PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, September 18, 2014

Anugerah Terindah

Assalamualaikum...

Jom sy perkenalkan anak saya..

Muhammad Adan Rizqi bin Mohd Aziman
Dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Tarikh 2 Mac 2014 pada Jam 3.14 pagi
Berat 2.6kg



Pada 1 Mac 2014, pukul 3 pagi saya sakit perut contraction...setiap 15minit..pada masa tu 38 minggu..mmg xjangka akan sakit di kala waktu tu..sy masih lagi bertahan..kekonon belum waktu nk bersalin..hihi..hinggakan kul 8.00 pagi saya ajak suami pergi sarapan kat luar dan pergi klinik...

Sempat mkn nasi lemak dlm keadaan sakit tu..pastu kul 10pg terus decide nk gi HRPZII..bila check masa tu dah 3cm...terus kena marah dgn nurse sbb lambat dtg..hahaha...tggu masuk wad 25..suami sudah siap sedia dengan semua pakaian sy dan bby..akhirnya sy berehat di dlm wad..

Jam 12 tengah malam..sakit contraction setiap 5 minit dan sy mintak nurse utk check bukaan..masa tu sy xleh nk duduk dan baring.sakit sgt2..dan bila check bukaan masa tu dah 4cm..nurse terus mintak sy telefon suami untuk bersedia di ruang tamu labor room..sy di tolak ke labor room dan terus dimasukkan air serta ubat..suami sy dipanggil untuk menemani..

Pada jam 2.50pg..sakitnya mmg dah xleh tahan lagi..bukaan 10cm..sy bertarung nyawa dengan suami disisi...at last sy kehabisan tenaga..doktor ambil keputusan untuk vacum kerana dengupan jantung bby makin lemah..suami lak diarahkan keluar..Alhamdulillah 3.14pg, 2 Mac 2014 lahirlah Muhammad Adam Riqzi bin Mohd Aziman

Kul 4.00 pg, Muhammad Adam Rizqi dimasukkan di dlm wad bby kerana tercedera ketika vacum..ada kesan merah skit di kepala..nasib sy kurang baik kerana xdapat nk peluk anak sendiri slps saat beliau dilahirkan..

Pada ptgnya..suami sy membawa sy tgk Adam..Alhamdulillah..sungguh indah kurniaan ALLAH..sy menangis di dalam hati..Syukur padaMU Ya ALLAH..setelah 2hari berada di dalam wad..kami dibenarkan keluar..

Kenangan bersalin anak pertama yang akan dikenang seumur hidup..Insyaallah ada rezeki boleh tambah lagi..hihihi...

ID : 908112
#sayajualshaklee


No comments:

Post a Comment

Popular Posts