PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, February 29, 2012

Kelam-kabut....

Assalamualaikum...arghhh..hari ni sangat la kelam-kabut sbb jadual aku terganggu oleh kerja-kerja lain...suka sgt la buat keputusan tanpa bgtau aku awal-awal...alahai...nk marah pun xleh...

Dalam jadual, bangun kul 6.30 pagi utk siapkan bekal iaitu ikan masak kicap dan syur bayam goreng...best x??hihihi...pastu paling lewat kul 7.00 pagi ialah waktu mandi.. cuti drp solat subuh yer....then kul 7.30 pagi ialah waktu bertolak ke ofis..tapi......realiti pagi ni ialah....ermmmm....kul 6.45pagi baru terjaga..rupanya lupa nk kunci jam...alahai..itupun terkejut sebab ada sms yg diterima yg mintak tolong basuhkan baju kejenya yg sgt kotor....kesian la pulak..siang malam keje mencari rezeki yang halal...xpela...fine xde masalah pun nak basuhkan sehelai baju kan...

Then..kul 7.10 pagi baru masuk bilik air dan membasuh sehelai baju putih tu...laki mmg xreti nk jaga kalau pakai baju putih...terpaksa membasuh jugak mlm ni nak keje...nasib baik baju keje siang ialah biru gelap.kalau putih jugak..alahai parahnya....

Aku mandi dgn kelam kabut dan 7.40 pagi baru nak panaskan enjin...nasib baik seblum kuar umah teringat nk sidai baju..harap-harap hari ni tak ujan...ermmm...balik karang nk tolong iron-kan pulak..xkan nk pakai baju berkedut tu...nnt nampak tak ensem pulak...hahahaha....

Sampai di ofis kul 7.45 pagi...huhuhu....ofis dekat jer. tp traffic light je yg byk.dan aku telah memecut dgn laju dan traffic light pulak berkelakuan baik pagi ni .....aku smpai jer hijau tanpa perlu nak break...ada juga kete yg giler masuk kiri kanan tanpa bagi signal..kalau yg bwk kete tu pempuan, aku leh terima tp ini lelaki...bwk slow lak tu..masuk kiri kanan kt traffic light tanpa tgk kete belakang dan tanpa signal...sumpah seranah gak la kuar drp mulut aku pagi ni...

Alhamdulillah selamat smpai di ofis..byk keje menunggu hari ni...esk nak spital lagi utk tahu keputusan ujian darah 2 minggu lepas..berdebar kejap...huhuhu....ok selamat bekerja yer kawan-kawan...

Terima kasih ALLAH di atas segala rezeki MU ini...



Tuesday, February 28, 2012

Korean Drama : Brain

Assalamualaikum..
Aku nk bgtau korang citer yang aku tgh tengok online skrg ni...hahaha..giler bayang rasanya..kemaruk hari-hari nak tengok citer ni..hihihi..boleh ke gitu??

BRAIN

Sinopsis:

A drama that deals with the brain and neurosurgeons.

Lee Kang Hoon (Shin Ha Kyun), who graduated from the top medical school, works at the top hospital, and is the top neurosurgeon around. Basically, he’s Brain No. 1. (And he works on brains, too!) He has ambitions to become the director at his university hospital. He is obsessed with success, which is probably both his greatest flaw and strength, since it makes him steely and fierce.

However, once he meets his sunbae Kim Sang Chul (Jung Jin Young), the prickly genius doctor and world famous neurologist, he turns over a new leaf and becomes a sincere doctor. Seo Joon Suk (Jo Dong Hyuk) is a doctor and will become Lee Kang Hoon’s rival. Yoon Ji Hye (Choi Jung Won) is also a neurosurgeon who grew up in an ordinary family. She is extremely strict in matters of work and study, but has a warm bedside manner with her patients.

Best citer ni..walaupun berkaitan dgn pembedahan dan doktor tapi jalan citer mmg sgt menarik..xleh nak teka apa yang akan berlaku so lepas abis 1 episod..nk tengok lagi episod seterusnya...

Heronya ni..jahat, berlagak, pemarah, tidak mesra dan sesuka hati je buat keputusan tp dia sgt best...

Heroin yang menjadi rebutan..

Aku layan online korean kat SINI..macam-macam citer ada..kalau suka korean boleh la ke SINI tau...

Monday, February 27, 2012

Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
Ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

Its Me...

Assalamualaikum...
Hari ni sgt malas..malas bekerja dan rasa mcm nk tido jer..padahal semlm kul 11.30mlm aku dah membuta..biasa la hari senin mmg sokmo la 'Monday Blues'..

Alahai..tetiba aku rasa mcm gediks-gediks jer tempek gambar aku kat sini leh???hihihihi....korang layankan jela gediks aku hari ni yer...


Sekeping jer ckup ler..nanti kalau byk korang muak lak nengok muka aku...hahaha...

Saturday, February 25, 2012

Emosi...

Assalamualaikum...

Bila tgk status fb..aku jadi tidak keruan..aku jadi marah..sejujurnya..aku xsuka dia ada fb..kenapa la aku gatal tgn sgt buat akaun fb utk dia??

Memula sekali, dia akan add aweks..then chatting dan ambik no hp..tul x?pastu kena tinggal terkontang-kanting...begitula yg dh byk aku dgr selama ni..semuanya sbb sosial networking..bukannya kita tahu apa yg dibuat dlm fb kan..kalau update status tu biasa la..byk cover-cover takut makwe tertengok kan...

Arghhh...stress..apa tindakan yg harus dibuat??di-activated akaun fb beliau??atau aku buat xtau jer...buat xtau bermakna aku merelakan risiko yang bakal terjadi..dan kalau di-active akaun nnt aku dikatakan mengongkong lak..aduhai..dlm dilema ni...

Salah aku jugak..nape la mengong sgt buat fb tu??skrg ni aku jugak yg tertekan...aduhai hati!!

Friday, February 24, 2012

Taubat..

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat:  Riwayat Bukhari & Muslim

Kategori:  Ibadah

Hadith:

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua (2) kali.

Huraian Hadith:

(1  (1)  Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian   dan boleh ditipu dua (2) kali dalam perkara yang sama.

(2  (2)  Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

(3  (3)  Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:

a)    Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. Contohnya orang yang tidak melakukan solat mestilah kembali menunaikan solat atau orang yang selalu mengamalkan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut;

b)    Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T;

c)    Bertekad tidak akan mengulangi dosa;

d)    Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut; dan

e)    Dalam tempoh masa Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

 
Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

JIKA ISU INI TAK SELESAI, JANGAN HARAP PRU-13 BOLEH DIADAKAN...


Utusan Malaysia
ISU ini amat sensitif. Ia lebih sensitif daripada isu ladang lembu dan lain-lain. Jika isu ini tidak selesai, jangan diharap pilihan raya boleh diadakan.

Ia membabitkan isu gaji kira-kira 1.3 juta kakitangan awam, yang kesemuanya, termasuk keluarga mereka layak mengundi. Ingat lagi kisah ‘penyapu’ di Selangor? Negeri itu jatuh antara sebabnya kerana penjawat-penjawat awam termasuk DO, ADO sehinggalah ke peringkat peon, begitu marah kerana dihina.

Jangan cari pasal dengan golongan ini. Mereka ialah kumpulan pelaksana dan tulang belakang kepada dasar-dasar kerajaan. Jika mereka marah mereka boleh bertukar warna menjadi Mr. Blue atau Mr. Green seperti dalam watak filem Incredible Hulk. Dan itu amat bahaya.

Dalam hal ini Perdana Menteri sememangnya cukup sedar. Satu tindakan cepat sedang diambilnya. Memang PM sendiri tahu jika isu ini tidak selesai maka Pilihan Raya Umum Ke-13 ini tidak boleh dilaksanakan. Maka itu, YAB PM telah mengarahkan sebuah jawatankuasa petugas khas (task force) semakan semula gaji duduk berbincang dengan Cuepacs mengenai hal ini, setelah Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman sendiri mengamuk.

Setakat ini sudah tiga kali task force ini berbincang. Hari ini sekali lagi rundingan akan dilangsungkan. Kali ini ia akan membabitkan cadangan lima perkara daripada Cuepacs sendiri. Omar akan mengetuai perbincangan itu bagi pihak kesatuan tersebut dengan wakil-wakil dari JPA, Pejabat Peguam Negara, Perbendaharaan dan agensi-agensi lain.

‘‘Kita mahu rundingan ini diselesaikan sebelum 30 Mac ini,” kata Omar kepada saya semalam.
Omar seperti biasa cukup bertenaga. Cakapnya juga cukup tegas. Dalam rundingan itu, beliau diberi tanggungjawab dan kepercayaan oleh kumpulan 54 (pengurusan dan profesional) ke bawah untuk membawa suara dan nasib mereka ke atas.

Kumpulan-kumpulan itu termasuklah: Jawatankuasa khas Gred 54 ke bawah PTD dan Pegawai Tadbir; Persatuan Pensyarah Universiti Profesor Madya Ke Bawah; Persatuan Jurutera Kebangsaan; Kumpulan Doktor-doktor Pakar Gred 54; Kumpulan Anggota Keselamatan Polis; Kumpulan Gred 54 Teknikal selain gabungan Cuepacs sendiri terdiri daripada Kumpulan Pelaksana 1 dan 2.

Hari ini saya mahu menyiarkan sepucuk surat yang dihantar kepada saya oleh seorang penjawat awam. Bunyinya agak keras. Tapi ditulis secara profesional, bernas, ada logik mengenai gaji baru mereka di bawah skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam).

Begini bunyi surat itu. Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua.

Struktur perkhidmatan di bawah SBPA terbahagi kepada empat:
* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)
* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)
* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)
* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Kumpulan pegawai yang mendapat kenaikan gaji paling banyak ialah kumpulan Premier dan JUSA. Difahamkan semua KSU diberikan opsyen bersara dan seterusnya berkhidmat secara kontrak. Persaraan pula dikira sehingga umur 60 tahun. Ini bermakna semua KSU akan mendapat pencen dan gaji selain daripada faedah persaraan lain seperti gratuiti. Pencen sahaja, mengikut jadual gaji SBPA untuk kumpulan ini akan menjangkau puluhan ribu ringgit. Apakah rasionalnya keputusan ini memandangkan kebanyakan KSU telah pun berada di akhir tempoh perkhidmatan? Gaji kumpulan Premier ini difahamkan sama besar atau lebih besar daripada CEO di GLC atau di perbadanan-perbadanan swasta.

Isu penting SBPA ialah ketidakadilan yang amat ketara dari segi kenaikan gaji. Contohnya kumpulan JUSA C sahaja mendapat kenaikan gaji melebihi RM5,000 dengan peratus kenaikan di antara 57 peratus dan 81 peratus! Sementara kumpulan pelaksana N22 hanya mendapat kenaikan gaji di antara RM100 dan RM200 (ada yang lebih rendah) dengan peratus kenaikan di antara 3.7 peratus dan 7.5 peratus sahaja.

Difahamkan di bawah skim baru ini, Premier 1 akan menerima gaji sebanyak RM60,000 sebulan tanpa elaun; Premier 2 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 3 RM40,000 tanpa elaun dan Premier 4 RM35,000 tanpa elaun. Tunggakan pampasan adalah antara RM800,000 dan RM1 juta.

Secara logiknya peratus kenaikan di antara kumpulan tidak boleh terlalu berbeza kerana ia akan meningkatkan jurang perbezaan pendapatan serta mengundang rasa tidak puas hati penjawat awam yang 80 peratus terdiri daripada kumpulan pelaksana.
Ketidakpuasan hati kumpulan pelaksana ini, ditambah dengan keluarga masing-masing, mampu menumbangkan kerajaan.

Sebagai rumusan SBPA telah menidakkan semua usaha kerajaan untuk menonjolkan kerajaan sedia ada sebagai a caring government. SBPA dibuat secara tergesa-gesa, tidak telus dan merupakan the biggest blunder Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam sejarah Malaysia.
Pihak JPA tidak perlu lagi memberi taklimat di sana sini mengenai SBPA tetapi mengakui bahawa SBPA sebenarnya tidak adil, tidak telus dan JPA perlu mengambil langkah positif untuk memperbaikinya.

Adalah menjadi satu tindakan yang bodoh, sia-sia dan akan menjadi bahan ketawa umum dan dunia untuk masih lagi mempertahankan bahawa SBPA merupakan satu sistem saraan yang baik dan mampu membawa negara kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kerajaan juga perlu mengambil tindakan tegas kepada mereka yang bertanggungjawab (merangka dan meluluskan tangga gaji itu) bagi menunjukkan kerajaan bertegas serta prihatin kepada kesejahteraan semua kumpulan penjawat awam dan rakyat.

Dengan kepincangan SBPA yang tidak masuk akal dan tidak terfikir oleh kebanyakan penjawat awam ini patutkah Kumpulan Premier, di antaranya terlibat secara langsung dalam penggubalan SBPA, dibayar pencen beserta gaji yang sebegitu tinggi?

Sekiranya dikatakan bahawa SBPA disediakan oleh pihak konsultan, maka apakah peranan kumpulan JUSA dan Premier yang merupakan pemegang strategic dan key positions dalam perkhidmatan awam?

Begitu bunyi surat itu. Benar juga apa yang dijelaskan itu. Ia umpama langit dengan bumi atau antara atap rumbia dan atap genting. Ia juga umpama strata rakyat di India, yang terlalu daif dan yang terlalu kaya.

Yang mendapat imbuhan maha-besar itu hanyalah kira-kira 4,000 kakitangan berbanding 1.3 juta lain yang sedang marah. Dan difahamkan peruntukan untuk membayar kos kepada 4,000 itu merupakan 2/3 daripada keseluruhan peruntukan untuk kesemua kakitangan kerajaan.
Kita berharap rundingan itu akan mencapai satu kata-putus yang menang-menang. Jika tidak, menurut Omar: ‘‘Ia akan menjadi satu isu yang amat kritikal. Dalam road show kami, kakitangan telah memberi kata dua…''

Kita berharap kata dua itu tidak seperti kata-kata Dr. David Banner sebelum dia bertukar warna menjadi Incredible Hulk: ‘‘...don‘t make me angry. You wouldn‘t like me when I’m angry. (Jangan buat saya marah. Saya tidak akan sukakan saya jika saya marah.)

Saya berharap satu formula yang lebih bertamadun dapat dirangka demi kesejahteraan semua pihak, terutamanya kepada kerajaan semasa.

Ingatlah YAB PM telah bekerja amat keras, janganlah kerana skim yang tidak masuk akal ini akan menyebabkan apa yang beliau usahakan rosak sebelanga.



Link : http://cuepacs.blogspot.com/2012/02/jika-isu-ini-tak-selesai-jangan-harap.html?spref=fb

Thursday, February 23, 2012

Kelantan Negeriku...

WALAUPUN NEGERIKU NEGERI MISKIN TAPI......

=-> Kelantan negeri miskin tiket Bola terMAHAL di Malaysia tetapi stadium sentiasa penuh

=-> Kelantan negeri miskin Baju The Red Warrior lengan pendek RM80,lengan panjang RM100 tetap di beli juga

=-> Keuntungan Tesco di kelantan antara yang TERTINGGI di Malaysia

=-> Cuba di ketuk pintu 10 biji rumah Banglo di kelantan, 9 melayu 1 cina je, tapi di Kuala Lumpur?

=-> Masa tiba tahun baru cina di kelantan, operasi kedai tetap berjalan seperti biasa,tapi di Johor dan Kuala Lumpur sunyi sepi sebab di kuasai golongan bukan melayu

=-> Kelantan negeri miskin di Malaysia tapi rakyatnya makan beras IMPORT dari Thailand

=-> Kelantan negeri miskin tapi ramai kaum hawanya yg mampu miliki EMAS sampai ke siku

=-> Kelantan negeri miskin tp produk bijak pandai datang dari negerinya

=-> Kelantan negeri miskin tapi dalam penerbangan tak kira Airasia, MAS dan Fireflyz selalu penuh!

=-> Kelantan negeri miskin tapi rakyatnya memiliki RUMAH SENDIRI bukan rumah sangkar burung (flat)

hanya orang yang pernah pergi ke kelantan jer tahu siapa monopoli perniagaan dan cara hidup orang kelantan

Ya Allah,Jadikanlah Negeri Kami Negeri Beragama, Tempat Istirehat Orang-Orang Miskin Dan Memerlukan.

p/s: Jika tak mampu hidup dalam negeri miskin,jangan sesekali datang ke Kelantan!!! TQ kpd yg Berkongsi Info.

Kredit: Anak Kelantan di Universiti

Wednesday, February 22, 2012

Rokok....

Assalamualaikum...seminggu ni agak stress di ofis...bukan sbb beban kerja tp stress kerana terpaksa menghidu asap rokok...

Ini yg buat aku suka gi outstation ni..biar penat keje luar lagi laa drp duk penat hidu asap rokok org ni...kalau diorg tu nak mampus mati tu mati la sorang2, jgn nak libatkan org lain lak...geram betul laa...hari-hari aku ni buat dosa duk sumpah seranah org tau...

Lagi kesian kat member-member yg duk peknen tu...diorg pun terpaksa hidu gak..lama-lama org yg hidu ni la mati dulu...nak komplen lebih-lebih pun xleh...CC pernah tegur sebelum ni tapi stil buat xendah gak sbb kepalanya org besar...pot lak baik punya kat bilik pgw..bagus betul. kan...kumpul ramai-ramai hidup rokok, sesambil sembang dan buka pintu luas-luas..bagus..bagus....

Kalau ditegur lebih-lebih kan nnt ckp kita ni bukan-bukan...xnak buat keje laa..umpat kita sana-sani...susah la nk keje dgn org camtu...pgw pun join sekali tu yg jadi susah tu..kalau ikut hati yg baik jahat mmg kami nk report jer kat pengurusan tp demi kepentingan bahagian..xnak nama bahagian naik lak kat mesyuarat pengurusan tertinggi...sape yg kena jwb..boss jugak..!!

Tolong la hormat org skit..terutamanya org2 peknen ni...letih laa duk hidu asap rokok ni...patut ler seminggu dtg ofis ni aku asyik sesak nafas jer..cari la pot lain..org lain pun merokok gak tp bukan dlm pejabat..weiiiiiii....!!bodo punya manusia......


Tuesday, February 21, 2012

Mimpi...

Assalamualaikum...dah 2 malam aku tidak dapat tido dgn lena...tido diganggu dgn mimpi yg bukan.-bukan..malam kelmarin tu aku xingat dah apa yang aku mimpikan tapi mimpi semlm aku masih ingat lagi..

Aku mimpi org masuk umah aku..dia ada kunci umah dan juga kunci pintu bilik..masa tu aku tengah tido..disebabkan terkejut aku terjaga...argghhh...masa tu kul 4 pagi..aduhai tetiba terdengar lak org berjalan ke sana ke mari...dalam hati aku ni.."besar sgt ke badan org tu smpaikan dia berjalan pun boleh dengar"...aduhai..terasa macam naik angin lak...ganggu org tido laa..

Kalau dulu mmg aku xpernah takut tinggal sorang-sorang tapi semenjak kejadian rompakan bersenjata di Fasa depan umah aku tu..aku mula ada perasaan takut...masa nak masuk umah aku mesti tengok sekeliling dan cpt2 kunci grill...hari ahad lepas aku mintak tlg seorg kawan utk pasangkan selak kat pintu umah..nasib la rosak pintu tu asalkan aku terasa selamat berada di rumah...pintu umh aku tu ada satu kunci jer..rasa mcm xpatut betul buat satu kunci jer...mmg senang org nak pecah masuk sbb xde back-up kunci kan...ermmm...umh kuaters camtu ler...

Lepas dah pasang kunci tu la aku start mimpi yg bukan-bukan tu..aduhai..kelam kabut betul otak aku ni..padahal sebelum tido dah macam-macam surah aku baca..namun tido tetap jugak diganggu..nampaknya pasni setiap malam kena baca Yassin lak kot...

Dulu aku pernah mimpi psl tsunami..3x dalam masa beberapa minggu..dlm tsunami tu aku terselamat dan xde tercedera apa-apa pun...kwn ofis aku kata kalau mimpi air itu tandanya rezeki murah..xtau la dimana kebenarannnya....

Mimpi hanya mainan tido....

Monday, February 20, 2012

Merlin..

Assalamualaikum..
Aku mmg peminat setia citer Merlin..Season 4 dah lama abis di tengok..aku ingatkan aku sorang jer minat citer-citer camni tp rupa-rupanya ada org lain lagi yg minat kat ofis aku ni...hihi so tugas dia ialah men-download citer Merlin dan aku tukang tengoknya...hahahaha


 Walaupun dah abis tgk hingga episod 13 tp setiap hari ahad aku tggu gak kt TV3 kul 10.00 malam..dan hari ni aku telah men-register diri aku utk masuk peraduan Merlin ni..xpernah-pernah aku masuk peraduan seumpama ni...hihihi...ini gara-gara Merlin punya pasal..


Asyik sgt layan Merlin..bukannya aku hingat nk kira brepa ekor naga comel yg kuar api kat kaca TV tu...hahahaha..main bantai jela brepa ekor pun..

Cepat ler tayang Merlin season 5 lak..dah tak sabar nak tgk ni..
 

Malam Gemilang KKLW 2011

Assalamualaikum...

Malam Gemilang KKLW 2011
18 Januari 2012 (Rabu)
Palace Of The Golden Horses

Ramai jugak yang dtg walaupun ini kali ke-2 buat di tempat yg sama..nasib baik tahun ni makanan OK berbanding tahun lepas..aku pegi sebabnya tempat tak jauh sgt drp Putrajaya..

Dato' KSU terima sijil bg laman web KKLW yg dpt 5star..hihi

Tema tahun ni ialah smart casual hitam dan putih

Antara aksi-aksi kami ler ni sementara menunggu makanan dihidangkan..

Sebelum balik bergambar dulu

En. Radin yg duk sebelah aku ni menang the best dress (lelaki)..macam tak percaya jer..

Antara artis yg membuat persembahan ialah Aishah dan Atilia..best betul suara diorg ni..

Oppsss..ini sy..entah sape yg ambik gambar sy secara candid ni..hihi..muka yg tiada sebarang make-up sbb tertinggal alatan make-up kat umah..

Banyak lagi gambar yg ada..tp xlarat la nk edit dan letak kat sini..nnt korang muak lak dgn muka aku..hahaha..

Hopefully tahun depan buat kat Hotel Pullman la pulak yer..huhuhu..


Thursday, February 16, 2012

Memanikkan Diri...

Assalamualaikum...
Tempahan kali ni datangnya daripada pegawai di Bahagian PSA iaitu Pn. Diniey..sy suka bila tgk baju ni sbb ianya colorful..hihihi..lagipun beliau mahukan corak crumble pearls..so tidak susah utk matchkan pearls dengan pelbagai color yg menarik..



Ini ialah baju mak  sy..

 Jom la semua cuci mata kat SINI..byk lagi gambar yg boleh ditengok...



Janji


Janji merupakan salah satu perkara biasa dalam kehidupan seorang insan. Manusia melafazkan sesuatu janji semudah menyebut a,b,c. Janji juga dilabelakan dengan beberapa frasa atau gelaran khusus seperti 'janji Melayu' dan sebagainya. Malangnya, kebanyakan manusia kerap mungkir janji sekerap ia berbicara. Mengapakah terjadinya fonemena ini ?

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.

Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman ? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka? 


Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !!! (sila lihat ayat 75-77 Surah At-Taubah sebagai contoh).

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.

Sumber :  http://tayibah.com/eIslam/Janji.html

Wednesday, February 15, 2012

Mood : Tengah Marah...

Assalamualaikum...hari ni aku betul-betul hangin...dah byk kali aku kena dgn manusia tersebut..xpayah nk bg harapan palsu kat org laa...aku duk harapkan ko tp ko jadi pengecut..kalau dah xleh nk byr hutang ckp laa..jgn kata nk bank-in mlm..esknya tghari..smpai ke pukul 5ptg ni aku masih xdpt pun duit tu...

Masa pinjam bukan main lagi berjanji..dah 2 tahun hutang tersebut..aku xkisah kalau ko xleh nk byr lagi tp..jgn nk berjanji...itu aku sgt pantang...bisa boleh buat aku mengamuk dan mencarut xtentu psl..dah lama perkataan-perkataan tak senonoh kuar drp mulut aku ni...eiiii...WTH laaa...

Buat si beliau..kalau terbaca blog aku ni aku mintak maaf byk-byk..jgn la jadi lelaki pengecut dan xmatang..kalau xleh nk bg duit tu cakap..jgn diamkan diri dan off handphone...aku sgt perlukan duit bkn nak ber-enjoy tapi nk byr byk benda....harap faham..aku pun ada perasaan jugak...

Kalau bercakap psl agama..hahaha...beliau la org yang tahu segala-galanya...tp tau tak org yang mungkir janji tu tergolong dlm golongan org MUNAFIK dan mungkiri janji adalah BERDOSA BESAR..xpayah nk bunuh org, berzina atau fitnah org la nk dpt DOSA BESAR...mungkir janji ni dikira dpt DOSA BESAR free-free laaa

Kali ni aku betul-betul serik..by the way..aku maafkan segala dosa-dosa yg telah dia buat kat aku..tapi ingatlah..hutang tu..arggghhhh...aku sgt perlukan duit skrg ni weiiii...!

Sekian..

Tuesday, February 14, 2012

Perempuan dan Lelaki Kena Tahu...

Assalamualaikum..suka dgn kata-kata kwn aku ni.. xtau la dia petik kata-kata ni daripada mana..namun yg pasti dia telah post kata-kata ni di fb dia semlm..aku menyokong 100% kenyataan ini..inilah yg dikatakan pengorbanan...


PEREMPUAN KENA TAHU seorang lelaki yang benar-benar MENCINTAI anda tidak akan membiarkan anda PERGI tidak kira bagaimana SUKAR keadaan sekalipun...

Dan..
LELAKI KENA TAHU seorang wanita yang benar-benar MENCINTAI anda akan marah anda untuk BANYAK perkara tetapi masih TERIMA anda seadanya walaupun anda telah MENYAKITI
hatinya.......
Hayatilah dan simpan dlm memori anda...
 

Monday, February 13, 2012

Majlis Penghargaan JK Kerja KUD 2011

Assalamualaikum...
Event : Majlis Penghargaan Jawatankuasa Kerja KUD 2011

 Majlisnya berlangsung tahun lepas lagi..hari ni baru ada skit mood dan masa utk edit gambar2 utk majlis ni..


Di dalam dewan
 Pendaftaran

 Persembahan artis..ada silap mata, cabutan bertuah dan macam-macam lagi..malas nk letak byk2 gambar kat sini

 Ucapan drp YB Menteri KKLW

 Boss ku itu..hihi dpt sijil penghargaan

Urusetia KUD yang ceria

Aksi kami..giler kamera!hahaha..

Friday, February 10, 2012

1st Entri utk Feb..

Assalamualaikum...hihihi..ramai yg tggu aku update blog yer...ok..bkn xnak menulis cuma masa yg tiada..asyik ada jer keje yang nak dibuat..bisnes menjahit macam biasa jer..xpernah xde tempahan..dlm tangan pun ada 11 pasang baju lagi yang harus dimanikkan..Alhamdulillah rezeki tak pernah putus..

Awal bulan Jan..8 hari di Awana Kijal Tganu..pastu CNY aku balik bercuti 10hari kat kampung..heaven..hahaha.. pastu dengan cuti hari wilayah..aku outstation ke Pahang utk lawatan pemantauan..cuti lak Maulidur Rasul dan Thaipusam dan aku out lagi ke Johor..semlm pepagi lagi ada meeting yg harus diurusetiakan...hihihi..begitu sibuk kan diri aku ni..

Then semlm lagi ler buat aku stress...niat dihati nak tukar myk hitam jer kete aku yg dah smpai kilometer tu...sesampai je bengkel kt bangi tu..si TJ buat hal lak xleh nak start..ini kes bateri hari tu ler..aduhai..alih-alih kena tukar bateri baru RM180..servis kete RM80 dan tukar filter RM35...melayang duitku yg dah sedikit ini..bajet tukar myk hitam hanya RM100 jer..tup-tup abis RM295....abis semua bajet utk bulan ni...so next week till gaji kena bwk bekal dtg keje yer...

Walaupun ada broadband kt umh..aku malas nk ber-online sgt..kalau dh online confirm aku tak menjahit baju customers aku yg berlambak tu....hahaha...kena tahan diri utk online atau tgk movie..

Itu sedikit sebanyak citer aku utk this week..nnt aku update gambar pegi Tganu, Dinner KKLW, lawatan ke Pahang dan Johor yer..see u then ...



Popular Posts