PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, May 30, 2011

Missing u...

Assalamualaikum..maaf di pinta kepada semua kawan2 yang sudi menjenguk blog ni..banyak benda nak di update tetapi saya tidak sempat..xde masa untuk upload gambar dan bercerita..insyaallah kesemua cerita akan saya update kemudian k walaupun cerita lapuk..hihi...

i miss u all...



Monday, May 23, 2011

Carrot Walnut Kapkek..

Assalamualaikum..
Pada Jumaat lepas, 13 Mei 2011..hihi..Aainaa telah memberi aku carrot walnut kapkek...ini adalah percubaan pertama beliau membuat carrot walnut..sebabnya sebelum ni beliau mempunyai bad expression dgn carrot walnut cake yg pernah sekali ditempah utk majlis beliau..hihihi..


Sebelum.. 

dan..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
 Selepas


 Licin..hihihi...sedap weiii!nasib baik bekas ni xleh mkn..

Dan pada hari isnin, 16 Mei 2011..dapat lagi sekali kapkek daripada Aainaa.. thanks alot my fren sbb ingat kat koi..hihi..terharu sekejap!

Kapkek kali ni pun carrot walnut tp dihiasi comel dgn corak carrot..hihi.. 


Yang kecik tu ialah apam polkadot..comel kan!!

Komen: sy suka kek carrot walnut dengan cream cheese..satu gabungan yang sangat mantap dan sangat sedap..kalau saper2 berminat nk tempah dan beli....sedap tau kek Aainaa ni..boleh ke blog SINI..


Thursday, May 19, 2011

Family Gathering - The Food Village Chim Chum

Assalamualaikum..
Pada 29 April - 2 Mei 2011 yang lepas aku dan adik balik kampung..tujuan utama balik kampung adalah untuk menetapkan tarikh kawin adik aku tu..2nd thing adalah untuk majlis solat hajat sbb adik aku baru beli kete..

Selain drp itu..kami dah rancang lama nak buat family gathering kt The Village Food Chim Chum kat Kota Bharu..abah aku tu sgt bermasalah kalu nk mkn kat luar/kedai..mmg dia sgt tak suka..so lepas puas di ajak dan mak aku mcm nk majuk..baru ler abah ikut sekali..

Kami semuanya 10 org dewasa dan seorang si kecik, anak buah aku..yg paling liat dan telah menghilangkan diri dia ialah adik aku yang bongsu..siang hari aku dh berbuih mulut pesan jgn kemana-mana..bila tiba masa nk gerak dia dah xde..gi umah atuk aku..alasannya nak temankan atuk aku sebab nenek aku ke Perlis..ermmmm...bila dah besar panjang mmg susah nk diajak ke mana-mana..

Kami semua tiba di Chim Chum dah pukul 9.00 mlm..waktu operasi adalah drp kul 5.00 petang hingga 1.00 pagi..masa tiba tu mmg meja penuh..tp alhamdulillah tak smpai 2minit kami dah dapat meja..


Daripada kiri ialah mak aku, anak buah, Imran @ Spiderboy, Abg Ipar dan Abah..
Muka tengah menunggu periuk steam kami sampai..hihi..masing2 dah lapar ni..


Periuk utk steamboat dan juga utk bakar..pembakaran adalah menggunakan arang dan bukannya dapur gas seperti kedai2 steamboat yang lain..


Satu cerek sup untuk kuah steamboat..


Disebabkan kami smpai dah lewat so mmg kebanyakan makanan dah abis mcm kerang, mee goreng dan daging..tp stil ada lagi pilihan makanan yang boleh dimakan such as ayam, sotong, sayuran dan buah-buahan

Nak tgk aksi aku??hihihi..jom layan semua gambar-gambar ni..aku yang terlebih-lebih gituuuu sampaikan handbag pun xsempat nak letak..







Spiderboy makan buah tembikai..


Muka kekenyangan..hihi..


Aku yang paling over..hihi..

Harga : RM14.90 seorang dewasa
RM10 untuk kanak
1jag air=RM12

Hampir RM200 juga kami abis pada mlm tu..walaupun aku kurang berpuas hati sebab kebanyakan makanan dah abis..maybe disebabkan weekend so org mmg ramai dan makanan pun cepat abis..Masa kami nak balik tu lebih kurang kul 11.00 mlm..kedai tu dah angkat signage "Makanan Abis"..mmg sgt mantap la perniagaan diorang ni..!

Penambahbaikkan yang perlu dilakukan banyakkan pilihan makanan dan bagi free flow utk air biasa-biasa jer mcm air sirap or air oren ke..sebab sebelum ni aku pernah mkn steamboat dan grill kat Bkt Antarabangsa mmg mabeles laa..mkanan sgt byk smpai tak larat nk makan..

Walau apa pun..aku mmg suka mkn steamboat..hihi..


Wednesday, May 18, 2011

Kejadian pagi ni...

Assalamualaikum..tetiba rasa mcm blurr nk buat tajuk apa..namun kejadian pagi ni adalah asam garam kalau drive kete..sejujurnya..ini adalah first time aku hampir accident..di pagi hari nk ke tempat keje..maybe sebab pagi ni aku lalai tak baca doa naik kete kot..mmg aku betul-betul lupa nak baca sbb asyik duk dengar tentang panggilan hangit kat Hot.fm..

Seperti biasa..memula aku panaskan enjin..pastu relax jap sbb pagi ni ada member ofis nk tumpang..then aku pun drive kuar drp parking, ada simpang pertama di hadapan rumah sampah, simpang yang dah byk buat org accident termasuk lah aku yang hampir-hampir pagi ni..fyi, hari isnin lepas aku parking bukan ditempat biasa sebab banjir kt tempat parking yg biasa aku park tu..so, lepas dah tgk kiri kanan, ada sebuah myvi lalu..aku pun dah decide selepas myvi tu aku akan kuar drp simpang, masa nk membelok kuar simpang....aku tertoleh ke kiri dan nampak sebuah unser dgn laju...aku terus tekan brek...alhamdulillah..nasib baik tak berlanggar..

Tapi, pemandu wanita unser tu sempat memaki hamun aku..tp xper..aku tak dengar pun apa yang dia cakap..lagipun aku dah angkat tangan dan mintak maaf...yang menjadi masalah kat simpang jalan tu ialah orang parking kete kiri dan kanan simpang..so bila sesiapa nak kuar simpang mmg tak nampak kete yang lalu..Ketar lutut aku bila nak drive ke tempat keje..nasib ada kwn yg tumpang, lepas dah cakap-cakap luahan perasaan, aku kembali normal...

Tempat parking tu mmg buat aku malang betul..Kejadian pertama dulu kete aku kena calar kat parking tu..kejadian kedua lak hampir accident..Moral of the story..selepas ni aku tak akan parking kat tempat tu lagi....serik dan fobia!


Tuesday, May 17, 2011

Lawatan Tapak Peserta F&N di Muar dan Tangkak, Johor

Assalamualaikum..
Lama betul tak buat entri tentang perkembangan terbaru..hihihi..before this aku ada mentioned pasal jalan-jalan carik pasal aku di Johor dan Pahang..so kita citer psl di Johor dulu yer..

Lawatan kali ni adalah berkenaan pemilihan tapak lokasi gerai bagi peserta F&N..2 peserta lelaki adalah daripada Muar dan 2 peserta wanita daripada Tangkak, Johor..

Program Makan Minum F&N dan KKLW
Tarikh : 27 April 2011 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang

Memula sekali pegi ke Majlis Perbandaran Muar..


MPM di bangunan Dewan Jubli Intan, Muar


Sesi perbincangan diadakan dulu sebelum turun ke tapak yang telah dikenalpasti


Tapak premis 1 - sewa
Ulasan : kurang pelanggan pada waktu malam


Pemandangan di hadapan premis yang menghadap Sungai Muar

 
 Cantik


Gerai ke2 : sewa
Ulasan : Pilihan tapak premis oleh peserta pertama..Berhampiran dengan stesen bas ekspress so peratusan pelanggan datang tu amat ramai


Gerai ke 3 : sewa
Ulasan : Tapak pilihan oleh peserta ke2..gerai dalam stesen bas Muar..orang sentiasa datang ke stesen bas ni..


Kul 12.30 tengahari bergerak ke Majlis Daerah Tangkak


Tapak bagi peserta pertama, seorang wanita di Daerah Tangkak.. gerai akan dibuka di sini..berhampiran dengan sekolah dan kedai-kedai..


Tapak gerai peserta kedua, juga seorang wanita di hadapan rumah emaknya..telah mendapat kebenaran tuan tanah (emaknya sendiri) untuk berniaga di sini..


Perbincangan di tengah panas..hihihi..

Komen: Insyaallah kesemua kedai makan dan minum F&N dengan kerjasama KKLW ni akan dibuka pada bulan Jun 2011..oleh itu, kami mengharapkan orang ramai sudi singgah dan menjamu selera di kedai-kedai peserta kami..sokongan anda semua amat dialu-alukan..


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru..

Assalamualaikum..


Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru di seluruh Malaysia..specially buat semua cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu..cikgu-cikgu di Sekolah Rendah Kebangsaan Kangkong, Sekolah Menengah Kangkong, Pasir Mas, Kelantan dan juga semua lecturer di UiTM Cawangan Dungun, Terengganu..jasa kalian mendidik diri ini tidak akan dilupakan..semoga cikgu-cikgu semua diberkati ALLAH di dunia dan akhirat..Amin!

FYI, family aku mmg terdiri daripada cikgu dan cikgi..hihi..kakak dan abang ipar, adik-adikku 3 orang jadi cikgu, sepupu-sepupu, makcik dan pakcikku..mmg ramai yang jadi cikgu..kecuali aku sorang dan juga mak dan abah aku..nasib baik mak dan abah aku adalah peniaga..hihi..kalau tak 1 family semuanya cikgu..penat jugak!

Tiap-tiap kali sekolah..semua adik2 aku nk balik kampung..at last aku sorg jela yang tak balik..adehhh..tension..tension..end of this month start cuti sekolah..tp bahang untuk bercuti dah bermula..stress aku bila adik aku akan bercuti selama 2 minggu untuk balik kampung...nak ikut jugak..koi jeles ni...


Wednesday, May 11, 2011

"BlOgger Friends FOrever (BFF)" COntest

Assalamualaikum..
Semlm aku telah ditag sekali lagi oleh Pn. Emme..suka sgt tag aku ni..hihi..kata Pn. Emme..sebab aku ni kwn dia..yela..yela..aku kwn ko Emme..dan aku pun sayang ko jugak k..huhu..


Syarat-syaratnya:

1. FOllOw blOg Cik Diana n Cik Mira.. 

(Kalau dh fOllOw blOg Cik Diana, fOllOw blOg Cik Mira plak. Vice versa)
-done-

2. Buat satu entry khas berserta link dan letak banner "BlOgger Friends FOrever (BFF)" dlm entry tersebut.
-done-

3. Jawab sOalan dibawah dan lengkapkan slogan :


a) Siapakah rakan blOgger yg kOrg knal rapat Or baik?
1. Aainaa - jiran di ofis
2. Aza - kwn utk gi kursus
3. Emme - suka sgt tag aku


b) Nyatakan blOg sape yg kOrg suke masuk, sllu komen Or lepak?

Arlina Rosli - suka dgn semangat juangnya yg tinggi utk berjaya dalam bisnes


c) Lengkapkan slogan.. "Saya layak bergelar seOrang "BlOgger Friends FOrever (BFF)" kerana saya suka menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja asalkan dia ihklas dan jujur utk berkawan..Alhamdulillah selama ber'blog ni ramai yang sudi berkawan dengan saya dan saya berharap semoga hubungan ini terus berkekalan walaupun hanya di alam maya. 


4. Sila tag kepada 3 Org blOgger lain n make sure they'Olls tahu yg diOrg ditag..



5. Tarikh tutup penyertaan 25 Mei 2011 (11.59 mlm)

6. Tinggalkan link penyertaan di bhgian kOmen blOg Cik Mira sahaja.


Tuesday, May 10, 2011

Busy..

Assalamualaikum.. byk betul entri aku yang tertangguh..busy dgn keje..bulan lepas dan juga bulan ni punch kad byk yang kosong sebab tiada di ofis..busy sgt ke cik Rose??ermm...boleh la dikatakan sibuk dan sgt penat..

Last 2weeks ke Muar dan Tangkak, Johor..pastu weekend balik kampung 2hari..then last week ke Bentong dan Raub, Pahang...semlm lak ke Kuantan dan Temerloh, Pahang..adehhh...penat tak abis..

Insyaallah..aku akan cuba post entri segala cerita disebalik jalan-jalan carik pasal di Johor dan Pahang tu yer..plss check it out soon kalau aku rajin...hihihi..


Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu..

Assalamualaikum..


Dikesempatan ini..ceewaaahhh..macam raya lak yer..hahaha..aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat omak tersayang yang kt kampung tu..den tau omak den xreti nk berintenet nk baco blog den ni..tapi xpela..kironya den bgtau ket semuo org la biar org tau den sayang omak den....aiikk..apsal aku cakap nogori ni..??mereng?maybe la kot..

Huh..agak tertekan dan kepenatan..byk benda yang nak dipost kat blog ni tapi..kesibukan yang melanda membuatkan aku buntu..xtau yg mana satu nk post dulu smpai citer dah basi gamaknya..

Ok..berbalik pada citer hari ibu..sebenarnya xde apa-apa nak citer pun..terlebih excited mcm aku ni ibu lak..seronok tgk kwn2 yg dah bergelar ibu..moga diorg jadi ibu yang baik dan best utk anak masing-masing..mak aku pun best jugak..kih..kih..kih..

SELAMAT HARI IBU UTK SEMUA IBU-IBU DI DUNIA NI..!


Thursday, May 5, 2011

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.


Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

 2. Stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang strok menurun hingga dua pertiga.
  
3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

 4. Melangsingkan Badan
Jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.


5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristalsis usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

 6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit di bawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

 7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). 
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.


Popular Posts