Assalamualaikum...cerita ni dah lama berlaku..namun aku nak bercerita jugak..pada 17 April 2012 yang lalu....adik laki yang ke-2 dapat interview di Akademi Laut Malaysia (ALAM)..dia memang minat kerja-kerja di laut ni...interview ni adalah khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Diploma in Nautical Studies dan Diploma in Marine Engineering...
Selepas dah survey dan tanyakan jiran rumah aku..dia bagi map untuk ke ALAM ni...untuk trip kali ni..aku pergi bersama dengan adik pempuan dan adik ipar aku sekali...aku jadi 'mem' kat belakang...hahaha...kami memulakan perjalanan pada pukul 4.00 pagi...berpandukan arah sign-board jer..last-last pukul 6.00 pagi kami sampai di ALAM...solat subuh di surau yang berhadapan ALAM sahaja...
Dalam pukul 7.00 lebih kami mula menuju ke dewan untuk registration..seronok betul tengok semua student kat ALAM ni yang berpakaian uniform putih..mmg smart dan the best thing ialah diorang semua berjalan dalam grouping....
Di luar dewan...ini ialah adik aku yang ambik exam dan interview tu...lepas dengar taklimat baru aku tau rupa-rupanya nak study diploma kat ALAM ni kosnya ialah RM90ribu...alahai sangat-sangat mahal...patut la diorang ni kena ada sponsorship...antara sponsorship yang ada ialah MISC dan sebagainya.
Lepas registration..kena jawab exam dulu...daripada 60 orang yang dipanggil hanya 32 orang sahaja yang hadir...tetapi selepas keputusan exam diumumkan tengahari tu..hanya 14 orang sahaja yang tinggal untuk interview dengan pensyarah dan sponsorship MISC..ini termasuk adik aku...Alhamdulillah...payah jugak exam diorang ni...paper kena jawab iaitu Fizik, Matematik dan Bahasa Inggeris...yang datang pulak bukannya calang-calang...semuanya lulusan SPM 6A ke atas...pelbagai kaum pulak tu...persaingan yang sangat sengit..
Ok...aku menyelit sekejap yer...hihihi...comey pulak sauh ni...tak de kat tempat lain..tanda kenangan dah sampai di ALAM ni...
Sementara menunggu adik aku tu...kami sempat pergi ke Tanjung Bidara kejap...nasib baik adik aku yang rajin ni bawak bekal nuget dan keropok...boleh jugak mengunyah sesuatu
Cantik jugak pemandangan di Tanjung Bidara ni...bila dah lama tak pergi pantai..rasa seronok pulak tengok laut..
Makan tengahari di tepi laut...mmg seronok dan menyelerakan..di tambah-tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa...hihihi...pengalaman baru di tempat orang....
Pukul 4.00 petang..kami bergerak balik...sempat singgah untuk beli belacan dan juga cencalok utk kawan ofis...belacan bakar...hihihi....itu je yang sempat dibeli...
Sekarang ni adik aku masih menunggu panggilan ALAM...tak tau la ada rezeki ke tak...Insyaallah..untuk berita terbaru..dia dapat Matriks Teknikal di Pahang, 28 Mei nnt akan daftar....semalam dapat tau IPTA...dan adik aku berjaya dapat offer untuk Diploma Mechanical Engineering di UiTM. di Bukit Mertajam..xtau la camner..biar dia sendiri buat pilihan...