PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, February 24, 2012

Taubat..

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat:  Riwayat Bukhari & Muslim

Kategori:  Ibadah

Hadith:

Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua (2) kali.

Huraian Hadith:

(1  (1)  Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan melakukan kelalaian   dan boleh ditipu dua (2) kali dalam perkara yang sama.

(2  (2)  Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu di atas hidungnya.

(3  (3)  Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu diterima adalah:

a)    Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. Contohnya orang yang tidak melakukan solat mestilah kembali menunaikan solat atau orang yang selalu mengamalkan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan keji tersebut;

b)    Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis kerana takutkan seksaan Allah S.W.T;

c)    Bertekad tidak akan mengulangi dosa;

d)    Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) daripada orang tersebut; dan

e)    Dalam tempoh masa Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

 
Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

6 comments:

  1. Semoga kita mendapat keampunan dari Nya...
    Selamat hari Jumaat Ustazah Roz..
    heeeee~

    ReplyDelete
  2. harap-harap kita sempatlah bertaubat sebelum bertemu ajal kan

    ReplyDelete
  3. emme: insyaallah..selamat hari jumaat jugak utk ko emme....

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus untuk dijadikan pedoman hidup..

    ReplyDelete
  5. semoga kita mendapat hidayah daripada-Nya

    ReplyDelete

Popular Posts