PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, August 26, 2011

Super-super Busy..

Assalamualaikum...this week mmg aku super-super busy sampai nak update blog dan berblog-walking pun tak sempat..asyik kejar masa jer..!..

Pertamanya sebab nk kejar jahit baju-baju customers..Alhamdulillah tahun ni byk jugak yang hantar tempah jahit manik..walaupun ada 5 orang yang aku tolak..bukan menolak rezeki tp takut ambik byk2 pastu xsempat nak jahit..nnt kecewa lak customers yang nak beraya dengan manik berkilauan kan..so better tolak awl-awl dan maybe diorang boleh cari alternatif lain untuk menjahitkan baju masing-masing kan...hihihi...aku menjahit manik hanya sebagai part time shj..ada masa boleh menjahit..aku xde la sampai xtido malam sebab menjahit..kul start kul 9.00 mlm - 12.00 tengah malam jer waktu menjahit..xde nk sampai kul 2-3pagi..xsanggup bersekang mata nk carik duit lebih..dapat RM50 seminggu pun dah OK...

Yang keduanya lak ialah ofis aku nak pindah pada 9 September ni..tapi mover akan dtg angkut barang pada 7-8 Septermber..so yang ada sekarag sangat singkat..hari-hari duk mengemas file-file yang ada..nasib baik la aku punya file unit xbanyak sgt..sempat la buat OT sehari sebelum puasa hari tu...disebabkan semalam baru dpt kotak..so hari ni bermula la pack semua barang-barang..takut nnt lepas raya tak sempat..lagipun xnak la org duk beraya kita lak fikir pasal brg ofis yang belum pack...

Nota Kaki: tak sabar lak nk balik kampung....

Tuesday, August 23, 2011

Crumble Pearls..

Assalamualaikum..
Tempahan raya kali ni datang drp senior sy masa sekolah menengah..Alhamdulillah hubungan kami terjalin kembali disebabkan adanya facebook dan juga jahitan manik..hihihi..walaupun beliau tinggal jauh di Subang Jaya, tapi Kak Irni sanggup melalui orang tengah iaitu asben beliau yang keje di Putrajaya..untuk merealisasikan impian baju raya ni..


 Kak Irni mahukan crumble pearls..

Untuk lebih gambar sila ke SINI..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, August 22, 2011

Basuh kete...

Assalamualaikum..
Semalam aku kuar gi membeli dan menghabiskan duit yang sedikit ni..hahaha...lastly xde apa-apa pun yg dibeli kecuali wiper kete dan masukkan gas aircond kete yang dah tak sejuk tu..Di samping tu sempat la jugak masuk wayang tgk citer si Koboi dan Alien tu..ok la sebab 2kali aku terkejut dgn alien-alien tu....

Kembali ke topik asal..dalam duk merayau menghabiskan masa..aku sempat singgah kat sini..


Ini adalah kali pertama aku menceburkan diri dlm mesin ni..hahaha..first time tau...ini gara-gara incik MSA laa..dia kata seronok duk dlm kete lalu ikut mesin tu padahal aku berdebau jugak laa...tapi OK la kalau nak basuh kete kat bahagian luar jer dgn harga RM3 kan...kete aku tu kat dlm dh bersih..

Pengalaman pertama..kalau aku sorang2 rasanya mmg aku dah tak masuk mesin ni..takut!hahaha...ada tak kwn2 bloggers yg ada pengalaman basuh kete guna mesin ni..??

Sangat laku kalau ada di Putrajaya ni...ada saper2 nk buat bisnes ni di Putrajaya??hihihi

Monday, August 15, 2011

Majlis Pelancaran Program Niaga Makan Minum F&N

Assalamualaikum..
Selepas berhempas-pulas bagi menjayakan program kerjasama antara swasta dan kerajaan ni akhirnya sampai ke penghujung untuk 1st batch..bila jadi projek perintis ni..byk masalah yag timbul..namun telah dpt diselesaikan dengan jayanya..boleh lihat di entri sebelum ni pasal program ni..

 Majlis Pelancaran Program Niaga Makan Minum F&N dan KKLW ni telah diadakan pada 11 Ogos 2011 (Khamis) yang lepas di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara bersekali dengan majlis berbuka puasa..


Alhamdulillah..11 peserta telah diberikan kemudahan untuk berniaga di bawah brand F&N..satu syarikat swasta yang sangat gah berdiri di Malaysia..harap-harap lepas ni diorg akan jadi perintis usahawan muda yang berjaya..

 Kalau diorg ni xbagi aku makan free masa gi melawat gerai diorg nnt..siap ler!dah penat turun naik gi pahang dan johor..berpanas dan berhujan lagi utk diorg ni tau...hihihi...

Demo utk buat 3 layer tea..best betul 3 layer tea drp F&N ni..sugar palm tu berbau wangi dan rasa berlainan kalau kita pakai gula melaka yg biasa..sugar palm F&N ni tiada dijual di pasaran..so sesiapa yang nak minum tu boleh ke gerai budak-budak lulusan Institut Teh Tarik F&N ni...Insyaallah one day akan aku senaraikan di mana gerai mereka berada yer sbb sekarang ni belum dpt list alamat diaorg lagi..



Posing la kejap sementara menunggu majlis berbuka puasa..hihi..antara kawan-kawan ofis yang hadir..best gak semua makanan yg disediakan oleh pihak Sime Darby..


Nota Kaki : duit bonus gomen dah masuk hari ni..hihi...senyum lebar yer..!

Thursday, August 11, 2011

2 Bonus utk Ramadhan

Assalamualaikum...Selasa last week aku dikejutkan dengan berita gembira..Alhamdulillah setelah 2 tahun join Questnet International (Qi) akhirnya membuahkan hasil...commission sebyk RM1k lebih akan masuk ke akuan Questnet aku..kenapa lama sgt??sebabnya aku bukannya marketer yg aktif mempromosikan biodisc...Nak tau psl biodisc ni sila ke SINI..

Kisahnya bermula bila aku mmg mencari perubatan alternatif bagi mencegah tyroid aku ni membesar..syukur padaNYA sebab aku ditemukan dgn biodisc..tiada sebarang tumbesaran pd tyroid aku dan darah pun normal hasil penggunaan biodisc..

Kalau rajin dan nak mencari duit lebih..aku rasa setakat ni Questnet adalah perniagaan networking yang tidak menipu..xde nk maintain point setiap bulan dan duit tidak di flash-out walaupun kita tak aktif..contohnya mcm aku sendiri laa...thn 2009 dulu dlm akaun Questnet ada RM300 lebih dan last week dpt RM800 lebih..so total RM1k lebih tu dah boleh bwk kuar by this week...dlm ms 2 tahun tak aktif ni mmg duit RM300 aku tu tidak dibeku or tidak di flash out oleh pihak Questnet..berbaloi menunggu walaupun tak aktif...hihihi..

Semua ni adalah pertolongan kawan aku dan juga merupakan upline aku, En. Mahathir single,hensem, baik, caring..sape nk berkenalan leh contact aku..hihihi...beliau dgn bermurah hati bg downline utk membolehkan aku dpt commission tu..Alhamdulillah..semoga rezeki beliau makin melimpah-ruah..Amin!hihihi...

Qi ini company besar..syarikat local Malaysian...dulu based Hong Kong pastu mantan Perdana Menteri Tun Mahathir ajak boss besau Qi utk pindah ke Malaysia..skrg dah hampir 2 thn bangunan Qi kt depan Hotel Hilton, Petaling Jaya tu..leh nampak drp Federal Highway..Qi ada kereta F1 sendiri dan bertanding utk GP2 Asia..dan ada byk lagi kejayaan Qi ni sampai aku pun dah tak ingat..kalau nak tau lebih lanjut psl Qi leh ke website INI...


Dan kepada sesiapa yang berminat nk tambah pendapatan..boleh la contact aku...jgn segan dan malu yer..hihi...

Nota Kaki: Alhamdulillah syukur padaNYA sebab dapat 2 bonus pada bulan Ramadhan ni.. bonus Questnet dan juga bonus kakitangan awam...rezeki sentiasa ada kalau kita rajin berusaha..by the way aku suka tgk F1..hihi


Jambu apa ni?

Assalamualaikum..
 Kawan-kawan tau tak ni buah apa??hihihi..


Apa yang aku tau buah ni adalah dlm kategori jambu..jambu apa??aku mmg tak ingat..kalau ada antara kwn-kwn yg tau leh la bgtau yer..
Buah ni aku kenal ms kecik lagi..suka sgt mkn..rasa mcm masam-masam skit..tp skrg mmg susah nk jumpa..kt kampung-kampung pun dah xde..


Wednesday, August 10, 2011

MC dan Hospital...

Assalamualaikum...dah seminggu aku tidak meng-update apa-apa kat sini..malas mengusai diri..di bulan puasa ni la byk betul keje nak dibuat...kadang-kala tu buat-buat jer byk keje..hihi..jgn marah boss..

Semlm aku tak keje ...dpt MC..sebab semlm pegi ke hospital utk yearly check-up utk tyroid..selepas buat ultra-sound..Alhamdulillah semuanya OK..kandungan darah utk T3 pun OK...tiada tumbesaran pd tyroid..saiz sama seperti pada tahun 2007 dulu..

Dalam doktor duk sibuk bagi penerangan psl tyroid aku ni..hihi...sempat lagi aku mencelah dengan menanya soalan bonus sape suh doktor tu baik dan peramah sgt..'kenapa la berat badan sy ni tak naik-naik doktor?' hahaha...boleh lak doktor tu ckp 'OK la tu berat tak naik..awk boleh je makan byk-byk'... uwawawawawa...masalahnya drp sekolah menengah sampai umur 30 tahun pun berat hanya 40kg shj...maintain maaaa...org ckp aku ni bdk sekolah...

Doktor tersengih jer dan bgtau itu mmg normal bg pesakit tyroid yang metabolisme-nya tinggi...ermmmm..nasib baik aku dikatakan normal...tp aku telah mintak dgn doktor utk buat pemeriksaan darah utk kencing manis dan juga kolestrol...mana la tau..asyik makan byk berat tak naik takut ada penyakit terselindung lak kan...so semlm kul 4ptg aku pegi balik ke hospital utk ambik darah..terima kasih pada nurse yang ambik darah dengan baik sekali...kalau tak boleh lebam tangan kalau tak elok cara cucuk jarum tu...

Terima kasih juga buat doktor yang bertugas pagi di bilik 45 Surgery Clinic semlm..doktor mmg baik dan peramah..senang berurusan dan sy suka dengan cara penyampaian doktor terhadap pesakit..hihihi...

Nota Kaki : Bukannya suka sgt gi hospital tapi sgt gumbira bila dpt MC...wiiiiiiiiii..


Wednesday, August 3, 2011

3 Ogos 2006 - 2011

Assalamualaikum...3 Ogos setiap tahun akan aku ingati..ini adalah sempena ulang tahun aku masuk keje dgn gomen..hari ni genap perkhidmatan aku selama 5 tahun..sebenarnya tak ku impi pun nk keje dengan kerajaan..hihi..

Lepas graduate drp UiTM batch Jun99 di UiTM Dungun, Terengganu..course lak Computer Sciences..aku dpt keje as Computer Programmer..tapi aku tak bertahan lama..hahaha..haru biru kepala otak aku..gi keje hadap komputer..balik umah hadap lagi komputer..24 jam sehari dan 7 hari seminggu aku hadap komputer..mau tak otak aku jadi bengong jer...mmg xde life langsung..keje lak kena ke sana ke mari..aduhhh..mmg sgt letih!..gaji byk pun rasa mcm tak berbaloi..tanpa menyesal aku resign..6 bulan shj aku bertahan...masa tu boss aku nak bersalin..sebelum beban menghempap diri aku, baik aku resign awal-awal..hahaha...bila difikir balik..alahai jahatnya aku masa tu..sorry boss!!hihi..

Pastu aku keje kat Hotel Sunway..di sini aku kenal abg dan kakak angkat aku..hingga kini masih berhubung..sebenarnya aku mmg minat keje dlm bidang perhotelan ni..masa isi borang UPU lepas SPM tu mmg aku ada mintak course hotel management tp offer utk belajar course tu lambat..1 month after aku dh masuk UiTM..xkan nk benti lak kan..mau kena 'parang' dengan abah aku..hihihi...Setahun lebih aku keje kt Hotel Sunway..mmg seronok sbb kenal ramai org dan dpt handle VVIP..satu pengalaman yang berbeza..

Then aku keje lak dgn company consultants utk migration to australia..ms tu aku sorang je Melayu then bila boss decide nk ambik sorang lagi pekerja..di sini la aku kenal kawan baik aku Nana..hingga kini kami jadi kawan baik..alhamdulillah..best jugak keje dgn Mr. Albert..dia betul-betul hargai staff- nya aku ler tu..setiap tahun dpt naik gaji dan setiap tahun dpt bonus dan angpau..duit raya pun dpt byk..mmg seronok!..2 tahun aku keje dgn Mr. Albert..penat boss aku tu pujuk xbagi aku resign tp lastly aku resign jugak sbb aku dpt keje gomen yang lebih secure..

3 Ogos 2006 tarikh utk aku daftar di Puspanita Puri, Presint 10, Putrajaya..masa tu belum tau lagi penempatan aku kat mana..a few days before, sebenarnya aku pegi ke JPA tanyakan penempatan aku..pegawai JPA bgtau aku mmg ditempatkan di Putrajaya tp xbgtau nama Kementerian..end of registration day tu baru tau aku ditempatkan di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)..masa terima surat penempatan tu..dlm kepala otak ni..tak pernah dengar pun nama Kementerian ni??hahaha...

4 Ogos 2006 aku ke KKLW..batch aku yang register di KKLW hanya 2 orang jer..lagi 5 orang mmg tak dtg..maybe diorg mintak tukar awal-awal kot..3 hari keje dah kena gi Kursus Induksi Khusus di Tanjung Tuan Beach Resort, PD.. sebulan kemudian kena gi Kursus Induksi Umum di Cameron Highland..satu pengalaman yang baru..dpt kenal kawan-kawan baru..tup-tup dah  5 tahun di KKLW. dan di  Putrajaya...Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa untuk terus bekerja...

Dalam 5 tahun ni..xde pencapaian yang nak dibanggakan sgt..namun syukur kepada ALLAH, dapat juga aku beli kereta sendiri..walaupun kete kecik jer..tp aku syg si TJ aku tu..MSA pun aku sayang ..hihihi...selain tu dpt juga aku menjelajah Malaysia dan hotel-hotel ketika outstation..best jugak sometimes kena keje outstation ni..nk harap pegi sendiri mmg jauh panggang drp api ler sayang cuti..hahaha..

Harapan aku maybe next 5 years, aku xkan duk kat sini lagi...one day aku akan keluar drp post yang aku pegang skrg ni..mmg aku tak minat utk duduk di tempat yg sama sampai ke tua..Andai exam KPSL aku lulus..akan cepat2 aku tinggalkan post ni..aku xnak duduk di post yg sama sampai ke pencen weiii...

Sempena di bulan yang mulia ni..mohon kawan-kawan doakan semoga impian aku termakbul..Amin!


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan....

Assalamualaikum..Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia dan juga kepada semua rakan-rakan bloggers..

Cepat betul masa berlalu yer..tup-tup dah sampai bulan Ramadhan dan sebulan lagi nak sambut raya lak..hari ni dah masuk bulan Ogos..lagi 4 bulan dah abis tahun ni..dalam tahun ni xtau apa pencapaian yang telah aku buat?mungkin xde apa yang nak dibanggakan rasanya selain bisnes memanik aku yang tak pernah putus dpt tempahan hinggakan baju sendiri tak dimanik pun..hihihi.....

Pagi-pagi ni aku ada baca 1 komen di fb di wall org lain tp komen tersebut mcm memerli aku dan ada unsur-unsur yang berbau kejelesan dan ketidakpuasan hati di situ..aku tak ambik pusing pun dgn komen itu....namun sebagai orang dewasa lebih tua drp aku dan dah berkawin, org yang komen tu rasanya masih belum matang..hal-hal yang remeh tak payah la di sebut di fb..di situ menampakkan ketidak-matangan org tersebut..Malas la aku nk layan dan ckp lebih-lebih..biarlah dia gembira dgn komen-komen camtu!hahaha...


Hari ni harus diteruskan dengan keje-keje mem'print nama-nama file dan menampal di kotak-kotak file lak..adehhh...penatnya nk angkat semua kotak-kotak file tu..pastu nk buat check-list nama-nama file..ini tahap paling tensen sebab ada org yang dah kacau semua file tutup aku tu...bila dh siap check-list tu nnt ada la file yang hilang entah ke mana..tak suka betul la bila buat keje nk tunjuk rajin tapi kacau org lain punya..menyusahkan aku nk mencari file-file yang hilang tu....xnak la di bulan puasa ni aku jadi HULK lak!

Bersabar la wahai hati....

Popular Posts