PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, January 28, 2011

Huhuhu..Balik Kampung!

Assalamualaikum..
Bunyinya mcm dh lama sgt tak balik kampung yer..
Mmg lama pun..
Last balik ms raya haji bulan 10 hari tu..dah 3bulan xbalik
Rindu kt abah, mak, adik-adik dan anak buahku itu..

Hari ini, Jumaat dtg keje mcm biasa
Planning..tghari nk balik umah..ambik brg2..dan menuju ke Pantai Dalam untuk fetch adik aku dan nunang dia..check kete dan kalu sempat gi klinik kt situ utk ambik ubt batuk..dh xtahan rasanya batuk aku ni.. Kalu dikaji wah ayat giler maut skema huhu..mmg aku dh lama sgt xkena penyakit batuk ni..thn lepas langsung xkena sbb aku sgt tidak suka dgn ubat batuk...Ubat batuk yg biasa aku telan ialah Woods..yg lain nehi he..xsanggup!

Berbalik kpd citer td..pas dh ambik ubt then terus bertolak balik ke kampung..Secara tentatifnya nk bergerak pas solat jumaat dan paling lewat ialah jam 3 petang..Dalam jadual awl minggu ni ialah nk balik hari sabtu pagi sbb mlm ni aku nk jumpa incik MSA..Tujuannya ialah bukan date yer sbb nk bg karpet lama umh aku yg tidak digunakan lagi..Drp duk buang tu baik sedekah kpd umh MSA..huhuhu..baik tak aku ni??.. Disebabkan si nunang adik aku tu nk balik hari gak..ermmm..ikut jela..cancel nk jumpa MSA..pas balik kg nnt ler bagi karpet tu..

Alaa..kalau smpai kg nnt..pejam celik, duk seminggu then mula la rasa xnak balik sini..haha..Tak sabau rasanya nk balik kampung..Pasir Mas, tggukan kehadiranku..!

Nota: sila jgn kirim apa2 utk sy bwk balik nnt..haha..


Thursday, January 27, 2011

Tempahan ke-2 McTiey

Assalamualaikum...
Baju ke-2 yg dihantar PA bos, McTiey
Hari isnin hantar dan khamis nak..
So sy just ambik ms 2 hari utk siapkan jahitan manik 
Mmg sgt rushing sbb beliau nk pakai utk kenduri hujung minggu ni.. 
Permintaannya adalah manik tabur dan bling-bling lebih drp K.Zana..hihi..Kak Zana ialah ofismate sy yg tempah sebelum ni.. 

Jom lihat gambor yer.. 



For more picture..boleh ke SINI

p/s: customer suka..sy pun suka!hihi...
 

Wednesday, January 26, 2011

Tempahan Jahit Manik drp McTiey

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni dtg drp PA SUB, McTiey..
Baju dihantar pada hari Rabu minggu lepas dan semlm baru siap..
It took 6 days to finished..nape lama sgt?
Sebabnya..
1st on friday-sunday sy demam..mmg xde mood nk menjahit
2nd keabisan stok manik dan semlm baru sempat membeli

 


Nak tau lebih lanjut..sila ke blog INI..

Nota: ada 2 baju customers lagi yg harus dijahit..

Tuesday, January 25, 2011

Malam Gemilang KKLW Part 2




 Majlis: Malam Gemilang KKLW 2010
Tempat: Palace of The Golden Horses Hotel
Tarikh: 19 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 Malam

Malas nk citer byk2..layan je gambor ni..

The Menu
Makanan yg sy mkn.. 
Buku Aturcara
Antara kawan-kawan yg hadir bersama
The cutleries 
Azlina Aziz 
Pencuci Mulut..best laa..sago dgn ais-krim
The Hotel's Name 
Dengan Nash 
The Table 
Gumbira..! 
The Reception
Mercu Hotel
Berfikir seketika!

Friday, January 21, 2011

Demam..

Assalamualaikum..
Hari Jumaat yg sgt tidak menyenangkan..


Sebabnya aku demam..
Bangun pagi td, tekak terasa perit dan pedih..mulut rasa payau, sakit kepala dan badan sedikit panas..
Datang jugak ke ofis sbb petang ni kekononnya aku ditugaskan utk ambik minit mesyuarat bahagian..
But lastly xjadi sebab org yg sepatutnya xjadi gi mesyuarat MBJ
Alhamdulillah..next nnt baru turn aku

Tengahari ni gi Mines je kejap..
Beli air 100Plus, Cool Rhino O2, dan buah orange
Aku amat bermasalah kalu demam ni..kena minum air byk2 sbb xleh nk mkn ubat..sengsara la beb..!
Pastu nk elakkan perut masuk angin, aku telah jugak bubur ayam Mc D

pic drp mr.google
Nak termuntah utk abiskan mangkuk kecik bubur tu..
Kepala pun masih ting-tong lagi ni..
Hopefully mesyuarat petang ni kejap jer..
Kalau ikutkan hati malas je nk masuk mesyuarat dan nak balik tido kat umah
Tapi apakan daya..
'Saya Yang Menurut Perintah'


Malam Gemilang KKLW 2010 Part 1

Majlis: Malam Gemilang KKLW 2010
Tempat: Palace of The Golden Horses Hotel
Tarikh: 19 Januari 2010 (Rabu)
Masa: 8.00 Malam
Tetamu terhormat
Makanan - Malay set
Minuman - Fruit Punch
Antara warga KKLW yg hadir
Antara artis jemputan - Nash           
My officer dan K.Zana
Ruang legar hotel
Pasu Besar
Aksi terlampau..haha
 Komen: makanan kurang sedap utk tekak sy ler..waiter yg served pun bad service..nasib baik artis yg dtg best..sy sedih sbb tidak bertuah pada malam tu..nantikan gambar lain yg akan diupload nnt using my camera lak..hari ni xbwk kabel lor.. .

Monday, January 17, 2011

Tempahan Manik..

Assalamualaikum..
Lama juga tak update untuk jahitan manik..
Kali ni sy jahit manik untuk kwn ofis, Kak Zana
Baju kurung pahang kain batik indonesia.. 

Hasilnya..

jeng..

jeng..

jeng..
  

Alhamdulillah..tuan punya baju amat gembira sekali
Sy pun suka corak ni..ringkas tp nampak ekslusif 
Baju sy sendiri pun xde corak ni tau!hihi.. 

Baju kedua ialah baju sy sendiri..
Jahitan sy kali ni agak 'tamak' dan 'giler' skit
Giler nk bling-bling..hihihi..
Nampak mcm crowded tp realitinya mmg cantik..
Sy je yg xpandai nk ambik gambor sebenarnya..
Xreti nk ambik angles yg sesuai..

Jom kita lihat hasilnya..

Guna sequin bunga


Nak tau lebih lanjut dan nak tengok gambar lagi..sila ke BLOG INI..

Nota: gambar xcantik sgt sbb guna hp..kamera kehabisan bateri..hihi.. 

Thursday, January 13, 2011

Nilai 3


Assalamualaikum..
Dah lama nk buat entri ni..tp asyik kebizian buat entry lain dulu..hihi
Semlm agak ber'dooh' skit sbb 4 entri sekali..
Tetiba hari ni kebuntuan lak..

Nevermind..meh aku citer psl weekend last week aku, adik dan tunangnya gi Nilai 3
Ini gara-gara adik aku tu nak cari baju buat nikah
Before ni dia dah gi survey kt Jakel..harga dlm RM400 ke atas
Mak aih..sgt mahal..dan mcm membazir lak..
Pastu kt Semua House pun harga dalam RM280..baju dan corak yg sama mcm kat Jekal

Lastly, try gi Nilai 3 lak..lagipun xjauh pun drp Putrajaya ni..
Semua kedai baju kami pergi..penat gak berjalan
Adik aku tu mmg xreti nak penat..mmg dia suka berjalan
Semua kedai letak harga dlm RM280 - RM330..mmg xleh nk murah lagi
Akhirnya, kedai FIONA..bg harga RM200 termasuk kain baju Melayu lelaki..
Itu dah murah..tanpa berlengah lagi..mmg beli kt situ jela
Ms bayar tu..sempat lagi tunang adik aku tu 'jek-jek' skit taukeh kedai tu
Hihihi..dpt lagi diskaun RM10..so harganya RM190..
Alhamdulillah..dpt harga yg berbaloi dgn corak baju yg terkini..

Kalau membeli kt Nilai ni kena survey semua kedai..
Sebab berlainan kedai mmg letak harga yg berlainan..
Cuma kena rajin berjalan jela sbb area'nya sgt luas..
Satu lagi..mmg kena pandai tawar-menawar..kalau tak dpt harga mahal..

Apa yg aku kurang puas hati ialah..semua pekerja adalah Bangla
Alahai..ckp diorg pun kurang faham..
Dah xde rakyat tempatan ke yg nak keje situ?ataupun mmg taukeh kedai-kedai kt situ Bangla??
Ermmm..kurang mengerti!

Wednesday, January 12, 2011

My 'not so' Bashful Birthday!!




Penganjur : The Khalifah's
Penge'tag : Pn. Emme ngek..hihi

Okeh GA ni sempena birthday The Khalifah's on January, details as follow:

1. Title Post : My 'not so' Bashful Birthday!!
2. Jadi follower the Khalifah's
3. Letak gambar birthday kamu (owner blog). xbleh gambar birthday org lain tau.. xkesah la gambar tahun bile..
4. letak link post kamu dekat comment post ini..
5. tag 3 org kawan kamu, nak tag lebih pon boleh..
6. tarikh tutup 14 Jan 2011

*******************************
- Dah folo nombor 23

Gambar yang dipertaruhkan adalah gambar di bawah ni 


Birthday aku pada April 2008..Masa ni dpt suprise birthday cake from my ex-officer, Puan Khairolin..
Tak sangka walaupun beliau dan berpindah ke N9, sanggup drop by jap bg kek..sgt terharu..!
Terima kasih Puan K..hihi..Tgk la pisau potong kek tu..nampak mcm nk bunuh org je kan!!

Kwn yg ditag:
1.  Aainaa
3. Aza


Lipas..

Assalamualaikum..
Pepagi td dah buat entri ni..tp bila difikirkan..xpela kejap lagi aku publish..nk gi lawat kawan2 dulu..
Kisahnya semlm kes ada org jumpa anak mr.cockroach dalam sambal nasi lemak..
Dah ler area MIECC ni kedai HXX'S CAFE tu ler tempat yg pagi2 buka..
Nk harapkan kedai BIG J tu lambat sikit dibuka..
Kalu lambat kan nnt singa melalak cari anak buah..susah lak!

Kepada Pn. Emme..sila take note yer..!
Kami di KKLW dh pulaukan kedai itu..
Diorg lupa kot, ramai gomen staff mkn kt situ..
Abisla kena serbu dgn KKM nnt kalau ada yg buat report
Sepatutnya kedai tu pentingkan kebersihan..
Nak bg org mkn..byr laa..bkn percuma!

Inilah buktinya..uwawawa..mau meraung kalu aku yg terkena!
Dah la semlm aku pun mkn ns lemak sambal yg sama jugak..
Nasib baik aku tak kena keracunan or cirit-birit..Alhamdulillah!
Mmg pasni kena bwk bekal dtg ofis
  

Pagi td ms bekfes, ada lak incik lipas ni merayau-rayau cuci mata kt pantry ofis aku..
Dah xnak hidup lama gamaknya..


Xde lak dia dtg dekat dgn aku..kalau tak mmg dah arwah aku pijak!
Giler zalim..hahaha
Lipas ni spesis binatang yg paling kotor, mmg boleh keracunan nnt..
Bahaya betul..

Ms duk jalan-jalan bc blog kwn2..jumpa lak incik SOP kita ni yg terminum air lipas..
Nak tau kisah lanjut sila ke blog beliau yer..
Semlm dan hari ni..lipas je yg duk melintas dlm kepala otak..
Mau taknya..tekak aku kembang jer..
Xmau mkn kt kedai..
Sanggup masak ns dgn ikan bilis goreng la kalu camni..

Namun yang pasti mr. crockroach ini sgt comel..hihi




Nilai Blogku..

Assalamualaikum..
Pagi ni duk terjah-terjah blog kwn-kwn..then terlihat sesuatu yg menarik 
Kredit kepada Teratak Impian Ibu..hihi
Tetiba nk buat gak valuation utk my hippo ni..


Hihihi..rupanya bernilai jugak yer blog aku ni..RM38,531.66
Boleh beli kete Viva sebijik kalu jual blog aku ni..
Tak mau..tak mau..syg kt hippo ni..xde nilai yg boleh diganti..
Tempat luahan perasaan..hihi

Pastu blog aku berada di raking 42,284 di Malaysia
Aku rasa satu pencapaian yg bagus gak tu drp beratus ribu org yg ada blog kan..
Tahniah utk diri sendiri..kembang semangkuk jap

Kepada kawan-kawan yg nk try valuation blog, boleh ke sini..
Selamat mencuba..!

Diriku dan Paku

Assalamualaikum..
Citer pagi ni ialah aku mengantuk..
Sebabnya?Huh...!
Sangat sakit hati..
Pertamanya, incik MSA buat aku susah hati..
Dia gie company annual dinner, pastu dia sakit kepala, migrain dan muntah-muntah
Camner nk bwk kete nak balik?haru betul laa..hp lak xde kedit
Nasib baik aku boleh share top-up..eiii..sekeh sebijik baru tau!
Geram rasanya..aku nak ikut gi dinner sekali, xboleh lak sbb just for staff
Then, luckly ada kwnnya yg boleh bwk kete..
Hampir kul 1 pagi baru sampai umah..lega rasanya!

Keduanya, org giler dan bodoh telah buat keje ketuk benda ni


Pukul 1 pagi lak tu..aku baru je terlelap
Tung..Tang..Tung..Tang duk mengetuk..
Dalam hati aku ni seribu sumpah seranah yg kuar..
Aku berdoa moga dia terketuk tangannya sendiri..
Xde otak ke atau otak letak kt lutut??
Cara ketukan yg kuat tu aku rasa mcm lelaki je yg duk mengetuk
Nk gantung apa laaa kul 1 pagi ni??? 
Langsung tidak menghormati org nak tido..
Siangnya nnt org nk gi keje..bukannya siang nk membuta..!

Pagi ni lak kena bangun awal sedikit
Sebabnya..aku xmau terperangkap dalam jem dan lewat mcm semlm..8.03 punch kad
Pagi ni 7.40 pagi dah punch kad..itupun bwk kete slow jer..
Apa kes la semlm boleh jem kt traffic lite P9?
Rasanya sgt jarang jem teruk camtu..panjangnya b4 kuaters lagi 
Ingatkan dtg pagi-pagi leh buka HRMIS dan buat SKT
Hampeh tul laa..xleh buka lak..! 

Stop citer kt sini..
Nnnt ada lagi post yang menunggu..
Hopefully mood aku hari ni baik dan HRMIS xbuat hal!.. 

Tuesday, January 11, 2011

KEPUTUSAN: Contest: Blog Sensasi mencari pengomen terbanyak

Assalamualaikum..
Semlm dapat berita gumbira..
First time aku menang contest yg dianjurkan oleh Blog Sensasi
  

Walaupun hanya menang di tempat ke-6 tp aku rasa gembira dan seronok 
Dah byk gak join contest dan GA tapi tak pernah bernasib baik..


Inilah keputusannya..
Dan hari ni dapat lak emel drp pihak penganjur..


Terima kasih kepada pihak penganjur..

Untuk pengetahuan kawan-kawan, skrg pun pihak Blog Sensasi sediakan contest untuk hadiah bulanan..so kepada sesiapa yg berminat..sila la ke Blog Sensasi..



Monday, January 10, 2011

Tiket tambahan untuk filem "Faster"

Assalamualaikum..
Hari ni buka emel ada lak kiriman emel seperti di bawah..
Emel ni dihantar 2 hari lepas..


Last week 2 tiket percuma tu pun aku dh bg kt adik aku dan tunangnya..
Malam ni diorg nk gi tgk la tu..
Citer 'Faster' ni start ditayangkan kepada umum pada 13 Jan 2011 (Khamis)
Tiket-tiket percuma ni maybe untuk tarik perhatian org ramai before opening kot..

Selamat menonton la kepada adik aku dan tunang dia mlm ni kt TGV KLCC..!

p/s: uwawawawa..nk itot jugak!

Perhimpunan Bulanan

Assalamualaikum..
Pagi ni tak masuk ofis sbb ada perhimpunan bulanan bil. 1/2011 dan juga amanat YB. Menteri KKLW di INFRA, Bangi
Abis perhimpunan dah hampir kul 12 tengahati then mkn bekfes yg disediakan..apa ke bekfesnya kalau dh 12 tengahari kan..hihihi..mkn jela nasi goreng+ mee goreng dgn ayam goreng..pastu mkn lagi 2 biji karipap..uwahahaha..nampak sgt lapar kan!

Lebih kurang kul 12.30 tengahari..mcm best je balik umh..
Hihihi..
 Setelah berfikir dengan semasaknya, apa lagi balik umah jela..kalu balik ofis pun dh kul 1 tengahari waktu lunch..
Kalau drp Bangi ni dkt jela balik ikut Gate 1 Putrajaya tu..
Sampai ju umah..ini le keje aku.. 
 Kul 1.20 tengahari aku bangun, solat dan bersiap untuk masuk ofis lak.. 
Rasa sgt mengantuk sebab semlm tgk AJL25..ingatkan FT yg menang..tp..ermmm...sgt hampa!
Pastu pagi2 lak kena bangun untuk antar adik aku ke ERL
Dia nak balik KL setelah 2hari berkampung kt umh aku..
Sementara dia dpt posting di Putrajaya ni..dia duk keje kt tempat lama dia dulu..

Moga minggu ini dpt bekerja dgn senang hati..dan rajinkan diri buat SKT yg xjugak siap-siap..hihi

Friday, January 7, 2011

I Hate U

Assalamualaikum..

Pepagi lagi aku dah terfikir psl kejadian semlm..
Honestly, aku ni bukannya perfect sgt..tp kalau aku dah TAK SUKA kt org tu..aku akan tunjukkan muka aku tak suka dan xnak berckp dgn dia..faham-faham jela!
Aku dah tak pandai dah nk selindung-selindung atau hipokrit tunjuk baik


Tp kalau aku SUKA berkwn dgn org tu, aku tunjukkan perangai yg baik, bagi benda/souviner kt dia sebagai tanda ingatan..
"If she nice to me..i will be nice to her too" 

Ada sebab kenapa aku TAK SUKA org tu sebenarnya..bukannya aku suka-suka hati tak suka berkwn dgn dia..
Pada mulanya aku ingat aku yg bermasalah dgn org tersebut, pastu bila dengar kwn2 pun complaint psl dia..so bermakna bukan aku yg bermasalah..org tersebut ler! 

Kalu kita nk mintak pertolongan org, kita kena la bersopan sikit kan?jgn lak buat mcm 'donno' dan selamba badak..namanya org Melayu..budi bahasa itu penting..
Aku mmg cukup pantang dan sgt benci dengan org yg buat harta kita mcm harta mak bapak dia..aku bukannya patung..cakap ler dan aku OK jer.. 

Hal semlm tu mmg susah nk dilupakan..mmg sgt geram laa..
Kalu boleh, aku dh cekik org tu smpai mati kot.. 
Adakah selepas ni aku patut cakap 'TAK BOLEH' kepada org tersebut?
Terasa diri mcm zalim sgt lak..ermmmm...!
Terpaksa jaga hati org lain tp org tu pernah ke nk fikir psl hati kita??
Byk betul persoalannya.. 
Arghhh....!

Namun yang pasti, aku tak suka ko dan sila jauhkan diri ko drp aku!

Thursday, January 6, 2011

Anda telah Memenangi 2 tiket untuk Filem "Faster"!

 Assalamualaikum..

Kul 1.08 td dpt emel ni..


Lama betul tak tengok wyg..
Yang menjadi masalah ialah tempatnya..
Alahai jauh la pulak..kalau hujung minggu or siang hari xpela..
Ini lak hari bekerja dan waktu mlm..
Then, 2nd thing lak ialah..sape yg akan jd peneman ni?
Incik MSA confirm kerja..
Rasanya mcm kena tolak je ni?

Ada sesiapa yg nak?inform me k..

Ragam/Perangai Manusia

Assalamualaikum..

Kalau dah namanya manusia mmg bermacam-macam ragam/perangai yg boleh kita tgk dan perhatikan..ianya kadang-kadang boleh dijadikan peringatan dan panduan kepada diri sendiri dan juga org lain..secara jujur, sy suka perhatikan ragam/perangai org... yg baik sy jadikan teladan dan buruk sy buang jauh-jauh..

Antara ragam/perangai manusia yg sering terjadi dlm hidup ini:
1. suka berfikiran negatif - org xckp apa-apa pun lagi, tp dia dh ckp xboleh..haiya..!cuba la dulu beb..
2. berprasangka buruk - fikiran manusia xleh lari drp perangai ni , tp kadang2 sedapkan hati sendiri dgn prasangka baik..kita xtau masalah org kan..
3. xnak berdikari - nk kawin pun mintak duit mak bapak..pastu bangga lak tu..sila la sedar diri..itu kelemahan diri sendiri laa..
4. duit tarak tp nk beli itu ini..pastu berhutang..parah!- kalau kita nak sesuatu benda tu, kena usaha lebih sikit, kalau nk berhutang pun kena komited bayar hutang tu kan...(ingatan utk diri sendiri ..)
5. semua benda nk bgtau kt blog atau fb - xsalah pun..cuma kadang2 terasa sedikit menyampah!boleh bgtau tp jgn la keterlaluan semuanya nk bgtau..nampak sedikit riak di situ!so harap2 aku tidak jd begitu...

Sebenarnya byk lagi ragam/perangai yg boleh kita lihat setiap hari kan..itu hanya drp pemerhatian aku shj..kalau ada sesiapa nk tambah..silakan..

Tiada manusia yg sempurna..tp kita boleh cuba utk jd yg terbaik dlm hidup kita..

Wednesday, January 5, 2011

The Best Follower Award


Assalamualaikum...
Thanks pada Kechik sebab bagi award ni
Ini adalah award ke-6 yg aku dpt..hihi
ok..jom soalan dulu

1) ucapan anda :
Assalamualaikum..xde apa yg nak diucapkan cuma ribuan terima kasih kepada semua yg sudi mengunjungi blog hippo sy ni..huhu

) ciri2 lelaki/perempuan idaman untuk dijadikan husband/wife : 
- sy suka yg pandai buat lawak, at least xdela bosan sgt 
- bertanggungjwb dan jujur

3) 1 tips untuk kekalkan relationship ngan pasangan: 
jujur dan saling mempercayai

 4) penah jumpe doa pendekat jodoh or putus cinte?:
 xpernah la jumpa pendekat jodoh tp ada doa untuk semuanya iaitu doa pembuka 12 pintu oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah

5) 10 link pilihan untuk diberi award:

Aainaa
Emme
Along Tapa
Aza
Uci
Asmida
Joe
Kumanx
dah sesiapa saje lah!

done! 

Tuesday, January 4, 2011

Hari Kedua Tahun 2011

Assalamualaikum..
Hari ni agak lama mencari mood utk menulis..
Ini pun still lagi otak dlm keadaan buntu dan blur..idea xde dan rasa mcm xde perasaan jer ni..mata mau tutup laaa...wake-up!wake-up cik roz..


Ok.sambungan cerita semlm..huhu
Aku sgt bermasalah bila tido kt umah org ni..padahal dah byk kali dtg umh kampung MSA ni tp stil xboleh tido..duk berkelip-kelip mata xmau tutup..lastly entah kul berada aku tetido..sedar2 kul 7pagi..incik MSA yg kejutkan aku..haru betul dpt awek mcm aku kan..hahaha..incik MSA ckp dia nk kuar beli nasi lemak..dia suh aku sambung tido..bagus tak?hahaha..apa lagi..sambung tido kt sofa depan..sungguh tidak bermoral kan...uwahahahaha...

Tido setengah jam jer tau..pastu aku bangun mandi..duk lepak-lepak..tgk jam dah kul 8.30 pagi..uiikk...mana nasi lemak ni??gi buat nasi lemak ke gi beli nasi lemak ni??aku pun telefon la..mana tau kot-kot tersangkut kt anak makcik ns lemak ke?hahaha..rupa-rupanya sempat incik MSA menyinggah umh Mak Andak dia..nasib baik!legaaa.....huhuhu

Dah siap bekfes, siap kemas utk gi ke kubur lak..nasib tidak menyebelahi aku lagi..this 3rd time xdpt ke kubur menziarahi arwah mak MSA..duk jela dlm kete..huhuhu..


Agenda seterusnya ada singgah di rumah Makcik MSA, Enda Yah..tp makciknya lak xde kt umh..padahal  dh bgtau kami akan dtg..kalau balik kg mesti akan singgah umh Enda Yah ni..xpela..next time singgah lagi..

Balik ke rumah MSA, kemas beg dan terus bertolak balik ke KL..ermmm..sampai separuh jalan..sempat gak membasuh LJ..dh kena sembur dengan tahi burung..entah bila kejadiaan itu berlaku..huhuhu..lepak la kejap sementara menunggu LJ dibasuh..

Setelah siap, singgah la pulak kt Mee Rebus Ramli..sgt terkenal kt Ipoh tu..boleh la tahan rasanya..best la jugak..lepas dah kenyang..bertolak balik..hari sgt panas dan dlm kul 4petang smpai kat Port Klang..
Alhamdulillah selamat sampai..

Itulah kejadian yg berlaku 2nd day 2010..balik ke kampung ke-2 bkn kampung sendiri..nasib la weii!hihihi...

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Tahun 2011

Assalamualaikum..
Ceritanya bermula di sini..huhu..
Pada suatu hari mcm citer kanak-kanak lak yer..incik MSA telah menelefon aku dan memberitahu aku bahawa dia nak balik kampung pada cuti thn baru..aku pun dengan tak malunya berkata 'nak itot'..so kami pun bersetuju ler nk balik kampung pada 1hb Jan 2011..

Tup..tup..suddenly jer incik MSA telah demam pada hari Rabu last week dan bgtau aku bahawa beliau xjadi balik..aku pun xkisah ler..hari Jumaat tu cuti, dlm kepala otak dah planning nk menjahit jela..pada hari Jumaat tu jugak incik MSA telah MC kerana demam..tetapi beliau gi jugak keje kerana kedai xckup org...kesian beliau itu kan..!

Disebabkan aku xde planning nk gi mana-mana or sambut tahun baru mmg xpernah sambut pun..aku duk umah menjahit jela..pagi sabtu tu 1/1/11 aku telah digegarkan dengan panggilan tepon oleh tuan umah..suh bayar duit umah..ok..xde masalah..nnt sy bank in on monday yer incik tuan umah..itu ler kata-kata azimat utk tuan umahku itu..pastu aku pun sambung tido lagi..dasat gak yer..hihihi..

Sekali lagi aku digegarkan oleh incik MSA lak..demam rupanya lagi pakcik kesayanganku itu..aduhai!aku sgt pelik bila dia kata dia bosan..amboi..biasanya kalu cuti suka je dia duk umah membutakan diri..then buang tabiat lak nk gi PD..kalu Pantai Dalam xkisah ler..ini nk gi mandi kt Port Dickson..eeiii....!apa kes??

Aku letak fon dan bgtau dia nnt aku fikir dulu..dlm hati ni..'kesian lak org demam tu..mak dah ler xde, sape lagi tempat dia nk bermanja kalau bukan aku..boleh la pegi'..so aku call him back dan bersetuju nk gi PD..sempat lagi dia buat lawak xnak pegi lak..poning kepala den..kejap kata nk gie..kejap kata xnak lak..mana satu ni??dia kata dia rindu kat arwah mak dia..aduh!!pastu dengan tegasnya aku berkata..'Jom la kita balik Ipoh!!..huhuhu...dengan gumbira incik MSA bersetuju..

Kul 1 tengahari aku smpai kt Port Klang..incik MSA dah tersengih-sengih gumbira..terus sihat drp demam..eeiiii..geram betul!!kali ni balik dengan LJ402..si TJ429 aku tu duk rehat kt umh MSA..pegi makan kejap then kul 2 bergerak balik ke Ipoh..


Aku telah gediks snap pic ni..boleh lak incik MSA tanya aku 'nk benti tangkap gambar dulu tak??'..hahaha..buat lawak lak..dpt balik kampung je terus sihat..usik2 org lak..kambing betul..

Kul 4petang sampai kt Snail River..huhuhu..berkebun la incik MSA dengan adiknya, Iqah mengerjakan pokok-pokok bunga sementara aku kerjakan baju aku dengan manik-manik..lepas Maghrib gi mkn bersama dengan bakal bapak mertuaku..huhu..mkn sate dan ns goreng..kul 12 tengah mlm balik umah dan tido ler..

Next entri akan ku ceritakan hari kedua di tahun 2011 yer..

Popular Posts