PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, January 17, 2012

Majlis Persandingan Minn & Khairi

Assalamualaikum...
Event: Majlis Pernikahan dan Persandingan adik aku
Rosmini Mohammad dengan Mohd Khairi
Tempat : Pasir Mas, Kelantan
Tarikh : 24 November 2011 (Khamis)

Majlis pernikahan yang agak mengharu-birukan..majlis akad nikad akan dilangsungkan kul 8.30 mlm..kul 6.00 ptg dah terpaksa keluar drp umah sbb air dh naik paras paha..nasib baik masa tu lori dtg utk hantar khemah so tumpang naik lori utk pegi ke umh kakak aku..satu pengalaman yg best..!!

Rumah aku xbanjir pun tp jalan ke rumah aku..2 tempat yg digenangi air..jom layan gambar-gambar..

 Debaran pengantin lelaki

 Alhamdulillah dah siap akad nikah..

 Majlis persandingan di umah ..sebahagian drp keluarga..

 Selamat pengantin baru!

 Persandingan di rumah lelaki pada 26 Nov 2011

Sebelum bertolak balik

Aksi-aksi menarik di sekitar majlis..

 Sign..jgn tak sign!

 Sign kat sini adik oiii..

 Rombongan drp pengantin lelaki sebelum meredah air banjir..

 Nasib baik pengantin tak sanding dlm air banjir..

 Pengantin lelaki tgh tggu pengantin pempuan siap make-up sbb mak andam pun tiba sekali dgn rombongan pengantin lelaki

 Ketibaan rombongan pengantin lelaki

 Antara tetamu yg hadir

 Bertolak balik

Comel anak buah aku ni..pakai boot hijau dan baju ujan yg colorful..huhu

Moral of the story: jgn buat majlis pada musim tengkujuh...



Monday, January 16, 2012

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan

Riwayat: Riwayat Muslim

Kategori: Akidah

Hadith:

Rasulullah SAW. Bersabda yang bermaksud:

Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.

Huraian Hadith:

  1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
  2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
  3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
  4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Sunday, January 8, 2012

Menghitung hari...

Assalamualaikum...bersiaran drp Awana Kijal Golf and Spa Resort, Terengganu...huhuhu...aku tengah menghitung hari ni..hari ni baru hari ke-3...terasa lambat betul masa berlalu...ada 5 hari lagi yang harus diharungi..

Selama 3thn dulu duk di Dungun..xpernah aku dtg kt Awana Kijal ni..oppsss..pernah sekali dtg dgn kwn2 sebilik masa belajar dulu dan tangkap gambar kt depan lobi Awana Kijal ni...hihihihi. tangkap shj yg mampu pd waktu tu..skrg ni 8hari 7malam aku kena bertapa di Awana Kijal ni...siapa sangka..hihihi..

Dengan hotel yang bertaraf byk bintang..hotel ni bagi aku diluar bajet aku ler..mahal jugak rupanya sampai RM300 lebih utk 1mlm....hahaha...bilik biasa2 shj..makanan mmg byk dan rasanya menu mana2 hotel pun lebih kurang sama shj...

Namun yang pasti, duk kt hotel kalau sehari dua mmg rasa best sbb mknan byk, xperlu nk kemas katil, ber-aircond..tapi bila dah masuk hari ke-3..mula la rasa muak dgn menu2 hotel yang sama...alahai..lambat betul masa berlalu..mula bermimpi tentang bantal dan tilam kt umah..

Rupa-rupa kawanku itu..hahaha...alaaa..bdk yg suka komen2 kt blog aku ni..Emme..ko selalu tunggu entri aku yer..entri aku biasa-biasa shj..tp best jugak kan...hahaha...kalau ada masa Insyaallah aku akan cuba untuk buat entri setiap hari..idea sentiasa ada..cuma masa yang sgt terhad..

Thursday, January 5, 2012

Saya bercuti lama....

Assalamualaikum...grey-hippo akan bercuti bekerja drp Awana Kijal Resort, Terengganu selama 8 hari ( 6 - 13 Januari 2012) bersempena Lab Penyelarasan Program Keusahawanan, Pemasaran Produk dan Modal Insan KKLW..

So kalau yg ternanti-nanti entri sy ni harap bersabar...hihihi...mcm la ramai sgt nk baca blog aku ni..tp xper..kalau ada masa..itu 'kalau' yer...rasanya mmg xde masa pun nk berblog nnt...jadual penuh drp pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam...

Kepenatan akan melanda...

Popular Posts