PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Wednesday, November 30, 2011

Wan Tijah Merajuk???

Assalamualaikum....sudah lama tidak ke udara disebabkan seminggu bercuti..cerita-cerita yang berkenaan akan diupdate kemudian..namun yg pasti aku agak stress pagi semlm sbb si TJ xleh nk start sebab 10 hari aku tinggalkan dia di basement kt umh..bateri kong sebab terlampau lama tidak start..walaupun ramai kwn2 ckp itu normal bagi kete auto tp aku sgt la risau..xsuka sgt nk tumpang2 org atau menyusahkan org lain dengan benda2 camni...

Pagi semlm aku pegi keje dgn menumpang Eda..dan kul 10 pagi balik ke rumah utk cas bateri kete..nasib baik ada jumper..terima kasih untuk Aainaa dan suami yg sudi pinjamkan jumper tu..terima kasih juga utk 'Man' yg sudi bersusah payah tolong cas bateri..akhirnya TJ dibawa ke ofis...ermmm...ptg semlm nak balik pun bateri stil kong lagi..cas lagi sekali dgn kete si encem Aainaa..eiiiii...buat hal betul laaa..then nampaknya pagi ni kene ke siptal utk fully cas...terima kasih lagi sekali utk 'Man' yg sudi jadi hero aku...huhuhuhuhu...padan muka dia..saper suh dia jadi org kampung aku..hahahaha...nasib laaa..!!


TJ = Wan Tijah

Thursday, November 17, 2011

Lebih RM1000 utk dimenangi drp Red Glow

Pelbagai hadiah menarik ditawarkan untuk korang yang menyertainya di mana korang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM300 beserta dengan barangan tudung Hijab Shawl sehingga RM200 dan pakej fotografi & makeover bersama Tudung Hijab Shawl dan Red Glow.

Pemenang akan menerima:

Tempat Pertama
(mendapat undian tertinggi)

- Wang tunai RM 300
- Barangan Tudung Hijab Shawl bernilai RM 200
- Sesi bergambar dan makeover bersama Tudung Hijab Shawl dan RedGlow

Tempat Kedua
(mendapat undian kedua tinggi)

- Wang tunai RM 100
- Barangan Tudung Shawl Hijab bernilai RM 200
- Sesi bergambar dan makeover bersama Tudung Hijab Shawl dan RedGlow

Tempat Ketiga
(mendapat undian ketiga tinggi)

- Barangan Tudung Shawl Hijab bernilai RM 100
- Sesi bergambar dan makeover bersama Tudung Hijab Shawl dan RedGlow

Peserta Bertuah
- Wang tunai RM 50
- Barangan Tudung Shawl Hijab bernilai RM 100
- Sesi bergambar dan makeover bersama Tudung Hijab Shawl dan RedGlow

Syarat-syarat penyertaan:
1- Anda wajib menghantar gambar anda yang menarik dan bertudung mengikut kreativiti anda tersendiri . (Boleh rujuk ke blog http://redglow-portfolio.blogspot.com/2010/09/solekan-menyerlah-di-aidilfitri.html untuk tutorial solekan.
2- Terbuka kepada anda yang LIKE Page Tudung Shawl Hijab.

3- Anda wajib follow blog :
a-http://redglow-portfolio.blogspot.com/
b-http://tudungshawlhijab.blogspot.com/

4- Gambar mestilah di emel ke edu.redglow@yahoo.com dan undian bermula setelah gambar di upload ke album “Saya Wajah Tudung Shawl Hijab”.
Sila sertakan Nama, Emel (untuk dihubungi), Akaun FB dan No Telefon.

5- Anda boleh mempromosi gambar anda untuk mendapat undian dan peserta yg mendapat 3 tempat undian tertinggi dan peserta pilihan kami akan memenangi pertandingan ini.

6- Undian tamat pada 5 Disember 2011 pukul 11.59 pm.

7- Semua gambar yang di anda menjadi hak milik pihak kami dan kami boleh menggunakannya untuk tujuan promosi dan pemasaran.

Tuesday, November 15, 2011

Kegilaan Melanda...

Assalamualaikum..
Last week sy kegilaan tgk citer ni..sempat diabiskan citer 16 episod di youtube selama 3hari..di waktu ofis pulak tu..boss sila jgn marahkan sy..hahaha...

MY PRINCESS

Synopsis: An ordinary college student, Lee Seol, finds out she’s a princess. The grandson of Daehan Group, Park Hae Young, is put in charge of educating Seol on proper etiquette. However, Hae Young is put in a precarious situation when he finds himself drawn to Seol, the girl who will take away his inheritance if the monarchy is restored.
 

 Hero dan heroin yang sgt sepadan..best citer ni sebab ada humor dan romantika di amour..skrg ni tgh disiarkan di 8TV jam 8.30 malam, isnin hingga jumaat..huhuhuhu..

Dan weekend last week sy sempat tgk citer ni..dan ianya akan jadi kegilaan sy untuk sepanjang minggu ni..aduhai..nasib baik laptop kat umah..kalau tidak sudah ditengok di ofis ni..hihihi..

 SECRET GARDEN

 Synopsis : The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.

Dan..sy sangat confirm..minggu depan saya akan terlebih giler dengan cerita ini...sekarang pun asyik teringat kat edward cullen jer...aduh!
*
*
*
*
*
*
*
 *
 *
*
The Twilight Saga - Breaking Dawn Part 1




 Cerita kali ni Edward dgn Bella kawin dan diorg dpt anak..tak xsabar nk tgk camner vampire leh kawin dgn orang biasa ni..anak diorg tu jd vampire ke atau org biasa?alahai..byk betul persoalan..kt oversea akan ditayangkan di panggung pada 18 November 2011 manakala kat Malaysia pada 24 November nnt..nampaknya end of month nnt la baru leh tgk selepas balik bercuti lama nnt..hihihihi..

Thursday, November 3, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?

Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan :

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

Nota Kaki : tetiba, baru aku tau yg aku tunang encik MSA rupanya...huhuhu..!

Tuesday, November 1, 2011

Saya mmg seorang yang tidak mengenang budi...

Assalamualaikum...entri ini di inspirasikan daripada kejadian yang berlaku minggu lepas..chewahhh..inspirasi la konon..padahal kejadian yang menyakitkan hati..dalam kekalutan aku yg outstation tu..ada la manusia yang mana aku rasa sgt tidak mengenang budi...

Aku berpindah umh pertengahan bulan lepas disebabkan oleh lori tu yg nak sekali harung dgn proses pindah dgn umh kwn adik aku..so, lori tu xperlu nk dtg 2minggu berturut-turut utk angkut barang kalau benda yg boleh disettlekan dlm masa sehari kan..tuan umh lama aku tu dh berjanji nak dtg pada 30hb Okt (Ahad) utk proses menyerahan kunci..suddenly pada 23hb tuan umh call dan bgtau yg dia nak dtg pada 26hb dan kunci harus diserahkan sebelum 27hb...aku tidak menjadi masalah sbb aku dh pindah then yg bermasalah ialah dgn 2org bdk umh aku tu....Before that, diorg ada inform aku yg diorg nk berpindah pada 23hb...

Aku pun dgn cpt-cpt call both of them..namun sorg pun xangkat call...Dengan sopan-santun aku telah menghantar sms berbunyi begini "Assalam..nak tanya, dah berpindah ke blum??nk inform..tuan umh baru call dan mintak kunci diserahkan selewatnya hari Rabu mlm..tqvm"

Nak tau apa jwpan diorg..huhuhu..

A: Kak Ros, sy tgah kursus di XX
Aku: tuan umah mintak kunci diserahkan selewatnya hari rabu..hari khamis dia nk dtg cat umah..
A:bkn 29hb ke?Mula2 1hb nov. lpas 2 29hb..sy kursus smpai rabu..khamis baru balik putrajaya
Aku: bkn akak yg tentukan..tuan umah yg decide camtu
A: xper..sy fhm..sy akan pindah hari rabu..cuma bg masa skit utk sy angkat brg..kunci nnt sy tinggal atas almari depan
Aku: mintak maaf byk2..itu dah sebaik mungkin yg akak dpt deal dgn tuan umah..

 B: Blum lg, A pn ngah kursus smpai ari rabu, Aritue ckp 28hb, pe cite nie?
Aku: Xde cite apa-apa pun..yg menentukan semua tu tuan umah..suddenly dia ckp nk dtg hari rabu sbb dia ada keje lain on that day yg dia janji before...
B: Kami byr sewa bln 10 bkan xbyr nk maen halau2, so janji 28hb, jgn  nk pentingkan diri..
Aku: Yang awk kurang ajar sgt kenape??awk patut bersyukur sbb akak tak mintak byr lebih dan bg anak awk tinggal bersama tau..

Aku sgt la nk marah pada waktu tu..kiranya aku dah cuba convict tuan umah utk lewatkan tarikh penyerahan kunci namun xberjaya..bkn aku tak mencuba langsung..dpt lak si ibu tunggal tu yg kurang ajar yang tak reti langsung nak bersyukur..basuh berak kt umh tu pakai baldi dan gayung yg aku beli laa...secara jujurnya..aku mmg sakit hati dgn si B tu...semua benda rasanya aku nk ungkit...

Aku bkn nk membuka pekung atau meng'aibkan org lain..tp bila aku segelintir manusia yang xreti bersyukur dan kurang ajar..mmg aku sgt pantang betul..Masa memula masuk tu si A dan B..bwk pakaian jer..aku ni dgn bermurah hati..bg almari sebijik sorg..bg tilam satu sorg..bagus x?semua brg kt umh boleh kongsi guna termasuk pinggan mangkuk, sudi garpu dan peti ais..kadang2 tu sakit hati juga bila peti ais aku penuh dgn brg2 org lain pun xper laa...tp bila ko berkurang ajar mmg aku hangin betul...

Aku tlg masa tu fikirkan dia ibu tunggal dan kesiankan anaknya..walaupun anak tu buat aku kurang sabar skit..hari-hari duk memekak dan menangis kena marah..org balik keje nk relax dan rehat bukannya nk dgr anak ko menangis kena marah dgn ko laaa...huh!pastu berlagak la konon xnak duk umh sewa lama sbb nk kawin..namun yg pasti dah setengah thn ko duk umh sewa tu..ermmm...tak jugak kawin2 smpai skrg..kalau nk diungkit kisah si B ni..mmg terlalu byk yang buat aku sakit hati..tp aku still boleh pejamkan mata dan buat xtau...

Kepada si A..dia seorg yg baik dan tidak byk kerenah..terima kasih byk2..walaupun kedua-duanya mmg  sgt bagus tidak langsung sms utk bgtau dah pindah dan tinggalkan kunci..dan aku ler bgaikan bibik pergi bersihkan umah tu..tapi xperla..moga-moga korang hidup bahagia nnt di umh baru yer...

Alhamdulillah..aku skrg duk sendiri di kuaters..xperlu lagi memikirkan kerenah org2 lain..byr mahal skit pun xperla..asalkan hati senang..kalau umh selerak pun sbb aku yg buat bkn org lain kan..so aku sendiri yg kena kemas..so no heart feeling lagi...

Popular Posts