PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, September 21, 2012

Larangan Menunjuk-nunjuk Kejahatan


 Assalamualaikum..
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Setiap umatku akan dimaafkan melainkan orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosa (supaya diketahui oleh orang lain). Sesungguhnya antara perbuatan menunjuk-nunjuk itu adalah seseorang melakukan suatu perbuatan di waktu malam kemudian berpagi-pagi dia bercerita sedangkan Allah telah menutupinya”, tiba-tiba dia berkata, “Wahai fulan, semalam aku telah melakukan begini dan begini”. Orang itu semalam-malaman telah ditutupi celanya oleh Allah, tetapi pagi-pagi dia membuka tutupan Allah ke atas dirinya."
Huraian Hadith:
  1. Amaran dan celaan daripada Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan dosanya kepada orang lain.
  2. Orang Islam yang telah terlanjur melakukan dosa dilarang daripada membuat hebahan supaya diketahui oleh orang lain dan dinasihatkan supaya dia bertaubat kepada Allah SWT.
  3. Melakukan maksiat secara terang-terangan dan berbangga dengannya menunjukkan bahawa seseorang itu memandang remeh dan memperkecilkan agama, merendah-rendahkan hak Allah dan Rasul-Nya serta golongan yang soleh.
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

*Sumber rujukan: JAKIM

1 comment:

  1. Terima kasih kajiannya sangat bermanfaat...

    muslim traveler
    www.our-travel-destinations.com

    ReplyDelete

Popular Posts