PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Thursday, June 28, 2012

Seminar...

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari seminar yang bertajuk Pengurusan & Motivasi Diri Penjawat Awam yang diadakan di Dewan Serbaguna, Aras B1, KKLW...

Pagi tadi dimulakan dengan ceramah yang bertajuk Pengukuhan Nilai dan Profesionalism Penjawat Awam oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-Idrus...beliau adalah penyampai saluran ASTRO OASIS dan juga panel Program Halaqah TV9..

Kemudian ceramah kedua diteruskan dengan tajuk Kerja sebagai Ibadah oleh Tuan Haji Hushim bin Haji Salleh yang merupakan pakar motivasi berdaftar.

Sebelah petang pula diadakan forum yang bertajuk Hidup Sihat-Kerja Kuat-rezeki Berkat yang telah dimoderatorkan oleh Ustaz Zakaria Othman (JAKIM)..Manakala ahli-ahli penal terdiri daripada Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (Pensyarah UPNM), Ustaz Badlishah Alaudin (Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah JAIP) dan Ustazah Zawiyah (Penceramah Bebas).

Antara intipati yang boleh aku rumuskan daripada seminar sehari ni ialah untuk mendapat keberkatan dalam kerja, perkara-perkara berikut harus ada dalam diri kita:

1. Niat yang betul iaitu kerja kerana ALLAH
2. Ikhlas
3. Tidak melanggar syariat
4. Sentiasa bersyukur

Bagaimana menjadi pekerja yang cemerlang?? Iaitu menjadikan kerja sebagai pendorong..

1.  Kerja Ibadat - Beriman - Berwawasan
2. Kerja Seronok
3. Motivasi Dalaman - Positif - Masa - Cekap & Peka - Kepuasan Bekerja
4. Niat
5. Berilmu

Nota Kaki : Ubat yang paling mujarab ialah SEDEKAH!!

1 comment:

  1. bagus2... seminar camni la patut kite gi...yg bersifat ilmiah, leh gak tambah ilmu di dada..
    tidak la ilmu kite cetek di dlm dada ye tak rose

    bile ko nak citer ni?
    kene wat appoinment ke?
    huhuhu...

    ReplyDelete

Popular Posts