Assalamualaikum..
Pada 4 Mei 2011 (Rabu) yang lepas aku dan 2 org pegawai sempat berkunjung ke projek seperti berikut:
Program : Pelan Tindakan Desa (PTD)
Projek : Ternakan Kambing Biri-biri
Tempat : Kg. Shafie, Pelangai, Bentong, Pahang
Tujuan lawatan adalah bagi meninjau dan memantau progress projek tersebut..
Pukul 7.00 pagi bertolak daripada Putrajaya..ingatkan 2jam dah smpai..rupa-rupanya sejam drp Pekan Karak..pukul 11.00 pagi kami tiba di Kampung Shafie, Pelangai..perjalanan yang sgt mencabar..
Tempat pertama dilawati..Projek Ternakan Kambing Biri-biri..hihi..masuk kampung yang mana jalannya sangat sempit..mmg layak naik 4x4 tp kami naik waja..hihi..excited gak nk tgk biri-biri tp bila dah smpai kt kandang berkenaan..kami dihurungi oleh nyamuk yg sangat byk..
First time kena camni..biasanya projek kat bandar jer..tup-tup dpt projek ni yang mana betul2 kt kampung dalam hutan yang byk nyamuk..satu pengalaman yang sgt bermakna..haha..
Kandang biri-biri
Pandangan hadapan kandang
Biri-biri yang telah dibela..
Satu lagi kandang yang dalam proses pembinaan..
Next projek adalah bengkel/kilang/premis yang dibina untuk kegunaan orang-orang di Kampung Shafie..
Bengkel
Signage KKLW
Selepas makan tengahari di Kg. Shafie, kami bergerak ke Raub lak..sekali lagi perjalanan sejam untuk keluar drp Pelangai..huh!satu lagi perjalanan yang bengkang-bengkok harus kami tempuhi..Berhenti rehat jap di Masjid Raub untuk solat Zohor dan pukul 3.00 petang bertolak ke projek seterusnya iaitu:
Program : Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
Projek : Industri Buluh di Daerah Raub, Pahang
Agensi : Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Sesi taklimat oleh En. Zulkifli, mentor Projek Industri Buluh
Buluh dipecahkan dengan mengguna mesin khas..setiap size buluh menggunakan mata yang berlainan..baru ku tau rupanya macam tu..hihihi..
Setelah dipecahkan..hasilnya jadi camni..
Proses seterusnya adalah memasukkan buluh ke dalam mesin ni utk dipecahkan menjadi lebih kecil dan halus..
Seorang pekerja harus menarik buluh tersebut supaya tak tersangkut..
Proses seterusnya ialah meraut buluh tu supaya tidak melekat antara satu sama lain..
Then, masuk mesin ni utk memotong..
Inilah hasilnya..setelah dipotong mengikut size yang telah ditetapkan..
Buluh tadi harus dimasukkan dalam mesin ni lak untuk polishing untuk dijadikan chopstik..hihihi..kemudian boleh la dijual..
Sebelum balik..sempat lagi bergambar tanda aku dah sampai ke projek ni..huhu..
Kul 8.00 malam sampai Putrajaya..huh!penat...
buat kerja sambil jalan2..best ek
ReplyDelete