PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, May 19, 2011

Family Gathering - The Food Village Chim Chum

Assalamualaikum..
Pada 29 April - 2 Mei 2011 yang lepas aku dan adik balik kampung..tujuan utama balik kampung adalah untuk menetapkan tarikh kawin adik aku tu..2nd thing adalah untuk majlis solat hajat sbb adik aku baru beli kete..

Selain drp itu..kami dah rancang lama nak buat family gathering kt The Village Food Chim Chum kat Kota Bharu..abah aku tu sgt bermasalah kalu nk mkn kat luar/kedai..mmg dia sgt tak suka..so lepas puas di ajak dan mak aku mcm nk majuk..baru ler abah ikut sekali..

Kami semuanya 10 org dewasa dan seorang si kecik, anak buah aku..yg paling liat dan telah menghilangkan diri dia ialah adik aku yang bongsu..siang hari aku dh berbuih mulut pesan jgn kemana-mana..bila tiba masa nk gerak dia dah xde..gi umah atuk aku..alasannya nak temankan atuk aku sebab nenek aku ke Perlis..ermmmm...bila dah besar panjang mmg susah nk diajak ke mana-mana..

Kami semua tiba di Chim Chum dah pukul 9.00 mlm..waktu operasi adalah drp kul 5.00 petang hingga 1.00 pagi..masa tiba tu mmg meja penuh..tp alhamdulillah tak smpai 2minit kami dah dapat meja..


Daripada kiri ialah mak aku, anak buah, Imran @ Spiderboy, Abg Ipar dan Abah..
Muka tengah menunggu periuk steam kami sampai..hihi..masing2 dah lapar ni..


Periuk utk steamboat dan juga utk bakar..pembakaran adalah menggunakan arang dan bukannya dapur gas seperti kedai2 steamboat yang lain..


Satu cerek sup untuk kuah steamboat..


Disebabkan kami smpai dah lewat so mmg kebanyakan makanan dah abis mcm kerang, mee goreng dan daging..tp stil ada lagi pilihan makanan yang boleh dimakan such as ayam, sotong, sayuran dan buah-buahan

Nak tgk aksi aku??hihihi..jom layan semua gambar-gambar ni..aku yang terlebih-lebih gituuuu sampaikan handbag pun xsempat nak letak..







Spiderboy makan buah tembikai..


Muka kekenyangan..hihi..


Aku yang paling over..hihi..

Harga : RM14.90 seorang dewasa
RM10 untuk kanak
1jag air=RM12

Hampir RM200 juga kami abis pada mlm tu..walaupun aku kurang berpuas hati sebab kebanyakan makanan dah abis..maybe disebabkan weekend so org mmg ramai dan makanan pun cepat abis..Masa kami nak balik tu lebih kurang kul 11.00 mlm..kedai tu dah angkat signage "Makanan Abis"..mmg sgt mantap la perniagaan diorang ni..!

Penambahbaikkan yang perlu dilakukan banyakkan pilihan makanan dan bagi free flow utk air biasa-biasa jer mcm air sirap or air oren ke..sebab sebelum ni aku pernah mkn steamboat dan grill kat Bkt Antarabangsa mmg mabeles laa..mkanan sgt byk smpai tak larat nk makan..

Walau apa pun..aku mmg suka mkn steamboat..hihi..


6 comments:

  1. i love steamboat, kat Kelantan ke? ko balik kelantan ke beb? nant belanja aku lak ek, hehehe....

    ReplyDelete
  2. posh:tq sbb singgah..

    emme: yup kt kelantan..nnt ko gi kelantan aku banje la...hihi

    ReplyDelete
  3. bestnyer dapat berkumpul sama2 family...plus mak ayah pun masih ada kan..best giler

    ReplyDelete
  4. hana study kat pengkalan Chepa.slalu gak mkan at c2. best mkan nie.. Skrang harga dah naik..

    ReplyDelete
  5. Dapur CHIM CHUM (BBQ Stoves) trend terbaru dengan teknik masakan '2 in 1' iaitu stimboat dan memanggang.


    Dengan ruang BBQ ditengah dan ruang merebus ditepi keliling.
    Ia juga sesuai untuk kegunaan restoran, hotel,resort, camping dan sebagainya, sesuai bagi mereka yang ingin mencuba menu baru.

    Terdapat 3 pilihan saiz -
    Saiz S (30cm) - RM 70.00
    Saiz M (35cm) - RM 90.00
    Saiz L (40m) - RM 120.00

    **Untuk borong harga boleh runding.
    **Harga tidak termasuk kos penghantaran.
    **Penghantaran melalui poslaju 'Door to Door' dan Checkpoint di sekitar IKEA Mutiara Damansara dan Kuala Lumpur.
    **Penghantaran setiap hari Sabtu Dan Ahad sahaja.

    HANYA DI http://periukchimchum.blogspot.com/

    SILA HUBUNGI @ SMS 012-9796015 EN. MUHAMAD

    SELAMAT BERMAIN MASAK-MASAK DENGAN PERIUK CHIMCHUM....

    ReplyDelete

Popular Posts