PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Manik

Based on entry sebelum ni My Passionate.. 

Awal bulan Oktober aku telah menerima tempahan jahit manik sebanyak 4 helai baju..boleh dianggap banyak gak tu sebab 1 tuan jer..tp yg bestnya tuan punya baju-baju tersebut..Pn. Mimi ckp 'take ur time'..maksudnya kalu free boleh le aku menjahit..dan xperlu tergesa-gesa nk kejar dateline kan..hanya 1baju shj yg perlu dijahit dan diserahkan sebelum hari raya haji..

Alhamdulillah..2 helai baju telah siap dengan jayanya

Kebaya ni jahitannya sgt simple..itu corak yg telah ditentukan oleh tuan punya baju so aku just ikut shj kehendaknya..agak lama skit nk siapkannya..lebih kurang 11hari..al-maklum ler aku kan keje so ms utk menjahit hanya waktu mlm dan hujung minggu shj..lagipun corak menggunakan 100% beads mmg agak leceh dan lambat..betul2 menguji kesabaran..


Corak bulat-bulat ni mmg menjadi kesukaan aku..baju ini di'request' utk hari raya haji..alhamdulillah dpt disiapkan hanya dlm masa 4hari shj..

Nak tau lebih lanjut corak-corak beads yg telah aku jahit..boleh ke sini..

Alhamdulillah..akhirnya siap juga baju ke-3 Pn. Mimi
Agak lama juga kali ni nk siapkan baju ni..lebih kurang seminggu lebih..Mood untuk menjahit berkureng skit..hihi

Corak kali ni hanyalah manik tabur..simple dan cantik!
Secara jujurnya..sy sgt suka corak manik tabur tp nk buatnya mmg sgt leceh dan susah berbanding nk jahit manik/labuci yang bercorak sebabnya manik tabur kena ambik sebiji-biji..
Sakit mata nak melihat dan tangan nk mencapai manik yg kecik tu..huhu




Baju ke-4 yang baru siap dijahit manik..
Ini pun tempahan daripada Puan Mimi..
Baju batik bunga oren dan purple..
Masa yang diambik utk sudahkan baju ni adalah 6hari..
Hope Puan Mimi berpuas hati dan boleh tempah lagi lain kali..:-)

Jom kita tengok gambar yer..

Bunga oren+purple
Rupa keseluruhan baju
Nak tau lebih lanjut..sila ke SINI yer

Salam kepada semua..
Tempahan kali ini datang drp Ms.X..mintak maaf beliau yg hendakkan namanya dirahsiakan..hihi..
Baju kelawar yang hendak digunakan untuk gi dinner..so kena la shining-shining skit yer..
Masa yang di ambik adalah 4hari..
Kepada Ms. X, mohon maaf sbb sy tak sempat nk jahit manik kt bunga

Nak lihat lebih gambar sila ke BLOG INI..

batu besar kehendak pelanggan
di lengan saya suka camtu..simple!

Popular Posts