PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, December 30, 2011

Kasih Kepada Rasulullah S.A.W

Semoga warkah ini menemui tuan/puan dalam keredhaan dan limpahan rahmat Allah S.W.T jua, InsyaAllah.

Assalamu'alaikum w.b.t,

Y. Bhg. Dato'/Tuan / Puan / Encik / Cik,
Riwayat: (At-Tabrani)
Kategori: Akidah
Hadith:
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya: Didiklah anak-anak kamu atas tiga (3) sifat iaitu: cintakan Nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca Al-Quran.
Huraian Hadith:
(1   (1)  Kita perlu beradab dengan Rasulullah SAW dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.
(2   (2)  Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah SAW dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala tindakan dan akhlak baginda.
(3   (3)  Mengasihi Rasulullah SAW mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran Islam yang dibawa oleh baginda.
(4   (4)  Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah SAW iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.
(5  (5)  Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah SAW, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya dan menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

Wallahu a’lam.
----------------------------------------------
Biro Agama
Kelab Kebajikan dan Sukan, KKLW

*Sumber rujukan: JAKIM

Thursday, December 29, 2011

Merah Ceria..

 Assalamualaikum...
Kembali aktif memanikkan diri..hihihi...bukannya tiada tempahan tapi sy yg busy memanjang..ditambah pulak dgn bisnes puding yang sedang diusahakan kecil-kecilan..

Baju ini ditempah oleh Pn. Mimi yang mana beliau tak kisah dgn corak dan bajet..so setelah fikir panjang, sy cuba untuk corak yang sy inspirasikan drp Sifu Syed Azmi yg sentiasa byk idea utk memanik...

Selama sebulan setengah untuk sy siapkan baju ni..hihihi..lama betul kan..byk masa dihabiskan utk kenduri adik sy baru-baru ni..
 Rantaian manik di sekeliling bunga di badan yang diminta oleh Pn. Mimi untuk menaikkan lagi seri baju..30gram manik putih telah digunakan..byk jugak ni..2 hari sy abiskan masa untuk menjahit part bunga ni..
 
Lagi banyak gambar boleh dilihat di SINI..

Wednesday, December 28, 2011

Program Makan Minum F&N di Johor

Assalamualaikum..
Lawatan Pemantauan Program Niaga Makan Minum F&N di Batu Pahat, Muar dan Tangkak, Johor pada 6 Oktober 2011 (Khamis)

1st lawatan di Batu Pahat, memula sesi perbincangan dengan isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh peserta...hasil jualan/pendapatan peserta sgt baik!

Signage yg telah disumbangkan oleh F&N..sgt menarik!

Peserta: Mohd Faidz bin Abdul Jalil
Alamat: Gerai MPBP, BP Walk, Jalan Rahmat, Batu Pahat, Johor
Waktu Perniagaan : 3.00 petang - 3.00 Pagi

Sesi perbincangan diadakan di Majlis Daerah Muar..perbincangan adalah berkenaan permasalah yang dihadapi oleh peserta dan cadangan penyelesaian harus diambil dengan segera.

Peserta-peserta yang terlibat

Peserta : Mohd Faizal bin Mohd Ismail
Alamat : Lot 7, Gerai Perhentian Bas/Teksi Bentayan (Muar/Pagoh), Jalan Salleh, Muar, Johor
Waktu perniagaan adalah drp pagi hingga petang

Peserta : Mohd Mukhainei bin Md. Kasim
Alamat : Lot 4, Gerai Medan Selera Perhentian Bas/Teksi bentayan (Muar/Pagoh), Jalan Salleh, Muar, Johor
Belum memulakan perniagaan

Di Tangkak...inilah satu-satunya peserta wanita yang terlibat..

Nama: Nurfadliyana binti Mahusin
Alamat : Gerai Penjaja Majlis Daerah Tangkak, Jalan Gambir 1, Bandar Baru Bukit Gambir, Tangkak, Johor
Waktu perniagaan adalah drp pagi hingga ptg..

Nota: The best menu dkt gerai2 diorg ni of course la 3 layer tea atau teh 3 lapis...mesti cuba kalau nampak gerai2 diorg ni tau..

Hari Ibu???

Assalamualaikum..terkejut....pelik...ajaib...tertanya-tanya...dan macam-macam yang bermain dalam kepala otak ni bila tengok kat kata kunci di nuffnang...nape la kata kunci 'hari ibu' ni byk sgt telah di google??padahal hari ibu dah lepas dan tahun depan pun lambat lagi...ermmm...
 apa kes ni??

Friday, December 23, 2011

Keputusan Ujian Darah

Assalamualaikum.....jumaat last week adalah tarikh untuk ambik keputusan ujian darah yg telah dibuat pada bulan 8..begitu lama terpaksa tggu keputusan tersebut kan..tp on that day, pagi tu..mmg aku berdebar giler laaa..sebab selama ni aku asyik mengelak jer bila adik aku nk buat blood test kt umah..hihihi

Bulan 8 tu adalah rutin yearly check-up utk tyroid..tp disebabkan oleh doktor yg baik..hihi aku mintak tlg check utk kolestrol dan juga gula dlm badan aku..risau jugak sbb family aku mmg ada keturunan kencing manis..ermmm...

Keputusannya ialah...Alhamdulillah doktor bgtau yg kandungan gula dan juga kolestrol aku berada di tahap yang normal..tapi sedikit bermasalah utk ujian tyroid..kata doktor ianya tidak stabil..so kena ambik darah lagi sekali untuk test....dah keputusannya pada bulan februari thn dpn..eiiii..kalau tak stabil lagi aku kena mkn ubat...xnakkkkkkkkkk!!

Disebabkan dah biasa sgt ambik darah..ermmm...xde pun perasaan takut lagi bila tgk jarum tu dicucuk di lengan...mmg dah kalih..tp nurse yg cucuk jarum hari tu ambik urat tepi...aduhhhh...mmg sakitnya sampai ke tulang..aku biasa ambik salur urat tengah...mmg lenguh dan berdenyut-denyut rasanya..xde tenaga nk pulas steering kete tp kuatkan juga semangat utk balik ke ofis...

Sebenarnya aku telah menolak MC utk hari berkenaan..biasanya kalau ambik darah mmg doktor akan bagi MC..tp aku hanya mintak time sleep jer kerana fikirkan boss nak meeting on monday..segala documentation belum siap ditag lagi...

Ermmm...after lunch, boss aku bgtau dia dah siapkan semuanya dan ada a few dokumen yg kena fotostat shj...hihihihi..terima kasih boss..!!jasamu amat dikenang...

Takut bila mengenangkan bulan Februari tahun depan untuk ambik keputusan darah lagi sekali..

Thursday, December 22, 2011

Wish List Tahun 2012

Assalamualaikum...tahun baru bakal menjelma tak lama lagi..sebelum ni aku xdela nk senaraikan apa benda yang aku nak beli tp tahun dpn kena nekad dan berusaha ke arah jalan yang lurus berkenaan...

My list:::

1. Simpan duit utk roadtax dan insurance kete - supaya tak jadi mcm tahun ni yg mana aku terpaksa guna duit bonus dan korek ASB untuk byr insurance dan roadtax kete..

2. Beli mesin basuh - walaupun mcm xsesuai bg aku yg duk sorang ni..baju bukan byk pun nk guna washing machine.."membazir air dan elektrik" kata adik aku tp for future better aku beli..so bakal laki aku ada ke?? boleh cuci kaki jer masuk umah..kena mintak duit hantaran tinggi la kalu camni..hahaha..

3. Beli katil - tamak skit sbb aku nk katil queen/king walaupun tido sorang2 jer...hahaha..duk umh sewa dulu bilik xmuat nk beli katil besau2..skrg tiba masanya sbb umh 3 bilik aku conquer sorang2..

4. Beli TV LCD sebijik - wahhh..boleh letak kt ruang tamu dan tv skrg boleh letak dlm bilik...pastu mula la aku duk bertapa dlm bilik jer...time mkn jer duk luar..!

5. Beli langsir baru - langsir dlm bilik2 skrg ni pinjaman drp mak aku..langsir color purple..langsir sliding door mmg dh beli sendiri color purple jugak...aku mmg peminat setia color purple..

6. Beli i-phone 4s atau samsung galaksi s2 - yg ni hanya berangan..kan bagus kalau ada org bg hadiah utk aku...hahahaha..

Semua wish list kt atas tu hanya perancangan..andai diriku anak org kaya...benda2 kt atas ini bukan lagi menjadi wish list..hahahaha..namun yg pasti membeli brg2 tu dgn hasil usaha dan titik peluh sendiri membuatkan kita lebih menghargainya..tahun 2012 kena kerja keras utk tambah pendapatan..insyaallah!

Azam tahun 2012????

Nota: hadiah hari jadi thn depan nk sejadah atau Al-Quran shj...boleh tak?

Wednesday, December 21, 2011

Jadual Pembayaran Gaji 2012

Assalamualaikum...
 Gaji bulan 12 dan juga bonus dah dapat kan..so mulai skrg kena rancang perbelanjaan untuk smpai ke next gaji..so jadual pembayaran gaji sgt penting tau...


Rancang perbelanjaan anda sebelum anda menjadi sengkek..peringatan ini untuk diri sendiri..hahaha

Tuesday, December 20, 2011

Matlamat Hari Ini..

Assalamualaikum....semlm aku telah bermatlamat untuk menaip semua entri-entri yang tak sempat di post..tapi..aduhai..bila tgk jer 'new post' aku terus rasa down...idea terus hilang..ermmmm....

Bilangan UV pun dah tak seperti dulu..tahun 2011 ni tak byk entri yg aku buat dlm masa sebulan..kalau dulu sgt bersemangat utk buat entri setiap hari dan berblog-walking....ini disebabkan oleh maaduu punya psl laaa...bukan madu tiga atau madu lebah tu yer...ini free watch korean drama secara online...mmg hari2 buat aku ketagih weiii...dan tidak hiraukan segala kerja-kerja lain..menci ai...

Kenapa baru semlm nk bermatlamat camtu???hihihi..sebabnya aku dh abis tengok citer Boys Over Flowers buat kali ke-5..hahaha...walaupun dah 5x tgk..aku tetap jugak feeling-feeling dan touching-touching...

So matlamat hari ni kononnya xnak buka webpage maaduu la..konon!!tapi pepagi buta dtg keje dah buka...apa ke jadahnya wahai Cik Roz oiiiii....mula la rasa menyampah dgn diri sendiri...

Ok..ok..lepas ni buat2 lupa link ke webpage tersebut..dan mula membuat entri utk setiap hari yer...uwawawawawa..tp td dah start tengok citer "Still Marry Me"...camner nk meneruskan kehidupan ni???


Thursday, December 8, 2011

SYMP..

Assalamualaikum....semlm semua org sibuk duk menunggu pekeliling tentang SBPA diumumkan...aku lak kat ofis sibuk nak bermeeting pukul 5.00 petang...meeting tergempar..huhuhu..

Dalam gomen ni, bila dah ada perkataan 'SYMP'  dan 'menjalan tugas-tugas rasmi yang diarahkan 'tu mmg xleh nk cakap apa dah...sila la berkhidmat dengan baik yer..

Isu yang sedang hangat diperkatakan hari ini ialah psl meeting semlm dan bukan lagi topik SBPA.ermmm..ada ura-ura 5 orang drp bahagian aku akan ditukarkan ke bahagian lain disebabkan work load kami yang sikit..work load skit sbb tahun ni kami semua xde bajet utk usahawan..bahagian lain yang dpt bajet berbillion tu xckup staff...

Xde bajet bukan bermakna kami xde keje..setakat ni isu-isu usahawan ni mmg byk yang nak diselesaikan..org yg melihat xsama dengan orang yang menanggung kerja ni..tapi xpela..kalau kena tukar pun maybe ada hikmah disebaliknya..maybe jugak dapat belajar sesuatu yang baru di tempat lain kan..

Hopefully aku bukan berada dalam list berkenaan kerana aku masih suka dengan kerja aku sekarang ni walaupun dah 5 tahun buat keje di bahagian yang sama...

SYMP = Saya Yang Menurut Perintah

Monday, December 5, 2011

Jumaat-Sabtu-Ahad

Assalamualaikum...Jumaat lepas aku rushing ke Hospital An-Nur Bangi..gara-gara nak menyambut orang baru..hihihi..nasib baik nenek aku dh dtg Selasa lepas so ada la org nak menjaga 2 orang budak kecik (adik sepupu aku)..Alhamdulillah..Akhirnya 8.16 mlm makcik Ida aku selamat melahirkan bby boy seberat 3.5kg..

Comel kan...hihihi..seperti biasa aku akan menjadi bby sitter utk 2 org kanak-kanak riang, anak makcik aku yg berusia 6thn dan 3thn tu..nk harapkan nenek aku kesian lak kt dia..so mlm tu aku bwk balik bdk2 ke rumah diorg..mandi dan bg makan..pastu hantar bdk2 dan nenek aku ke umah Pak Uda aku..bila diorg dah tido baru aku berkejar balik ke rumah..ermmm dah pukul 11mlm..letih...!berakhirnya hari Jumaat..

Sabtu - pagi2 aku dah bangun..basuh baju sikit dan terus ke rumah Pak Uda aku..dah berjanji nak gi hospital bwk budak2 tu tgk bby baru..then sampai ke bangi..budak2 sangat excited walaupun si adik 3 thn tu agak marah2 dengan kelahiran orang baru..asyik merajuk jer..sebabkan bby dan makcik aku sihat..so diorg boleh kuar hospital pd waktu petang..

Aku balik dulu dan menunggu makcik aku kt umah..sesambil buat cekodok pisang..rajin kan..hihihi..itupun setelah dipaksa rela oleh nenek aku..setelah semuanya selamat sampai umah..aku pulak nk balik ke rumah sendiri..seharian dgn macam2 hal mmg sgt meletihkan...

Relax kejap sbb dah janji dgn kwn nk gi tgk citer ni....

 Aku awal-awal dah booking online..ramai kwn2 dah tgk citer ni..so xleh jadi ni..huhuhu..nasib baik book awal-awal so mmg xperlu beratur dan bersesak di GSC..rupanya ramai jugak yg tgk midnite yer..aku pun dah lama tak masuk panggung...mmg best la tgk twilight..bila Edward kuar jer..hati berbunga-bunga rindukan dia..hahahaha...

Tak sabar nk tgk part 2 tahun depan...kul 3.00 pagi sampai umah...thanks to my fren sbb sudi belanja walaupun si beliau tak pernah tgk dan tak minat citer ni..tp aku sgt berpuas hati dgn komen beliau "OK jugak kan citer ni"..hihihihi...next citer pulak ialah Ombak Rindu..kena pujuk beliau supaya belanja lagi ni..hahahaha...giler jahat baik aku ni!

Sabtu - basuh baju lagi..untuk makluman..aku byk sgt baju utk dibasuh yer sbb bercuti panjang kat kampung xsempat nk basuh baju..baju kotor pulak yg dibw balik drp kampung..huhuhu..pastu buat puding marble utk adik aku..gosok baju 5psang utk keje..

Pukul 1.00 tengahari berkejar ke rumah adik aku yang mengadakan majlis kesyukuran dan solat hajat masuk umah baru..ermmm...puding aku mendapat pujian ramai..dan Alhamdulillah dpt bisnes buat puding utk 100 org mkn in this weekend..Pukul 4.00 ptg lak berkejar ke rumah Aza yang mana dia juga mengadakan majlis kesyukuran utk menyambut bby baru..pegi kejap utk tgk bby..semoga Aza dan bby sihat hendakNYA setelah mengharungi pelbagai dugaan..

Sampai umah dah kul 5.00 ptg lebih...satu hari yg penuh dgn aktiviti...ermmm bila kul 9 mlm jer mata dah xleh nk celik...esknya nk keje..weekeknd aku dihabiskan tanpa menjahit..aduhai..mmg aku tak sukakan keadaan itu..baju customer byk lagi yang nak dijahit..argghhhh!

Saturday, December 3, 2011

Di kala ini...

Assalamualaikumm..aku rasa ianya sgt xlogik bila kalau ada masalah jer xnak angkat fon dan xnak reply sms terutamanya kaum lelaki ni..kekonon nak tenangkan diri la tu..hampeh betul!!

Engkau tau tak pempuan ni mudah risau??at least bgtau la..'sy ada masalah skrg ni..nnt sy call back'..aku rasa dgn ayat tu pempuan akan fhm dan xkan ganggu..Bila risau, pempuan akan call dan sms byk2 kali..menghabiskan kredit jer...bkn ko yg tolong topupkan balik pun..

Kepada kwn aku tu..aku syg dia sbb dh byk menolong aku dlm kesusahan..kalau ko susah aku pun turut rasanya dan ingin cuba menolong sedaya-upaya selagi mampu..namun bila ko yang xnak..aku nak buat camner..nasib ko la kena bebel dgn aku di kala ko sakit kepala....aku bukannya nk menang tp sometimes kena la fhm perasaan org pempuan ni...

Bagi diri aku sendiri..bila aku ada masalah..kwn2 is the most important place to go..kepada kwn aku luahkan semuanya...at least aku rasa lega dan bukannya avoid them kan...

Edward Cullen..here i come!!

Note: Andai engkau berduka..aku yg pertama disisi..andai engkau bahagia aku kan terus berdoa semoga kau terus bahagia!

Popular Posts