Assalamualaikum
Riwayat: Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Kategori: Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya apabila manusia melihat manusia lain
melakukan kezaliman lalu tidak melarangnya, (maka dikhuatiri Allah akan
menimpakan azab-Nya secara umum tanpa ada yang terselamat sama ada yang
melakukan kezaliman atau yang melihatnya tanpa mencegahnya.
Huraian
Hadith:
- Sesungguhnya bala Allah S.W.T akan menimpa hamba-hambanya yang bersekongkol dalam melakukan maksiat dan kemungkaran.
- Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berwaspada daripada melibatkan diri dengan perbuatan-perbuatan yang salah sama ada di sisi agama mahupun undang-undang kerana semuanya ini akan memberikan imej yang tidak baik terhadap Islam di samping menunjukkan contoh yang buruk kepada yang bukan Islam.
- Adalah menjadi kewajipan untuk kita menegur sebarang perkara yang buruk sebelum ianya berlarutan menjadi satu budaya dalam masyarakat seperti maksiat, penindasan dan sebagainya kerana dibimbangi jika dibiarkan suatu masa kelak bala Allah akan menimpa yang akan mengenai seluruh makhluk di sekelilingnya.
والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW
*Sumber rujukan: JAKIM
ya Ustazah...moga kite sama2 ingatkan diri kita ya!
ReplyDeleteaku copy paste jela..bukannya ostazah pun..haha
Delete