PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Monday, September 29, 2014

Jemputan Majlis Aqiqah

Assalamualaikum..

Dengan segala hormatnya menjemput semua kawan-kawan bloggers ke Majlis Aqiqah anakanda hamba pada ketetapan berikut:




Ini peta rumah mertua saya..kalau ada kelapangan boleh datang yer..

#sayajualshaklee
ID:908112

Rose: 0122463137

Sunday, September 28, 2014

Muhammad Adam Rizqi

Assalamualaikum..

Inilah anakanda kesayangan hamba..

2 bulan

3 bulan

6 bulan



                    Dah pandai meniarap masa 4 bulan..skrg dah laju ke depan..semua benda nak dikutip makan..alahai anak..dh kenal mamanya..bila sy balik kerja..dia mula buat-buat nangis mintak sy ambik..bila tengok senyumannya itu..hati mama mula cair..hilang segala penat lelah..mama rindu adam setiap masa..


ID:908112
#sayajualshaklee

Rose : 0122463137

Sunday, September 21, 2014

Pulut Pagi

Assalamualaikum...

Pulut pagi kegemaran saya dan suami..dah tinggal kat Gua Musang ni pagi-pagi mmg banyak kuih muih yang sedap boleh dibeli..pelbagai pilihan yang ada..

Untuk kuih-muih biasa RM1=4biji..manakala harga pulut pagi ni lak RM1 untuk sebungkus...mmg sedap dan puas hati..


Seronok bila berada di negeri kelahiran..walaupun kadang kala rindu bertandang pada Putrajaya dan rumah Presint 18R13..namun demi suami dan anakanda tersayang..sila abaikan rindu tersebut...hihihi...

Tak sabar nk balik Kota Bharu cuti raya haji nnt..nak makan nasi tumpang dan roti titab...bestnya..next time sy tulis pasal nasi berkenaan tau..


ID : 908112
#sayajualshaklee


Thursday, September 18, 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum...

Jom sy perkenalkan anak saya..

Muhammad Adan Rizqi bin Mohd Aziman
Dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Tarikh 2 Mac 2014 pada Jam 3.14 pagi
Berat 2.6kg



Pada 1 Mac 2014, pukul 3 pagi saya sakit perut contraction...setiap 15minit..pada masa tu 38 minggu..mmg xjangka akan sakit di kala waktu tu..sy masih lagi bertahan..kekonon belum waktu nk bersalin..hihi..hinggakan kul 8.00 pagi saya ajak suami pergi sarapan kat luar dan pergi klinik...

Sempat mkn nasi lemak dlm keadaan sakit tu..pastu kul 10pg terus decide nk gi HRPZII..bila check masa tu dah 3cm...terus kena marah dgn nurse sbb lambat dtg..hahaha...tggu masuk wad 25..suami sudah siap sedia dengan semua pakaian sy dan bby..akhirnya sy berehat di dlm wad..

Jam 12 tengah malam..sakit contraction setiap 5 minit dan sy mintak nurse utk check bukaan..masa tu sy xleh nk duduk dan baring.sakit sgt2..dan bila check bukaan masa tu dah 4cm..nurse terus mintak sy telefon suami untuk bersedia di ruang tamu labor room..sy di tolak ke labor room dan terus dimasukkan air serta ubat..suami sy dipanggil untuk menemani..

Pada jam 2.50pg..sakitnya mmg dah xleh tahan lagi..bukaan 10cm..sy bertarung nyawa dengan suami disisi...at last sy kehabisan tenaga..doktor ambil keputusan untuk vacum kerana dengupan jantung bby makin lemah..suami lak diarahkan keluar..Alhamdulillah 3.14pg, 2 Mac 2014 lahirlah Muhammad Adam Riqzi bin Mohd Aziman

Kul 4.00 pg, Muhammad Adam Rizqi dimasukkan di dlm wad bby kerana tercedera ketika vacum..ada kesan merah skit di kepala..nasib sy kurang baik kerana xdapat nk peluk anak sendiri slps saat beliau dilahirkan..

Pada ptgnya..suami sy membawa sy tgk Adam..Alhamdulillah..sungguh indah kurniaan ALLAH..sy menangis di dalam hati..Syukur padaMU Ya ALLAH..setelah 2hari berada di dalam wad..kami dibenarkan keluar..

Kenangan bersalin anak pertama yang akan dikenang seumur hidup..Insyaallah ada rezeki boleh tambah lagi..hihihi...

ID : 908112
#sayajualshaklee


Monday, September 15, 2014

Hipertiroidisme dan Shaklee

Assalamualaikum...

Saya adalah pesakit hipertiroidisme..Hipertiroidisme (tiroid terlalu aktif) adalah suatu keadaan di mana kelenjar tiroid anda menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin

Simptom: -
  1. Kehilangan berat badan secara tiba-tiba, walaupun selera makan dan diet anda masih normal atau bahkan meningkatkan.
  2. Degupan jantung yang pantas (tachycardia), rentak jantung yang tidak tetap (aritmia) atau berdebar-debar hati (berdebar-debar).
  3. Peningkatan selera makan.
  4. Gegaran
  5. Perubahan dalam corak haid
  6. Pembesaran kelenjar tiroid (goiter)
Beberapa jenis makanan yang saya amalkan untuk mengatasi masalah ini adalah :

1. Makanan yang kaya dengan kalsium seperti dengan susu rendah lemak, brokoli mmg kesukaan, bayam, sayuran hijau, kacang, almond...namun..dalam keadaan anak kecil Adam Rizqi yang comey tu..sy mengalami kesukaran nk amalkan makanan tersebut..so penyelesaiannya adalah dengan pengambilan OsteMatrix Shaklee sebanyak 4biji sebelum tido...selesai masalah dan ianya sgt senang..hihi..

2. Makanan yang kaya dengan Vitamin D adalah seperti sereal dan minyak ikan kod. Penyelesaian saya yang senang dan cepat adalah dengan memakan 2biji Omega Guard Shaklee setiap hari...

3. Makanan kaya dengan antioksidan. Nutrisi yang kaya dengan anti oksidan adalah seperti beta karotin, vitamin C dan E terutamanya buah plum, beri, ceri dan tomato..susah nk beli buah-buahan mcm ni kat Gua Musang ni..senang-senang..sy telan je sebiji Vitamin C Shaklee..bagus juga untuk mengelak daripada terkena selsema kan..

4. Makanan yang kaya dengan zinc yang boleh membantu ketahanan sistem tubuh dan juga untuk penyembuhan luka..zinc byk di almond, walnut, kacang, sereal dan bijian..alaaa..lagi senang..telan je sebiji Zinc Shaklee setiap pagi..

5. Ikan..biasa mmg sy memilih ikan untuk makanan setiap hari..xde masalah sbb ikan mmg senang nak dapat kan..

Vitamin Shaklee dah melengkap hidup saya sebagai pesakit hipetiroidisme ni..xperlu nak bersusah payah bagai untuk amalan pemakanan..Amalkan vitamin shaklee mcm sy ni jela..senang dan cepat..kita pun sihat..

Alhamdulillah..sehingga kini kalau pegi buat ujian T3 dan T4 di Hospital Putrajaya kandungan darah sy adalah diparas normal dan tidak memerlukan pemakanan ubat untuk kawalan hormon tiroksin..

#sayajualshaklee
#ID:908112


Sunday, September 14, 2014

Vitamins Sepanjang Proses Kehamilan

Assalamualaikum...

Sepanjang proses kehamilan mmg betul-betul mengujakan..yang pertamanya sebab duk berjauhan dengan suami...muntah di waktu pagi..pegi buka buku pink pun sorang...pegi check-up pun sorang...tapi bagi saya itu tak menjadi masalah..sy dah biasa..cuma bila dah bersuami ni kena bgtau suami jela kalau nak ke mana-mana..

Untuk betul-betul sihat dan bertenaga terutamanya suami xde bila sakit..susah gak kalau nk mintak tlg orng lain kan..so sy amalkan makan vitamin Shaklee..

1. B-Complex - lps sarapan sy makan sebiji..Antara kebaikan B-Complex adalah untuk penghasilan tenaga dan mengelakkan kemurungan serta stress..selain tu ianya bertindak untuk membantu mengekalkan tisu otak yg sihat dan membantu mengatasi keletihan serta diperlukan untuk pembentukan darah.

2. Vitamin C - sebiji selepas makan tengahari. Kandungan vitamin C sebanyak 500mg bersamaan dengan setengah biji oren..bagus untuk pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel dan mencegah daripada sebarang jenis penyakit..bagus juga utk kulit bayi.. Mak saya cakap kulit Adam mmg putih dan cantik..Sepanjang kehamilan sy mmg xpernah demam atau selsema..memula peknen dulu ada sekali demam dan nk bersalin sekali lagi demam..demam panas-panas suam je pun..stil lagi boleh ke sana ke mari..hihi....demam itu petanda 'mengandung' dan 'nk bersalin'..

3. Omega Guard - 2 biji selepas makan tengahari..lepas telan vitamin C..Omega Guard daripada minyak ikan ni membantu untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan dan mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang...Adam bukan main lagi cerdik..xpadan dengan umur 6bulan..

4. Ostematrix - 4 biji sebelum tido untuk proses pembentukan tulang dan gigi..penting sgt2..kalau xcukup kalsium..gigi ibu senang rapuh dan time ni ler..kita mudah sakit gigi..kalsium jugak diperlukan untuk proses pembentukan tulang-tulang bayi..so untuk anak..kita perlu mkn kalsium..maklum pun tau..makanan harian kita mmg xckup kalsium..Ostematrix adalah sebagai tambahan..Pengalaman sy sndiri..Ostematrix ni mencegah saya daripada sembelit dan sakit pinggang...Alhamdulillah..sepanjang peknen..ada sekali sekala je sakit pinggang..itu normal bila dh 9bulan kan...awal2 peknen mmg xde pun sakit pinggang..

Sepanjang 38minggu mengandung..sy mmg xpernah ambil ubat drp klinik..Suami saya pun menyokong pengambilan vitamin Shaklee ni..Alhamdulillah..anak sy dilahirkan sihat walafiat dengan sempurna sifatnya...Syukur sgt2 dengan kelahiran anak tersayang..!!

#sayajualShaklee
#ID:908112

Tuesday, September 9, 2014

Usaha saya...

Assalamualaikum...

Hari ni saya nk membebel banyak skit...ini berkenaan kenyataan yang tersebar di laman sosial yang menyatakan GLA Complex penyebab fibroid tu...saya bukannya nk memihak kepada sesiapa..namun hakikatnya..jgn menabur fitnah dengan menyebarkan berita-berita yang tak pasti..kalau kita dh dpt sesuatu maklumat..jgn sebarkan..nnt bertambah-tambah dosa fitnah kita tu..itu bahayanya laman sosial ni..

Dan, kalau kita rasa was-was dgn produk tu..diam diri je..xperlu nk mkn...bila dh dptkan kesahihan yg jelas..kita nk continue or not..terpulang pada diri masing-masing..

GLA Complex hanyalah 0.1% usaha kita untuk ke arah kesihatan yang baik..usaha utk beroleh anak..yang menentukan sakit atau sihat kita tu hanya ALLAH Yang Maha Berkuasa..manusia skrg dh lupa dan alpa...sakit je nk salahkan orang lain..langsung tidak melihat diri sendiri..kaji dulu diri sendiri..mesti ada silap yang kita dah buat dan ALLAH bagi kita sakit sebagai tanda peringatan padaNYA...

Untuk beroleh anak..kita bukannya percaya 100% pada suplementary atau vitamin..usaha adalah yang terbaik...suami isteri kena redha dan ikhlas untuk mendapatkan zuriat..pasang niat yang baik-baik..sebelum kawin..sy dah mintak izin dgn suami utk dapatkan anak secepat mungkin..Alhamdulillah dgn niat dan doa yang berterusan..ALLAH makbulkan doa saya..Syukur sangat2 kerana saya bunting pelamin...

Rezeki kawin sy mmg lambat namun rezeki anak sy mmg cpt..itu perancangan ALLAH..kita hanyalah berusaha dengan sebaik dan seikhlas mungkin..setiap perjalanan hidup kita mesti ada pro and contra..tapi jgn salahkan orang lain..doa tanpa putus asa adalah yang terbaik..rezeki anak lambat mungkin juga ada hikmatnya..kita kaji semula..mungkin kita belum bersedia memikul tanggungjwb berkenaan..mungkin juga kita suami isteri tidak ikhlas dgn perasaan sndiri..atau pun..itu satu ujian ALLAH untuk kita..berusahalah untuk berprasangka baik dengan ALLAH dan manusia disekeliling kita...

Antara amalan yang saya buat sebelum mengandung :
1. Sy mkn Collegen Powder Shaklee
2. Sy mkn GLA Complex Shaklee
3. Doa tanpa putus asa
4. Byk membaca Al-Quran
5. Xmkn benda2 tajam seperti air tebu, tapai dan ikan keli
6. Memakan benda2 yang baik utk kesihatan

Usaha dan tawakkal kepada ALLAH...Insyaallah moga diperkenankan...!!


#sayasukashaklee
#sayapengedarshaklee
#ID:908112

Monday, September 8, 2014

GLA Complex dan Baby

Assalamulaikum...

6 bulan sebelum kawin..sy mula mkn GLA Complex..(my bff, Aainaa bagi percuma sebotol utk sy)..pada masa tu sy dh mintak kebenaran drp bakal suami..sebabnya..saya nk bby after kawin..xnak tggu lama-lama...hihi...sebab apa sy mkn GLA Complex??ini adalah kerana..sy xtau sistem tubuh sy camner..al-maklum le..umur pun dah 32tahun...daripada pembacaan pun ada menyatakan bahawa pada umur 30 lebih ni tahap kesuburan makin berkurang...so sy tawakal dan berusaha moga-moga beroleh kejayaan dengan usaha yg sedikit ini..

Sebulan selepas kawin...Alhamdulillah..sy disahkan peknen..hanya ALLAH sahaja yang tau..betapa gembiranya sy dan suami..

Anugerah yang tidak ternilai..


Jumpa suami amat jarang..kadang2 seminggu sekali ataupun 2minggu sekali..duk berjauhan mmg menguji tahap kesabaran..namun sy tetap kuatkan semangat demi anak tersayang..

Esok sy akan ceritakan vitamin-vitamin yg sy mkn sepanjang kehamilan...

Thursday, September 4, 2014

Latihan Fire Drill Wisma GM

Assalamualaikum..

Sebulan berada di pejabat baru..diadakan lak latihan kebakaran..dengan keadaan saya yg mak yong..nasib baik bangunan 3 tingkat je..ofis sy berada di tingkat 2..staff bangunan pun xdela ramai berlumba-lumba nk turun tangga..




Teringat latihan fire drill di KKLW Putrajaya...mmg sgt haru biru gak..dengan bau asap dan kena turun drp aras 19...mau pancit kejap..


Rindu pada KKLW..!!

Wednesday, September 3, 2014

Congo bar dan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum..

Ini cerita lama...tapi sy suka jugak nk cerita kat sini..kat Gua Musang mmg xde stokis Shaklee..memula pindah sini..vitamin yang sy consumer setiap hari perlu ditambah stok..masa tu sy kan 'mak yong'...hihihi..so solutions..sy mintak kawan baik sy iaitu Aainaa Nadirah untuk pos ke Gua Musang..

Tiba hari berkenaan...muncul ler bungkusan ini...alahai..kenapa lak bungkusnya besar sgt??padahal beli vitamin 2 botol je...

Buka....terus berbau wangi...Idaman kalbu kekonon mengidam ler..Aainaa dengan ikhlas telah poskan saya Congo Bar...mmg sgt terharu waktu tu...kawan baik yg sentiasa ingat pada saya...




Sgt sedap hingga saya kedekut nak berkongsi dengan orang lain..sekarang Aainaa bercuti seketika daripada baking...dia lak menjadi 'mak yong'...hihi...

Monday, February 17, 2014

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis....Tak tau duit pergi mana.
Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah. Nauzubillah..




Thursday, January 23, 2014

Indahnya seorang wanita..

Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit. 

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!

Mother's Love



Popular Posts