Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Riwayat: Muslim
Kategori: Akhlak
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, "Tahukah kamu siapa orang yang bankrap?" Para sahabat menjawab, "Orang yang bankrap bagi kami adalah orang yang tidak mempunyai wang dan harta". Baginda bersabda, "Sesungguhnya orang yang bankrap daripada umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat dan dia datang dalam hal dia memaki, mencaci si fulan, tuduh-menuduh serta memakan harta kepunyaan orang lain, menumpahkan darah, membunuh orang dan memukul orang. Maka diberi kepada orang yang teraniaya pahala kebajikan orang yang menganiaya mereka. Jika kebajikan sebelum telah terbayar tanggungan kezaliman, maka diambil daripada kesalahan mereka (orang yang dianiaya) dan dibebankan ke atas (yang membuat aniaya) kemudian dicampak dia ke dalam neraka".
Huraian Hadith:
- Islam melarang umatnya membuka rahsia dan tuduh-menuduh antara sesama sendiri jika tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar.
- Islam menjaga kehormatan seseorang daripada melakukan perkara-perkara menyalahi hukum yang boleh membawa kepada permusuhan.
- Jagalah lidah dan hati daripada mengeluarkan kata-kata yang kesat sesama orang Islam kerana akibatnya boleh menyebabkan amalan seseorang itu diambil dan digantikan dengan kesalahan yang dilakukannya di dunia.
- Segala amal kebaikan dan kejahatan akan dapat dilihat dan dirasa balasannya serta ditimbang baik buruknya pada hari kiamat.
- Orang Islam adalah bersaudara, maka haramlah atasnya pembunuhan, pencerobohan kehormatan dan mencerobohi hartanya.
- Menzalimi dan menyakiti manusia (seagama) akan menghapuskan pahala dan manfaat amalan yang soleh pada hari kiamat, orang yang melakukannya adalah muflis yang sebenar.
- Salah satu cara pendidikan yang berkesan adalah dengan menggunakan bentuk dialog dan soal jawab untuk menarik perhatian pendengar.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW
Insaf sekejap baca tazkirah ni
ReplyDeleteOit!
ape kes?
lame tak update?
ko sihat tak?
puasa?
heee...
Salam ramadhan.. Melawat ke blog ini yang penuh dengan nice entry.. Salam silaturahmi..
ReplyDelete