Assalamualaikum..makluman..bukan kete aku yang kena curik yer..hihihi...kejadian curik kete berlaku last week kt tempat keje aku..kete lak bukan kete kecik..kete Naza Ria..kete puan bos kt department depan ofis aku..
Daripada penceritaan puan bos itu sendiri..beliau telah parking kete kt depan ofis jer dan boleh dilihat drp bilik ofis beliau..kul 5.30 ptg pada hari kejadian tu..dia tengok elok je kete tu ada kt depan..pastu staff beliau yang balik kul 6.30 petang pun lihat kete tu still ada di tempat parking dan pada jam 7.30 mlm..beliau nk balik dan ketika itulah kete dah xde..
Memula tu puan boss tengok gak sekeliling kot-kot beliau telah salah parking..lastly baru beliau ingat beliau mmg tak salah tempat dan kete beliau dah takde kt tempat yang sepatutnya..laporan polis dah dibuat..hingga ke hari ni kete tu belum ditemui lagi..
Drp maklumat yang diterima, tempat parking bangunan aku CCTV dah rosak..CCTV basement pun rosak jugak..aduhai..mmg bermasalah betul laa...walaupun aku hanya berkereta kecik namun langkah-langkah penjagaan harus diambil..setiap hari aku dh kunci streering...kecik-kecik pun kete tu hasil titik peluh dan tiap-tiap bulan kena byr...bukan senang nk beli kan...
Pihak pengurusan bangunan sepatutnya betulkan CCTV tu bila dh rosak..xguna rasanya tampal sticker kt dinding tu kekononnya "area ini diawasi oleh CCTV"..pencurik pun mcm dh tau yg CCTV tu tak berfungsi..