PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, January 28, 2011

Huhuhu..Balik Kampung!

Assalamualaikum..
Bunyinya mcm dh lama sgt tak balik kampung yer..
Mmg lama pun..
Last balik ms raya haji bulan 10 hari tu..dah 3bulan xbalik
Rindu kt abah, mak, adik-adik dan anak buahku itu..

Hari ini, Jumaat dtg keje mcm biasa
Planning..tghari nk balik umah..ambik brg2..dan menuju ke Pantai Dalam untuk fetch adik aku dan nunang dia..check kete dan kalu sempat gi klinik kt situ utk ambik ubt batuk..dh xtahan rasanya batuk aku ni.. Kalu dikaji wah ayat giler maut skema huhu..mmg aku dh lama sgt xkena penyakit batuk ni..thn lepas langsung xkena sbb aku sgt tidak suka dgn ubat batuk...Ubat batuk yg biasa aku telan ialah Woods..yg lain nehi he..xsanggup!

Berbalik kpd citer td..pas dh ambik ubt then terus bertolak balik ke kampung..Secara tentatifnya nk bergerak pas solat jumaat dan paling lewat ialah jam 3 petang..Dalam jadual awl minggu ni ialah nk balik hari sabtu pagi sbb mlm ni aku nk jumpa incik MSA..Tujuannya ialah bukan date yer sbb nk bg karpet lama umh aku yg tidak digunakan lagi..Drp duk buang tu baik sedekah kpd umh MSA..huhuhu..baik tak aku ni??.. Disebabkan si nunang adik aku tu nk balik hari gak..ermmm..ikut jela..cancel nk jumpa MSA..pas balik kg nnt ler bagi karpet tu..

Alaa..kalau smpai kg nnt..pejam celik, duk seminggu then mula la rasa xnak balik sini..haha..Tak sabau rasanya nk balik kampung..Pasir Mas, tggukan kehadiranku..!

Nota: sila jgn kirim apa2 utk sy bwk balik nnt..haha..


Thursday, January 27, 2011

Tempahan ke-2 McTiey

Assalamualaikum...
Baju ke-2 yg dihantar PA bos, McTiey
Hari isnin hantar dan khamis nak..
So sy just ambik ms 2 hari utk siapkan jahitan manik 
Mmg sgt rushing sbb beliau nk pakai utk kenduri hujung minggu ni.. 
Permintaannya adalah manik tabur dan bling-bling lebih drp K.Zana..hihi..Kak Zana ialah ofismate sy yg tempah sebelum ni.. 

Jom lihat gambor yer.. 



For more picture..boleh ke SINI

p/s: customer suka..sy pun suka!hihi...
 

Wednesday, January 26, 2011

Tempahan Jahit Manik drp McTiey

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni dtg drp PA SUB, McTiey..
Baju dihantar pada hari Rabu minggu lepas dan semlm baru siap..
It took 6 days to finished..nape lama sgt?
Sebabnya..
1st on friday-sunday sy demam..mmg xde mood nk menjahit
2nd keabisan stok manik dan semlm baru sempat membeli

 


Nak tau lebih lanjut..sila ke blog INI..

Nota: ada 2 baju customers lagi yg harus dijahit..

Tuesday, January 25, 2011

Malam Gemilang KKLW Part 2




 Majlis: Malam Gemilang KKLW 2010
Tempat: Palace of The Golden Horses Hotel
Tarikh: 19 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 Malam

Malas nk citer byk2..layan je gambor ni..

The Menu
Makanan yg sy mkn.. 
Buku Aturcara
Antara kawan-kawan yg hadir bersama
The cutleries 
Azlina Aziz 
Pencuci Mulut..best laa..sago dgn ais-krim
The Hotel's Name 
Dengan Nash 
The Table 
Gumbira..! 
The Reception
Mercu Hotel
Berfikir seketika!

Friday, January 21, 2011

Demam..

Assalamualaikum..
Hari Jumaat yg sgt tidak menyenangkan..


Sebabnya aku demam..
Bangun pagi td, tekak terasa perit dan pedih..mulut rasa payau, sakit kepala dan badan sedikit panas..
Datang jugak ke ofis sbb petang ni kekononnya aku ditugaskan utk ambik minit mesyuarat bahagian..
But lastly xjadi sebab org yg sepatutnya xjadi gi mesyuarat MBJ
Alhamdulillah..next nnt baru turn aku

Tengahari ni gi Mines je kejap..
Beli air 100Plus, Cool Rhino O2, dan buah orange
Aku amat bermasalah kalu demam ni..kena minum air byk2 sbb xleh nk mkn ubat..sengsara la beb..!
Pastu nk elakkan perut masuk angin, aku telah jugak bubur ayam Mc D

pic drp mr.google
Nak termuntah utk abiskan mangkuk kecik bubur tu..
Kepala pun masih ting-tong lagi ni..
Hopefully mesyuarat petang ni kejap jer..
Kalau ikutkan hati malas je nk masuk mesyuarat dan nak balik tido kat umah
Tapi apakan daya..
'Saya Yang Menurut Perintah'


Malam Gemilang KKLW 2010 Part 1

Majlis: Malam Gemilang KKLW 2010
Tempat: Palace of The Golden Horses Hotel
Tarikh: 19 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 Malam
Tetamu terhormat
Makanan - Malay set
Minuman - Fruit Punch
Antara warga KKLW yg hadir
Antara artis jemputan - Nash           
My officer dan K.Zana
Ruang legar hotel
Pasu Besar
Aksi terlampau..haha
 Komen: makanan kurang sedap utk tekak sy ler..waiter yg served pun bad service..nasib baik artis yg dtg best..sy sedih sbb tidak bertuah pada malam tu..nantikan gambar lain yg akan diupload nnt using my camera lak..hari ni xbwk kabel lor.. .

Monday, January 17, 2011

Tempahan Manik..

Assalamualaikum..
Lama juga tak update untuk jahitan manik..
Kali ni sy jahit manik untuk kwn ofis, Kak Zana
Baju kurung pahang kain batik indonesia.. 

Hasilnya..

jeng..

jeng..

jeng..
  

Alhamdulillah..tuan punya baju amat gembira sekali
Sy pun suka corak ni..ringkas tp nampak ekslusif 
Baju sy sendiri pun xde corak ni tau!hihi.. 

Baju kedua ialah baju sy sendiri..
Jahitan sy kali ni agak 'tamak' dan 'giler' skit
Giler nk bling-bling..hihihi..
Nampak mcm crowded tp realitinya mmg cantik..
Sy je yg xpandai nk ambik gambor sebenarnya..
Xreti nk ambik angles yg sesuai..

Jom kita lihat hasilnya..

Guna sequin bunga


Nak tau lebih lanjut dan nak tengok gambar lagi..sila ke BLOG INI..

Nota: gambar xcantik sgt sbb guna hp..kamera kehabisan bateri..hihi.. 

Thursday, January 13, 2011

Nilai 3


Assalamualaikum..
Dah lama nk buat entri ni..tp asyik kebizian buat entry lain dulu..hihi
Semlm agak ber'dooh' skit sbb 4 entri sekali..
Tetiba hari ni kebuntuan lak..

Nevermind..meh aku citer psl weekend last week aku, adik dan tunangnya gi Nilai 3
Ini gara-gara adik aku tu nak cari baju buat nikah
Before ni dia dah gi survey kt Jakel..harga dlm RM400 ke atas
Mak aih..sgt mahal..dan mcm membazir lak..
Pastu kt Semua House pun harga dalam RM280..baju dan corak yg sama mcm kat Jekal

Lastly, try gi Nilai 3 lak..lagipun xjauh pun drp Putrajaya ni..
Semua kedai baju kami pergi..penat gak berjalan
Adik aku tu mmg xreti nak penat..mmg dia suka berjalan
Semua kedai letak harga dlm RM280 - RM330..mmg xleh nk murah lagi
Akhirnya, kedai FIONA..bg harga RM200 termasuk kain baju Melayu lelaki..
Itu dah murah..tanpa berlengah lagi..mmg beli kt situ jela
Ms bayar tu..sempat lagi tunang adik aku tu 'jek-jek' skit taukeh kedai tu
Hihihi..dpt lagi diskaun RM10..so harganya RM190..
Alhamdulillah..dpt harga yg berbaloi dgn corak baju yg terkini..

Kalau membeli kt Nilai ni kena survey semua kedai..
Sebab berlainan kedai mmg letak harga yg berlainan..
Cuma kena rajin berjalan jela sbb area'nya sgt luas..
Satu lagi..mmg kena pandai tawar-menawar..kalau tak dpt harga mahal..

Apa yg aku kurang puas hati ialah..semua pekerja adalah Bangla
Alahai..ckp diorg pun kurang faham..
Dah xde rakyat tempatan ke yg nak keje situ?ataupun mmg taukeh kedai-kedai kt situ Bangla??
Ermmm..kurang mengerti!

Wednesday, January 12, 2011

My 'not so' Bashful Birthday!!




Penganjur : The Khalifah's
Penge'tag : Pn. Emme ngek..hihi

Okeh GA ni sempena birthday The Khalifah's on January, details as follow:

1. Title Post : My 'not so' Bashful Birthday!!
2. Jadi follower the Khalifah's
3. Letak gambar birthday kamu (owner blog). xbleh gambar birthday org lain tau.. xkesah la gambar tahun bile..
4. letak link post kamu dekat comment post ini..
5. tag 3 org kawan kamu, nak tag lebih pon boleh..
6. tarikh tutup 14 Jan 2011

*******************************
- Dah folo nombor 23

Gambar yang dipertaruhkan adalah gambar di bawah ni 


Birthday aku pada April 2008..Masa ni dpt suprise birthday cake from my ex-officer, Puan Khairolin..
Tak sangka walaupun beliau dan berpindah ke N9, sanggup drop by jap bg kek..sgt terharu..!
Terima kasih Puan K..hihi..Tgk la pisau potong kek tu..nampak mcm nk bunuh org je kan!!

Kwn yg ditag:
1.  Aainaa
3. Aza


Lipas..

Assalamualaikum..
Pepagi td dah buat entri ni..tp bila difikirkan..xpela kejap lagi aku publish..nk gi lawat kawan2 dulu..
Kisahnya semlm kes ada org jumpa anak mr.cockroach dalam sambal nasi lemak..
Dah ler area MIECC ni kedai HXX'S CAFE tu ler tempat yg pagi2 buka..
Nk harapkan kedai BIG J tu lambat sikit dibuka..
Kalu lambat kan nnt singa melalak cari anak buah..susah lak!

Kepada Pn. Emme..sila take note yer..!
Kami di KKLW dh pulaukan kedai itu..
Diorg lupa kot, ramai gomen staff mkn kt situ..
Abisla kena serbu dgn KKM nnt kalau ada yg buat report
Sepatutnya kedai tu pentingkan kebersihan..
Nak bg org mkn..byr laa..bkn percuma!

Inilah buktinya..uwawawa..mau meraung kalu aku yg terkena!
Dah la semlm aku pun mkn ns lemak sambal yg sama jugak..
Nasib baik aku tak kena keracunan or cirit-birit..Alhamdulillah!
Mmg pasni kena bwk bekal dtg ofis
  

Pagi td ms bekfes, ada lak incik lipas ni merayau-rayau cuci mata kt pantry ofis aku..
Dah xnak hidup lama gamaknya..


Xde lak dia dtg dekat dgn aku..kalau tak mmg dah arwah aku pijak!
Giler zalim..hahaha
Lipas ni spesis binatang yg paling kotor, mmg boleh keracunan nnt..
Bahaya betul..

Ms duk jalan-jalan bc blog kwn2..jumpa lak incik SOP kita ni yg terminum air lipas..
Nak tau kisah lanjut sila ke blog beliau yer..
Semlm dan hari ni..lipas je yg duk melintas dlm kepala otak..
Mau taknya..tekak aku kembang jer..
Xmau mkn kt kedai..
Sanggup masak ns dgn ikan bilis goreng la kalu camni..

Namun yang pasti mr. crockroach ini sgt comel..hihi




Popular Posts