Agak lama jugak aku tidak menulis blog nie..Kebelakangan ni aku agak bz menguruskan orang lain..orang lain tu..ermm..sape2 sajalah..pengorbanan yang aku tidak harapkan sebarang pembalasan cuma hanya sekadar ingatan dan kasih sayang..walaupun begitu..kadang2 terlintas juga difikiran..pengorbanan aku ni akan dihargai dan diingati ataupun tidak....
2 minggu berturut (on weekend) aku travel ke Ipoh..bergilir drive..sampai Ipoh..melawat Pn. Sharifah..pastu balik ke Klang..then aku drive lak balik ke Putrajaya..weekend yg sangat memenatkan, namun aku puas hati melihat senyuman di bibirnya..
Pengorbanan seorg mak mmg xdapat nk dibalas dgn pengorbanan seorg anak utk balik setiap minggu..bagi aku selagi maknya masih hidup..biarlah dia berkhidmat utk maknya..Bila si anak bersusah hati dengan keadaan mak..bagaimana dgn adik beradik yang lain?mana menghilang?xkan xde sedikit pun sumbangan yang mampu disalurkan?kenapa menagih yg kurang mampu ni?..aku yang xde kene mengena ni sedih bila mengenangkan keadaan itu..hingga dalam minda terfikir..kalau terjadi pada family aku..ada ke org luar yang akan berkorban seperti aku ni?aku cuma mengharapkan adik-beradik aku bukan berkelakuan seperti itu..
Hepatitis B..itula sakit Pn. Sharifah..disebabkan oleh virus Hepatitis B ni menyebabkan hati dan buah pinggan rosak teruk..mata dan muka menjadi kuning..virus ni senang merebak..mmg tak dijangka virus ni sama bahayanya dgn HIV..cara merebak pun sama..pemindahan darah..hubungan kelamin..air liur, air kencing dan perkongsian jarum..
Doktor nyatakan bahawa Pn. Sharifah dijangkiti virus ni semasa pemindahan darah suatu ketika dulu..orang yang tidak berkenaan menerima padah setelah sekian lama..itulah dugaan yang paling berat utk diterima..hati yang dah rosak teruk dan gagal berfungsi..menunggu masa utk dijemput olehNYA..apa lagi yang mampu dilakukan oleh seorang anak?xsanggup utk melihat penderitaan seorang mak yang dah 2 kali dibedah...dan kali ke-3 berkemungkinan pada hari ni...
Dugaan yang berat menimpa..semua planning terpaksa ditunda..sampai bila?aku sendiri pun xtau..aku cuma berharap dan berdoa agar Pn. Sharifah akan bertambah sihat walaupun bukan sepenuhnya..agar anakmu yang seorang itu tidak risau dan bimbang sepanjang masa..semoga Yang Esa makbulkan doaku ni..Amin
No comments:
Post a Comment