PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, August 17, 2012

Jangan Mendedahkan Aib Orang lain

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Kategori:  Akhlak
Hadith:
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat”.
Huraian Hadith:
  1. Setiap orang Islam adalah bersaudara antara satu dengan yang lain.
  2. Setiap orang Islam berkewajipan menolong saudara seagamanya yang ditimpa kesusahan.
  3. Seorang Islam tidak boleh mendedahkan keburukan saudaranya kepada orang lain bahkan dia wajib merahsiakannya.
  4. Islam adalah agama yang mengutamakan persaudaraan, tolong-menolong dan lindung-melindungi daripada kemungkaran.
  5. Islam memelihara hak masyarakat dan menyeru umatnya merealisasikan jaminan sosial dalam semua bentuk kehidupan bermasyarakat sama ada kebendaan atau rohani.

والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Thursday, August 16, 2012

Jadual untuk Seminggu...

Assalamualaikum...

Nape aku tak update these few days??meh aku buat ringkasan jela yer..jimat masa skit...huhuhu

Khamis lepas - pepagi kul 8.15pagi dah terbang ke Pulau Pinang utk lawatan tapak peserta RBC..bermalam di Sungai Petani

Jumaat - Sambung lawatan tapak di SP..tengahari bertolak ke Pulai Pinang..sempat gak singgah beli jeruk skit..pastu kul 3.00 petang terbang balik ke KL..penat sgt-sgt!

Sabtu  - pergi Shah Alam untuk ambik baju Melayu adik-adik dan juga baju raya aku...

Ahad - Duk umah jela..menjahit manik..

Isnin - pergi servis kete untuk balik kampung...

Selasa - pagi sampai petang duk jaga kaunter untuk sesi interview RBC (Semenanjung)

Rabu - pagi, sambungan sesi ke-2 temuduga RBC utk Sabah dan Sarawak dan petang lak sibuk duk menghias ofis dengan bendara dan ketupat...

Khamis - dtg keje seperti biasa..planning nk pegi simpan kete di tempat yang lebih selamat skit dan lunch hour nnt nk temankan Aainaa ke The Mines..beliau mau baiki sepek...hihihi...

Jumaat - oooo...ooo balik kampung...hati riang...tak sabar rasanya nak balik kampung esok...brg2 dh mula dipunggah ke dalam kete..hihihi...malam ni dah boleh kemas baju-baju lak....aku akan bercuti smpai 27hb...so Selasa 28hb akan kembali berada di workstation...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kwn-kwn bloggers...Maaf Zahir dan Batin!


Friday, August 10, 2012

Jauhi Fitnah

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan,
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Ibadah
Hadith:
Dari Zainab ats-Thaqafiy R.A katanya:'Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isya' berjemaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.
Huraian Hadith:
  1. Berbanding lelaki, aurat wanita lebih sukar dijaga. Ini kerana lelaki boleh menunaikan solat dengan hanya berkain pelikat kerana auratnya setakat antara lutut hingga ke pusat.
  2. Tetapi, aurat wanita meliputi pelbagai anggota badan daripada kaki hingga rambut. Tarikan nafsu bukan sahaja daripada cara seseorang itu berpakaian malah peranan minyak wangi atau haruman yang dipakai juga boleh menimbulkan ransangan lelaki terhadap seseorang wanita.
  3. Oleh itu, Islam mengharamkan para wanita memakai wangian yang semerbak baunya sehingga dapat membangkitkan syahwat dan menarik perhatian lelaki sehingga menimbulkan fitnah sekalipun dalam konteks hendak mengerjakan ibadah seperti memakai haruman ketika hendak mengerjakan solat berjemaah yang terdapat lelaki bukan muhrim bersama-sama mengerjakan solat.
  4. Kesimpulannya, Islam membolehkan seorang perempuan muslimah itu keluar rumah untuk pergi bersolat, mencari ilmu, melaksanakan keperluan dan sebagainya tetapi dengan syarat perempuan itu dapat menjaga maruahnya dan adab kesopanan yang telah digariskan oleh Islam agar dengan itu mereka terhindar daripada fitnah mahupun mara bahaya dan bencana yang menimpa seperti jenayah rogol, khianat dan seumpamanya.

والله أعلمُ بالـصـواب
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

Tuesday, August 7, 2012

6 Tahun di KKLW

Assalamualaikum...

3 Ogos 2012 (3 hari lepas) - genap 6 tahun aku bekerja di sektor kerajaan dan genap 6 tahun juga aku bekerja di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)....walaupun tidak dikenali dan seglamour kementerian lain..sejujurnya..aku suka dan seronok keje di sini...

Seronok bila jumpa orang-orang kampung yang sgt menghargai segala keje-keje, usaha dan bantuan yang kita lakukan untuk mereka...seronok bila dapat bekerja di samping cari pengalaman di negeri-negeri orang....kalau tak keje kerajaan..rasanya xde aku dapat merasa naik kapal terbang dan gi negeri-negeri lain...Alhamdulillah syukur padaNYA..

Dan last few weeks..suddenly ternampak ini..



Ohh..tidak!!sape la yang google ni...please laa..i love KKLW so much tau...setakat ni belum lagi terniat dihati utk keluar drp kementerian ni...hahaha....masih jiwa kental lagi ni...kalau ditakdirkan one day aku ditukarkan..Insyaallah aku redha menerimanya...hahaha...

Nota Kaki : sila naikkan pangkat aku..supaya aku leh tukar ke tempat lain!!hihihi.....

Monday, August 6, 2012

Ohhh...RBC...

Assalamualaikum...

Selesai sudah RBC...ohhhh..tidak mungkin!!..minggu ni still lagi minggu kritikal untuk kerja-kerja penilaian dan sesi lawatan untuk penyertaan yang terbaik sebelum diumumkan pemenangnya pada end of next week...

Kalau ada yang terbaik tu datangnya daripada wilayah selatan..iaitu johor, melaka. dan negeri sembilan..ermm...nampaknya this coming khamis dan jumaat aku akan meredah kawasan-kawasan di johor dan melaka untuk melawat tempat-tempat perniagaan yang bakal akan dijalankan oleh para peserta....di bulan puasa tahun ni terpaksa jugak gi outstation...

Kejadiaan last week..mmg sgt sibuk dan penat...hari khamis, 2/8/2012...balik keje pun dah kul 6.30 petang..errmmm...xsempat nak berasap dapur...berbuka puasa kat luar jela...pastu hari jumaat lak..berbuka puasa di ofis..penyertaan yang sampai adalah sebanyak 522 penyertaan...byk betul nk dicheck dan dikey-in data penyertaan...balik keje pun dah kul 10.30 malam...

Hari sabtu pun kene keje daripada kul 9.00 pagi hingga 5.30 petang...semua orang bertungkus-lumus untuk siapkan keje-keje checking dan key-in..lastly petang tu berbuka puasa di rumah adik aku...tggu panggilan di pagi hari ahad..ermmm...nasib baik semalam xkena keje..sebabnya hari sabtu tu keje-keje penilaian telah siap dijalankan...Alhamdulillah..leh duk umah membasuh dan menjahit manik baju...

Bila dah terlampau byk buat keje...rehat sehari rasanya mcm xcukup..yela..duk umah sehari pun bukannya leh rehat sgt...tgk baju yang menimbun utk dibasuh dan juga untuk dilipat...tgk lantai umah yang berhabuk...tgk bilik air yg bertompok-tompok sabun....xleh..xleh..kena buat jugak semua tu...rehatnya dah xde....letih lagi...

Hopefully cuti raya seminggu nnt aku dapat berehat dengan tenang...hihihi....2 minggu lagi tu....bersabar jela yer Cik Roz....

Nota Kaki : SYMP...

Wednesday, August 1, 2012

Ermmm....Letih!

Assalamualaikum..

Hari ni sepatutkan bertenang diri di meja sendiri tapi telah dipanggil untuk bekerja di 'War Room' RBC..panggilan pun byk dan terimaan RBC pun byk...petang ni kena bertugaas utk penilaian pertama bersama pegawai penilai..aduyai..letihnya rasa!

Lagi risau bila memikirkan 2 hari yang bakal ditempuhi ni...

Esok aku akan bertugas utk War Room lagi...entah byk mana Rancangan Perniaagaan (RP) yang akan diterima..kalau dtg beratus-ratus mmg buka puasa kat ofis la nampaknya...

Then..hari Jumaat..last day utk submission..aku bertugas jaga kaunter...harapnya kaunter xde panjang berjela smpai ke lif laa...dan harapnya yang datang tidak byk bertanya...penat jugak kalau nak layan nnt...kering tekak...hahaha...

Hari Sabtu pun akan dtg ke ofis untuk semak RP...ermm..kena bekerja...hopefully minggu depan tenang skit drp RBC...arghhh...lupa lak..ikut jadual..8 - 10 Ogos aku akan pusing Johor untuk menolong pegawai buat penilaian RBC....uwawawawa......bulan puasa yang sgt byk keje urgent!!

Nota Kaki: hari ni berbuka puasa bersama YB. Menteri KKLW dan anak-anak yatim!!

Popular Posts