PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, November 27, 2012

Harga Sarapan...

Assalamualaikum...

Minggu lepas...situasi membeli sarapan :
Nasi goreng seciput + ayam merah  (paha kecik) = RM3.50

Keesokkan harinya..aku beli menu yg sama :
Nasi goreng seciput sahaja + ayam merah (paha kecik) = RM3.70

Dan..

Pagi ni menu sama juga yang dipilih iaitu :
Nasi goreng seciput + ayam goreng (paha kecik) = RM4.00

Nota :
1. Cafe yang sama
2. Jurujual yang sama
3. Menu yang sama
4. Jumlah yang lebih kurang sama

tapi......harga yang berlainan

Kesimpulan..buntu..xtau camner leh harga yang tak standard...boleh bikin naik angin di pagi-pagi hari ni..!!


Wednesday, November 21, 2012

MAHA 2012

Assalamualaikum...

Status : Berbengkel Fail di KKLW selama 3 hari daripada 19 hingga 21 November 2012 (Isnin - Rabu)..hari ni last day dan ada presentation...


Saya akan bertugas di MAHA 2012, MAEPS pada hari-hari tertentu...nnt leh jumpa sy di Pavillion KKLW yer..

Saturday, November 17, 2012

Save the Date 22 Nov 2012

Assalamualaikum...

Aku peminat tegar Twilight...Cant wait to see this...


Sgt suka watak Bella dan Edward Cullen...romantik dan sesuai sgt...


Gambar : ihsan pakcik google..

Monday, November 12, 2012

Pertandingan Makeup dan Wajah RedGlow




Pertandingan Glow MUA dan Glow Muslimah Model
Di anjurkan oleh RedGlow

TEMA : Kejelitaan dari Timur Tengah (Arabic Beauty)

Terma dan Syarat:

Pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu:
1) MUA + Model (MUA perlu makeup talent masing2 dengan tema yang ditetapkan)
2) Model (perlu hadir dengan tema makeup yang ditetapkan dan akan memperagakan tudung dan pakaian Redglow Wardrobe)

MUA dan model saling perlu memerlukan dimana MUA dihakimi berdasarkan solekan ke atas model dan Model dihakimi berdasarkan bagaimana mereka memperagakan tudung dan pakaian yang di pakai.

Pakaian dan tudung disediakan oleh RedGlow Wardrobe.

Yuran mengikut kategori:
1) MUA + Model = RM 150
2) Model = RM100
Bayaran mesti dijelaskan 7 hari sebelum pertandingan

Tarikh tutup penyertaan:
4 /12/2012

Waktu:
2.00 petang

Tarikh:
11 Disember 2012

Tempat:
Intekma Resort Shah Alam

Hadiah:

Glow MUA

Tempat Pertama : Wang tunai RM 500 dan produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat kedua: Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat ketiga : Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 100

Glow Muslimah Model
Tempat Pertama : Wang tunai RM 500 dan produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat kedua: Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 300
Tempat ketiga : Produk dari RedGlow Pro dan RedGlow Wardrobe bernilai RM 100
*setiap pemenang akan menjadi wajah RedGlow Wardrobe bagi satu sesi


Sila hubungi nama dibawah untuk sebarang pertanyaan
1) Norhas - 0193811210
2) QisNo - 0126185929
3) Zura - 0179121172

Friday, November 2, 2012

Situasi Memanik....

Assalamualaikum...

Daripada pagi tadi duk fikir apa yang nak dituliskan di sini...2 hari ni agak stress skit memikirkan tentang aktiviti memanik...

Bila datang baju yang mempunyai due date...alahai..mmg berat hati nak ambik...sebab aku tau masa aku camner....sentiasa sibuk...kul 12 tengah malam dah nak tido...bukannya leh berjaga sampai kul 3-4 pagi untuk pulun menjahit...kerja memanik ni kerja sampingan di kala kebosanan duk depan TV je sebenarnya..


Due date yg singkat ditambah lagi dengan kehendak pelanggan yg mahukan yang terbaik untuk bajunya mmg sgt memeningkan...cabarannya menjahit manik sgt byk..ini situasi yang aku alami laa..orang lain aku xtau la camner...antaranya ialah :

1. nak memilih corak jahitan...nk kena tengok gak material kain tu..contohnya kalau kain shiffon dijahit crumble mmg boleh tapi xleh nk sarat sgt..pastu kena fikir nk tampal kain gam ataupun tidak...

2. lepas dh dpt corak yang sesuai..nk kena fikir lak bahan memanik yang nak digunakan...nk guna pearls, shj ke atau nk campur labuci, batu dan lain-lain atau tidak...

3. pemilihan warna...alahai..yang ni nampak senang..tapi realitinya...mmg mau muntah dibuatnya...warna mesti betul2 maching...certain pelanggan xsuka kalau dicampur dgn warna yg kontra...tapi aku cuba untuk combine warna yg biasa dilihat setiap hari bersesuaian dgn bahan memanik yang digunakan.

4. bila dah start menjahit tu..kita leh nampak kadang2 warna jadi janggal skit atau tenggelam..so kadang-kadang tu kena buka balik jahitan...2x kerja tau..buka dan jahit balik..tetiba je rasa mcm xcantik lak dimata kita...hah..itu pun masalah gak tu...kena buka lagi dan jahit lagi....sabar..sabar..dan sabar jela yer..

Bukan senang nk menjahit manik..kena lak benang bersimpul....mau rasanya nk gunting semua...hahaha..kadnag-kadang mau semalaman aku kena fikir corak dan bahan jahitan yang nak digunakan...tengah-tengah malam tadi aku terjaga dan otak ligat berfikir corak yang sesuai dijahit di leher baju pelanggan yang nak ambik bajunya isnin ni...arghhhh stress!

Nota Kaki : pasni dah xambik baju yg ada due date dah.....


Thursday, November 1, 2012

Emosi puloks...

Assalamualaikum...

Kita sebagai hamba ALLAH mmg tidak elok utk mendoakan ke arah keburukan sesorang..mmg itu tidak dinafikan...namun apa kisahnya kalau dia sndiri yg berkata ke arah keburukan..dan kita pun sokong jela apa yg dikatakan tu??itu pun doa jugak ke??

Contohnya macam seseorang tu berkata : ''Saya mmg sakit''

Padahal secara realitinya dia mmg sihat walafiat pun...kata itu doa kan...so aku amat berharap kata-kata dia itu menjadi nyata...ALLAH itu Maha Adil...byr cash je skrg ni..

Nota : Duit yang didapati secara penipuan mmg aku tidak halalkan walaupun 1sen...bukan bersikap kejam...segala kesalahan dan kesilapan dia...aku dah maafkan...namun hutang itu tetap tidak boleh berkompromi....maaf laa..hutang harus dituntut...

Popular Posts