PENAJA RASMI.....!

KAWAN-KAWAN SAYA

Friday, April 16, 2010

Belon Panas..

Pada 20 Mac, Sabtu..aku dah housemate ku sempat meng'enjoykan diri untuk melihat belon panas ler kekononnya..Sampai kul 4petang...Mak aiii..ramainya org..semuanya org luar Putrajaya..So dengan bestnya aku telah mem'sms asmida.. ayatnya lebih kurang begini ler...

Diriku : as kt mana?dah smpai ni..
Asmida: tggu housemate siap jap..nnt smpai as sms
Diriku : Ok..dh smpai bgtau k
Asmida : Ok

So melilau-lilau ler aku dgn housemate ku..cik azmeena
Sempat gak ler merakam gambar di bawah ni sementara menunggu asmida


~Orang ramai yang membanjiri Putrajaya~


~Aksi naik mcm payung terjun tu..ntah apa namanya..tidak diketahui~

~Gambar je ni..~

~Belon panas dlm gambar jela yg mampu dirakamkan buat kenangan~


~Housemate ku, Azmeena~
.
Setelah as sampai..sembang la kejap..pastu kami telah terdengar pengumuman
" Belon akan dinaikkan pada esk jam 9-10 pagi"
Hampa hatiku dan juga kawan2ku
So dengan selambanya kami pun balik pada kul 5 petang
Tapi aku telah membawa TJ utk dicuci di kedai terlebih dahulu sebelum balik ke rumah..

Balik Ipoh..

Sempat rakamkan gambar ni masa balik Ipoh pada 17 Jan 2010..Tujuan balik pada waktu tersebut adalah untuk melawat emak Syah (skrg arwah) di Hospital Ipoh..

Aksi comel la tu..hehehe


Pada 13 Mac 2010, Sabtu..memula perjalanan ke Ipoh pada awl pagi lagi...Dan tujuan balik kali ini adalah untuk kenduri tahlil 40 hari arwah Pn. Sharipah merangkap emak Syah yang mana kenduri akan diadakan di rumah Makcik Syah, Enda Yah di kg (nama kampung tu aku dh tak ingat).
Sempat singgah di Pengkalan Pegoh utk menghadiri Majlis Persandingan sedara Syah




Selamat Pengantin Baru..Semoga kalian berdua berbahagia hingga akhir hayat

Malam sabtu tu sempat la pulak Syah melepaskan gian untuk pegi memancing..Nasib baik ler En. Syah telah membawa laptop dan broadband..aku sempat layan FB dan juga "Adnan Sempit"..hehehe..smbil mengunyah ayam goreng..
Kekononnya asyik sgt la tu menunggu ikan mkn pancing yer En. Meor Syahrul..


Baru sedar ke koi sedang mencuri ambik gmbar awok di dlm kegelapan mlm?

Antara ikan yg dpt dipancing..koi xtau la nama apa ikan ni

Pada 14 Mac 2010, Ahad kenduri tahlil diadakan pada pukul 11.00 pagi..sempat gak aku join sekali..Menu utk kenduri adalah ikan patin masak tempoyak, ayam masak merah, kacang panjang masak rendang kots (ermm...aku pun xtau..hehehe..), sambal tempoyak dgn timun..bubur kacang hijau sebagai dessert of the day..menu yg mengandungi unsur-unsur durian yang telah membuat aku pening seketika..hehehe..al-maklum la aku tak mkn durian dan menu seangkatan dengannya..

Ptg kul 5 bergerak balik ke KL

Dah nk balik dah

Jalan jem dan ujan la pulak

Alhamdulillah setelah meredah ujan dan jem selama 4 jam, kami sampai di Damansara pada jam 9.00 mlm..Hantar Syah kt Klang dan menjamu selera sekejap..aku terus memecut balik ke Putrajaya..sampai umah lebih kurang kul 11.45 mlm..Satu perjalanan yg sgt jauh ku rasakan..Insyaallah 15 Mei nnt kami akan balik ke Ipoh lagi untuk kenduri tahlil 100 hari..

My Qi-Meritus Mahara

Menjadi ahli dalam Questnet bukanlah menjadi impian aku..tp aku amat meminati kete lumba F1 sejak aku masih di zaman kanak-kanak lagi..walaupun bukan obviously minat..tp dulu aku sanggup berjaga mlm nk tgk kete F1 kt TV..abah selalu gak marah..tp aku degilkan kepala tgk sorang2 dlm gelap..(abah nk suh aku gi tido so dia dia tutup la lampu..nk buat aku takut la konon-kononnya..hehehe)...aku bukannya takut gelap..cuma aku rabun gelap jer...

Berbalik kpd citer td..seumur hidup aku xpenah la aku saksikan secara live F1 ni..tp Alhamdulillah impian aku tercapai thn lepas..Questnet merealisasikan impian aku..tiket free..duduk Grandstand byr RM50 shj utk baju dan cap Qi-Meritus ..gumbira hatiku ini..skrg pun tgh berbunga-bunga nk gi F1 pada 2-4 April nnt...deruan adrenalin..memekak telinga...kehangatan dan keriuhan bunyi enjin...wahhh..bestnya...

Bangga la jugak dihati ni..sbb Questnet sebuah company yg besar..company Malaysia mampu ada kete F1 sendiri walaupun belum lagi leh masuk perlumbaan F1..ada ke company kt Malaysia ni yg mempunyai kete lumba sendiri?xde kan...setakat ni Qi-Meritus Mahara boleh berbangga kerana berjaya dlm GP2 Asia...2013 akan masuk F1 lak...nampaknya setiap thn aku dpt tiket free dan akan mengunjungi Sepang untuk tgk F1..Rugi peminat F1 xmasuk Questnet..hehehe...

Jom layan My Qi-Meritus Mahara..










~Tiket F1 2009, thanks to Questnet~



Pear Merah..

Aku tak penah makan pear merah ni..
Biasa nampak pun pear hijau or kuning kan..
So dengan gediksnya aku pun membeli laa
Sebab nk rasa..
Buahnya pun nampak comel..hehehe

~Buah pear merah~


~Mahal jugak harganya hanya utk 2 biji~huhu

Kesimpulannya: Manis dan sedap..lain kali leh beli lagi..



Aku Mahu....

Aku teringin menulis sesuatu hari ni..
Berkenaan perkara yang terjadi semlm..
Terlintas di fikiran..di mana lagi tempat utk aku mengadu?
Kepada sahabat baik..aku dikata membuka pekung di dada..
Dituduh aku mempunyai perasaan lain..
Kepada kawan2 sekeliling..aku dikata memburukan org itu..
So pada blogger ni la hanya mampu aku titipkan..
Xde org untuk membaca luahan hati ni pun xpela..
Asalkan terasa ringan di hati dan perasaan aku ni...

Kekadang aku rasa diri aku tidak dihargai..tidak penting
Padahal dalam segala hal aku mesti dahulukan dirinya berbanding diriku sendiri..
Mengapa?
Sebab aku terlalu sayangkan dirinya..
Sayangkan dirinya melebihi sayangku pada diri sendiri dan keluargaku..
Mmg tak berbaloi dan tak patut aku berbuat demikian..
Salah?Mmg salah..
Salah sbb aku tau..aku bukan pilihan pertama
Keluarganya lebih penting dari aku..

Apa yang aku mahukan?
Aku mahukan:
- Sedikit perhatian
- Sedikit kasih sayang
- Sedikit penghormatan
- Sedikit penghargaan
- Sedikit kepentingan
- Sedikit masa bersama
- Sedikit pengertian

Aku bukan mahu kan duitnya..
Bukan mengambil dia dari keluarganya..
Aku bukan mencari gaduh..
Bukan tidak sayangkan keluarganya..
Aku bukannya seorang yang zalim..
Bukan seorang yang tidak bertimbang rasa..
Aku bukannya budak kecik yang tak boleh dibawa berbincang..
Tapi dia masih tidak mengerti..

Aku cuba untuk memahami..
Cuba untuk bersabar..
Cuba untuk tidak marah..
Cuba untuk tidak merajuk..
Cuba untuk tidak terasa hati..
Cuba untuk tidak kecik hati...
Tapi aku tak mampu..
Sebab aku tau aku juga manusia biasa..
Yang ada perasaan
Yang ada air mata untuk menangis..
Yang ada hati untuk disakiti..

Aku tidak salahkan saper2..
Masing-masing adalah manusia yang sentiasa lemah..
Cuma terima la aku seadanya diriku ini
Seperti mana aku menerima dirimu seadanya..

Sayang sentiasa sayangkan abang!!

Etak..

Sejujurnya aku sangat taksub memakan etak setiap kali aku balik kg..
RM2-3 aku leh abiskan seorang diri
Mak aku selalu membebel..'nnt sakit perut'
Hehehe..tp seumur hidup aku..xpenah aku sakit perut disebabkan etak..
Aku rasa hanya org Kelantan shj yg pandai mkn etak..
Penah kwn aku 'org KL' hampir termuntah bila rasa etak ni..
Etak ni bermusim..kalau bukan musimnya mmg susah nk dapat
Hidup di Sg. Kelantan..dan byk pada waktu air surut..
Penah sekali zaman aku sekolah rendah dulu..
Aku gi mencari etak kt Sg.Kelantan..
Mmg best..mak aku sampai skrg tak tau psl kes aku mencari etak tu..
Hehehe..sori mak..Anakmu ni nakal skit..
Pengalaman mencari etak tu sukar utk dilupakan
Budak2 zaman skrg..jgn harap la nk menempuh pengalaman camtu..
Meredah lumpur sungai dan guna jari utk korek lumpur tu..
Susah gak nk dpt etak ni..
Patutla harganya agak mahal skit..
Tapi..
Sedap beb..Cayalaa..
Hanya di Kelantan shj ada etak..
Aroma dan kesedapan yg tiada tolak bandingnya...
Ohh..Makanan kegemaranku bila balik kg..








Di Saat Itu...

Awal bulan Februari 2010 byk kejadian yang mengejutkan aku berlaku. Semuanya dalam sekelip mata. Pada 4.30 petang, 4 Feb 2010, Khamis aku dikejutkan dengan panggilan telefon..

MSA :Datang ambik abg sekarang..

Aku : Nape?

MSA : Datang jela skrg..cepat skit

Aku : Mak ke?

MSA : Yer...

Aku : Ok..ok..tggu situ

Dengan segera aku mengisi borang cuti utk hari Jumaat, 5 Februari dengan tangan yang terketar-ketar..Kul 4.40 aku kuar dr ofis dan kul 5.00 aku dh sampai ke rumah. Kemas skit barang-barang..nasib baik semlm aku dh pack barang siap2..itupun atas nasihat En.MSA yang mmg jangkakan perkara ini akan berlaku..kul 5.15 aku bergerak ke Klang..hanya Tuhan sajer yang tau..hujan lebat..jalan jem..aku akhirnya sampai ke Klang kul 6.30 petang..terima kasih En.MSA kerana menunggu aku dengan sabar..
.
Kami meneruskan perjalanan ke Ipoh..singgah sekejap di Highway Damansara sebab nk beli air dan Mc D..itupun sebab aku mengadu lapar..En. MSA mmg dh xberselera nk mkn..aku tau dia xmkn seharian kerana risau..Perjalanan ke Ipoh kali ni aku rasakan terlalu lama..maybe sebab En. MSA sorng je yang drive..langsung xbg peluang utk aku drive..maklumla aku ni bwk slow..dia lak nk cpt sampai..alhamdulillah kami selamat sampai jam 9.00mlm setelah mengharungi perjalanan selama 2 jam setengah dalam keadaaan cuaca hujan yg sgt lebat dan sunyi. Tiada percakapan yang mampu dikeluarkan dr mulut ku dan MSA. Terima kasih kepada TJ..byk jasamu kali ini...
.
Bila MSA dh park kete dpn umh..dia xnak kuar dr kete..mukanya nampak kusut lantas aku berkata "Abg..kuar laa..mak tgh tggu abg tu..."aku tau dia sgt sedih tika itu..apa lagi yang mampu aku katakan..MSA kuar..aku kunci kete..masuk umh aku lihat MSA dh menangis di sisi arwah mak..bersabarlah wahai sayangku..redhakan pemergian mak..dah lama mak menderita sakit..Allah lebih sayangkan mak...biarkan mak bersemadi dengan tenang sbb mak tau..ada syg yg akan jaga abg selepas ini....
.
Alhamdulillah arwah Pn. Sharifah selamat disemadikan pada pukul 11 pagi ,5 Feb 2010. Biarpun aku xdapat beramah mesra dengan arwah tp aku tetap bersyukur kerana sempat 2 kali melihat arwah ketika arwah masih sakit..

Malam pertama dan kedua diadakan kenduri tahlil..dan pada hari ke-3, 7 Feb..kenduri tahlil diadakan selepas zohor..ini kerana aku, MSA dan adik-beradik MSA akan bertolak balik ke rumah masing-masing..Lebih kurang pukul 4.00 ptg kami bergerak balik..esoknya aku akan bekerja tp MSA akan bercuti sehingga CNY..tp dia terpaksa juga balik utk hantar aku...kul 6.00 sampai Klang ..mkn dan kul 8.00 mlm aku bergerak balik ke Putrajaya..

3hari..suatu perjalanan yang sgt cepat..byk masa dan tenaga dikorbankan ..semuanya demi org tersayang...harapan disandarkan semoga kita berkekalan..

Adakah ini dugaanNYA?

Agak lama jugak aku tidak menulis blog nie..Kebelakangan ni aku agak bz menguruskan orang lain..orang lain tu..ermm..sape2 sajalah..pengorbanan yang aku tidak harapkan sebarang pembalasan cuma hanya sekadar ingatan dan kasih sayang..walaupun begitu..kadang2 terlintas juga difikiran..pengorbanan aku ni akan dihargai dan diingati ataupun tidak....

2 minggu berturut (on weekend) aku travel ke Ipoh..bergilir drive..sampai Ipoh..melawat Pn. Sharifah..pastu balik ke Klang..then aku drive lak balik ke Putrajaya..weekend yg sangat memenatkan, namun aku puas hati melihat senyuman di bibirnya..

Pengorbanan seorg mak mmg xdapat nk dibalas dgn pengorbanan seorg anak utk balik setiap minggu..bagi aku selagi maknya masih hidup..biarlah dia berkhidmat utk maknya..Bila si anak bersusah hati dengan keadaan mak..bagaimana dgn adik beradik yang lain?mana menghilang?xkan xde sedikit pun sumbangan yang mampu disalurkan?kenapa menagih yg kurang mampu ni?..aku yang xde kene mengena ni sedih bila mengenangkan keadaan itu..hingga dalam minda terfikir..kalau terjadi pada family aku..ada ke org luar yang akan berkorban seperti aku ni?aku cuma mengharapkan adik-beradik aku bukan berkelakuan seperti itu..

Hepatitis B..itula sakit Pn. Sharifah..disebabkan oleh virus Hepatitis B ni menyebabkan hati dan buah pinggan rosak teruk..mata dan muka menjadi kuning..virus ni senang merebak..mmg tak dijangka virus ni sama bahayanya dgn HIV..cara merebak pun sama..pemindahan darah..hubungan kelamin..air liur, air kencing dan perkongsian jarum..

Doktor nyatakan bahawa Pn. Sharifah dijangkiti virus ni semasa pemindahan darah suatu ketika dulu..orang yang tidak berkenaan menerima padah setelah sekian lama..itulah dugaan yang paling berat utk diterima..hati yang dah rosak teruk dan gagal berfungsi..menunggu masa utk dijemput olehNYA..apa lagi yang mampu dilakukan oleh seorang anak?xsanggup utk melihat penderitaan seorang mak yang dah 2 kali dibedah...dan kali ke-3 berkemungkinan pada hari ni...

Dugaan yang berat menimpa..semua planning terpaksa ditunda..sampai bila?aku sendiri pun xtau..aku cuma berharap dan berdoa agar Pn. Sharifah akan bertambah sihat walaupun bukan sepenuhnya..agar anakmu yang seorang itu tidak risau dan bimbang sepanjang masa..semoga Yang Esa makbulkan doaku ni..Amin

Apa yang kurasa skrg...

Aku rasa......................
- xde mood
- bosan
- mengantuk
- nk marah
- berdebar
- otak tak berfikir dgn betul...
- sejuk
Aku sendiri pun xtau apa yang tgh alami sekarang ni..
Dalam otak ni..rasa mcm nk balik umah..dan rehat shj..
Padahal aku bukannya penat sgt pun..
Aku rasa semua serba tak kena hari ni..
Bosan sbb xde kawan nk sembang..
Aina dan bersalin..hilangla kwn nk bergosip..
Eda lak bz hari ni siapkan SKT bos dia
To Aina:Tahniah for delivered new bby gurl..
Senang nnt akak datang melawat awk tau..
Mengantuk sbb sebab semlm aku tido lewat gak laa..
Dalam kul 12 lebih..
Izzah dtg umah..bersembang tak hingat..
Then pagi td pun aku bangun lambat..kelam kabut dibuatnya..
Rupanya aku tak set jam...
Uwawawawa..nasib baik sempat naik bas..
TJ lak kt Klang..
Time TJ xdela..aku terlewat bangun..Aduhai..dugaan betul..
Nak marah sebab..kejadiaan semlm
Hampir sejam setengah aku bertekak dgn salesman cina tu..
Geramnya aku sampai rasa mau bakar kedai Nokia The Mines
Hari ni jgn buat aku marah lagi..
Kalau tak..siap la ko aku sebarkan dlm facebook nnt...
Jgn sampai xde org dtg kedai ko nnt...
Hahahaha..(jahat betul tindakan aku ni...huhu)
Berdebau sbb nk jumpa Pn. Sharifah Norashikin pun ada..
Hopefully dapat la aku jumpa dia pada hari ahad nie..
Walaupun bukan dalam keadaan seperti yang diharapkan yer..
Saya amat berharap Puan akan sihat sepenuhnya...
Sejuknya ofis ni bila xde org..
Para pegawai semua meeting Bahagian..
Senyap sunyi ofis aku nie...
Bila dh byk sgt benda bersarang dlm otak ni..
Otak aku pun dh tak dapat berfikir dgn betul dan tenteram..
Uwawawawawawawawa.....
Help meeee.....

2010 & 2009

Cepatnya masa berlalu..
Tahun 2009 akan meninggalkan kita sehari lagi..
2010...
- Akan menjadi tahun ke-4 aku berada di KKLW..
- Umur bertambah 1 tahun lagi..
- Laksanakan azam tahun 2009 yang belum dpt dilakulan iaitu berkawin..(gatainya aku...)
- Kenangan baru : kenangan yang manis sahaja.....
- Kehidupan baru..kehidupan yang bahagia dan gembira..tidak dibelenggu oleh hutang dan org yang berhutang dengan aku..(kepada org yg belum byr hutang aku..cpt2 la byr hutang weiii...dh 2thn berhutang...)
- Berharap dpt gie kursus kt Sabah..huhu (tp mcm xde kwn la kalau nk gie bulan Mei 2010 nnt)..Aza nk kawin la pulak...kalau gie bulan Jun 2010 takut aku lak yg nk kawin..gataiiiinyaa...
- Dapat bercuti ke mana-mana tp dalam hati nk gie Cameron Highland.. (ada saper2 nak join?...)
- Adikku, Miniey dapat keje tetap..
- Abah dan Mak dilimpahi rahmat dan diberi kesihatan yang baik daripadaNYA...
2009..
- Banyak kenangan suka duka dan pahit manis ditinggalkan..
- Alhamdulillah 2 azam aku telah dilaksanakan..
- Welcome to my life TJ ..i love u so much..
- Tahun yang sukar membuat pilihan
- Dapat tgk F1 live kat Sepang..tiket Gandstand free from Questnet..
- Bring forward 5 hari cuti tahunan dan 2 hari GCR..
Sekian, terima kasih...
Selamat Berkhidmat Untuk Negara yer kepada semua kawan-kawan..
~Welcome 2010 and GoodBye 2009~

Popular Posts