PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, January 18, 2013

Semalam, hari ni dan esok...

Assalamualaikum...

Awal-awal tahun hari ni..sgt berazam untuk menulis blog setiap hari...namun...alahai...xboleh laa...keje sgt byk...tapi disebabkan pagi ni pegawai aku xde kerana pegi mesyuarat...so..boleh la bertenang dan buat keje-keje lain skit...kalau dia ada...mmg tak putus-putus dengan keje...tepon pun asyik berdering jela...hihihi..tapi aku tetap cool dengan keje yg berlambak..cuma agak penat skit laa...

SKT aku yang masih lagi tertangguh...ingatkan nak buat kat umah semlm..tetiba lak wifi buat hal...xde internet lak...malas nk layan...biarla..kalau rajin..rehat tengahari ni aku buat laa...

Petang semlm pun dah balik lambat sebab siapkan keje dan betulkan GCR yang dah diluluskan oleh bos tapi cutinya hilang 3 hari..Alhamdulillah dengan pertolongan CC..akhirnya semuanya settle...cuti berbaki 7 hari untuk 2012...5 hari disimpan untuk GCR dan 2 hari di bawa ke tahun ini...akhirnya setelah 6 thn keje..GCR terkumpul telah mencecah 22 hari..Alhamdulillah..syukur pada ALLAH..bukan senang nk kumpul 150 hari GCR ini.....byk dugaannya...so sebelum apa-apa terjadi..baik drp skrg aku kumpul skit2 kan....hihihihi...

Esok petang hingga malam aku akan berada di  Bukit Jalil...aku akan bertugas bagi pempromosikan Pertandingan Rural Business Challenge (RBC) 2013..bersempena Karnival Visit Malaysia Year 2014 yang berlangsung mulai hari  ni 18-20 Januari 2013...so nnt leh la singgah di booth KKLW yer...ada goodies tau...hihihi...


Nota Kaki : tak sabar nk balik kampung beli cincin leh???okey...xde kaitan dengan tajuk di atas...hahaha..



Tuesday, January 15, 2013

Selamat Tinggal SDSI

Assalamualaikum...

Sudah hampir seminggu lebih menjalankan kerja-kerja baru di Unit Rural Business Challenge (RBC)..banyak yang perlu dilakukan...nasib baik dah ada sedikit pengalaman sebelum ini yang boleh diadaptasikan...aku kembali kepada pegawai penyelia yang pernah berkerjasama dulu...nasib baik dah kenal..dan sgt senang untuk berurusan...

Selamat tinggal Unit Satu Daerah Satu Industri (SDSI)..dan tidak lagi di bawah selia Puan kesayangan aku tu..ermmm...xde lagi kena gi melawat usahawan bersama-sama...sgt gembira bekerja untuk SDSI ni..byk jugak pengalaman yang berharga ditimba...6 tahun 5 bulan bersama SDSI...

Kerja di unit baru yang sentiasa inginkan keSEGERAan...tiada lagi masa untuk update blog atau blogwalking blog kawan-kawan...tapi Insyaallah kalau ada kelapangan aku akan cuba update daripada rumah sahaja nnt..

Ikut jadual..Pertandingan RBC 2013 akan berlangsung pada bulan April nnt..so..bagi kawan-kawan yang ingin sertai..boleh tunggu iklan yang akan dipaparkan di akhbar-akhbar di seluruh malaysia nnt..tggggguuuu....





Sunday, January 13, 2013

Checklist HRMIS

Assalamualaikum...

Terasa sungguh lama tidak membuat sebarang entri...byk yang ingin diceritakan tapi kekangan masa menyebabkan aku tidak sempat nak meng-update sebarang entri di sini..

Balik umah..dah penat dan nak rehat je..xnak lagi duk menghadap lappy..dah seharian duk hadap PC di pejabat...xkan kat umah pun nk hadap lappy lagi kan...

Petang ni..luangkan masa skit untuk buat HRMIS..antara benda yang aku dah buat dan perlukan beberapa checklist:

1. Update cuti untuk bulan Disember last year..dah siap..
2. Buat GCR - sepatutnya GCR terkumpul ialah 20hari tapi report lak ada 17hari..kena inform CC
3. LNPT dah siap tp xleh dihantar lagi kerana xde pegawai penilai pertama
4. SKT yang masih belum diletakkan pencapaian kerana belum mendapat laporan drp pegawai dan kerana xde pegawai penilai pertama..langsung xleh nk masuk page SKT ni..

HRMIS mmg langsung xleh buat kat ofis..line mmg sgt slow tapi Alhamdulillah...boleh dibuat di rumah dan line sgt laju..



Thursday, January 3, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Assalamualaikum....

Entri pertama di tahun 2013...Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucap 'Selamat Tahun Baru 2013' kepada semua rakan-rakan bloggers dan juga pembaca setia blog aku ni...

Gambar en. google
Diharapkan 2013 memberi kebahagian dan keamanan kepada kita semua..semoga segala impian dan cita-cita di tahun ini akan terlaksana...sama-sama kita berdoa yer..Insyaallah!

Nota Kaki : terima kasih kepada rakan-rakan yg sudi membaca blog aku ni sepanjang tahun 2012.



Popular Posts