PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, March 22, 2013

Salam Jumaat..

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kepada semua kawan-kawan yang sudi membaca di blog ni...al-maklum ler...rasa agak suram dengan enteri-entri yang terbaru kan...

Errmm....xpela...aku cuba untuk memcari idea di tengah-tengah kesibukan bekerja dan persiapan B2B..terlampau banyak yang perlu difikirkan sampai xtau nak buat yang mana satu...kerja-kerja yang tak penting akan dikemudiankan...semalam dan hari ni boleh 'bertenang' bila semua pegawai aku pergi outstation...hihihihi.....

Coming soon ialah Pertandingan RBC 2013...sekarang ni dalam proses persiapan sebelum pertandingan dan proses pelaksanaan projek-projek RBC yang telah dimenangi oleh 11 orang tahun lepas...tenaga kerja yang kurang tetapi beban kerja yang menimbun...so mmg super duper busy dan penat ler...

Persiapan B2B yang latest ialah...baju nikah ditaja oleh RedGlow Wordrobe tetapi beading ditaja oleh diri sndiri....huhuhu.....sangat rajin kan....rajin la sgt...dalam hati sangat la teringin nak DIY Veil...hahahaha....mmg sgt la xsempat...in between skrg ni pun aku dah tak ambik tempahan menjahit manik...namun ada jugak yang mendesak...so sekarang ni punya target dan fokus ialah siapkan baju pelanggan yang 30% dibeading...ermmm....harap-harap minggu ni akan siap dengan sempurna...

 Nota kaki : menunggu...dan menunggu untuk feedback daripada seseorang untuk next stage B2B....


Monday, March 18, 2013

Perasaan ini...

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH kerana aku diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan ni...

Dulu..selalu berangan...bestnya jadi B2B...nak buat camni...nk buat camtu....eiiiii....suka..suka....ermmm...bila dah mula segalanya...alahai...hambik kau sebijik....!!baru aku tau perasaan tu camner...stress....stress... dan stress....segala benda nampak mudah...tapi bebannya...hanya Tuhan saje yg tau...sekarang ni aku asyik sakit kepala jer...beban keje di ofis yang menuntut sepenuh komitmen...dah bila balik umh lak...kena fikir benda lain lagi...

Rupanya...camni la kalu jadi B2B yer...baru ku faham...bukan senang nak tetapkan tarikh...nk kena ambik kira semua perasaan dan kelapangan orang lain...sedara mara dan juga adik beradik...kalu ikut tarikh sendiri..kan ada lak yang terasa hati...pastu kena ikut lak tarikh orang tua...kalu menentang kan..dikira tak dapat restu lak....aduyai...mcm-mcm hal...

Ermmm...nasib baik la bakal suami ku itu sgt memahami...dia byk bertolak ansur...mana ke tidaknya...aku yg uruskan semuanya...dia pandai cakap boleh atau tak jela...hahaha....biasa la orang lelaki ni kan...mana suka nak fikir atau arrange benda-benda cerewet camni....hihihihi....lastly..aku jugak yg pening...

Perasaan berdebar tu...makin hari makin kuat...risau sekiranya..majlis tidak sempurna seperti yang diharapkan..harapnya..aku diberi ketenangan untuk menghadapi hari-hari mendatang...

Tuesday, March 12, 2013

Pengumuman....

Assalamualaikum....

Berdebar-debar bila menulis untuk entri ni...

Dengan ini aku mengumumkan bahawa...

*
*
*
 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng

jeng

jeng





Insyaallah..bila tiba masanya..semua kawan-kawan akan dijemput hadir...


 

Thursday, March 7, 2013

Selamat Hari Lahir..

Assalamualaikum...

Mencuri masa skit di pagi hari ni...setiap hari adalah hari yang sibuk...hanya luang masa utk sarapan dan mkn tengahari sahaja...pastu setiap hari balik kul 6 petang...itu paling awl la tu..keje tahun ni yang amat berbeza berbanding tahun lepas...ini belum start outstation lagi ni...

Semalam merupakan hari lahir incik kesayangan aku tu...ermm....tiada kek atau hadiah special...cukup hanya belanja beliau makan chicken chop jer...hihihi...itupun letih tanya...nak hadiah apa?dan makan apa??jwpannya..makan apa-apa jela..asalkan kenyang...org kampung..bukannya reti makan yang pelik2...!!hahahaha....

Apa-apa pun...
 Selamat hari lahir buat incik sayang...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu...semoga diberi kebahagian di dunia dan akhirat..semoga diberkati ALLAH selalu..



Friday, February 15, 2013

Incik Hippo...

Assalamualaikum

Ini ialah hippo perut buncit kesayangan aku...disebabkan perjalanan balik kampung kami yang jauh...dan demi keselamatan beliau..incik mucuk aku telah memakaikan beliau sit belt ni...padahal tuan yg bwk kete tu..bukannya reti nk pakai sit belt pun...lemas katanya...layankan jela....

so cute..

Monday, February 4, 2013

Hari 'bertenang'...

Assalamualaikum...

Berakhirnya bulan Januari...begitu cepat masa berlalu...tup..tup hari ni dah 4 Februari 2013 kan...bulan Januari sgt skit entri aku...byk benda yang berlaku namun bukannya semua benda boleh dikongsi dan ditunjukkan di sini...hihihi...

Life skrg sgt sibuk...keje-keje RBC byk yg urgent...byk yg segera...kekadang tu mmg xsempat langsung nk buka fb pun..inikan pulak nk berblog....aktiviti memanik pun sgt slow....bila dah byk keje di ofis...balik umah dah penat...so bila dah penat tu..mood memanik mmg xde...xde idea dan otak pun xleh nk berfikir dengan baik....

Hujung minggu lak dipenuhi dengan aktiviti lain...yang mana ianya lebih penting dlm kehidupan aku....hihihi...tahun ni aku decide nak stop sekejap aktiviti memanik sehingga semua benda settle...melihat keadaan semasa skrg ni...aktiviti memanik terpaksa dihentikan....mmg xleh nk tumpu dan fokus...bila fikirkan baju customer yg berbaki 7helai tu..aku mula stress...so stop ambik tempahan dan fokus dengan apa yang ada in hand....xmau stress...stress...penat laa...

Start bulan depan rasanya bertambah lagi aktiviti lawatan ke tapak projek...maybe kena ke Sabah...aduyai...mmg memenatkan....ini yg aku rasa mcm xcukup masa untuk diri sendiri dan juga untuk memanik baju orang....ermmm....sgt sedih gak bila tengok manik-manik tu disimpan kemas dalam kotak...huhuhu....tapi xpela kan...harap-harap ianya hanya sementara jela....

Weekend minggu ni...planning nak balik kampung...sambut CNY...hahaha....xdela...di kesempatan cuti yang agak lama ni ler..leh balik kampung...pasni dah xde cuti...keje-keje ofis pun bertambah-tambah...confirm dah xleh nk cuti lama-lama lagi...

Nota Kaki : hari ni leh 'bertenang' sebab pgw pegi meeting di Sabah....hihihi



Friday, January 18, 2013

Semalam, hari ni dan esok...

Assalamualaikum...

Awal-awal tahun hari ni..sgt berazam untuk menulis blog setiap hari...namun...alahai...xboleh laa...keje sgt byk...tapi disebabkan pagi ni pegawai aku xde kerana pegi mesyuarat...so..boleh la bertenang dan buat keje-keje lain skit...kalau dia ada...mmg tak putus-putus dengan keje...tepon pun asyik berdering jela...hihihi..tapi aku tetap cool dengan keje yg berlambak..cuma agak penat skit laa...

SKT aku yang masih lagi tertangguh...ingatkan nak buat kat umah semlm..tetiba lak wifi buat hal...xde internet lak...malas nk layan...biarla..kalau rajin..rehat tengahari ni aku buat laa...

Petang semlm pun dah balik lambat sebab siapkan keje dan betulkan GCR yang dah diluluskan oleh bos tapi cutinya hilang 3 hari..Alhamdulillah dengan pertolongan CC..akhirnya semuanya settle...cuti berbaki 7 hari untuk 2012...5 hari disimpan untuk GCR dan 2 hari di bawa ke tahun ini...akhirnya setelah 6 thn keje..GCR terkumpul telah mencecah 22 hari..Alhamdulillah..syukur pada ALLAH..bukan senang nk kumpul 150 hari GCR ini.....byk dugaannya...so sebelum apa-apa terjadi..baik drp skrg aku kumpul skit2 kan....hihihihi...

Esok petang hingga malam aku akan berada di  Bukit Jalil...aku akan bertugas bagi pempromosikan Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) 2013..bersempena Karnival Visit Malaysia Year 2014 yang berlangsung mulai hari  ni 18-20 Januari 2013...so nnt leh la singgah di booth KKLW yer...ada goodies tau...hihihi...


Nota Kaki : tak sabar nk balik kampung beli cincin leh???okey...xde kaitan dengan tajuk di atas...hahaha..



Tuesday, January 15, 2013

Selamat Tinggal SDSI

Assalamualaikum...

Sudah hampir seminggu lebih menjalankan kerja-kerja baru di Unit Rural Business Challenge (RBC)..banyak yang perlu dilakukan...nasib baik dah ada sedikit pengalaman sebelum ini yang boleh diadaptasikan...aku kembali kepada pegawai penyelia yang pernah berkerjasama dulu...nasib baik dah kenal..dan sgt senang untuk berurusan...

Selamat tinggal Unit Satu Daerah Satu Industri (SDSI)..dan tidak lagi di bawah selia Puan kesayangan aku tu..ermmm...xde lagi kena gi melawat usahawan bersama-sama...sgt gembira bekerja untuk SDSI ni..byk jugak pengalaman yang berharga ditimba...6 tahun 5 bulan bersama SDSI...

Kerja di unit baru yang sentiasa inginkan keSEGERAan...tiada lagi masa untuk update blog atau blogwalking blog kawan-kawan...tapi Insyaallah kalau ada kelapangan aku akan cuba update daripada rumah sahaja nnt..

Ikut jadual..Pertandingan RBC 2013 akan berlangsung pada bulan April nnt..so..bagi kawan-kawan yang ingin sertai..boleh tunggu iklan yang akan dipaparkan di akhbar-akhbar di seluruh malaysia nnt..tggggguuuu....





Sunday, January 13, 2013

Checklist HRMIS

Assalamualaikum...

Terasa sungguh lama tidak membuat sebarang entri...byk yang ingin diceritakan tapi kekangan masa menyebabkan aku tidak sempat nak meng-update sebarang entri di sini..

Balik umah..dah penat dan nak rehat je..xnak lagi duk menghadap lappy..dah seharian duk hadap PC di pejabat...xkan kat umah pun nk hadap lappy lagi kan...

Petang ni..luangkan masa skit untuk buat HRMIS..antara benda yang aku dah buat dan perlukan beberapa checklist:

1. Update cuti untuk bulan Disember last year..dah siap..
2. Buat GCR - sepatutnya GCR terkumpul ialah 20hari tapi report lak ada 17hari..kena inform CC
3. LNPT dah siap tp xleh dihantar lagi kerana xde pegawai penilai pertama
4. SKT yang masih belum diletakkan pencapaian kerana belum mendapat laporan drp pegawai dan kerana xde pegawai penilai pertama..langsung xleh nk masuk page SKT ni..

HRMIS mmg langsung xleh buat kat ofis..line mmg sgt slow tapi Alhamdulillah...boleh dibuat di rumah dan line sgt laju..



Thursday, January 3, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum....

Entri pertama di tahun 2013...Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucap 'Selamat Tahun Baru 2013' kepada semua rakan-rakan bloggers dan juga pembaca setia blog aku ni...

Gambar en. google
Diharapkan 2013 memberi kebahagian dan keamanan kepada kita semua..semoga segala impian dan cita-cita di tahun ini akan terlaksana...sama-sama kita berdoa yer..Insyaallah!

Nota Kaki : terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi membaca blog aku ni sepanjang tahun 2012.



Popular Posts