PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, December 28, 2012

Apa Khabar Orang Kampung..

Assalamualaikum..

Jom..petang ni kita ramai-ramai saksikan rancangan Apa Khabar Orang Kampung yer..kul 6.00 petang di TV3..


Program usahasama antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Media Prima Berhad diteruskan lagi menerusi Program ’Apa Khabar Orang Kampung’.

Program berdurasi 30 minit ini bakal bersiaran selama 13 episod bermula 21 Disember 2012, Jumaat jam 6.00 petang di TV3. Dihoskan oleh penyampai berita yang tidak asing, Azwaliza Azman, ’Apa Khabar Orang Kampung’ membawa penonton menyingkap keistimewaan sesebuah kampung yang mempunyai pelbagai inisiatif dari segi ekonomi dan sosial dalam usaha melahirkan komuniti luar bandar yang berwawasan.

Berlainan daripada ’Kampung Kita’, kali ini ’Apa Khabar Orang Kampung’ akan memaparkan segenap inisiatif projek fizikal, produk usahawan luar bandar, program pengupayaan modal insan, transformasi ekonomi luar bandar yang lebih bersepadu dan paparan informasi mengenai komitmen dan kejayaan KKLW dalam menyediakan infrastruktur asas luar bandar dan kemudahan lain demi memperkasa masyarakat luar bandar. 

Apa Khabar Orang Kampung’ juga bertujuan menjadi wadah perjuangan masyarakat luar bandar dengan memaparkan masyarakat luar bandar yang progresif, dinamik dan berpengetahuan IT, bukan lagi sekadar tempat untuk pesara menikmati ketenangan dan kedamaian kampung.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts