PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, December 31, 2012

Summary 2012

Assalamualaikum...

Hari terakhir bekerja di tahun 2012...ermmm...byk suka duka di tahun ni...namun..2012 ialah tahun yang dirasakan paling baik dalam hidup sy..

1. Dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)..Hadiah RM1k..aku beli rantai kaki...hihihi
2. Lulus exam Undang-undang KPSL N27...
3. 6 kali travel by plane tahun ni..dan 2x ke Langkawi..seronok jalan-jalan sambil keje!
4. Berat naik : drp 38kg and now maintain 44kg..1 more kg untuk berat ideal...huhu
5. Wishlist untuk beli hp Samsung dan mesin basuh tercapai...best..best!
6. Aku bahagia....
7. Rezeki yang tak pernah putus..terima kasih ALLAH di atas segala kurniaan MU ini..!!

Tahun 2013 ini...aku tidak mengharapkan apa-apa..hanya inginkan sebuah kebahagiaan di samping orang-orang tersayang shj...tapi wishlist nak beli TV Sony 42" 3D tetap dalam angan-angan...hahaha...

Nota Kaki : Buang perangai buruk yg ada di tahun 2012... selamat datang 2013!!



Friday, December 28, 2012

Apa Khabar Orang Kampung..

Assalamualaikum..

Jom..petang ni kita ramai-ramai saksikan rancangan Apa Khabar Orang Kampung yer..kul 6.00 petang di TV3..


Program usahasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Media Prima Berhad diteruskan lagi menerusi Program ’Apa Khabar Orang Kampung’.

Program berdurasi 30 minit ini bakal bersiaran selama 13 episod bermula 21 Disember 2012, Jumaat jam 6.00 petang di TV3. Dihoskan oleh penyampai berita yang tidak asing, Azwaliza Azman, ’Apa Khabar Orang Kampung’ membawa penonton menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan.

Berlainan daripada ’Kampung Kita’, kali ini ’Apa Khabar Orang Kampung’ akan memaparkan segenap inisiatif projek fizikal, produk usahawan luar bandar, program pengupayaan modal insan, transformasi ekonomi luar bandar yang lebih bersepadu dan paparan informasi mengenai komitmen dan kejayaan KKLW dalam menyediakan infrastruktur asas luar bandar dan kemudahan lain demi memperkasa masyarakat luar bandar. 

Apa Khabar Orang Kampung’ juga bertujuan menjadi wadah perjuangan masyarakat luar bandar dengan memaparkan masyarakat luar bandar yang progresif, dinamik dan berpengetahuan IT, bukan lagi sekadar tempat untuk pesara menikmati ketenangan dan kedamaian kampung.


Tuesday, December 18, 2012

Jadual Pembayaran Gaji 2013

Assalamualaikum...

Hari gaji bagi orang gomen...suka..suka..suka...hihihi...dapat bonus kan...byk pulak hutang yang harus dilunaskan ni...pastu kembali kurang wang...huhuhu...bulan ni kena renew insurance dan roadtax kete...so xmerasa la duit bonus tu...redha jela ye...gini la nasib kalau pkai kete...

Jom kita tengok jadual gaji untuk tahun depan pulok...opcoz la..utk bonus dan planning yang harus dibuat..betul tak??hihihi...

Nota Kaki : duit bonus nk beli emas seketul...hihihi


Monday, December 17, 2012

Delete Gambar Dalam Picasa

Assalamualaikum...

Akhirnya aku berjaya men-delete gambar yang tidak diingini dalam blog ni...hihihi...drp pagi tadi duk explore camner aku nak mendelete gambar blogger dan seterusnya delete dalam hp...

Bila dah penat..xjugak jumpa cara-caranya...lastly aku bertanyakan pakar...iaitu Aainaa...hahaha...Aainaa suruh delete gambar blog daripada Picasa...ok....berjaya mendelete gambar di Picasa....tapi nape masih ada lagi dalam hp ni????

Alahai...gambar-gambar zaman dulu boleh bikin gaduh tau...disebabkan semua gambar dalam blog telah sync dgn hp...so sekali lagi aku explore hp yang canggih-manggih ni untuk men-sync Picasa punya akaun...dan..berkat kesabaran yang tinggi....dengan bangganya aku telah menjayakan diri aku untuk delete gambar-gambar berkenaan...puas hati rasanya....

Nota kaki : Sila nyah kau dalam hidupku....!!hahaha...

Friday, December 14, 2012

Showcase SDSI, MITC, Melaka

Homestay kami untuk 3 mlm..the part..pagi2 petik rambutan...the best eva okeh!
Suasana para pembeli dan usahawan di pavilion KKLW - usahawan kluster produk/perkhidmatan kesihatan
Semasa lawatan YB. Menteri MITI ke pavilion KKLW
Persembahan tarian Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey
Bertugas demi negara...fuyyoooo...!!

Thursday, December 13, 2012

Pagi ini..

Pemandangan pagi ni daripada umah sy...terkejut bila tengok kabus setebal ini...terasa mcm berada di Genting Highland pulak...hihihi

 

Wednesday, December 12, 2012

RedGlow Wordrobe

Assalamualaikum..

Semalam aku bercuti...cuti rehat setelah 4 hari berkampung di MITC, Melaka sempena Showcase SDSI..lagipun semalam aku harus memenuhi undangan Majlis Hi-Tea kawan aku, Arlina Rosli di RedGlow, Shah Alam..so better cuti la kan..

RedGlow semalam telah melancarkan turban dan jubah terbaru...selain tu ada jugak pertandingan make-up (MUA) dan pemilihan model terbaru RedGlow Wordrobe...mmg meriah..TV9 dan TV3 juga ada buat liputan..



 Hari ni tepat jam 12 tghari tadi kuar di Berita TV9...ermmm...xsempat aku nak tengok..susah nk tengok tv time ofis hour kan...


Gambar drp FB RedGlow

Jom kita ramai-ramai like page RedGlow dan kalau rajin sila ke blog kawan aku ni..Arlina Rosli...best gak baca blog beliau walaupun jarang-jarang di-update...huhuhu

Nota Kaki : iklan tidak berbayar...hihihi..peace!!


Wednesday, December 5, 2012

Showcase SDSI 2012

Assalamualaikum..

Sibuk menyiapkan kerja-kerja untuk Seminar dan Pameran Antarabangsa OVOP 2012 di Bangkok, Thailand pada 14-17 Disember 2012 nnt..Insyaallah 4 orang usahawan akan dibawa ke sana..

Seterusnya esok aku akan ke MITC Melaka bagi Showcase SDSI, 7 - 9 Disember 2012...so semua di jemput memeriahkan showcase ni...nk jumpa aku leh berkunjung ke Pavilion KKLW yer...ada goodies tau...tapi make sure anda kenalkan diri anda...hihihi...




Tuesday, December 4, 2012

Hasil tuaian di MAHA

Assalamualaikum...

Aku suka makan buah kecuali...hihihi..durian...dah la skrh ni orang duk sibuk psl durian musang king laa...durian crepe laaa....aku xde heran langsung....hahaha...

Kereta aku pun dah berbau durian...hebat betul penangan durian skrg ni...lagi-lagi dkt MAHA 2012...musang king hanya RM9.00 sekilo dan ada offer RM9 utk makan durian sampai kenyang...mmg bukan dalam tentatif aku nak singgah membeli atau merasai kehebatan rasa musang king ni...hihihi..

Buah kegemaran aku...manggis...memula beli sekilo...sekali hadap jer...rasa mcm xckup jer..pastu beli lagi 3kg=RM10...buah baru dipetik..mmg sgt best...fresh dan manis...2 kali makan je 3kg tu...itupun rasa mcm nk lagi...hihihi

Pastu sempat beli Apolo honeydew ni...RM3 je sebijik..anggaran dalam 3kg lebih kot..mmg berat dan besar...buahnya sangat la manis...mmg berbaloi-baloi la beli...

Nota Kaki : Buah-buahan bagus utk kesihatan... 

Saturday, December 1, 2012

Penghuni baru..

Assalamualaikum..

Penghuni baru di umah aku..si pokok limau purut yg masih dlm poli bag..tggu ada masa nnt nk gi beli pasu dan transfer si beliau ke tmpat yg lebih luas skit..

Hari ni hari terakhir bertugas di MAHA 2012..xde apa pun yg smpat dibeli..beli si limau purut berharga RM9..beli jagung 15ketul =RM10 dan manggis 3kg=RM10..bila dh namanya bertugas mmg xde pegi mana pun..duk kaunter entertain org yg bertanyakan program usahawan KKLW jela..mmg xsempat nk jalan ke mana2 pun...

Tuesday, November 27, 2012

Harga Sarapan...

Assalamualaikum...

Minggu lepas...situasi membeli sarapan :
Nasi goreng seciput + ayam merah  (paha kecik) = RM3.50

Keesokkan harinya..aku beli menu yg sama :
Nasi goreng seciput sahaja + ayam merah (paha kecik) = RM3.70

Dan..

Pagi ni menu sama juga yang dipilih iaitu :
Nasi goreng seciput + ayam goreng (paha kecik) = RM4.00

Nota :
1. Cafe yang sama
2. Jurujual yang sama
3. Menu yang sama
4. Jumlah yang lebih kurang sama

tapi......harga yang berlainan

Kesimpulan..buntu..xtau camner leh harga yang tak standard...boleh bikin naik angin di pagi-pagi hari ni..!!


Wednesday, November 21, 2012

MAHA 2012

Assalamualaikum...

Status : Berbengkel Fail di KKLW selama 3 hari daripada 19 hingga 21 November 2012 (Isnin - Rabu)..hari ni last day dan ada presentation...


Saya akan bertugas di MAHA 2012, MAEPS pada hari-hari tertentu...nnt leh jumpa sy di Pavillion KKLW yer..

Saturday, November 17, 2012

Save the Date 22 Nov 2012

Assalamualaikum...

Aku peminat tegar Twilight...Cant wait to see this...


Sgt suka watak Bella dan Edward Cullen...romantik dan sesuai sgt...


Gambar : ihsan pakcik google..

Monday, November 12, 2012

Pertandingan Makeup dan Wajah RedGlow




Pertandingan Glow MUA dan Glow Muslimah Model
Di anjurkan oleh RedGlow

TEMA : Kejelitaan dari Timur Tengah (Arabic Beauty)

Terma dan Syarat:

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu:
1) MUA + Model (MUA perlu makeup talent masing2 dengan tema yang ditetapkan)
2) Model (perlu hadir dengan tema makeup yang ditetapkan dan akan memperagakan tudung dan pakaian Redglow Wardrobe)

MUA dan model saling perlu memerlukan dimana MUA dihakimi berdasarkan solekan ke atas model dan Model dihakimi berdasarkan bagaimana mereka memperagakan tudung dan pakaian yang di pakai.

Pakaian dan tudung disediakan oleh RedGlow Wardrobe.

Yuran mengikut kategori:
1) MUA + Model = RM 150
2) Model = RM100
Bayaran mesti dijelaskan 7 hari sebelum pertandingan

Tarikh tutup penyertaan:
4 /12/2012

Waktu:
2.00 petang

Tarikh:
11 Disember 2012

Tempat:
Intekma Resort Shah Alam

Hadiah:

Glow MUA

Tempat Pertama : Wang tunai RM 500 dan produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat kedua: Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat ketiga : Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 100

Glow Muslimah Model
Tempat Pertama : Wang tunai RM 500 dan produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat kedua: Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat ketiga : Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 100
*setiap pemenang akan menjadi wajah RedGlow Wardrobe bagi satu sesi


Sila hubungi nama dibawah untuk sebarang pertanyaan
1) Norhas - 0193811210
2) QisNo - 0126185929
3) Zura - 0179121172

Friday, November 2, 2012

Situasi Memanik....

Assalamualaikum...

Daripada pagi tadi duk fikir apa yang nak dituliskan di sini...2 hari ni agak stress skit memikirkan tentang aktiviti memanik...

Bila datang baju yang mempunyai due date...alahai..mmg berat hati nak ambik...sebab aku tau masa aku camner....sentiasa sibuk...kul 12 tengah malam dah nak tido...bukannya leh berjaga sampai kul 3-4 pagi untuk pulun menjahit...kerja memanik ni kerja sampingan di kala kebosanan duk depan TV je sebenarnya..


Due date yg singkat ditambah lagi dengan kehendak pelanggan yg mahukan yang terbaik untuk bajunya mmg sgt memeningkan...cabarannya menjahit manik sgt byk..ini situasi yang aku alami laa..orang lain aku xtau la camner...antaranya ialah :

1. nak memilih corak jahitan...nk kena tengok gak material kain tu..contohnya kalau kain shiffon dijahit crumble mmg boleh tapi xleh nk sarat sgt..pastu kena fikir nk tampal kain gam ataupun tidak...

2. lepas dh dpt corak yang sesuai..nk kena fikir lak bahan memanik yang nak digunakan...nk guna pearls, shj ke atau nk campur labuci, batu dan lain-lain atau tidak...

3. pemilihan warna...alahai..yang ni nampak senang..tapi realitinya...mmg mau muntah dibuatnya...warna mesti betul2 maching...certain pelanggan xsuka kalau dicampur dgn warna yg kontra...tapi aku cuba untuk combine warna yg biasa dilihat setiap hari bersesuaian dgn bahan memanik yang digunakan.

4. bila dah start menjahit tu..kita leh nampak kadang2 warna jadi janggal skit atau tenggelam..so kadang-kadang tu kena buka balik jahitan...2x kerja tau..buka dan jahit balik..tetiba je rasa mcm xcantik lak dimata kita...hah..itu pun masalah gak tu...kena buka lagi dan jahit lagi....sabar..sabar..dan sabar jela yer..

Bukan senang nk menjahit manik..kena lak benang bersimpul....mau rasanya nk gunting semua...hahaha..kadnag-kadang mau semalaman aku kena fikir corak dan bahan jahitan yang nak digunakan...tengah-tengah malam tadi aku terjaga dan otak ligat berfikir corak yang sesuai dijahit di leher baju pelanggan yang nak ambik bajunya isnin ni...arghhhh stress!

Nota Kaki : pasni dah xambik baju yg ada due date dah.....


Thursday, November 1, 2012

Emosi puloks...

Assalamualaikum...

Kita sebagai hamba ALLAH mmg tidak elok utk mendoakan ke arah keburukan sesorang..mmg itu tidak dinafikan...namun apa kisahnya kalau dia sndiri yg berkata ke arah keburukan..dan kita pun sokong jela apa yg dikatakan tu??itu pun doa jugak ke??

Contohnya macam seseorang tu berkata : ''Saya mmg sakit''

Padahal secara realitinya dia mmg sihat walafiat pun...kata itu doa kan...so aku amat berharap kata-kata dia itu menjadi nyata...ALLAH itu Maha Adil...byr cash je skrg ni..

Nota : Duit yang didapati secara penipuan mmg aku tidak halalkan walaupun 1sen...bukan bersikap kejam...segala kesalahan dan kesilapan dia...aku dah maafkan...namun hutang itu tetap tidak boleh berkompromi....maaf laa..hutang harus dituntut...

Wednesday, October 31, 2012

Mood Raya Haji...

Assalamualaikum...

Hari terakhir di bulan Oktober..hari ni mood hepi-hepi dalam hati..hihihi...sekejap je masa berlalu...hari ni hari pertama aku bekerja selepas hampir seminggu bercuti sempena haya haji....

Raya Haji tahun ni xdela meriah sgt..sbb family pun xde buat korban..then salah satu adik aku yg duk matriks di Jengka xleh balik raya disebabkan tengah exam akhir semester....ermmm...so mood mak aku pun agak swing-swing skit disebabkan salah sorang anaknya xde...mula la mak aku tu..xnak la buat sate , xnak buat nasi himpit, xnak buat roti jala sbb teringat kat anak....aduyai sabau jela...last-last di pagi raya kami semua makan nasi putih dengan gulai daging pada pukul 10.00 pagi...hahahaha....

The best part raya haji ni ialah...byk betul orang bagi daging korban....Alhamdulillah...syukur...bahagian aku sndiri pun dapat gak hampir-hampir 2kg...leh simpan untuk kegunaan time xde lauk nnt kan...hihihi....daging lembu tempatan kalau dibeli RM26 jugak sekilo...best dapat daging fresh dan digoreng kunyit je...terasa kemanisan daging tu yg paling sodappp......semoga sedara-mara yg bagi daging korban tu dilimpahi rahmat dan keberkatan daripada ALLAH...Amin!

 Nak tau nape mood hepi-hepi dalam hati aku???akhirnya impian nk bwk my Man-ja nak flight terlaksana...Insyaallah kalau umur panjang dan xde aral melintang tahun depan kami akan ke Langkawi naik flight...hari isnin 2 hari lepas...aku xtido malam semata-mata nk tggu promosi free sit AirAsia...hahaha...last-last dapat jugak 2 tiket utk kami...Alhamdulillah...niat dihati nak beli utk whole family tp duit xckup pulok dlm maybank...2days before raya aku dah bantai kuarkan duit untuk belanja raya...maklum ler kat kampung aku susah skit..xde maybank...hihihi.....ermmm...bukan heran sgt nk flight sbb tahun ni pun dah 2x pergi balik Langkawi naik flight...hihihi....

Gembira hati ni bila hasrat orang tersayang akan terlaksana....itula..sebaik mungkin akan aku cuba tunaikan segala impian beliau tu...hahaha....aku xde impian apa-apa sgt pun...hanya inginkan kebahagian di dunia dan akhirat disamping orang-orang tersayang sahaja..

Nota Kaki: Nape masa beli tiket flight tu aku xbeli ke Bandung/KK ekkk??confius betul.....


Tuesday, October 23, 2012

Food Revolution

Assalamualaikum

Sabtu lepas sgt rajin mengemas umah...aku bangun pagi-pagi...then sapu seluruh umah termasuk ruang tamu dan 3 bilik...pastu mop lantai dan sapu lagi sekali.....it was the best exercise utk kuarkan peluh...xperlu pegi jogging pun....hampir kul 12 tengahari gak la siap semuanya..then i'm not yet breakfast tau cuma minum air je utk cover peluh yg keluar.....patut ler aku xsempat nak gemuk...hahaha...

Sementara duk tunggu peluh kering tu..aku sempat gak tengok tv...citer ni di TV8

Gambar Ihsan Google
Dalam pada tu..sempat lagi aku menangis tengok citer tu...Alahai...ingatkan hati kering hahaha...tapi rupanya aku mmg jenis sensitip...tengok mat salleh citer skit pasal family meninggal disebabkan obesiti je pun...huhuhu...ini la sebabkan aku xsuka tengok 'Bersamamu' tu...

Gambar Ihsan Google

Episod ni aku tengok mcm mana si Jamie Oliver ni betting dgn DJ Radio Rob utk dapatkan 1000 orang utk belajar memasak...Rob ni punya la ego xnak mengaku kebaikan makanan yg dimasak dirumah..dan nk patahkan ego tu Jamie bwk Rob pegi rumah mayat...tengok keranda sebesar katil dan kena angkat dgn kren sebab org yang mati tu sgt gemuk...mati pun disebabkan obesiti...last-last  ego tu xbwk ke mana pun...the best part lak org ke-1000 tu ialah Rob sendiri yang memasak...hahaha.....

Sekali sekala layan citer camni best jugak kan...ada byk moral yang boleh diambil sebagai panduan dan iktibar..


Nota Kaki: Beku pulak kat ofis hari ni....!!

Friday, October 19, 2012

Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Riwayat:  Muslim
Kategori:  Akhlak
Hadith:
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.
Huraian Hadith:
  1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira;
  2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri; dan
  3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.

والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW


*Sumber rujukan: JAKIM

Wednesday, October 17, 2012

TQ Nuffnang...

Assalamualaikum...

Terima kasih Nuffnang di atas BE ini...


Alhamdulillah...ada 6 BE untuk bulan ni...namun..kadang-kadang aku agak terkilan dan kecewa sebab BE ni xdapat menjana pendapatan seperti bloggers yg lain...sedih gak...xtau nak buat camner agar BE ni melambung dengan byknya..uwawawawa....

Ada tak sesiapa yang sudi utk guide??please help me... 

:-(

Nota Kaki : menulis bkn mengharapkan duit tp kalau Nuffnang nak bagi apa salahnya kan...


WW : KUD 2013

Assalamualaikum


Again..Insyaallah maybe on 22 - 26 Mei 2013


Monday, October 15, 2012

Mad Monday...

Assalamualaikum...

Monday Blues...mmg hari ni xde mood nak update blog...kepala mcm berat jer...pastu mata pun xleh nk bukak....pagi tadi mengantuk...lepas dah makan tengahari ni...lagi lerrrr mengantuk tahap cipan dah ni...aduyai...!!

Weekend..Sabtu malam lepas ke Town Town Jalan Reko sbb aku gediks nak mkn steamboat...mmg best...jalan-jalan cuci mata shj sebab mmg xde niat nk beli apa-apa pun..

Ahad lak....memenuhi jemputan seorang kawan aku di Shah Alam untuk food tasting nasi tomato beliau...arghhh...mmg xleh disangkal..nasi tomato beliau mmg sangat sedap...aku makan siap bertambah lagi...huhuhu....patut ler ramai gak orang tempah untuk jamuan...teruskan usaha buat catering kecil-kecilan ni...mana tau one day leh buka catering utk majlis besar-besaran lak kan....

Petang semalam sempat lagi aku pergi ke Flat Hijau, Presint 9 semata-mata nak beli burger special kat blok D tu...mmg burger situ sedap sgt...xsempat sampai umah..aku dah telan makan sampai abis...hahaha...burger kat situ best sebab ada letak sos lada hitam dan sos yg melimpah...itu yg best tu....

Agenda malam ni lak nak pegi ke Down Town Jalan Reko lagi ler nampaknya...sebabnya..hari ni aku pakai jam tangan yang tak bergerak...bateri abis...kalau dulu..tengahari boleh pegi The Mines...bila dah setahun pindah sini..mmg payah laaa...lagipun jam tangan aku ni baterinya xde di Alamanda....kali ni cuba bateri pasar malam lak...harap-harap okey laa...lagipun abg yg jual jam tu kata..bateri jam semuanya sama jer..tp bila di shopping complex..diorg letak harga tinggi. sebab sewa kedai mahal..ermmm....kita berjimat pegi tukar tempat RM7 jela...hihihi....

Nota Kaki : Alhamdulillah..jam tangan AD aku dh berusia 8 thn...tp baru 3x tukar bateri!


Friday, October 12, 2012

Jauhi Daripada Perbuatan Yang Mendatangkan Bala


Assalamualaikum
Riwayat:  Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Kategori:  Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya. 
Huraian Hadith:
  1. Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.
  2. Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.
  3. Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekelilingnya.

والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

*Sumber rujukan: JAKIM

Wednesday, October 10, 2012

WW: Anak buah ke-3

Assalamulaikum...


Rindu pada budak tecik omey-omey ni...hari ni birthday Iffah Insyirah..genap setahun..!!Moga membesar dgn baik dan menjadi anak yg solehah!


Tuesday, October 9, 2012

Aku tengah marah ni.....

 Assalamualaikum....

FYI, Aku gembira dengan kehidupan aku skrg...xperlu diusik atau dicuit lagi okeh...

Tapi emosi tetiba terganggu oleh sekor manusia ni...Ok...aku sgt geram ni....nak fren di fb..no way laa...kalau bini ko tu nak tau kehidupan aku??lets me tell u...

aku bahagia..
gaji aku lebih byk drp ko...
aku ada kerja tetap...gomen lagi tau
aku ada harta sendiri...ada gak kete drp ko xde apa-apa tu
dapat bonus raya..bulan Dis dan Jan nnt ada lagi bonus.
dpt pekerja cemerlang...hadiah cash money lagi..
dpt beli anything yg aku nak...beli kain RM300 pun tunjuk & byr je..ada aku kesah!

Opsss...tolong laa..keluarga bahagia di hari raya????wat the*%&$...baju melayu putih raya tu pun aku yg bagi laaa...sedar diri skit...mak ko sakit...mak ko meninggal..aku yg tolong bwk ko balik ke Sungai Siput tu...aku yg byr minyak..aku yang bayar tol....sedar diri skit....!!u are useless....

Nota Kaki : bukan nk menunjuk tp sakit hati punya pasal....bongok punya jantan!

Jeng..jeng..jeng..keputusan KPSL!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..akhirnya aku lulus KPSL...setelah 3x repeat paper undang-undang umum....hahaha....

Biasanya..dtg pagi-pagi dah dah check di website JPA...tapi pagi semalam lupa lak...ermmm...pastu dlm kul 10 pagi .tetiba tergerak hati nak check...ehhh...apsal lama sgt nk loading page JPA ni???alahai...hati dh dup-dap dup-dap dengan kencangnya.....tetiba kuar lak keputusan 2012....alamak...result dah kuar laa....nk click '2012'...lama pulak nk loading page ni.....bikin suspen laaa....Alhamdulillah...
 
Rupa-rupanya hari Jumaat lepas dah kuar keputusannya....so..dh boleh isi borang SPA 8i ler....hihihi...

Susah betul nak lulus KPSL ni yer...jom kita tgk sejarah aku ambik exam KPSL ni...hahaha....sebelum ni aku ada buat entri psl result KPSL aku ni...


Tahun 2009...first time ambik KPSL..xpernah tau pun camner nk jwb..xpernah tgk soalan..main bantai je gi exam..namun..yang penting aku fikir masa tu ialah..carik pengalaman..Alhamdulillah..hasil gorengan...lulus gak 1 paper...hihihi....
Tahun 2010...sekali lagi ambik ambik exam untuk 2 paper yang kantoi tu...hahaha...Alhamdulillah...lulus lagi 1 paper...tapi paper undang-undang masih gagal...xpe...tahun depan leh cuba lagi...

Dan..tahun 2010 lagi sekali...tanpa putus asa...aku gi repeat lagi ambik paper undang-undang tu..namun exam kali ni..aku langsung xconfident...aku pun xtau kenapa...aku resah ketika jwb exam..hanya 3 soalan shj yang sempat dijawab...lastly..resultnya ialah 'KANDAS'...hahaha

Cubaan pada tahun ni...ermmm...Alhamdulillah...exam pada julai lepas..aku dpt jwb dengan baik...ada rasa sedikit confident dan tenang ketika menjawab...

Next step ialah..mengisi borang..harap2 ada rezeki...mana tau kan...semuanya boleh asalkan kita rajin berusaha tanpa putus asa....

Nota kaki : xsuka berada di takuk yang sama...



Popular Posts