Assalamualaikum..dah seminggu cerita tentang percutian aku last week tertangguh..hari ni baru ada mood unutk menulis psl kisah berkenaan..
Plan nk ke Pulau Ketam dah lama dibuat..sejak thn lepas lagi..so disebabkan aku beria-ria sgt nk pegi..incik MSA telah memohon cuti pada 8-10 April..kekononnya cuti tersebut untuk gi tgk F1 kt SIC..haha..last-last minit xdapat tiket so terpaksa ler dia ikut kemahuan aku yang nk pergi ke Pulau Ketam..huhu..
Jumaat, 8 April..(hari jadi aku tu)..huhu..pepagi bangun dan kemas baju..pastu 10.30 pagi aku dah smpai kt Bkt Tinggi..ambik incik MSA kt kedai..pastu terus ke Gaint Port Klang untuk beli makanan spt megi, jajan, coklat dan udang untuk umpan memancing...disebabkan Pulau Ketam adalah perkampungan Cina, so kami decide nk mkn dulu, isi perut kenyang-kenyang before grk ke Pulau Ketam..fyi, kami akan ke Kalong Greenway yg berada di tengah-tengah laut untuk memancing..incik MSA yg memancing...aku nk relax-relax sambil hirup udara segar..
Disebabkan kami bernasib baik..pihak GW ada nk antar org kt jeti Port Klang, so kami xperlu naik feri ke Pulau Ketam..kami naik speed bot GW dgn tambang sebanyak RM10 seorang.. kalau naik feri ke Pulau Ketam tambang adalah RM7 seorg dan terpaksa lak naik bot lagi sekali ke Kalong GW..
Naik speed bot ambik masa lebih kurang 20minit untuk smpai..baju keselamatan disediakan..that day lak laut cantik dan cuaca pun ok..mmg rasa selamat naik speed bot..kalau cuaca xelok mmg pihak GW tidak menyediakan perkhidmatan speed bot..terpaksa la naik feri ke Pulau Ketam..RM130 kalau nk sewa speed bot ini drp jeti Port Klang ke Kalong GW..
Tiba di Kalong GW lebih kurang kul 12.30 tengahari..terus check in..sorang dikenakan bayaran RM60..nasib kami lagi sekali baik sebab ms tiba tu hanya 3org pemancing shj yg ada..itupun diaorg akan check-out kul 4petang..pastu 2org kwn incik MSA tiba pd petang tu..so hanya kami ber-4 shj di kalong tersebut dan ditemani oleh Apek yg manjadi 'jaga' di kalong ni..bilik mmg byk kosong..rasa mcm best la jugak sebab kami conquer..incik MSA duk bersama dgn kwnnya dan aku duk bilik sorang..bilik besar utk 4orang tp aku duk sorang..huhuhu...best jugak!
Ini ialah rupa Kalong GW..bilik sgt selesa dan udara pun nyaman..kalong pun sgt bersih!toilet kt luar bilik yer..dan dibekalkan air bersih bknnya air laut..air bersih sgt terhad so xleh la nk mandi or guna dgn sewenang-wenangnya..kena jimat cermat guna air..!
Tempat untuk pemancing
Kt hujung yg ada buaian tu ler tempat aku layan hirup udara..terasa hilang segala masalah..mmg best la..
Ini ler keje aku..ambik gambar anak-anak ikan..hihi..sementara menunggu incik MSA memancing..satu perkara org suka memancing ni ialah diorang bukan ingat nk tido..sehari semlm ler xtido..huhu..tp aku kul 10mlm dah dibuai arus laut yg entah kemana-mana..tinggal ler incik MSA dan kwn2nya duk layan tali pancing..kul 12.30mlm aku bangun sbb aku tau incik MSA lapar..haha..
Kt Kalong GW ni tidak menyediakan cafe..so kalau nk mkn mmg kena masak sendiri atau bwk mknan sendiri..kalau beli xterjamin halalnya sbb org GW akan beli mknan kt Pulau Ketam..alatan periuk, kuali, pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan cwn mmg ada disediakan tp selepas guna kena basuh sendiri..aku masak air dan mkn megi jela yer MSA ku sayang!..huhu...
Layan kaki pancing sesambil aku surfing internet..canggih ler jugak tengah2 laut line broadband maxis still ada walaupun sometimes mcm siput sedut..drp tengahari sampai mlm ini jer ikan yang incik MSA dapat...ikan gelama..besar kan?hahaha...
Jgn terpedaya..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ini ialah saiz sebenarnya..
Aku gelak nk golek-golek rasanya..lastly anak ikan gelama jadi santapan sang kucing di situ..hihi...berlagak mcm pandai pancing ikan..haha..nk dpt sekor ikan kerapu pun susah..rupa-rupanya umpan udang incik MSA salah..sepatutnya dia kena pakai umpan ikan kembong..itu ler ms nk dtg hari tu tak tanya elok-elok kt org Kalong GW..huhu..kan dah tersalah..biasa mancing kolam lain umpannya..mancing laut lain lak umpanya..kwn2 MSA dah dapat byk ikan merah dan sekor ikan kerapu..
Kul 3pagi aku dh masuk tido..incik MSA dan kwn2 aku xtau la kul brepa diorg tido..kul 7pagi aku dah bangun..aku terjaga awl sebab kipas dah ditutup..elektrik hanya dibekalkan pada kul 6.30petang hingga 7.00 pagi shj..duk relax jap dan kul 8pagi aku dah siap mandi..kul 9pagi baru incik MSA bangun..itupun aku ugut dia yg laut tengah mati..cepat2 bangun mancing..kwn2 dia kul 7 dh bangun memancing..huh!tak cukup tido ler tu susah nk bangun...
Kami hanya stay 2hari 1mlm shj..kul 12tengahari dah bersiap-siap untuk check-up dan pihak GW telah hantar kami ke jeti Pulau Ketam..cuaca ujan dan berangin..ombak pun besar so lebih selamat naik feri..
30minit naik feri dah smpai kt jeti Port Klang..sempat gak la aku terlelap sekejap..rasa mcm xpuas jer bercuti kali ni..bestnya kalau dpt pergi 3hari 2mlm ker..2hari 1mlm mmg xcukup nk relax-relax..pakej utk 3hari 2mlm ialah RM110 seorg..insyaallah dlm perancangan, kami akan pegi lagi dgn rombongan kaki pancing yg lebih ramai..aku pun nk mancing gak nnt walaupun sgt geli nk letak umpan pum-pum tu..hihi..
pesanan untuk incik MSA: sila bwk pancing lebih dan juga sila letak umpan utk sy memancing....hihi...