW..bilik sgt selesa dan udara pun nyaman..kalong pun sgt bersih!toilet kt luar bilik yer..dan dibekalkan air bersih bknnya air laut..air bersih sgt terhad so xleh la nk mandi or guna dgn sewenang-wenangnya..kena jimat cermat guna air..!


Tempat untuk pemancing


Kt hujung yg ada buaian tu ler tempat aku layan hirup udara..terasa hilang segala masalah..mmg best la..


Ini ler keje aku..ambik gambar anak-anak ikan..hihi..sementara menunggu incik MSA memancing..satu perkara org suka memancing ni ialah diorang bukan ingat nk tido..sehari semlm ler xtido..huhu..tp aku kul 10mlm dah dibuai arus laut yg entah kemana-mana..tinggal ler incik MSA dan kwn2nya duk layan tali pancing..kul 12.30mlm aku bangun sbb aku tau incik MSA lapar..haha..

Kt Kalong GW ni tidak menyediakan cafe..so kalau nk mkn mmg kena masak sendiri atau bwk mknan sendiri..kalau beli xterjamin halalnya sbb org GW akan beli mknan kt Pulau Ketam..alatan periuk, kuali, pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan cwn mmg ada disediakan tp selepas guna kena basuh sendiri..aku masak air dan mkn megi jela yer MSA ku sayang!..huhu...

Layan kaki pancing sesambil aku surfing internet..canggih ler jugak tengah2 laut line broadband maxis still ada walaupun sometimes mcm siput sedut..drp tengahari sampai mlm ini jer ikan yang incik MSA dapat...ikan gelama..besar kan?hahaha...


Jgn terpedaya..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini ialah saiz sebenarnya..


Aku gelak nk golek-golek rasanya..lastly anak ikan gelama jadi santapan sang kucing di situ..hihi...berlagak mcm pandai pancing ikan..haha..nk dpt sekor ikan kerapu pun susah..rupa-rupanya umpan udang incik MSA salah..sepatutnya dia kena pakai umpan ikan kembong..itu ler ms nk dtg hari tu tak tanya elok-elok kt org Kalong GW..huhu..kan dah tersalah..biasa mancing kolam lain umpannya..mancing laut lain lak umpanya..kwn2 MSA dah dapat byk ikan merah dan sekor ikan kerapu..

Kul 3pagi aku dh masuk tido..incik MSA dan kwn2 aku xtau la kul brepa diorg tido..kul 7pagi aku dah bangun..aku terjaga awl sebab kipas dah ditutup..elektrik hanya dibekalkan pada kul 6.30petang hingga 7.00 pagi shj..duk relax jap dan kul 8pagi aku dah siap mandi..kul 9pagi baru incik MSA bangun..itupun aku ugut dia yg laut tengah mati..cepat2 bangun mancing..kwn2 dia kul 7 dh bangun memancing..huh!tak cukup tido ler tu susah nk bangun...

Kami hanya stay 2hari 1mlm shj..kul 12tengahari dah bersiap-siap untuk check-up dan pihak GW telah hantar kami ke jeti Pulau Ketam..cuaca ujan dan berangin..ombak pun besar so lebih selamat naik feri..


30minit naik feri dah smpai kt jeti Port Klang..sempat gak la aku terlelap sekejap..rasa mcm xpuas jer bercuti kali ni..bestnya kalau dpt pergi 3hari 2mlm ker..2hari 1mlm mmg xcukup nk relax-relax..pakej utk 3hari 2mlm ialah RM110 seorg..insyaallah dlm perancangan, kami akan pegi lagi dgn rombongan kaki pancing yg lebih ramai..aku pun nk mancing gak nnt walaupun sgt geli nk letak umpan pum-pum tu..hihi..

pesanan untuk incik MSA: sila bwk pancing lebih  dan juga sila letak umpan utk sy memancing....hihi...



Wednesday, April 13, 2011

Ada Org Ngurat Cik Rose??

Assalamualaikum...selamat pagi kepada semua kawan-kawan..semlm xde mood nk post entri baru..mood untuk update pasal percutian aku tu..errmmmm....hilang di bawa arus laut cina selatan...

Satu masalah yang menimpa aku ni..last week ada sorg lelaki tersalah call aku..dia nak carik org bank..a few times aku ckp yg dia tersalah nombor..namun dia degil dan last-last nak berkenalan..amboiii...suka hati dia!this few days gak ler aku dihujani dgn panggilan telefon dan juga sms..biasanya sehari mmg sgt jarang org call atau sms aku ni..al-maklum ler bukan glamour sgt pun...

Aku ni awek org..jenis yg setia dan jujur..kalau sekadar berkwn might be tak kisah sgt..nnt aku takut pihak satu lagi tu akan terjatuh..aku jugak yg kena pancung dgn MSA tu..tak sanggup..tak sanggup..sayang aku tetap pada incik MSA walaupun dibadai arus tsunami...cewwaaahhh..pandai cakap!huhu...

Pesanan pihak penaja: Kepada incik MSA..sila pinang sy cepat-cepat skit..ada org nk ngurat saya ni...!

Monday, April 11, 2011

Tahap Kesabaran..

Assalamualaikum...honestly aku mmg tak suka membuka pekung di dada sendiri..padahal hari ni dada aku dh nk meletup..air mata bila2 masa boleh gugur..tp aku cuba bertahan...bertahan sampai bila?smpai tahap kesabaran aku dh xde lagi...

Dulu aku yg tinggalkan lelaki tu sbb tahap kesabaran aku dah tiada lagi..makin hari makin terserlah penipuannya..makin hari makin terlihat perangai buruknya...aku cuba untuk menerima kelemahan org lain walaupun kadang-kala org tidak boleh menerima kelemahan aku...

So dengan hubungan yg 1tahun 7bulan ni aku berharap ianya tiada lagi keadaan camtu terjadi..aku bosan dan bosan..asyik aku jer yg makan hati..sampai bila???aku bukannnya minta harta atau wang ringgit..cukup ler sekadar kasih sayang dan sedikit penghargaan..itupun susah sgt ke?

Nota: belum mkn dan minum sbb sakit hati punya psl..



Selamat Hari Tua..

Assalamualaikum...
Last week, 8 April aku menyambut hari tua..uwawawawawa..umur hanya pada angka..kalau dilihat tuannya confirm org kata 20thn..orang kata k..bukan aku yg kata..awet muda..huhuhuhu...

Tahun ni tiada kek or celebration..sbbnya aku awal-awal lagi dah mintak cuti..huhu..the day before pun dh dpt ucapan hari lahir..tepat jam 12tengah malam til 3pagi pun ada sms yang masuk di hp..manakala kt bukumuka..mmg sampai 30 msg yang ditinggalkan kat wall...alhamdulillah ramai yang sayangkan aku..hihihi...terasa dihargai buat seketika...


Ini ialah kek untuk diri sendiri..uwawawa...aku nk kek....sila dermakan utk aku!

Dah lepas 3hari pun nak post entri birthday gak ke?huhh..suka hati aku ler kan..aku mmg nk buat entri on that day tp bila dah bercuti dan di luar kawasan mmg susah la post entri..lagi ler bila line broadband si hijau tu sgt slow..mmg malas nk post apa-apa..

Mana aku pegi di hari lahirku itu?hahaha...nnt akan ku cer ..

Sabau dulu untuk aku resize picture yer..uwahaha..


Floral+Crumble

Assalamualaikum...
Sangat lama tak update pasal jahitan manik ni..bukannya tiada tempahan yang diterima tetapi saya yang tak menang tangan untuk menjahit..

Tempahan kali ni datang daripada Puan Mimi, my return customer..corak yang diminta adalah shimmering floral tapi saya telah gabungkan floral+crumble..main bantai je bak kata orang...hahaha..lastly hasilnya sgt memuaskan hati..

Tak payah nk bebel byk..so kita lihat gambarnya lak..




Banyak gambar lagi di SINI..jgn segan-segan untuk singgah cuci mata yer..


Salam..

Assalamualaikum...
Begitu lama rasanya tak update blog ni..kesibukkan yang melanda membataskan masa untuk menulis..nk update kt umh pun xsempat....Insyaallah hari ni akan cuba update apa-apa yang patut walaupun agak basi skit..haha..tgguuu tau..


Tuesday, April 5, 2011

Selipar Jepun, Bunga Jingga..

Assalamualaikum...
Last week cik ungu tanyakan aku soalan berikut:


Hihihi..nk tau kenapa aku guna tagline tu??

1-  itu ialah tajuk novel yang aku suka baca ms zaman sekolah menengah dulu..aku xsure buku tu ada lagi ke tak kt kampung ..best gak novel tu..zaman dulu xde novel online so rasanya xde kat google kalau nk tengok rupa novel tu..cuba search kt google..haha..rasanya aku je yg pakai tagline ni dan xde rupa bentuk novel tu!..

2- Itu jugalah nama samaran yang aku guna masa kt UiTM dulu..sila bc entri ni kalau nk tau..

3- sebab tagline tu sgt cute..hihi..best apa pakai selipar jepun..dulu selipar jepun rupa buruk camni kan..

ihsan pokcik google
sekarang ni selipar jepun dah colorful dan mcm2 rupa..dulu segan nk pakai kalau ke mana-mana..selipar jepun buat je jamban jer..hahaha..skrg ni ke hotel dan shopping complex pun pakai selipar jepun like this rite??

comel kan!
4- Bunga jingga dan bukannya bunga purple yer??walaupun aku guna color purple kt template blog ni...hahaha...aku suka jugak color jingga ni, purple lagi la suka..hihi..but setiap color tu ada maknanya kan..ini ialah erti warna jingga..

JINGGA 
Seseorang yang pancaran auranya berwarna jingga, maka ia mempunyai sifat kepedulian.Mempunyai sifat alami kemampuan intuitif, bijaksana dan mudah bergaul. Warna jingga mempunyai sifat sebagai juru damai, timbang rasa, praktis. Sifat negatif warna jingga adalah, malas, tidak mampu dan tidak peduli.


5- Jom kita lihat bunga dan langit jingga lak utk cuci mata...hihi

Rose jingga
Langit jingga..
 Cantik kan??aku sukaaaaa.....


Friday, April 1, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Assalamualaikum..nk hindari daripada mengantuk..so kita ketuk keyboard ni dulu..apa kena mengena dgn tajuk di atas??huhuhu..semlm aku asyik terfikir hingga xleh nk tido tau psl sorang manusia tu..rasanya kalau korang baca CERITA NI korang mesti tau psl masalah yg menimpa aku sebulan dua ni..

Beliau ni dh kuar drp umh aku semlm before jam 12.00 tengah malam..aku xpernah menghalau atau marahkan dia..kalau tegur benda2 yang tak betul tu ada ler..itupun thru sms sbb aku jarang jumpa dia kt umh disebabkan dia keje shift mlm..aku balik umh dia dah gi keje..aku gi keje, dia balik umh..mmg susah nk jumpa..kalau jumpa sekali-sekala tu xnak la bebel..mcm xsesuai lak..jaga perasaan org la konon!

The best part ialah dia sms aku jam 12.11am berbunyi begini :

"sy dh pindah, kunci sy letak ats meja kt ruang tamu, nnt duit deposit akak masukkan dlm akaun sy..no akaun bank MAYBANK=16xxxxxxxxxx..kalo bleh secepat mungkin la,sy nk byr umh ni plak, dh masuk nnt bg taw sy ye, sori 4 everything"

Honestly..aku xkisah kalau sms dia tu tanpa 'salam' or else..tp yg aku tak berkenan sgt ialah..ms memula masuk ada org sambut dia..jemput dia masuk dgn cara elok dan sopan..tp time nk pindah..selamba badak mak bapak dia kuar..at least dtg la ckp dgn aku ni..dulu bkn main beria sgt tepon dan merayu nk duk umh aku..at last kuar xde bersua muka dan berterima kasih..xbersyukur langsung dgn segala bagai barang yg dia guna kt umh aku tu..kalu aku ni berkira, mmg aku haramkan dia pakai peti ais dan alatan kt umh aku tu..ms dtg dulu cuci kaki je masuk umh tu...huh!

Dimana budi bahasa beliau??mak bapak cikgu xde ajar ke?belajar je tinggi melangit tp xreti nk berbahasa..aku ckup pantang betul kalau jumpa manusia camtu..Aku pernah nampak dpn mata aku sendiri someone halau bdk umh dia kuar dgn beg-beg dia campak keluar..bila bdk tu balik, terkejut beruk dia sbb beg dan barang2 dia kt luar umh..then 1 lagi pun sama gak..itu aku dgr cerita drp adik aku..benda yg sama terjadi..balik-balik je beg dh kt luar..kalau aku nk buat camtu..aku boleh jer tp aku tak sezalim tu...sungguh..aku tak sanggup aniaya org...

Segala benda yg terjadi aku bgtau tuan umah..drp apa yg dibincangkan tuan umh mmg xbenarkan aku bg duit deposit bdk berkenaan sbb last minit tetiba nk pindah..surpose kena 1month notice....tp aku xnk terguna every single cents duit beliau..cuma kalu permintaan beliau suh bank in..huh!..mmg xkan aku buat...nk duit deposit tu sila lah dtg jumpa aku ni..aku xde ms nk gi bank..!

Pernah terfikir..kalau jumpa tgh jln rasa mcm nk langgar jer beliau tu..!giler x???hahahaha....

nota: if u nice to me, i'll be nice to u..then if i nice to u, pls try to be nice to me too...


Popular Posts