PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, March 30, 2012

Kad Birthday

Assalamualaikum...semalam balik keje dgn muka tersenyum kan...hihihi...dan tetiba jer tergerak hati nak buka peti surat kat umah...ehhh...ada kad apa pulak ni??happy birthday??..amboi awal betul kad tu dihantar....

Tetiba rasa bulan March byk buat aku gembira...hihihi...patut ler rasa diri ni semakin naik jer berat..byk baju kurung yang dah xmuat dengan pinggang ku yg ramping ni..alahai..memula sekali dapat cash out nuffnang..pastu dpt Kodomo Lions..yang hari2 buat aku tersenyum sendirian..then dpt lipstik hadiah drp kwn ..semlm dpt lucky draw dan petang semlm jugak dapat kad birthday...

 Hihihi...korang jangan nak buat andaian bebukan yer...kad ini telah dihantar oleh Sen Q..dan bukannya drp bekas pakwe yang tak bertauliah atau sape-sape yang berkenaan...hihihi...sape ler yg ingat kat aku ni???tetiba mood cedih lak....

Susah dah nk dpt kad birthday skrg ni..zaman teknologi dimanfaatkan dgn ucapan thru lama sosial dan juga sms jer..lebih cepat dan jimat kan...so kalau sesekali dapat kad..gembiranya rasa diri..

 So..sesiapa yang rajin tu..sila la antar kad birthday utk aku..8hari lagi before my day...hihihi..sempat lagi tu kalau nak pos...
 

Mesyuarat Agung Puspanita

Assalamualaikum...seharian rasanya dengan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan KKLW..Alhamdulillah majlis dah selamat berlangsung semlm... dari segi aturan majlis mmg sgt kelam-kabut..byk benda yg rasanya mcm tidak teratur..tapi xpela..dh berlalu pun semalam...

Majlis bermula kul 9.00 pagi dan berakhir pada kul 2.30 petang...lama betul mesyuarat ni..hihihi...mesyuaratnya sekejap jer tapi benda-benda lain tu yang byk diselitkan...namun penantian yang lama tu sangat bermakna..ada 60 cabutan bertuah...

Biasanya kalau ada lucky draw aku xpernah nk harapkan apa-apa pun..redha jer..namun..semalam..aku pulak yang bertuah..Seumur hidup..ini ialah kalu ke-2 dapat lucky draw..first time dulu masa Family Day ofis di Sungkai, Perak..dapat cerek elektrik..dah hadiah semalam ialah...


Dan ini ialah isi dalamnya...alhamdulillah...mmg aku sgt2 suka..sebab ianya ialah rose merah...suka..suka...walaupun hanya 2biji cwn tapi ianya dtg drp Idaman Suri, Langkawi...susah nk dapat jugak ni kalau tidak ke Langkawi kan...hihihi


Pastu dapat pulak doorgift..sebijik tupperware kecil yg comel...boleh la kan drp xde langsung..seronok jugak kadang-kadang kalau pegi majlis kalau dapat mcm2 benda free...hihihi


Balik keje dgn muka tersenyum....hihihi

Thursday, March 29, 2012

April is coming soon...

Ciri-ciri kasih sayang yang ada pada aku mengikut bulan kelahiran aku:

- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta......yeke ke??
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai...rasanya tidak!
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati...malu ke aku ni??hihi...
- Sentiasa ingin diberi perhatian...ini mmg betul!
- Amat cemburu dalam perhubungan...betul
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.betul
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka...betul..emo lebih..hihi
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk...hihi..betul ni..
- Romantik dan terlalu romantik...sgt la betul..
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai...betul.. - Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan..sgt betul jugak..

Manakala ini lak ciri-ciri sikap yang dikaji oleh Dato' Dr. Fadzillah Kamsah..

- Sangat aktif dan dinamik. ..betul tu..
- Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal...rasanya aku fikir byk kali dulu b4 buat...
- Sangat menarik dan pandai menjaga diri. ..betul
- Punya daya mental yang sangat kuat. betul
- Suka diberi perhatian. betul
- Sangat diplomatik (pandai memujuk ). betul
- Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. sgt betul..pandai aku bg nasihat kat org lain..haha
- Sangat berani dan tiada perasaan takut. uik..kadang2 takut jugak weiii...
- Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. betul ni..tp still xde org nak kawin dgn aku..hahaha
- Emosi cepat terusik. ..sometimes laaa...
- Cuba kawal perasaan. betul...
- Kecenderungan bersifat pendendam. ada jugak kadang-kala perasaaan tu..sgt teruk kan
- Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. ..betul ke aku camni??
- Kuat daya ingatan. sgt betul...
- Gerak hati yang sangat kuat. sgt betul..
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. betul..sgt pandai..masalah sendiri xreti nk settle
- Berpenyakit disekitar kepala dan dada. sakit kepala tu biasa laa...
- Sangat cemburu dan terlalu cemburu..ini rasa mmg betul jer..hahaha

Wednesday, March 28, 2012

Cara Bagi Orang Cepat Bayar Hutang...

Assalamualaikum...
hari ni ada pulak yang search kat blog aku 'cara bagi orang cepat byr hutang'...hihihi...kelakar betul..
 

Kalau realitinya..mmg xde cara yg boleh dipraktiskan pun utk suruh org cepat2 byr hutang...kecuali...kita bakor umah dia....hahahaha..jgn buat kelakar yer cik Roz...

Pendapat aku.. mmg sgt susah nk mintak orang byr hutang..aku terpaksa mintak hutang tu bila aku sgt2 kesempitan duit..kalau masa ada duit mmg langsung dah xingat semua hutang org kat aku..tul tak?

Apa yang aku amalkan setiap bulan ialah..byr semua hutang2 dulu..iaitu semua hutang yang melibatkan bank dan pihak ketiga..contohnya mcm pembyran broadband, bil api, bil air dan sebagainya..duit selebihnya baru la kita spend skit utk diri sendiri..kalau rasa diri xmampu nk beli apa2 that month..so xpayah nk berangan laa..duk diam-diam dan tengok jer...

Ikut nafsu mmg rasa nk beli baju baru laa..tudung laa..nk makan pizza, kenny rogers dan macam2..tp ohh tidak mungkin...byk yg perlu dibayar walaupun hidup bujang...so buat xtau jela dan abiskan pembayaran hutang dulu..kalau dah abis..kalau nk beli segala macam mak bapak pun boleh..

Kita yg berhutang ni pun kena fikir gak..maybe org yg kita hutang tu mempunyai masalah kewangan..masa dia pinjamkan kita..fine..maybe masa tu duit dia berlimpah-limpah kan...dia senyap xmintak apa-apa bukannya bermakna dia redha kita xbyr..tp...dia hanya mampu berdoa agar org tu murah rezeki selalu...hihihihi...mcm terkena debuss sebijik kat aku je ni...

Mmg betul..aku hanya mampu berdoa dari jauh agar dia sentiasa dimurahkan rezeki shj..itula cara aku gunakan utk suruh org byr hutang aku....hihihi...best tak??

Tuesday, March 27, 2012

10 Sikap Lelaki Yang Dibenci Wanita

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

Petikan: Mummynemo

Nota:mmg aku sendiri pun sgt benci dgn sikap lelaki seperti di atas....huh!menyampah...

Monday, March 26, 2012

Hadiah....

Assalamualaikum..
Wordless Monday..boleh??hihihi

Jgn jeles bila tgk gambar di atas...bukan aku yg beli tp hadiah drp sorg kwn yg dtg melawat aku..hihihi..Thanks to my dear fren, Arlina Rosli..birthday aku bulan depan..sila bagi hadiah lagi..hihihi

Bukan senang nk dpt ni..beli sendiri??..xdo laaa...huhu


Thursday, March 22, 2012

Kodomo Lion

Assalamualaikum...
Apa kes lak dengan tajuk pasal ubat gigi pulak ni yer???hihihi...kejadian yang sangat menarik untuk diingati...semalam aku dapat ubat gigi Kodomo Lion ni..kelakar betul..masa aku tgk ubat gigi ni..aku rasa mcm nak terguling-guling...


Betul la kata Ben Ashaari..lelaki ni lurus...hihihi..aku suruh beli ubat gigi Darlie yang kotaknya color pink..dibelinya ubat gigi ni..ingat aku ni kanak-kanak umur 3 tahun ke?alahai....mentang-mentang kotaknya color pink..dibeli pulak ubat gigi kanak-kanak ni..perasa epal pulak tu...hihihi...

Lelaki kalau suruh beli barang mcm ni laa...rasanya next time kena tulis sebijik-bijik dlm kertas.. jenama apa..brepa kuantiti nk beli, perasa apa..kalau tak rasanya..jadi camni laa...disuruh beli ubat gigi..dibelinya ubat gigi..betul la ubat gigi tapi ubat gigi kanak-kanak rebina...hahaha..padahal sorang kanak-kanak pun xde kat umah aku tu...

Bersabar jela..nak marah pun xleh..gelak golek-golek pun best jugak ni...buat lawak betul...by the way..thanks kepada si dia yang buat lawak ptg semlm..ia buat aku tersenyum hingga ke hari ni..pasti next time tgk ubat gigi Kodomo Lion aku akan ingat kenangan indah ini...hihihi...

Manik Memanik...

Assalamualaikum..

Tempahan seterusnya daripada Pn. Mimi..untuk pengetahuan semua..ada 7 helai lagi baju Pn. Mimi yang harus sy manikkan...mmg byk dan tak menang tangan untuk menerima tempahan..nasib baik Pn. Mimi memahami keadaan sy..hihihi

Corak yang dibuat adalah berdasarkan crumble pearls yg simple dan ringan..

Lebih banyak gambar lagi boleh ditengok...sila ke SINI tau..

Tuesday, March 20, 2012

Magnum Fashion Royale

Assalamualaikum...
Game kat fb kan macam-macam...namun, aku ni mmg xpernah la nk main game online ni..mmg sgt2 xreti nk bercucuk tanam macam org lain...hihihi..tapi baru-baru ni aku addicted dgn satu game ni...Magnum Fashion Royale..ini gara-gara sukakan aiskrim Magnum ..

Kalau korang nk join boleh click gambar ni..memula mestilah kena like page Magnum dulu yer..

Pastu baru leh start main..

Nnt tekan button stop untuk masuk mana-mana pintu..


Antara game yg ada ialah..susun color baju..susun gambar, cari perbezaan gambar..suai padan baju...senang je kan...tapi ianya based on timing yang diberi..untuk pengetahuan korang jugak..game ni hanya boleh dimain sekali sehari jer..dah abis hari ni..esk jela pulak try yer..

 Rasanya dh hampir seminggu kot aku duk main benda ni..hadiahnya..korang tgk la sendiri...hihihi...drp ranking beratus-ratus..skrg dah ranking 46..satu pencapaian yang bagus jugak tu..korang cuba la pulak...
 

Monday, March 19, 2012

Terima kasih Nuffnang...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..pagi ni buka je akaun nuffnang amaun dah mencecah RM100...hihihihi...suka..suka..sebab aku dah berniat..nk cash out bila ianya mencecah RM100...

Lama jugak nk tggu ckup RM100 ni...lagipun blog hippo aku ni xdela sefemes amous mcm org lain kan...dpt skit-skit camni pun dah bersyukur sgt..sape nk bg duit free kan...hihihi..Insyaallah akhir bulan ni akan aku cash out...skrg ni biarkan dulu..


 Skrg ni masih ada 3 lagi BE yg harus dijana...walaupun xbyk mana tp boleh la drp xde kan...bukan senang nk dapat BE...sometimes tu terpaksa tggu berbulan-bulan nk dpt 1 BE..tp bila dh dpt..hihihi...3-4 sekali dapat..seronok kan...

Terima kasih buat Nuffnang..

Popular Posts