Assalamualaikum....kadang-kala ada juga masa kesengalan aku terserlah..hihihi...lagi-lagi kalau ada orang melayan kesengalan aku tu...
Antara perbualan sms yang buat aku tersenyum sorang-sorang..
Aku : Nak masak apa untuk sy malam ni?
Dia : Malam ni xsempat nak masak utk awk kot sb sy masuk keje malam..sori byk2..
Aku : Laa..xpayah mkn la sy kalu gitu..
Dia : Ada sy tinggal megi dalam almari..awak panaskan air jer..
Aku : Alahai baiknya..tinggalkan megi jer...
Dia : Betul lah..awk kena fhm sy keje mlm..lain la mcm awk..nnt sy masak utk awk yer..sblum sy masuk keje sy masak dulu..tapi jangan nangis pulak...
Aku : Nape lak nk nangis??
Korang nak tau nape dia kata camtu...hahaha..menangis sbb confirm dapur jadi tunggang terbalik..semestinya mmg xpandai nak masak apa-apa pun..menangis aku makan makanan dia masak nanti...baik xpayah.....
Seterusnya...
Aku : Teh o ais satu...
Dia: Hari ni kedai dkt bwh abis ais batu..kalau malam esok ada kot..
Aku : Awk la buat..
Dia : Nak buat kat mana??semua kedai abis ais batu..kecuali umah awk jer ada..
Aku : Petronas dan 7-e ada jual..
Dia : Semua xde..van ais batu xjual hari ni..
Aku : Jadinya sy kena buat sendiri la kat umah yer..
Dia : Ya lah..nak buat camner..
Pandai la dia tu melayan kesengalan aku ni..padahal xpernah sekali pun buat air..kekononnya la tu semua ais xde sbb dia malas nk belikan aku air...hihihi...dia pun tau aku sengaja nk mengada-ngada tu...
Assalamualaikum...xjadi rupanya wordless wednesday aku..hihihi...kena membebael jugak hari ni yer...ada seseorang yang menunggu aku utk buat entri...hihihi...siapakah dia itu???sila rujuk shoutbox sy...
''pst pst! mane entry baru takde ke?''
You are so sweeeeeeeettt.....jgn ko nk kembang-kembang pulak..ckup aku tgk dgn badan ko yang dah mengembang tu...hihihi....
Terima kasih kawan..sbb sudi jadi penyokong setia..kadang-kadang ko mmg jadi ilham aku utk terus menaip di sini..aku sgt2 hargainya...nnt aku banje ko makan tau...hihihi...kalau korang nak kenal kawan aku tu..sila ke blog INI..
Hari ni terbaca di paper pasal Fatin Liyana yang jadi selebrity blogger...best..best...kalau aku nk smpai tahap tu entah bila laa..rupa pun xde...si Fatin tu..alahai..sgt la cantik...menjadi pujaan ramai..lagi-lagi la kalau dah masuk paper kan...muka dia di depan sisipan Mega...
Nak jadi blogger ni bukannya senang..idea kena ada untuk menulis..penulisan yang berat2 pun orang xnak baca...niat ikhlas kena ada dan bukannnya mengejar traffic atau duit...Insyaallah penulisan kita akan diikut oleh semua kwn-kwn blogger yang lain...
Tujuan aku berblog ini adalah bukannya apa..just satu diari kehidupan yang akan menjadi memori terindah..kadang-kadang apa yang dirasa di saat dan ketika itu..xdpt nak diluahkan dgn kata-kata..dgn menulis di sini..alhamdulillah..boleh me'release'kan segalanya...
Tidak meminta lebih-lebih..cuma semoga aku terus diberikan ilham untuk menulis...Amin!!
Jangan pandang kepada kecantikkan kerana boleh jadi ianya palsu...Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut..Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ianya cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram..Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum...
Assalamualaikum...1st entri untuk bukan April...bulan kegemaran aku...hihihi...semalam tiada entri sbb mood menulis larikk entah ke mana...
Hari ni masih lagi sakit kepala..ini semua gara-gara semlm tak pegi makan tengahari...aku mmg sangat bermasalah kalau tak makan..aku mesti makan sekurang-kurangnya 3x sehari..so kalau dah skip sekali makan..mmg akan bermasalah..sakit kepala dan sakit di leher tyroid...orang yang mempunyai metabolisme tinggi macam aku ni mmg perlu makan dengan secukupnya...kalau tak nnt ketar seluruh badan...
Sakit kepala tu sebab badan dah masuk angin..naik ke kepala....nak makan ubat???hihihi...terima kasih jela..xdoooonyer.....aku ni alergik segala jenis ubat tahan sakit...so ubat nak hilangkan sakit kepala adalah tido...jadinya semalam tido awal ke??itupun tidak berlaku....
Bila customer menanyakan bajunya semalam...aku dah mula...ermmmm...ok..aku cuba jahit secepat mungkin..walaupun dalam perjanjian..ianya bukan urgent..semlm aku paksakn diri untuk menjahit...alhamdulillah..boleh bertahan hingga ke pukul 12 tengah malam...lagipun aku bukannya jenis yang sanggup bersekang mata sampai kul 3.00 hingga 4.00 pagi semata-mata nak menjahit...xperlu nk seksa diri sendiri kan...lagipun hari ni nak keje lagi....keje hakiki lebih penting drp segala-galanya...
Cuma sangat berharap..customers faham aku juga masanya tukang jahit ni tak sihat kan...kalau boleh..aku pun mmg xsuka duk perap baju-baju orang kat umah..semuanya nak dijahit dan dicantikkan...menjahit manik bukannya mcm menyapu sampah...keje-keje seni yg menuntut kesabaran dan ketekunan yang tinggi ni..mmmmg sgt susah....
Hopefully..sakit kepala hingga sekejap lagi..thanks pada si dia yang hantar nasi untuk aku pagi ni...terharu!!..hihihihi....
Assalamualaikum...semalam balik keje dgn muka tersenyum kan...hihihi...dan tetiba jer tergerak hati nak buka peti surat kat umah...ehhh...ada kad apa pulak ni??happy birthday??..amboi awal betul kad tu dihantar....
Tetiba rasa bulan March byk buat aku gembira...hihihi...patut ler rasa diri ni semakin naik jer berat..byk baju kurung yang dah xmuat dengan pinggang ku yg ramping ni..alahai..memula sekali dapat cash out nuffnang..pastu dpt Kodomo Lions..yang hari2 buat aku tersenyum sendirian..then dpt lipstik hadiah drp kwn ..semlm dpt lucky draw dan petang semlm jugak dapat kad birthday...
Hihihi...korang jangan nak buat andaian bebukan yer...kad ini telah dihantar oleh Sen Q..dan bukannya drp bekas pakwe yang tak bertauliah atau sape-sape yang berkenaan...hihihi...sape ler yg ingat kat aku ni???tetiba mood cedih lak....
Susah dah nk dpt kad birthday skrg ni..zaman teknologi dimanfaatkan dgn ucapan thru lama sosial dan juga sms jer..lebih cepat dan jimat kan...so kalau sesekali dapat kad..gembiranya rasa diri..
So..sesiapa yang rajin tu..sila la antar kad birthday utk aku..8hari lagi before my day...hihihi..sempat lagi tu kalau nak pos...
Assalamualaikum...seharian rasanya dengan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan KKLW..Alhamdulillah majlis dah selamat berlangsung semlm... dari segi aturan majlis mmg sgt kelam-kabut..byk benda yg rasanya mcm tidak teratur..tapi xpela..dh berlalu pun semalam...
Majlis bermula kul 9.00 pagi dan berakhir pada kul 2.30 petang...lama betul mesyuarat ni..hihihi...mesyuaratnya sekejap jer tapi benda-benda lain tu yang byk diselitkan...namun penantian yang lama tu sangat bermakna..ada 60 cabutan bertuah...
Biasanya kalau ada lucky draw aku xpernah nk harapkan apa-apa pun..redha jer..namun..semalam..aku pulak yang bertuah..Seumur hidup..ini ialah kalu ke-2 dapat lucky draw..first time dulu masa Family Day ofis di Sungkai, Perak..dapat cerek elektrik..dah hadiah semalam ialah...
Dan ini ialah isi dalamnya...alhamdulillah...mmg aku sgt2 suka..sebab ianya ialah rose merah...suka..suka...walaupun hanya 2biji cwn tapi ianya dtg drp Idaman Suri, Langkawi...susah nk dapat jugak ni kalau tidak ke Langkawi kan...hihihi
Pastu dapat pulak doorgift..sebijik tupperware kecil yg comel...boleh la kan drp xde langsung..seronok jugak kadang-kadang kalau pegi majlis kalau dapat mcm2 benda free...hihihi
Ciri-ciri kasih sayang yang ada pada aku mengikut bulan kelahiran aku:
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta......yeke ke??
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai...rasanya tidak!
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati...malu ke aku ni??hihi...
- Sentiasa ingin diberi perhatian...ini mmg betul!
- Amat cemburu dalam perhubungan...betul
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.betul
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka...betul..emo lebih..hihi
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk...hihi..betul ni..
- Romantik dan terlalu romantik...sgt la betul..
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai...betul.. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan..sgt betul jugak..
Manakala ini lak ciri-ciri sikap yang dikaji oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah..
- Sangat aktif dan dinamik. ..betul tu..
- Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal...rasanya aku fikir byk kali dulu b4 buat...
- Sangat menarik dan pandai menjaga diri. ..betul
- Punya daya mental yang sangat kuat. betul
- Suka diberi perhatian. betul
- Sangat diplomatik (pandai memujuk ). betul
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. sgt betul..pandai aku bg nasihat kat org lain..haha
- Sangat berani dan tiada perasaan takut. uik..kadang2 takut jugak weiii...
- Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. betul ni..tp still xde org nak kawin dgn aku..hahaha
- Emosi cepat terusik. ..sometimes laaa...
- Cuba kawal perasaan. betul...
- Kecenderungan bersifat pendendam. ada jugak kadang-kala perasaaan tu..sgt teruk kan
- Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. ..betul ke aku camni??
- Kuat daya ingatan. sgt betul...
- Gerak hati yang sangat kuat. sgt betul..
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. betul..sgt pandai..masalah sendiri xreti nk settle
- Berpenyakit disekitar kepala dan dada. sakit kepala tu biasa laa...
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu..ini rasa mmg betul jer..hahaha
hari ni ada pulak yang search kat blog aku 'cara bagi orang cepat byr hutang'...hihihi...kelakar betul..
Kalau realitinya..mmg xde cara yg boleh dipraktiskan pun utk suruh org cepat2 byr hutang...kecuali...kita bakor umah dia....hahahaha..jgn buat kelakar yer cik Roz...
Pendapat aku.. mmg sgt susah nk mintak orang byr hutang..aku terpaksa mintak hutang tu bila aku sgt2 kesempitan duit..kalau masa ada duit mmg langsung dah xingat semua hutang org kat aku..tul tak?
Apa yang aku amalkan setiap bulan ialah..byr semua hutang2 dulu..iaitu semua hutang yang melibatkan bank dan pihak ketiga..contohnya mcm pembyran broadband, bil api, bil air dan sebagainya..duit selebihnya baru la kita spend skit utk diri sendiri..kalau rasa diri xmampu nk beli apa2 that month..so xpayah nk berangan laa..duk diam-diam dan tengok jer...
Ikut nafsu mmg rasa nk beli baju baru laa..tudung laa..nk makan pizza, kenny rogers dan macam2..tp ohh tidak mungkin...byk yg perlu dibayar walaupun hidup bujang...so buat xtau jela dan abiskan pembayaran hutang dulu..kalau dah abis..kalau nk beli segala macam mak bapak pun boleh..
Kita yg berhutang ni pun kena fikir gak..maybe org yg kita hutang tu mempunyai masalah kewangan..masa dia pinjamkan kita..fine..maybe masa tu duit dia berlimpah-limpah kan...dia senyap xmintak apa-apa bukannya bermakna dia redha kita xbyr..tp...dia hanya mampu berdoa agar org tu murah rezeki selalu...hihihihi...mcm terkena debuss sebijik kat aku je ni...
Mmg betul..aku hanya mampu berdoa dari jauh agar dia sentiasa dimurahkan rezeki shj..itula cara aku gunakan utk suruh org byr hutang aku....hihihi...best tak??
KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
Jgn jeles bila tgk gambar di atas...bukan aku yg beli tp hadiah drp sorg kwn yg dtg melawat aku..hihihi..Thanks to my dear fren, Arlina Rosli..birthday aku bulan depan..sila bagi hadiah lagi..hihihi
Bukan senang nk dpt ni..beli sendiri??..xdo laaa...huhu