PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, October 19, 2012

Kedamaian Asas Kebahagian Rumahtangga

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Riwayat:  Muslim
Kategori:  Akhlak
Hadith:
Daripada Abu hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak boleh seseorang mukmin lelaki membenci terhadap seseorang mukminah perempuan. Jika dia tidak suka suatu kelakuannya (boleh jadi) dia suka perbuatan yang lain atau perbuatan yang lain daripada yang dibencinya itu”.
Huraian Hadith:
  1. Para suami dinasihatkan supaya tidak bertindak dengan terburu-buru didalam urusan rumahtangga mereka. Jika berlaku perselisihan maka suami hendaklah bersabar dan bertindak dengan waras. Janganlah terus menceraikan isterinya kerana terlalu marah kerana disebaliknya banyak kebaikan yang diperolehi daripada isterinya yang perlu diambil kira;
  2. Kedamaian dan ketenangan rumahtangga adalah asas kebahagian dalam kehidupan suami isteri; dan
  3. Orang yang beriman hendaklah berhakimkan akalnya dalam menyelesaikan sebarang perselisihan dengan isterinya, bukan berhakimkan perasaan dan sikap semulajadinya.

والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW


*Sumber rujukan: JAKIM

1 comment:

  1. moga umah tangga yg bakal cik puan kite ni aman damai, Amin.......
    doakan, umah tangga aku turut aman damai yea...

    ReplyDelete

Popular Posts