PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Tuesday, June 28, 2011

Saya Yang Menurut Perintah...

Assalamualaikum...kejadian yang berlaku disekeliling kita boleh dijadikan bahan untuk menulis kan..hihihi..hari ni pagi-pagi lagi aku dah diberitahu psl kejadian..ermmmm...nk ckp camner ek?pegawai yang tak layak dihormati kot..maaf kalau ada yang terasa..ini hanya luahan rasa shj..

Selama 5thn keje ni..dah ramai pegawai yang pernah aku bekerja bersama as one team..mcm-mcm perangai..tapi alhamdulillah..semuanya baik-baik belaka...pengalaman kadang-kadang mematangkan kita..kalau dah jadi kuli ni of course la kena terima arahan pegawai kan...namun tetiba bos besar marah kuli disebabkan arahan pegawai camner?

ok fine laa..kuli mmg selalu kena marah pun kan...tp sepatutnya pegawai yang bg arahan tu yg kena pertahankan kuli dia sbb dia yg bg arahan...kuli ni xlayak nk buat apa-apa keputusan..selalu bertindak pun ikut arahan pegawai..kalau pegawai suh buat itu..itu la kuli buat...tp disebabkan itu boss marah..dan pegawai xpertahankan anak buah..mmg pegawai tu xlayak dihormati...mmg xde ciri-ciri sebagai pemimpin..disebabkan kesalahan arahan dia..dia nk lepas diri dgn salahkan anak buah depan boss..patut ke??

Nasib baik kejadian ni tak berlaku pada aku..kalau tak, confirm dah aku pertahankan diri aku ni...aku bukan nk mengajar org yg pangkat lebih besar drp aku..tp diorg ni kena gak ingat..kalau xde kami sebagai kuli ni..boleh ke buat keje sorang-sorang?saper nk fotostat kertas berbundle-bundle??saper nk antar surat nnt??saper nk sediakan folder mesyuarat?saper nk faks surat??kuli jugak kan... 

Mood : sakit hati melanda...

Aku sangat respect dgn pegawai dan boss yang dulu-dulu..warga otai..hihi..kejadian memula aku masuk keje..hihi..biasalah drp keje swasta tetiba masuk gomen..byk yang aku xreti istilah org gomen ni...so kesalahan besar gak la yang aku buat..aku tak hantar surat kt satu agensi utk mesyuarat..hihi..xtau istilah S.K. (salinan kepada) punya pasal..disebabkan surat tu xdihantar..mesyuarat terpaksa dibatalkan...

Boss besar mengamuk dan panggail aku, pegawai dan boss unit..aku kenal pegawai aku ni xlama sbb aku baru masuk keje..boss unit gred 52 pun baru sama masuk dgn aku..dia bertukar tempat keje..depan boss besar, pegawai dan boss unit aku ni yang mengaku kesalahan diorang dan bukan menunding jari kpd aku...boss unit aku yg mohon maaf dgn boss besar...aku langsung xkena marah walaupun itu kesalahan aku..selepas kes tu..sampai skrg aku ingat lagi kejadian first time kena marah tu weiii....hihi..aku betul-betul respect diorg ni..layak untuk bergelar pemimpin selayak dgn gred dan gaji diorg..hahaha...

Mood : rindu pada pegawai-pegawai dan boss aku yang dulu....

Nota Kaki : pemimpin yang baik adalah pemimpin yang adil dlm melaksanakan tugasnya...kalau ada yang pertikaikan keadilan anda..sila jwb di akhirat nnt ye....


Saturday, June 25, 2011

Manik Tabur Aainaa

Assalamualaikum..
Baju raya yang ke-3 saya jahit utk Aainaa...atas permintaan Aainaa yang hanya mahukan yang ringkas shj di tangan..so sy decide nk jahit manik tabur shj


Nak tau lebih lanjut..boleh la melawat ke SINI yer..



Friday, June 24, 2011

Pulau Pangkor..

Assalamualaikum..
First time pegi ke Pulau Pangkor..hihi..jakun kan??tapi xper..pegi secara percuma..lain kali dah xde lagi..so peluang keemasan ni jgn dilepaskan walaupun hakikatnya pergi sebab berkursus..

Bertolak drp Putrajaya kul 10.00 pagi..dan sampai kt jeti Lumut pada kul 4.00 petang..


Kursus Pengurusan Kewangan dan Aset..huhu..langsung xde kena mengena dengan proses kerja aku sekarang..bengong kepala otak dgn nama-nama dan tatacara yang tak pernah aku buat selama bekerja ni..pergi pun sbb nk cukupkan hari berkursus dalam setahun...


Tapi xper..ini merupakan cabaran yang perlu ditempuhi..boleh ke??hihihi..masa memula masuk kelas dah kena buat exam..adehhhh..20 soalan objektif...tau tak brepa je yang aku betul????hahahaha..mmg kelakar giler...3/20...dalam kategori gagal..al-maklum ler bukannya tau psl lejer/buku vot/tender/kew-pa..aku bantai meniru jer yang betul 3soalan tu...


Kursus ni dianjurkan oleh MOF..diorg yang tanggung semuanya...hanya peserta kursus drp KKLW..nk harapkan KKLW buat kat Pangkor??haram...mmg xdapet ler...KKLW kan selalu belanja berhemah utk kakitangan bawahan..


Perjalanan naik feri ke Pulau Pangkor..aku xsuka dengan bau diesel..


Cantik betul laut ni..


Eh..ini mcm aku jer..huhu


Teluk Dalam Resort..mmg best la resort ni..lain kali kalau gi pangkor mmg nak duk hotel ni..


Terasa sangat dihargai bila kami semua disambut dengan bunga manggar dan nyanyian oleh staff-staff Teluk Dalam Resort..terasa mcm betul-betul dihargai oleh mereka


Jalan masuk ke Teluk Dalam Resot..seram kan..sesuai utk org yang nak berjogging..mau kena 2 round dah semput...haha..


Aku dan kawan-kawan (kami ber-4) duk kat chalet..rumah sebijik-sebijik...best la sebab rumah besar dan ada ruang tamu utk bersantai-santai..namun yang tak bestnya ialah channel TV3 xde..huhuhu..melepas tgk Nora Elena selama seminggu..huhuhu...


Sempat gak la gi pekan Pulau Pangkor tu utk shopping-shopping..dah jejak kaki di Pangkor ni la baru aku tau yang kat sini terkenal dengan ikan bilis mata biru...ikan bilis mat salleh..hahaha..ingatkan murah..mahal gak rupanya sampai ada yang RM76 sekilo..aku ada la beli ikan bilis skit utk mak aku dan baju Pangkor utk adik-adik aku..kenangan menandakan aku pernah sampai ke Pulau Pangkor kan..


Malam last kami semua dijamu dengan BBQ..hahaha..sedap la jugak makan beramai-ramai di tepi pantai dengan diiringi angin sepoi-sepoi bahasa dan juga unggun api..wahhh..best..best..layanan istimewa drp pihak hotel utk kami semua..


Last picture sebelum bertolak balik...4 hari 3mlm di Pulau Pangkor..terasa mcm nk gi lagi jer..sebab aku sukakan pantai dan laut..byk sebenarnya gambar yang nak diletakkan disini..tp takut pembaca blog aku ni bosan lak kan..

Oppss..lupa nk bgtau..lepas abis kursus, ada sekali lagi exam penilaian..haha..alhamdulillah aku lulus 13/20..satu pencapaian yang baik kan..bagus gak gi kursus yang diluar bidang kerja..satu pengetahuan dan pengalaman yg baru utk ditimba..

Nota Kaki: incik MSA..sila bwk sy ke Pulau Pangkor..




Wednesday, June 22, 2011

Hari Pekerja 2011

Assalamualaikum..
Weiii..sgt lapuk la citer ni..aduhai..berkepuk dlm folder draft aku ni..gambar dah upload tapi xde mood nk taip ceritanya..

First time dlm 5 tahun servis aku ikut rombongan KKLW ke Perhimpunan Hari Pekerja 2011..Kejadian ni berlaku pada 7 Mei 2011..pepagi buta kul 6.30pagi dah berkumpul di KKLW..tunggu org tu..tunggu org ni..at last kul 7.00 lebih baru gerak ke Stadium Bukit Jalil..


Ingatkan pegi pepagi kul 8.00 pagi start majlisnya..terpaksa menunggu lagi sampai kul 9.30 pagi baru nak start..nasib baik sarapan disediakan..nasi goreng ayam merah..sedap gak!hihihi..


Hari Pekerja 2011 dirasmikan oleh YB Timbalan Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Sumber Manusia, KSN pun ada sekali


Ucapan YB. TPM..


Gadis-gadis pemangkin negara..ceewaaaahhhh!..Eh..nape lak tetiba nampak pipi sy dah jadi gemuk??huhuhu..


Acara perasmian


Pasukan koir KSM


Ada acara menari-nari..


Persembahan paling best pada hari tu..semua penari memakai pakaian bertemakan semua pekerjaan yang ada di Malaysia..Artis yang memeriahkan majlis lak ialah Ning Baizura..beliau menyanyikan lagi Awan Yang Terpilu..mmg sgt best!


Meriah betul dengan pelbagai color dan gelagat..


Pemenang persembahan terbaik..diorg ni mmg sporting..kan best kalau org-org KKLW pun camtu..ini tak..nk suh angkat banner pun malas..menyampah betul..!org yg nk control ayu/hensem mmg tak patut dibawa ke majlis camni..


Bestkan diaorg ni..


Tema yang menunjukan jabatan diorg..


Eh..sy ke ni?bersama Mala-ria dan Kak Lojana!haha

Majlis berakhir lebih kurang kul 12.00 tengahari...Alhamdulillah dapat cuti tanpa rekod, sijil dan juga pakaian korporat kerana menghadiri Hari Pekerja 2011...satu pengalaman baru yang diraih..!

Nota Kaki: harap thn dpn KKLW boleh tambahbaik utk persembahan..ada pong-pong ke, pakaian bercolor ke..cantik skit..org xsporting/pemalu xpayah la pegi..!

Tuesday, June 21, 2011

Lupa dan lupa lagi...

Assalamualaikum..hari ni aku terlupa lagi nk bwk kabel kamera..nk upload gambar-gambar jahitan manik yang telah delivered kat customer semlm..pagi tadi dah ingat nk ambik kat dlm beg laptop..alih-alih xambik jugak..adehhh!..apsal la aku hilang ingatan pagi tadi??

Semalam pegi hospital utk pasang splint kat rahang tu..ingatkan permenant punya splint..nasib baik boleh buka dan pasang sendiri..cerita psl kt hospital semlm akan diceritakan kemudian k..kemudian-kemudian nnt lupa lagi la tu nak citer..okeh..nnt akan citer gak yer...

Alamak..cerita pasal gi pangkor last month pun belum dikecohkan kat sini lagi..tengok tu..asyik lupa jer aku ni..

Nota Kaki: pelupa sbb selalu minum air semut yg bunuh diri ..


Saturday, June 18, 2011

Crumble Pearl Puan Mimi..

Assalamualaikum..
Tempahan kali ni dtg drp regular customer sy, Puan Mimi..memula dia hantar satu beg baju yg mengandungi 10 helai baju yang nak dijahit manik..adehhh!terkedu seketika..namun sy terima dengan hati yang terbuka..nasib baik bukan untuk dipakai di hari raya..Alhamdulillah..rezeki jgn ditolak..beberapa hari kemudian..menyusul lak baju raya ni..


Di bahagian leher

More picture HERE..



Thursday, June 16, 2011

Bodoh Sombong..

Assalamualaikum...hari ni aku berpuasa..dan pagi ni terasa sgt mengantuk dan sejuk...aduhai!tak tahan la..asyik duk menguap jer ni..dah la kena tahan rahang ni drp buka mulut..xsuka..xsuka..!

Ada perkara yang dah lama aku nak taip dan post kat sini tapi susah betul nak mulakan..ok..memula 'dia' dtg ke ofis ni aku sgt respect dia as a senior dan org tua..semua org cakap dia sgt bagus buat keje..tp bila lama-lama keje so aku dah tau perangai dia camner..dia suka cakap mcm semua benda dia tau..semua benda dia boleh buat..tp habuk pun dia tak buat..ckp tak serupa bikin..huh!mmg rasa menyampah..hilang 20% respect!

Bila diarahkan untuk pegi kursus mcm2 alasan yang diberikan..mmg semua org tau pasangan dia sentiasa tidak sihat so mmg alasan tu yang digunakan kalau dia tak mau pegi kursus yang jauh-jauh..tp bila outstation bersama-sama kwnnya jauh ke hujung Malaysia ni selama 5hari boleh lak dia pegi??hilang lagi 30% respect..!

Aku jadi cukup menyampah sbb aku jumpa pasangan dia ni kat klinik keseorangan..aku ingatkan bila dia gi outstation jauh-jauh dia akan bwk pasangan dia yang selalu tak sihat tu...rupanya tidak..!tambah lagi 20% hilang respect..!

Dulu aku pernah juga cakap cara kehidupan dia dan pasangan yang boleh jadi penyebab sakit pasangannya tu..aku bg nasihat pun based on ckp org tua-tua dan yang selalu diamalkan oleh family aku..namun bukan dia ambik 'pot' dan cuba fikir kebenaran kata-kata aku tu..pastu bila dia mengadu pasangannya masuk ICU..aku rasa nk perli jer.."Mmg patut pun masuk ICU kalau ko sendiri tak syg pasangan ko tu"

Aku rasa kalu dia sayangkan pasangan dia tu..dia kena ubah kehidupan dia..cuba dengar nasihat org-org sekeliling..xkira la yg bg nasihat tu org yang lebih muda atau tua..jgn buat bodoh sombong lak..

Dah byk kali aku terserempak dgn pasangan si dia tu kat blok umah makcik aku..honestly aku rasa sgt kesian..kesian bila tgk muka dia..tapi nak buat camner..tiada apa yang boleh aku bantu kalau si dia tu mmg degil dan ego kan..

Nota kaki : 30% aku respect dia sebagai org yang lebih tua drp aku..yang mana layak ku anggap dia sebagai pakcik/makcik aku..

Tuesday, June 14, 2011

Klinik oh Klinik...

Assalamualaikum..last week, hari jumaat pagi aku ke klinik sebab nak check rahang ku yang sakit tu..ermmm..bukan nk komplen byk..MSA sokmo bising katanya aku suka komplen..sebab tu dia tak suka baca blog aku....hahaha..nk menyuarakan hasrat dan rasa hati..

Klinik gigi hanya ada sorang doktor jer dan hanya terima 30 orang shj..kalau yg dtg selepas tu dinasihatkan utk pergi ke klinik lain...aku dtg kul 7.30 pagi..kul 7.40 pagi baru dipanggil utk daftar dan kul 10.30 pagi baru dipanggil untuk jumpa doktor..3jam menunggu tapi jumpa doktor tak sampai 5minit pun..doktor ckp klinik ni tiada kepakaran dan harus di'transfer ke hospital lak...tggu surat drp doktor dan terus aku ke hospital utk set appointment dengan doktor pakar..alhamdulillah kejap jer system kat hospital..dan ptg semlm aku jumpa doktor..isnin depan kena gi hospital lagi untuk letak 'splint' supaya rahang berada dlm kedudukan asal..

Aku pun kurang pasti kenapa klinik yang sgt ramai org kunjungi tapi hanya ada seorang doktor..nasib baik ada 2 orang MA yang bertugas utk semak medical check-up bdk2 nak masuk U dan juga ditugaskan utk cabut gigi..hanya kes-kes berat shj boleh berjumpa doktor..pihak klinik harus cepat-cepat selesaikan kes kekurangan doktor ni..ramai yang dtg dan pulang dengan keadaan hampa..camner org tak komplen klinik kerajaan lembab...xtau la nk ckp sbb aku pun keje kerajaan gak..hihi...harap kes kekurangan doktor tidak berlanjutan untuk jangka masa yang panjang..

Bercerita psl bdk2 nak masuk U skrg ni kalau medical check-up kena sekali dgn check gigi ke?zaman aku dulu xde pun..huhu..so byk la department bdk2 ni nk kena pegi check..hihihi..kesian..kesian..kalau aku dulu pun malas nk menunggu satu hari buat medical check-up..macam2 nk kena buat..x-ray la..ujian air kencing..ujian mata dan sebagainya laa..nasib baik xde kena check gigi sekali..hihi..

Bagus betul mak pak skrg..anak nak buat medical check-up..mak pak ambik cuti dan ikut sekali..zaman aku dulu aku redah pergi sendiri jer..so xde org ramai jadi body guard kat klinik/hospital..menyesakkan ruang klinik yang sempit..


Monday, June 13, 2011

Shimmering Floral Pearl Aainaa

Assalamualaikum..
Tempahan jahit manik kali ni drp kawan sebelah meja sy..Puan Aainaa..first time hantar, terus 3pasang baju raya..dia hantar awal-awal sbb sy selalu push dia hantar..hahaha..tujuannya supaya sy dapat siapkan baju dia dalam keadaan yg kemas dan cantik..tidak kelam-kabut kejar masa..hihihi..betul tak Aainaa??


Saya sangat suka jahit corak ni..ada keriangan di hati nk siapkannya..hihihi..

Nak tengok gambar lagi..sila ke SINI..


Thursday, June 9, 2011

Keajaiban telah berlaku...

Assalamualaikum...keajaiban telah berlaku hari ni..biasanya aku susah nk online kat umah.. sebab line si Hijau ni asyik segeh-segeh macam siput sedut jer...tapi hari ni beliau telah perform dgn bagus sekali...

Benti seketika tgk Seth Tan..hihi..

Ok..sambung balik...dah setahun lebih aku pakai si Hijau ni..xpernah lak smpai HSPA..biasanya EDGE jer..hari ni adik aku download dengan laju dan buka webpage pun sgt laju..mmg sangat terkejut la..first time dalam sejarah langganan aku dgn si Hijau ni..

Statistic hari ni lak smpai 600kbps..kalau biasa 70kbps pun aku dah gembira...huhuhu..dah disebabkan keajaiban ini ler aku post 2 entri malam ni..kalau tak mmg xdenya aku nk buka si HP ni kat rumah..beli dan simpan dalam almari jer tapi byr bil tiap-tiap bulan..hahaha..

Hopefully line si Hijau ni perform camni setiap hari..baru la rasa berbaloi skit byr bil..ini tak..penggunaan internet hanya 500MB jer sebulan drp 1.5G...bagus kan aku ni...xdenya nk download or search internet setiap mlm sbb aku sibuk duk menjahit..hahaha..padahal dah berGiga Bytes guna internet kt ofis...huhuhu...


Petang yang kecewa..

Assalamualaikum..kul 1.00 tengahari tadi, aku kuar drp ofis nak gi klinik..kritikal rasanya bila perut lapar tp mulut xleh nk nganga luas tp still lagi boleh bercakap..dah la badan sekeping..kalau tak mkn tinggal kulit jela aku nnt..

Balik umah jap sebab klinik buka kul 2.00 petang..ermmm..sgt kecewa sebab kat bahagian pesakit luar tak terima sakit yang berkaitan dengan mulut..lastly kena transfer kat bahagian gigi..nasib baik aku bijak sikit..hihi..aku gi tanya nurse kat kaunter tentang sakit rahang ni..dia suh aku dtg kul 7.30 pagi esk sebab petang ni hanya ada satu doktor gigi jer..katanya kalau tggu mmg xsempat nk jumpa doktor..yang datang untuk appointment pun tgh menunggu giliran..alahai!aku tgh sakit ni..lamanya nk tggu esk..

Aku terus balik ke rumah..nk ke pejabat rasanya mcm dah tak berbaloi..jauh lak tu..pagi tadi aku dah pesan supaya adik aku masakkan bubur nasi..perut lapar tp bubur nasi tak siap lagi sebab beras siam ni susah nk kembang..duk atas dapur sampai gas abis baru nk kembang dan hancur..nasib baik aku pakai gas paip..bil jela melambung nnt..huhuhu...

Sementara menunggu bubur masak..aku tertido..badan terasa panas sikit..minum air badak sebotol..alhamdulillah berpeluh..hopefully tak demam teruk nnt..aku ni bermasalah kalau sakit..xboleh mkn ubat..alergik..minum air badak dan pakai cool fever jela mcm budak-budak kecik..hihi...

Disebabkan lama tak mkn bubur nasi..padahal lapar kebuluran..hahaha..sedapnya tidak terkata..abis semangkuk aku mkn..org yang sihat walafiat 2 org adik aku tu pun tumpang mkn sekaki...diorg lak yang over mkn bubur nasi aku...errmmmm....

Nota kaki: bestnya adik-adik aku gi ICity mlm ni..nk pergi jugak tp aku kurang sihat lak..adehhh!


Kurang sihat...

Assalamualaikum..hari ni terasa mcm kurang sihat...drp ptg semlm lagi tp semlm gagahkan diri juga unutk siapkan jahitan manik di baju raya customer...lastly siap juga akhirnya setelah hampir 2minggu bertungkus-lumus menjahit crumble..

Dah la semlm xleh nk tido dengan lena sbb kena gigit dengan nyamuk..huhuhu...kalau duk umh bwh camni ler..sembur dengan ridsect tu buat nyamuk gelak sakan jer...dah imun kot nyamuk-nyamuk cerdik tinggal di Putrajaya ni dengan ridsect..

Pagi ni bangun dengan kepala berat yang amat..adehhh!xboleh nk nganga lak sebab sakit rahang..dah hampir seminggu xde selera nk mkn disebabkan rahang lari ni..sakitnya hingga ke telinga..tekak pun terasa sakit..mcm nk demam pun ada..badan panas dalam..bila duk dlm air-cond sejuk ni..nak minum air byk2 pun terasa malas..

Semlm jugak aku telah diamanahkan untuk siapkan database peserta SDSI..alahai..bila dah kurang sihat camni..nk buat keje pun xde mood..rasa mcm nk rehat dan tido jer...bila nk gi klinik ni?petang ni ke petang esk??belum dapat berfikir dengan jelas dan nyata lagi...

Help me!aku nk incik MSA..tetiba kuar topik lak...haha..cik rose..sila ambik berat dengan kesihatan anda..tolong gi klinik!adehhh...sakit kepalaku...


Wednesday, June 8, 2011

Aku tak suka dia...

Assalamualaikum..Tak tau tajuk apa yang nak ditulis..termenung kejap memikirkan tajuk yang sesuai..xpela..fikir kemudian..tulis entri dulu yer..

Selepas kejadian kecut perut sebelum ni...aku amat berhati-hati bila kuar daripada simpang jalan/T-junction..aku xnak kejadian hari tu berulang lagi...

Then..huh!..berlaku juga pagi tadi sebabkan sekor manusia bangsa %#*& tu..geram betul laaa....aku dah berenti kat junction tu sbb aku nk bg laluan dia jalan dulu..dah la bwk van slow jer..tapi aku stil boleh sabar tggu dia lepas..pastu bila nak masuk simpang baru dia bg signal nak ke kiri..aku lak nk ke kanan...aku pun pecut terus masuk ke kanan...terus dia marahkan aku mcm dia nak jalan terus..bengong ke apa??ko nk gi mana sebenarnya?bwk van signal ke kiri tapi jalan mcm nk terus...nasib baik aku pecut..kalau tak mmg dah accident ler...

Dalam hati aku pagi tadi..mmg berasap betul...xguna punya %#*&..bangsat betul laa..xreti bwk kete ke apa?dah bertambah dosa aku pagi-pagi lagi dah mencarut bagai...sgt geram bila ada manusia camtu..aku pun terjumpa gak dgn org yang buat salah masa bwk kete sbb kita manusia ni kadang-kadang penglihatan terbatas tapi xde pun aku nk maki hamun org tu..buat xtau sudah laa..mcm la kita perfect sgt bwk kete kan?bagus smpai xpernah langgar undang-undang jalan raya?ahhh...xdenya bagus sgt camtu kan...

Ramai org komen kalau bangsa %#8*& tu bwk kete mmg kurang ajar skit..suka parking merata-rata dan suka hon org mcm jalan raya tu bapak diorg yang punya..mmg diakui kt KL ni camtu ler gayanya...huh!betul-betul menyampah rasanya...

Pengajaran hari ni ialah..aku kena bwk kete lagi berhati-hati lebih drp hari ni..hihihi...

Tuesday, June 7, 2011

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Assalamualaikum..


Dah lama rasanya tak join segmen yang dianjurkan oleh BEN ASHAARI..busy je memanjang sampai tak sempat nk BW jenguk kwn-kwn bloggers pun..

Tadi ms menjenguk BEN ASHAARI, tetiba je terasa berminat nk join segmen kali ni..

Apa yang perlu dibuat untuk join??Senang jer..
  1. Sediakan satu entri .. letak header ben ashaari blog
  2. Tajuk : BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK .. dan linkkan ke entri
  3. Tinggalkan url entri korang kat ruangan komen entri BEN ASHAARI ...


Lawatan Projek PTD dan SDSI Buluh

Assalamualaikum..
Pada 4 Mei 2011 (Rabu) yang lepas aku dan 2 org pegawai sempat berkunjung ke projek seperti berikut:

Program : Pelan Tindakan Desa (PTD)
Projek : Ternakan Kambing Biri-biri
Tempat : Kg. Shafie, Pelangai, Bentong, Pahang

Tujuan lawatan adalah bagi meninjau dan memantau progress projek tersebut..

Pukul 7.00 pagi bertolak daripada Putrajaya..ingatkan 2jam dah smpai..rupa-rupanya sejam drp Pekan Karak..pukul 11.00 pagi kami tiba di Kampung Shafie, Pelangai..perjalanan yang sgt mencabar..


Tempat pertama dilawati..Projek Ternakan Kambing Biri-biri..hihi..masuk kampung yang mana jalannya sangat sempit..mmg layak naik 4x4 tp kami naik waja..hihi..excited gak nk tgk biri-biri tp bila dah smpai kt kandang berkenaan..kami dihurungi oleh nyamuk yg sangat byk..

First time kena camni..biasanya projek kat bandar jer..tup-tup dpt projek ni yang mana betul2 kt kampung dalam hutan yang byk nyamuk..satu pengalaman yang sgt bermakna..haha..


Kandang biri-biri


Pandangan hadapan kandang


Biri-biri yang telah dibela..


Satu lagi kandang yang dalam proses pembinaan..

Next projek adalah bengkel/kilang/premis yang dibina untuk kegunaan orang-orang di Kampung Shafie..

Bengkel


Signage KKLW

Selepas makan tengahari di Kg. Shafie, kami bergerak ke Raub lak..sekali lagi perjalanan sejam untuk keluar drp Pelangai..huh!satu lagi perjalanan yang bengkang-bengkok harus kami tempuhi..Berhenti rehat jap di Masjid Raub untuk solat Zohor dan pukul 3.00 petang bertolak ke projek seterusnya iaitu:

Program : Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
Projek : Industri Buluh di Daerah Raub, Pahang
Agensi : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)



Sesi taklimat oleh En. Zulkifli, mentor Projek Industri Buluh


Buluh dipecahkan dengan mengguna mesin khas..setiap size buluh menggunakan mata yang berlainan..baru ku tau rupanya macam tu..hihihi..


Setelah dipecahkan..hasilnya jadi camni..


Proses seterusnya adalah memasukkan buluh ke dalam mesin ni utk dipecahkan menjadi lebih kecil dan halus..


Seorang pekerja harus menarik buluh tersebut supaya tak tersangkut..

Proses seterusnya ialah meraut buluh tu supaya tidak melekat antara satu sama lain..

  Then, masuk mesin ni utk memotong..


Inilah hasilnya..setelah dipotong mengikut size yang telah ditetapkan..


Buluh tadi harus dimasukkan dalam mesin ni lak untuk polishing untuk dijadikan chopstik..hihihi..kemudian boleh la dijual..


Sebelum balik..sempat lagi bergambar tanda aku dah sampai ke projek ni..huhu..

Kul 8.00 malam sampai Putrajaya..huh!penat...


Monday, June 6, 2011

Seminar Pemantapan Sahsiah KKLW

Assalamualaikum..
Berkepuk..berhabuk dan berasap rasanya entri ni dalam draf post aku ni..hihihi..byk keje nak dibuat sampaikan xde masa nk post entri dan upload segala gambar yang ada dlm kamera..

Selepas 5hari bercuti balik kampung...best..best..hari ni keje la pulak!huhu..tetiba rasa nk siapkan entri ni..biarlah dh lama berlaku tp aku nk citer gak..

Pada 28 April 2011 (Khamis)..aku telah hadir Seminar Pemantapan Sahsiah anjuran KKLW..seminar ni start drp 8.30 pagi sampai 5.00 petang..


Sesi pagi bermula dengan ceramah-ceramah shj..rehat untuk mkn tengahari dan sesi petang yang sangat ditunggu..hihihi..nak tau sape penceramahnya??


Tajuk : Kerja Mesti Cemerlang, Elak Curi Tulang
Penceramah : Dato' Siti Nor Bahyah dan Ustaz Badli Shah


Dapat snap gambor drp jauh jer sbb xbwk kamera..guna jela hp yer..

Seminar kali ni mmg best..Antara intipati/tips yang dpt aku dapat ialah 7s Untuk Kecemerlangan iaitu:
1. Solat
2. Syukur
3. Salam
4. Sayang
5. Sabar
6. Sungguh-sungguh
7. Soleh dan Solehan

Byk ilmu dan pengetahuan yg aku dpt drp seminar ni..hopefully seminar seperti ni dapat dibuat lagi pada tahun depan..


Popular Posts